Skip to main content

Terror? Terrorist? Terrer?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

"Wahhhhh..... Terror la ko ni... Buleh taip blog sambil makan nasik"
atau
"Hullamakkk, ko dapat markah penuh la.. 100% ni.. Terror nyer.."

Well, semua org tau maksud 'terror' tu = ganas ye tak? Tapi ngape orang-orang Melayu kat Malaysia ni biasanya guna perkataan 'terror' ni utk puji org? Kalo saya alihbahasakan ayat2 di atas tu ke bahasa Melayu sepenuhnya akan jadi mcm ni;

"Wahhhhh..... Ganas la ko ni... Buleh taip blog sambil makan nasik"
atau
"Hullamakkk, ko dapat markah penuh la.. 100% ni.. ganas nyer.."

Mender yang ganasnya taip blog sambil makan nasik? Dah tu, dpt markah 100% tu masuk dlm kategori ganas gak ke? Huhu. Mana datang perkataan terror ni utk memuji org?

Masa saya gi English Course 6 bulan pada satu zaman dolu-dolu, lecturer saya penah gak membangkitkan kepada kami tentang perkara ni. [Lecturer saya ni dah meninggal dah, nama beliau Puan Rokiah. Sbb sakit stroke. Muda lagi semasa beliau meninggal tu. Dlm usia 40-an. Bahaye ek sakit stroke ni? So, kita yg masih idop ni, kenalah jaga pemakanan dan kesihatan. Ngee... Iklan]

Lecturer saya kata, beliau pon tak pasti pekataan yg org selalu sebut 'terror-terror' tu. Beliau kata mungkin pekataan sebenarnya ialah 'thorough' yang sebutannya = 'ta' + 'rhe'. Sbb maksud thorough ialah lengkap, sempurna [rujukan : Kamus Dwibahasa Oxford Fajar yang saya kelepet dari abg saya masa skolah dulu. Lepas saya dah amik beliau punya, maka terpaksa le beliau beli yg baru. ngeh2.]

Tapi, lecturer saya pun tak pasti sama ada betul ke tak pendapat beliau tu. Cuma, semalam masa saya tgk movie 'Labor Pain' iaitu movie lakonan Lindsay Lohan yg saya rasa mcm nak lempang je sbb merapu [tapi aku tgk gak sampai abih, huhu, sbb dah mula tgk, alang2 abihkan je la kan?], ada dialog dalam movie tu yang bos dia cakap masa tgh membebel kat dia "The intern should'nt be more thorough than you", maksud ayat ni "Budak praktikal ni mana bleh lagi bagus dari nko". Jadi, macam logik gak le apa yg lecturer saya ckp tu.

Erm.. itu pasal thorough. Pasal terror plak? Rejim Zionist ni saya pelik la. Korang tak pelik ke? Pelik kenapa? Ye la... Dierang ni membunuh sesuka hati, buat serangan ke atas Palestine dgn sewenang-wenangnya dan walaupun setiap kali mereka lakukan kekejaman mereka, seluruh dunia akan kecam mereka, seluruh dunia akan buat demonstrasi jalanan, berpiket, tunjuk perasaan bawak sepanduk dgn ayat-ayat seperti 'Jahanam Israel', 'Israel The Real Terrorrist' dan macam-macam lagi. Time ni la, aktivis-aktivis keamanan akan tandatangan petisyen utk mendesak United Nation melakukan sesuatu. Tapi takder apa-apa tindakan pon yg diambil oleh UN.

Israel masih jugak sama. Mereka still juga membunuh biler mereka rasa nak membunuh. Mereka masih juga mengebom sekolah biler mereka rasa kanak2 kat skolah tu akan memerangi mereka apabila kanak-kanak tu dewasa kelak. Mereka tetap juga akan menyekat bantuan drpd negara luar untuk Palestine. Seolah-olah Israel ni tak takut apa pon. Well, mmg betul pon derang tak takut pada bantahan seluruh dunia. Nak takut apanyer kalo dunia ni mmg di bawah kuasa mereka yg sebenar-benarnya. Uncle Sam hanya salah satu drpd boneka mereka sahaja. Mereka kaya-raya. Dana mereka berbillion2. Kalo kiter boikot produk mereka pon, mereka tak terjejas pon sbb aset derang dah byk. Tapi bukan lah maksud saya nak suruh saper yg boikot tu supaya takyah boikot. Buatlah apa yg kamu rasa betul. Takde masalah. Cuma, nnt biler kemarahan dah reda, mesti boikot tah ke mana, Palestine tah ke mana. Hehehe. Saya rasa, sbb tu la Israel tak kisah kalo seluruh dunia nk boikot barangan mereka. Sbb kalau terjejas pon ekonomi dierang, sekejap je. Masa dunia marah,ekonomi terjejas, dan bila dah lama2 skit, bile mereka dah tak serang Palestine, dunia ingat mereka dah insaf, pastu semuanya akan kembali seperti biasa. So, jgn lupa... Israel ni sgt berani kerana mereka dah well prepared. Lagi satu mereka ni ader sikap paranoid iaitu perasaan takut yg tak tentu pasal, rasa terancam dan takut dgn bayang2 sendiri. Orang takder nak serang2 dia pon, dia rasa takut gak. Penyakit gak ni. Bahaya.

Rasannya mcm sampai sini je la. Dah penat dah taip. Sebelum berakhir, marilah kita sama2 berdoa agar saudara-saudara kita di Asia Barat sana akan mendapat keamanan, dan jangan lupa berdoa agar negara kita sentiasa aman. Daahhh...

*Ni semua pendapat saya je. Kalo tak puas hati, atau ada terkurang ke terlebih, sila la beri pendapat. :)

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...