Skip to main content

Abu Bakar As Siddiq

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Pada suatu hari, sedang Abu Bakar as-Siddiq duduk berehat di bawah bayangan pohon kurma sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, beliau didatangi oleh sahabat beliau iaitu Umar bin Al-Khattab.

"Assalamualaikum", Umar memberi salam.

"Wa'alaikumussalam" jawab Abu Bakar.

"Kamu wahai sahabatku, Umar al-Khattab. Dipersilakan duduk." Kata Abu Bakar.

"Apa yang sedang kamu lakukan di sini wahai sahabatku, Abu Bakar as-Siddiq?" tanya Umar.

"Saya sedang berehat selepas penat bekerja di ladang kurma ini. Di samping itu, saya berzikir dan membaca wahyu Allah." Jawab Abu Bakar as-Siddiq.

"Semasa di Mekah, kamu peniaga yg kaya-raya. Mengapa sekarang kamu tidak mahu lagi berniaga, sebaliknya bekerja sebagai petani?", tanya Umar al-Khattab.

"Saya ada tugas yg lebih penting iaitu berdakwah, menyeru manusia supaya menyembah Allah. Namun saya mempunyai keluarga. Sebab itu saya mengusahakan kebun kurma ini bagi menyara kehidupan mereka.", jawab Abu Bakar as-Siddiq.

"Wahai sahabatku,kamu lebih beruntung daripada saya kerana lebih dahulu menjadi pengikut Nabi Muhammad. Semasa saya masih berada di dalam kejahilan, kamu sudah mendapat petunjuk. Kamu juga dipilih oleh Rasulullah mengiringinya berhijrah ke Madinah.", puji Umar al-Khattab.

"Wahai sahabatku, Umar al-Khattab, janganlah terlalu memuji, kerana tidak ada siapa yang tahu nasib kita pada hari pembalasan kelak. Alangkah baik sekiranya saya menjadi sebatang pokok yang ditebang lalu dijadikan kayu api. Ataupun sehelai rumput yang riwayatnya tamat selepas dimakan oleh haiwan.", kata Abu Bakar as-Siddiq.

"Benar katamu, wahai Abu Bakar as-Siddiq.", ujar Umar al-Khattab pula. "Tetapi kita perlu redha dengan ketentuan Ilahi. Kita dijadikan sebagai manusia dan manusia itu adalah sebaik-baik kejadian."

"Semua manusia dibangkitkan di akhirat kelak. Amalan baik dan jahat yang dilakukan semasa di dunia ini akan dikira satu persatu di Padang Mahsyar. Itulah yang menakutkan hati saya.", kata Abu Bakar as-Siddiq pula.

Kelihatan sepasang burung terbang lalu hinggap di pohon kurma tempat mereka berehat. lalu Abu Bakar pun berkata, "Wahai burung, kamu lebih bertuah daripada saya kerana dapat mencari makanan dan berterbangan ke sana ke mari tanpa perasaan takut kepada hari pembalasan. Alangkah baiknya sekiranya saya menjadi seperti kamu."

Abu Bakar menangis kerana takutkan kemurkaan Allah SWT. Umar al-Khattab memujuknya sambil berkata, "Wahai sahabatku, Abu Bakar. Kamu beruntung kerana Nabi Muhammad sudah memberi jaminan yang tempatmu di akhirat kelak di dalam syurga. Malah kamu mendapat kedudukan yang utama antara penghuni syurga."

Kemudian kata Umar al-Khattab lagi, "Nabi Muhammad SAW sudah bersabda, setiap pintu syurga menyeru nama Abu Bakar. Dialah pengikutku yang pertama yang akan memasukinya."

"Benarkah apa yang kamu katakan itu wahai sahabat?" tanya Abu Bakar meminta kepastian.

"Rasulullah sudah mengucapkan kata-kata itu di hadapan orang ramai. Selepas mendengarnya, saya terus ke sini mencari kamu. Marilah kita bertemu dengan Rasulullah.", jawab Umar al-Khattab.

Abu Bakar tersenyum sambil mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT.


Cerita ini adalah petikan daripada buku 'Novel Sejarah Islam : Abu Bakar, Sahabat Sejati' hasil tulisan Abdul Latip Talib.

Salida Sunshine says : Sahabat Rasulullah yang paling setia pun masih takut akan hari pembalasan. Sedangkan hati kita pula bagaimana sahabat-sahabatku? Jauh lagi perjalanan kita untuk menuju kejayaan.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...