Skip to main content

Masalah Rambut Berminyak? Syampu Yang Sesuai?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini......

Entry@post ni adalah untuk orang² yang mengalami masalah rambut berminyak. Tapi orang² yang mempunyai rambut 'bersalji' atau 'mempunyai rambut ranting' juga boleh baca kalo sudi. Chey wahh... Syahdu semacam je ayat.

Biasanya orang yang berambut panjang la yang selalu ada masalah rambut berminyak ni. Minyak tu, kalo perah dari rambut tu, bleh dpt setin marjerin Daisy, then bleh buat kek, tapi biler buat kek, kek tak gebu... Eeii.. Loya plak saya. [Buat kek guna minyak yg perah dari rambut. Bluwekk...]

Kalo dah rambut kamu jenis yang berminyak, walaupon baru jek sehari syampu rambut... Rambut dah berminyak semula. Rambut jadi berat, melekap kat kulit kepala. Bau pon ala² mcm kambeng's armpit. Lagi² org yang bertudung. Mesti mcm stress nak cuci rambut selalu² sgt. Nak keringkan lagi. Rambut gugur plak tu masa keringkan rambut.

Jadi, bagi org² yang mengalami masalah rambut berminyak ni, saya sgt mengesyorkan produk dari Schwarzkopf - Bonacure Hair Theraphy [Moisture Kick atau dalam bahasa melayu nyer 'tendang kelembapan']. Hahaha ~lawak ah tu konon.

Syampu ni harganya dalam lingkungan RM50-RM59. *Saya dah luper harga tepatnyer. Sbb saya dah kertu. Tapi tak sampai RM60 la*. Dan rambut kamu pasti akan kekal tidak berminyak dlm jangka masa yang lama, walaupun memakai tudung. [Lama tu maksudnyer, biler tiba masa utk syampu rambut semula, rambut kamu masih lagi dlm keadaan elok, tidak berminyak.] Cayo la cakap den. Takdo maknonyo den nak monipu ekau.

Best syampu ni... Cuma yg agak kurang best ialah bau dia yang agak sengit. Tapi apa susah. Time syampu rambut, bukannya kamu bernafas guna hidung kan? Bernafas guna mulut kan? So, tak la susah sgt nak hadapi masalah tu. Hehehe.... Jadi, bleh beli la kalo nak cuba pakai syampu ni. Kat mana nak cari? Yang saya tau, kat salon rambut biasanya ader. Saya beli kat Derrick and Team*[salon milik bersama Misha Omar]. So, itu sahaja buat kali ini. Babai nyahhh.... Auuww...

Comments

  1. 1. bilo maso lak ekau kene sampok ngan bahaso nogori nih?
    2. Masa aku shampoo rambut aku nafas ikut idung la...ops.. P&C.. jgn bgtau kat org lain hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips..tp if guna that product..nnt rambut jd kering takk..uhuh..bcoz yela..tendang kelembapan kan.hihi

    ReplyDelete
  3. erm.. yang tuh sebenarnya untuk rambut normal to dry laa cik adik oi..
    better bagi yang rambut oily tuh (punca dia dari pada kuit kepala berminyak) so guna laa yang untuk hair + scalp.
    so bila kulit kepala dah tak berminyak, rambut pun tak berminyak laa.
    nak tau detail klik link di bawah nih:-
    http://www.schwarzkopf-professional.com/products/care/bc-bonacure/product-range/bc-hair-scalp/

    ReplyDelete
  4. Iqbal, mmg le tulih kat situ normal to dry hair, tp kalo tgk range lain, takde pun utk oily hair. So, consider yg oily tu, adalah normal hair. Lgpun, hairstylist kt Derrick and Team tu yg suggest shampoo tu utk kulit kepala berminyak.

    ReplyDelete
  5. hai...kyo pon ada prob rambut gugur jugak..dok cari2 info..jumpa blog ni... nk try jugak la shampoo dari Schwarzkopf tu... thanks ye share info..kyo

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...