Skip to main content

Cerita Tentang Ikhlas 1 : Ikhlaskah Kita?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca post ini....

Saya ada kisah menarik tentang ikhlas. Peristiwa yang benar² terjadi kepada saya, bukan kepada Pakcik Baharom, jiran seblah umah saya. Sebelum saya start citer, kisah saya yang mmg best giler syok sendiri tu, saya nak kongsi dulu tentang diri saya. (Saya ni sebenornyer mmg suka dgn publisiti. Kekeke.. Cencadangnyer nak jadi anchor woman kat Buletin Utama... Erm... Tapi... hemo² je la.. Dah kertu dah aku nak pegi audition kalo ye pon).

Saya ni, bukan org senang. Org biasa² jek. Duit gaji pun biasanya cukup² makan jek. Kdg² hujung bulan, saya dah jatuh miskin. Nak tunggu gaji masuk dlm 2,3 hari tu... adehh.... rasa cam nak putus tali perut. Sbb dah sengkek giler. Tapi walau canner pun, saya bersabor jek. Kan Allah dah kata... "Jadikan sabar dan solat itu sebagai penolongmu".

Ader skali tu... Waktu ni saya dah papa kedana, miskin hina, kajang pak malau kajang berlipat semua ader. Gaji akan dtg plak ader la dlm seminggu lagi nak dpt. Masa tu, duit saya dlm purse kulit kerbau yang dihadiahkan oleh hantu raya hanya tinggal semilan ringgit sahaje. Kalo saper tak paham, semilan tu bersamaan dgn = RM9. Fuh... Fiuhh... Fuih... Buat le mcm2 bunyi pun, takdernyer duit nak dtg secara magik dlm purse tu. Saya pun tak tau nak wat canner dah sebenarnya masa tu. Mintak dgn hantu raya pun, dia pun lebih kurang sengkeknyer macam saya masa tu. So, tak dpt gak nak pau duit dia. Korang tolong la imejin betapa sengkeknyer saya waktu tu. Tapi saya still maintain cool wp airmuka dah jadik keroh sampai kwn² yg seblah2 workstation saya dah boring tgk muka saya. heheh...

Saya ingat lagi. Masa tu waktu ofis. Saya tgh syok² wat keja dgn mulut muncung, tetiba ader plak sorang ofismate dtg kat saya dgn Tabung Derma Kilat. Nak kutip derma. Sbb ader salah sorang staff kat organisasi saya kerja ni, meninggal donia. Akak yg dtg kutip derma tu ckp "derma la. skit2 pun takper. Nak uruskan jenazah ni perlu duit yang byk".

Dlm hati saya terus terdetik, sayu dan rasa sedih sgt sebab saya setuju dgn kata2 akak tu. Cuma, masa tu, saya dah tak mampu. Tapi saya tetap nak memberi sumbangan. Jadi, dgn RM9 tu, saya bajet, RM3 utk bayar parking balik nnt, RM1 utk beli roti dan saya berikan RM5 dgn sepenuh niat ingin membantu meringankan beban keluarga si peninggal dunia. Waktu tu, yang ada dlm fikiran saya hanya saya serahkan nasib saya kepada Allah dan saya yakin akan dtg kebaikan utk saya dimasa akan dtg.

Balik petang tu, saya teruskan hidup seperti yang dirancang.... Byr parking... Balik umah. Beli roti. Sampai kat umah, biler lapar, melantak apa2 je stok yang ader kat umah. Dgn stok makanan horsemate (housemate) saya skali saya makan. Aper daaa gelojoh Lyd ni.....

Esoknyer... Saya pegi ofis... Dgn hati yang masih berserah, sambil memikirkan kat mana lagi saya nak dpt duit. (Actually, saya ader la akaun simpanan Tabung Haji. Tapi takmo la sampai nak kena kuar duit kat situ.). Waktu rehat tu, saya dah buat keputusan utk kuarkan duit dari simpanan saya... dah berkira2 nak pegi Tabung Haji (Kalo utk pompuan seperti saya... dipanggil Tabung Hajah), saya singgah kat ATM ... Ntah apsal... saya tergerak hati nak check balance akaun Public Bank saya. Pdhalnyer... akaun ni, mmg saya takder buat transaksi apa2 pun. Sbb gaji saya masuk dlm akaun Maybank. Sepatutnya balance ader RM10. Tetiba saya tgk, baki akaun saya ada RM377. ????? Mana dtg??? Mmg saya buat Hire Purchase kereta saya dgn Public Bank. Dan amaun bulanan yg saya perlu bayar pun RM377. Saya sangkakan, ni mesti duit keta yg saya bayar tp kena reject.

Saya masih lagi tak puas hati, saya call Public Bank Call Centre. Saya tanya balance Hire Purchase saya ader tunggakan tak, dan jawapannya 'Takder'. Ermm... Pelik kan? Mana dtg? Saya tak check plak kat Public Bank utk dptkan kepastian. Sbb malas nak kuar dr bangunan tu. Sbb takut kena panas.. Nanti hitam kulit saya. Kehehehe... (Biler masanyer plak aku penah putih???!!! Hahaha). Alasan je tak abih2.

Sahabat2 ku... Tak kisah la dari mana pun dtgnyer duit tu. Tapi... Point saya kat sini.... Pemberian yg ikhlas... Tentu ada ganjarannya... Yang penting, yakin pada Allah yang memberi rezeki. Nnt saya citerkan kisah keikhlasan yang kedua pula. Ingatkan nak sumbat skali dlm post ni... Tapi mcm dah panjang betul ni... berpinar bijik mata ko kang kalo baca panjang2 sgt. Hihihi.. Peace..

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak ca