Skip to main content

Bukan Semua Orang Tak Bertanggungjawab Seperti Kamu!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Nak bercerita sikit. [Eh, sila²... Byk pun boleh. Bukan tak biasa pon ko taip panjang² dlm blog ni kan? kekeke]

Zaman belajar kat sebuah kolej swasta yang sungguh berprestij kat Kuantan dulu, pelajaran saya ditaja oleh sebuah institusi kewangan yang bernama MARIA*[bukan nama sebenar]. Ohh... perkataan ditaja tu mmg tak bleh blaaa. Bab² perasan + carik publisiti, memang aku no.3 [No.1 dah tentu PakNil. Kekekeke. No.2 plak Azwan Ali. Amboi-Amboi-Amboi]. Ditaja tu maksud saya, diberi pinjaman pelajaran aje.. hehehe. Saya bukan ler minah study yg dpt result gempak sampai pihak MARIA sudi nak taja saya . Kalo result SPM gempak sgt, dah tentu saya tak study kat kolej yang berprestij tu. Mestilah saya akan study di Korea Selatan. Dan buat 'drama' Korea saya sendiri kat sana.

Kemudian, bila dah abih belajar tahun 2001, saya masih belum bermula untuk byr pinjaman saya mengikut jadual yang ditetapkan. Dah tu... Bukannya saya kerja lagi masa tu. Tapi bukan juga dok melangut* je kat umah makan tanggung berak cangkung. Saya ni insan yang berguna jugak kadang², walaupun selalunyer saya lebih menjurus untuk menjadi insan yang tak berguna. Hehehe. Waktu-waktu menganggur ni, saya jadi guru ganti kat sebuah sekolah rendah kat kampung saya. Utk yang tidak tahu, ader beza antara guru ganti dan guru sandaran. Kalo guru ganti, tugas dia hanya mengganti cikgu sedia ader yang cuti bersalin [ganti cikgu beranak]. So, biasanyer guru ganti ni hanya 2 bulan jek. Guru sandaran plak tugasnyer utk isi kekosongan jawatan guru kat sesebuah sekolah sehingga guru sebenar ditempatkan di sekolah tu. So, guru sandaran biasanyer dpt mengajar kat skolah tu lama gak. Haaa.... mcm tu le lebih kurang. kekeke. [Ader tak cikgu yg baca blog ni? Skali kantoi plak saya menipu kat sini... :P]

Ok. Ringkaskan.. Thn 2004 saya dapat keja yg saya masih pegang sekarang. Dan mula byr loan. Tapi ntah canner, byrn loan MARIA yg saya tak byr sebelum tu, dah jadi tunggakan. Saya tulis surat ke Kawalan Kredit MARIA utk buat rayuan supaya boleh buat penjadualan semua utk byr hutang² tu. So, diluluskan.

Jadual baru ni, bagi tahun pertama = RM50/bulan, tahun 2 = RM100, tahun 3 = RM175 dan tahun ke 4 dan seterusnya = RM300 sebulan. Dlm masa 3 tahun naik sampai ke RM300?? Kenaikan gaji saya tiap2 tahun selama 3 thn pun tak sampai pun byk tuh. Dah la kena posting ke KL. Tapi saya buat kepala angin saya jek. Saya byr jek RM50 sebulan dlm jangka masa 3 thn tu. Tak ikut jadual pon.

Hasilnyer... Saya terima surat warning, surat merah, surat amaran dan notis 14 hari termasuk penjamin2 saya skali terima surat² tu, sbb tunggakan. Lepas dpt surat tu, terus saya malas nak bayar dah. Tp saya agak saspen la, sbb takut gak kang penjamin saya yg kena. Jadi saya pun pegi la pejabat MARIA, dgn bantuan kwn kepada suami kwn saya, saya takyah buat appointment utk jumpa dgn pegawai di bahagian kawalan kredit tuh. Bleh pegi jek, jumpa je, dan terus bgtau pegawai tu bhw saya nak buat penjadualan semua utk kali ke-2.

Owh... Dan jawapannyer dah tentu la tak boleh. Bla, bla, bla, bla... Tak boleh. Dan tetap tak boleh.

Yang saya agak marah, bila dia suh saya senaraikan perbelanjaan bulanan saya, dia bleh plak condemn saya dgn apa yg saya buat dgn duit gaji saya. Contohnyer sewa umah, saya ckp RM230, pastu dia bleh plak tanya, apsal tak carik umah sewa yg murah skit, yg kecik skit takpun kongsi dgn kawan² ke kongsi satu bilik 2 org. Erm.. Yang tu saya bleh tahan lagi. Then pasal Life Insurans saya, tu pon nak condemn, "apsal bleh beli life insurans? Sepatutnya utamakan utk selesaikan hutang MARIA ni dulu". Then pasal kereta saya plak. Dia tanya, "awk pakai kereta apa?". So saya jwb ler, Kenari jek.. 2nd hand plak tu. Pastu nak lagi komplen, knp saya beli kereta kalau tak mampu? Patutnye beli le keta kecik lagi. Kancil ke. Arrghhh... perlu ke saya ceritakan hal personal saya kat dia? Pdhal saya bukan kenal dia pun. Perlu ke saya citer details, kenapa saya beli keta tu, mcmn saya bleh beli keta tu... Eei... Stress betul saya dgn mamat tuh.

Dan yang paling buat saya sedih, biler dia pertikaikan kenapa saya beri duit pada mak abah saya. Dia tanya... awk ni anak sulung ke? So, saya jwb le bukan. Saya anak bukan anak Sulong. Saya anak Abdul Rahman. Cehh.. hehehe. Saya jwb saya anak bongsu. Pastu dia ckp "habis, takkan la adik-beradik awk yg lain tak bagi kat mak ayah awak". Saya sgt² sedih biler dia ckp mcm tu. Tak kira la kalau adik-beradik saya ader 30 org skali pon, dan walaupun setiap org daripada mereka beri mak abah saya RM4 juta pun, takkan saya tak boleh nak beri jugak kat mak abah saya? Saya pun nak jugak ambil bahagian wp pemberian saya bukan byk pun.

Kendian, mamat longkang tu sambung lagi "cuba la bincang dgn mak, mintak tolong mak setelkan kan. Cuba slow talk dgn mak, ckp elok², bgtau mak yang awk tak dpt nak bagi dia duit tiap2 bulan, sbb nak bayar hutang MARIA. I tell you, mak ni... walau camane pun, dia mesti paham masalah anak² dia. Dia mesti tak kisah punyer." Dan waktu tu, saya tak mampu nak jawab sbb airmata dah mula bergenang, walaupon waktu tu dlm kepala saya mcm² benda saya nak jawab, nak skolahkan skit mamat otak beku tuh, saya tak boleh nak kata apa² lagi waktu tu, takut saya menangis. [yeahh...right... i'm cengeng...so what? Wanna fight? kehkeh... ]

Senang nyer cara lelaki skrg selesaikan masalah yer? Apa-apa hal, carik mak. Skit² suh mak bayar. Tak cukup duit nak byr down-payment keta, mak bayar. Hutang keta tertunggak, suh mak setel. saya yg pompuan ni, bukan le tak penah langsung mintak tolong mak setelkan masalah. Tapi agak² la. Dah kertu macam ni, tenaga 4 kerat elok lagi, sihat Alhamdulillah, lelaki plak tuh, tak malu ke mintak tolong mak? Eii... Tak paham aku dgn mentaliti dia ni. Dah la kalo dia jenis yg selalu nyusahkan mak, takkan nak drag me skali utk nyusahkan mak saya plak? Mmg la mak abah saya tak kisah pasal duit² ni. Duit adik beradik saya yg lain bagi kt dierang pon lagi byk dari gaji bersih saya setiap bulan. Tapi salah ke kalo saya nak gembirakan mak abah saya? Dah la dari kecik menyusahkan mak abah, takkan dah besar pun nak sambung kontrak utk nyusahkan mak abah lagi? Grrr....

Mlm tu, oleh sbb sy buntu, saya pun dgn berat hati, call mak saya. Sy ikut la ajaran sesat mamat tu utk 'slow talk', 'ckp elok²', 'bincang dgn mak'. Dan seperti yang saya jangka, mak saya mmg la tak kisah. Dia siap gelak lagi. "Takper la... Tak kisah pon". Saya kata, mulai gaji bulan ni, masa balik kampung nanti, saya dah tak dpt bg mak duit. Aduhhh... Malunyer nak balik kampung. Tapi takper la... Dah terpaksa.

Pastu, Allah Maha Berkuasa.... Seminggu sebelum saya balik kampung, ader sorang kenalan rapat saya ingin memberi pnjaman kepada saya sebanyak RM5k di atas sebab² tertentu yg tak dpt saya ceritakan di sini. [Saya pernah tolong dia dulu, jadi dia nak balas balik]. Pinjaman tu plak, dia kata saya tak perlu risau bile nak bayar. Dan andaikata dia meninggal dunia, dia halalkan sahaja utk saya. Jadi, legalah saya. Sebab balik kampung tu, saya bleh hulurkan duit gaji saya pada mak dan abah... huuu... lega rasanya. Jadi, dpt la saya byr tunggakan loan MARIA saya dan dengan penuh dendam, saya pegi skali lagi pejabat MARIA, saya bwk duit tu semua dlm sampul surat, dan saya campak duit tu kat muka mamat yg menghasut saya untuk menyusahkan mak abah saya tu. Duit tu bertaburan ke udara, dan dia kutip duit tu dgn gelojohnyer... muahahahaha... [saya reka je cerita kutip duit tuh.]. Buat apa nak pegi lagi ke pejabat tu, saya transfer guna Maybank2u je la.

Jadi, secara tak langsung... Pengajaran daripada cerita ni,
1. Jgn beli keta kalo tak mampu;
2. Sewa umah kecik, kongsi satu bilik 2 org;
3. Jgn senang² je nak suh mak bapak selesaikan masalah;
4. Dan tentu Allah akan membantu kiter di waktu susah jika kiter berserah kepada-Nya.

* melangut = duduk saja² tak buat apa2 pun. Mcm berkubang seperti kerbau di dlm lumpur, bertenggek di pokok seperti munyit. Kekeke.

Sekian.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...