Skip to main content

Betul Ke Ni ???!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sahabat, post kali ini, saya berharap kita sama2 boleh fikir dgn mendalam.

Satu waktu dulu, En StormPong penah bertanya kepada saya diawal perkenalan kami dulu....

En StormPong : Boleh saya tanya awak sesuatu?
Saya : Boleh. Tanyer jek la.

~ Dlm hati dah nervous ni... Kang dia tanya 'will u marry me' kang... canner aku nak jwb. Aku dah ler tak kenal dia sgt masa tu. Huhu....

En StormPong : Kalau org tanya awak, apa agama awak, apa jwpn awak?

~ Fuhhh... Ingatkan nak tanya apa tadi. Eleh.. Soalan ni, kacang jek nak jawab. Tu pon lagi mau tanya ke En StormPong.

Saya : Oh... Dah tentu la Islam En StormPong. Apsal tanya?
En StormPong : Ok, kalau org tanya awak... apa maksud AGAMA?

Saya : Agama tu, pegangan, kepercayaan atau CARA HIDUP. Betul tak? Betul kannnnnnn???
En StormPong : Ok.. Betul la tuh. Then kalo sebut pasal cara hidup, dlm bahasa Inggeris dipanggil apa?

~ Aii... Byk plak tanya dia ni...

Saya : Mungkin 'Way Of Life'.
En StormPong : Jadi, skrg ni.... kalo org tanya awk, "what is your way of life?", tentu dgn mudah awak jawab "Islam" kan??? Tapi..... Betul ke cara hidup awak, 100% mengikut cara hidup Islam...

~ Saat itu, ntah dari mana datang, tetiba saya rasa mcm ader kulit durian kat kerongkong saya.


Selama ni, kiter hidup dan mengaku kiter beragama Islam. Cukupkah keIslaman kiter hanya dgn mengaku "saya beriman" tapi separuh cara hidup mengikut gaya hidup org bukan Islam? Kalau benar kita Islam, sudahkah kiter mengikut manual kehidupan yang dianugerahkan Allah kepada kiter sebagai rujukan utama SEPENUHNYA? Tak dpt tangkap maksud saya? Ayat senangnya.... Sudahkah kiter merujuk Al-Quran sebagai panduan hidup kiter? Jgn tak mengaku.... Kiter hanya ambil separuh jek kan? Kiter hanya amik yg mana kiter rasa kiter rajin nak ikut je kan? *Saya mengingatkan diri saya lebih dari mengingatkan pembaca sekalian. :)

Kata-kata En StormPong selepas itu lebih menginsafkan saya....
Katanya, "Kalau awk hilang kawan, boleh tak awk hidup lagi?,
Kalau awak hilang kekasih, boleh tak awk bernafas lagi?,
Kalau adik-beradik awak pulaukan awak, boleh tak awk hidup lagi?,
Kalau mak abah awk buang awk, boleh tak awk teruskan hidup?......"

Saya sungguh terkedu. Jwpn saya "errr... tak boleh kot. Saya mana bleh hidup sorang2."

En StormPong sambung lagi... "Ooooo.... Tak boleh yer.... Ok, kalo hilang kawan, boleh tak awk cari kawan baru? Mesti boleh kan? Cari kekasih baru? Pon boleh kan? Kalau family pulaukan awk, awk cari le adik-beradik angkat dan kalo mak abah buang awak, carik le mak abah angkat, kalo derhaka pada mak abah, kena halau dari umah jek. Tapi masih boleh cari umah lain. Tumpang umah kwn2 ker... Betul tak? ..."

"Tapi... cuba awk bygkan.... Awk derhaka pada Allah, Allah yang buang awak. Allah benci awk. Allah halau awk dari bumi-Nya. Mana awk nak pergi? Nak lari manaaaaa??!!! ~tetiba En StormPong meninggikan suara di ayat terakhir tu, sebab dia naik syehhh... hehehe.. acoh jek...

Sahabat2ku.... Saya menyeru dgn sedalam hati saya..... Ayuhlah kiter... Ayuh la ke mana? hehehehehehe... Ayuh lah kiter kembali kepada jalan Allah. Kalau arak sudah dianggap perkara 'biasakk arr tu..Wa moden beb..", kalau berita meragut/mencuri/merompak dah jadi isi kandungan tetap dalam akhbar, kalau berzina dah jadi perkara remeh dan dijadikan bisnes mcm bisnes kedai makan, berjudi dianggap halal dan buang anak dah dijadikan trend... Sedarkah kiter bahawa kiter semakin jauh dari Maha Pencipta? Nak ke taknak? Erm... Lu pikir la sendiri.

Sekian.

Comments

  1. ramai yg x insaf lg pasal 2 la byk kes buang baby huhu...teringat2 lagi tgk clip abortion kt fb td...ciannye kat baby yg dah cukup sifat jd cam2

    ReplyDelete
  2. Mmg pun. Siap bangga lagi buat maksiat. heheh. Dan pihak berwajib plak kata "kiter patut beri mereka peluang". kekeke... Dia siapa utk buat keputusan mcm tu? Dan utk beri kelonggaran mcm tu? Nak beri peluang boleh, tapi jalankan hukuman.. Sebat 100 kali atau rejam sampai mati. Hahaha.. Agak2nyer kalo hukum tu dijalankan skrg ni, bleh kenal la penzina2 Malaysia ni kan? Sbb badan dah berbirat kena sebat. muehehe...

    ReplyDelete
  3. x kenal gak...lepas kene sebat br pakai purdah...tudung labuh kot nk cover sirat-birat tu tp ok pe...tertutp sket tutup aurat diorg kan :)

    ReplyDelete
  4. Terdiam di kala membaca tajuk blog nih. Terasa diri ini terlalu jauh dari yang Esa. Mampukah aku menjadi hamba-Nya yang diredhai? Ya Allah, terima kasih kerana memberikan ku dugaan ini untuk mensucikan dosa-dosaku yang lalu. Aku pohon pada Mu, Kau tetapkan lah hati dan jiwa ku di jalan yang diredhoi Mu. Amin~

    ReplyDelete
  5. Itu la Cheetah. Kita tak sedar kita makin jauh. Org yg taip ni pon sama. Pernah jauh dari Allah. Dan skrg, tgh berusaha utk kembali jadi seperti dulu. Cuma... Tak tau Allah sudi ke tak nak terima aku. MUdah-mudahan. Aku akan berusaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...