Skip to main content

Prologue

Assalamu`alaikum...

Ini adalah kali pertama saya menulis di laman Blogspot.com ini. Id ini pun baru sahaja didaftar sebentar tadi, walaupun tujuan asalnya adalah untuk testing network access bagi 3G card yang sebelum ini mengalami masalah dgn SIMCARD. Tetapi tidak bermakna saya tidak pernah menulis blog. Cuma sebelum ini saya mengekspresikan perasaan saya di dalam ruangan blog Friendster dan kemudian di dalam note di Facebook.

Sebelum mendaftar dan memasuki Blog ini, saya telah berazam untuk memilih layout yang 'terang' dan berlatar belakang kan warna cerah untuk blog saya ini. Bagi saya, website atau homepage lebih mudah dibaca atau sejukkkkk mata memandang jika latar nya berwarna cerah. *Pendapat ini mungkin hanya relevan untuk saya sahaja.

Jika boleh, blog ini, saya tidak mahu jadikan sebagai blog yg membosankan, skema, ikut ayat buku dan syok sendiri(balik-balik citer pasal jiwakacau). Saya, jika boleh ingin menjadikan blog ini sebagai blog yang menyeronokkan (seperti Kinder Joy), yang santai, dekat dgn pengguna tapi tidak mengarut. Mungkin akan ada post yang akan saya masukkan di dalam ini dgn menggunakan bahasa pasar dan bahasa tah hapa-hapa ntah, jadi harap bersabar dan bertenang yer.... Juga,mungkin saya akan ambil semula post-post menarik yang pernah saya tulis di Facebook dan Friendster.

Senyum untuk semua.....

Comments

  1. WAAHH NAK IKUT LA BLOG INI.BEST BLOG INI HEHE

    ReplyDelete
  2. memang menarik akak rasa cara penulisan lyd...santai..dan jenaka..tp ada input yg ingin disampaikan ..tak membosankan .. teruskan berkarya..heheeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...