Skip to main content

Posts

Food Review : Mr Food Restaurant

Sejahteralah ke atas kamu... Impian aku nak makan steak tebal+gemuk masih belum kesampaian. Ahad, aku ada urusan perniagaan kat Putra Heights. Gaya macam bagus je buat ayat urusan perniagaan tu. Padahal bukan ada benda pun. Selesai urusan rasa lapar nak makan. Aku ni takleh makan lambat. Nanti aku gastrik. Kalo aku gastrik, ko tau apa kesannya? Mesti la ko tak tau kan. Kesannya ialah Luth akan kembung. Tak tau le apa relatednya antara perut aku gastrik dengan susu aku menyebabkan Luth kembung. Mukadimah kemain panjang. Aku round lot-lot kedai tu nak cari kedai makan. Banyak kedai makan tutup, tetiba jumpa satu kedai yang ada sign  'OPEN'. Signboard kat kedai tu namanya Mr Food. Kedai tertutup. "Ni kedai mende", naluriku bertanya. Lain macam je tertutupnya. Cermin gelap. Boleh masuk ke tak ni? Aku siap suruh Mat Azghul gi tengok kejap dalam tu cemana, kalo okay baru aku nak gi. Tapi Mat Azghul pun tak kuasa nak layan permintaan aku. Hahah. Tengah teragak-agak ...

Pengakuan : Aku Seorang Penagih

Sejahteralah ke atas kamu... Aku sekarang ketagih biskut cream cracker HupSeng Cap Ping Pong. Tiap-tiap hari mesti nak makan biskut ni. Kalau tak makan aku rasa mcm meremang bulu roma kat tengkuk. Sila rujuk gambar di bawah ini; Ni kan makanan ringan sewaktu berpantang. Orang lain siap tak tahan je kena makan biskut tiap2 hari, tapi plak suka, sampai kemaruknya sehingga sekarang. Biskut ni begitu sedap pada lidah aku. Kalo jenama femes yang lain  aku tak minat sangat. Tak sesedap Cap Ping Pong ni. Biskut ni dia mcm berminyak skit. Mungkin tak berapa baik berbanding jenama Jacobs yang biskut cream cracker nya agak kering.  Biskut ni aku makan dengan air hot cocoa Van Houten. Sedap gile khinz. Mat Azghul selalu je tak faham kenapa aku tiap2 hari nak makan biskut ni. Teknik aku makan biskut ni plak lain daripada org. Kalau orang lain celup biskut dalam air, aku plak patah2kan then makan guna sudu. Ala-ala cornflakes gitew.  Benda ni pun aku nak ceri...

Wordfull Friday

Sejahteralah ke atas kamu....   Haku sentap mengkarung kejap baca komen pakcik kambing ni. Selama ni aku hanya fikir pengorbanan aku sebagai mama je. Sekurang-kurangnya aku memilih untuk berkorban. Sedangkan Luth tidak pernah diberi pilihan pun untuk dia ditinggalkan di rumah pengasuh sewaktu aku bekerja. Luth, mekasih Luth. Mama terharu dengan pengorbanan Luth. 

Abe Wish, Aneka Ragam

Sejahteralah ke atas kamu... Jiran Ada sorang jiran aku ni, orang Kelantan, drive kereta Toyota Wish. Kami panggil dia Abe Wish. Rumah dia kat tingkat 2, atas rumah aku. Dia ni kalau parking kereta, ikut kepala sendiri je. [Eh, aku mengumpat plak. ]. Korang yang pernah tinggal kat rumah flat, mesti faham dilemma parking space kat rumat flat ni. Kalo dia nak parking kat tengah-tengah, dia parking je. Tempat dia park kereta tu patutnya boleh masuk lagi 2 kereta, tapi dia macam tak peduli pon.  Aku selalu je hangin dengan dia ni. Sebab menyebabkan orang lain susah. Aku la yang susah terutamanya. Sejak akhir-akhir ni aku perasan yang kereta Wish dia tu dah takde dah parking kat tempat parking tu. Aku macam tertampi-tampi je nak tau. Pegi mana brader ni? Aku rasa dia dah pindah. Bila aku tengok kat umah dia macam ada orang. Aku rasa tu mesti penyewa baru. Walaupun aku gembira jugak sebab dah takde orang nak parking sesuka hati, tapi macam aku cakap tadi la, aku cuma rasa ter...

Kalau Dah Terlampau Kaya

Sejahteralah ke atas kamu... Manusia ni, kalau dah terlampau kaya sangat sampai emas pun dia nak makan. Kalau aku tak tengok Masterchef Austalia Sr 4, aku pun tak tau ni.  Austria Gold Sparkling Wine Mengikut apa yang aku baca, emas ni takde rasa pun. Tapi sekadar nak bagi hidangan nampak exclusive dan special. Bukan sebagai penambah perisa tapi hanya untuk hiasan dan decoration.  Apa yang aku tau, emas yang digunakan untuk decorate makanan ni dikeluarkan oleh Edible Gold Leaf . Ada berbagai jenis seperti dust [serbuk] dan juga kepingan nipis [leaf]. Kedua-dua jenis ni menggunakan emas 22 atau 23 karat. Jangan main2 ye. Kebulur benor la diorang ni. Dah habis dah ke makanan kat dalam dunia ni? Kalau orang bagi pilihan untuk makan, aku rela pilih jemput bilis je berbanding gold flake ni. Tapi kalau bagi emas untuk barang kemas aku nak la. Utk makan tidok le aku heran. Ini baru cerita pasal emas. Belum lagi cerita pasal berlian yang orang letak da...

Jika Sudah Tertulis...

Sejahteralah ke atas kamu... Tahun lepas TV aku yang gemuk mcm anak gajah jenama GC dah rosak. [GC ni jenama keluaran Carrefour singkatan kepada Good Choice]. Waktu tu aku pregnant. Aku dgn Mat Azghul kononnya nak beli TV baru flat screen. Excited ni pegi survey. Ntah cemana, kami bincang2 baru kami sedar yang kami ni jarang sangat tengok TV. Kalau beli, tak ke membazir je. So, tak jadi beli TV. Maka, melangut la kami tanpa TV di rumah. Bayar bil Astro je tiap2 bulan tanpa tengok TV. Membazir le jugak, tapi sebab malas sgt nak call Astro, so bayar je la. Agak lama juga aku ingat yang kat umah aku takde TV. Tapi aku tak rasa apa-apa pun sebab memang most of the time, aku pening, alahan. Tidur pun awal. Kul 9 mlm dah tido. Mat Azghul pulak akan mengadap internet [ntah la, aku dah lupa apa dia buat.]. Agaknya, oleh sebab kesian sangat kat kami yang tak ada TV ni, ibu mertua aku bagi TV lama kat rumah kat kampung kepada kami. Okay sikit jenama Sony, tapi it was another anak gajah....

Solid

Sejahteralah ke atas kamu... MInggu lepas masak bubur campur carrot, bagi kat Luth, dia tak makan. Sabtu, rebus pisang Siam [kat kedai tu panggil pisang Awak]. Lenyek2 bagi kat Luth. Pisang ni aku rebus sebab aku masih ingat yang dulu arwah mak aku pernah rebus pisang ni untuk bagi anak buah aku makan. Aku ingat pun sebab aku selalu cukai sebijik kalo mak aku rebus pisang ni. Dengan harapan, Luth suka. Tapi haihh.... tinggal harapan je la. Dia buka mulut pun tidak. Masuk pun sikit sangat. Aku suap dgn jari aku je, tak guna sudu, sebab kalau sudu terus dia tanak buka mulut. [Tapi aku rasa dia alergi dengan pisang la. Sebab naik ruam2 kat tangan dengan kali pastu leher lepas dia makan pisang ni.] Ini pulak, sweet potato kuning yang aku rebus, potong kiub dan blended sampai halus. Nampak tak? Habissss..... aku yg makan. Sama jugak, dia takmau buka mulut pun. Pun masuk sikit jugak. Tu pon aku suap guna jari. Tapi 2,3 kali je dia buka mulut, buka mulut plak besar mulut anak b...