Skip to main content

Posts

Alasan Alternatif Jika Ditegur 'Gemuk' Oleh Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu... [*Gemuk - Sila baca sebagai 'berisi'] Alasan 1 Apa nak diherankan kalo aku gemuk. Sedangkan Siti Nurhaliza dan Aiswarya Rai pon gemuk lepas kawen, inikan plak aku yang bukan artis ni. Derang lagi la sepatutnya banyak duit, bleh pegi slimming center. Alasan 2 Aku dah bosan asyik kurus kering je. Nak ubah penampilan plak. So aku sengaja biarkan diri aku berisi sikit. Baru le ada alasan nak beli baju baru. Sambil sengih kerang dan berbunyi.. 'teeheee'... Alasan 3 Takpe kot kalau aku gemuk as long as aku tak mintak duit ko untuk beli lauk-pauk yg aku makan. Alasan 4 Gemuk la bagus, nampak lebih matang. Baru la orang-orang muda akan respect aku skit. Kalau tidak derang anggap aku ni macam adik-adik derang plak. Kalo berjalan pun dah macam gegar-gegar lantai, bleh menakutkan kanak-kanak kecil. Ok what? Alasan 5 Jadi gemuk ni memang pilihan aku sebab aku nak try audition berlakon, watak komedi untuk gantikan Syanie dan sebagai pelapis kepada Enot. ...

Perangai Orang Malaysia Yang Membanggakan Di Peringkat Antarabangsa

Sejahteralah ke atas kamu... Ada beberapa perangai orang-orang Malaysia, tak kira Melayu, Cina atau India yang kalo dibawa ke peringkat antarabangsa, boleh membuatkan negara Malaysia ni popular. Antaranya; Meludah pada tempat yang tak pasal-pasal. Kalau kat kedai makan, ludah dalam sinki tempat basuh tangan. Kalo sinki tu plak tersumbat? Terapung je la. Eyarkkk... Bila tengah lepak2 kat dataran tempat lalu-lalang [lalang ke? bukan lalu-manusia ke? lalang boleh lalu kewww???], tanpa rasa penyesalan dia meludah atas simen/jubin di dataran tu. Orang pijak. Seret bawak pegi tempat lain. Jgn marah kalau saya katakan biasa yang paling selalu meludah ni adalah kaum lelakeee... Dia boleh pptuikkhhhh je dgn kahak2 dia. Tp pompuan pun ada juga. Meludah masa tgh drive kat jalan jammed. Tp tak la sebiadap 'hakkkk ptuikhhh' tadi. Tapi sungguh tak bermoral tinggi perbuatan itu. Dah sama taraf dgn monyet dah tu. Monyet je yg selalu ludah merata-rata ni kan? Itu pun sbb memang cara dia makan ...

Spinster Yang Memang Melampau Pun

Sejahteralah ke atas kamu.... Filem-filem yang ditayangkan di TV semasa raya hari tu mmg menyesakkan tali perut. Dah tayang tu takpe lagi, sebab time tayang tu pun memang waktu orang bz beraya. Tapi part ulang tayang banyak kali lagi lepas raya tu yg paling menyirap. Dah tu kebetulan plak waktu ditayangkan tu, saya memang tgh lapang dan melangut depan TV pastu channel lain semua tayangkan rancangan yg lagi takbleh bla. So, terpaksa tengok. Sebenarnya saya hanya maksudkan 1 filem ni je. Andartu Terlampau Gedik 21 Hari Mencari What Ever. Sesungguhnya, pendek gemuk atau keburukan fizikal itu tiada masalah bagi saya sebab semua tu rupa yang Allah beri. Tapi kalo rupa buruk itu disulami dengan cara pembawaan yang salah, euwww.... hasilnya terjadi la perasaan menyampah yang membuak-buak dalam dada ni. Maksud saya, siapa lagi kalau bukan Heliza Misbon. Sape tengok filem tu pasti takkan lari daripada merasakan perkara yang sama, percayalah. Ni kalau saya cerita lebih-lebih akan jadi mengumpat ...

Angry Birds Rio How To Download Full Version For Free

Sape suka main Angry Birds? *kalo ko angkat tangan pun aku tak nampak*. Bagi yg dah graduated main Angry Birds Original, boleh try main Angry Bird Rio pulak. Biasanya kalau 'angry birds rio.exe' file yang ada kat internet ni, trial version je. Dia kata je Full Version, tapi sebenornya serbuk pun tarakkk... Kat sini saya kongsikan cara-cara nak download the Full Version of Angry Birds Rio. Seronok tau Angry Birds Rio ni. Kalau Angry Birds yang biasa, kita berperang dengan vavi atau Cik Si Khin, tapi Angry Birds Rio ni, stage 1 kita kena bebaskan burung2 dalam sangkar. Stage 2 dan 3 kita kena tembak monyet. Tapi lebih mencabar dan berbeza skit permandangan dia. Lagi ada tambahan burung dalam Angry Birds Rio ni. Iaitu burung warna biru dan kembar. Pastu last sekali akan ada anjing tolong makan geng-geng monyet ni. Cool giler! Sesiapa teringin nak download Angry Birds Rio full version, boleh cuba follow steps berikut. Free je. Main le korang sampai lebam mata. Follow to this steps;...

Tunggang Terbalik

Takpayah nak menafikan lagi bahawa dunia kita hari ni semakin pelik. Diantara 2 keadaan; yang benar dan salah manusia zaman sekarang akan lebih pandang rendah pada yang benar. titik. Wanita yang berjubah dan berpurdah akan lebih dipandang pelik dan sinikal sedangkan pempuan yang pakai bikini berlari-larian di tepi kolam dipandang 'howttt' ~kipas muka guna tangan sendiri... Lelaki tua yang comot dan mengutip tin aluminium dipandang jijik dan kotor sedangkan jutawan kaya-raya, berkereta mewah dan memandu laju di jalan persekutuan yg jammed, tetapi mendapatkan kekayaannya dengan cara yang haram akan lebih dipandang 'diva' oleh masyarakat. Berkahwin tanpa bercinta akan dipandang sangat kolot dan tak up-to-date sedangkan berkaple sebelum bercinta itu dianggap sweet dan perlu demi utk mengenali hatibudi dan nurani pasangan serta mendapatkan keserasian. Anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR atau SPM akan dipandang mulia, bijaksana, pandai, cemerlang dan bergemer...

Giveaway Souvenir dari Jepun dan Korea

Giveaway pertama yang saya masuk tak membuahkan hasil. So, cuba lagi untuk Giveaway yang kedua pula. Memandangkan cara pemilihan pemenang adalah secara cabutan bertuah, so possibility untuk saya menang tu memang 'BESAR'. Sebab saya ni selalu 'BERTUAH' tau. Sentiasa bertuah. Kalau saya masuk peraduan atau contest apa-apa kat dalam dunia ni, 'CONFIRM' menang. Hihi. Jadi harap-harap kali ni akan jadi lebih bertuah. Bukan selalu orang nak bagi souvenir daripada negara Takuya Kimura dan Kim Rae Won ni. Nak harapkan kekawan yg pergi bercuti ke sana bg souvenir, takde harapan le nampak gayanya. Promotion dia macam ini; Bismillahirahmannirahim.. Dengan lafaz Bismillah saya nak merasmikan giveway yang pertama kali cuba dibuat di blog Asmara Life. Berdebar jugak ada penyertaan atau tak, ikhlas nak bagi pada yang sudi menyertainya. Sebelum ni saya tak pernah sekalipun menyertai mana2 GA. Sangat terharu kalau ada siapa2 yang sudi join. Giveaway yang nak diberi merupakan bar...

Bila Orang Islam Dituduh Kafir, Marah... Tapi......

4 Perkara Melenyapkan Agamamu... Kata Syeikh Abd Qadir Al-Jailani: ✔Kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui. [berapa banyak perkara yg kita ketahui telah diperintahkan oleh Allah dalam Al-Quran tapi kita tak buat?] ✔Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui. [berapa banyak perkara yang kita buat tapi kita tak tahu benda tu boleh ke tak, tapi kita tak cari jawapannya pastu main agak-agak je. Berapa banyak perkara yg kita buat, kita tak pernah mempertimbangkan sama ada Allah suka ke tak suka. Contoh, bila kita ada 2 pilihan nak beli nasik lauk biasa je berharga RM5 dengan nasik lauk lebih drpd biasa di restoran mewah berharga RM49.90? Dua-dua mengenyangkan. Kebanyakan daripada kita akan pilih tempat mewah dengan alasan 'kalau mampu apa salahnya'. Tapi adakah Allah redha? ✔Kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya. [berapa banyak ilmu tentang agama yang kita tak tau tapi kita taknak belajar atau kalo nak belajar pun nanti-n...