Skip to main content

Posts

Menakutkan. Phewww... Tarik Nafas Dalam-dalam

Sejahteralah ke atas kamu... Senarai Pertama Wali Waqi Dah keja Uwais Tirah Aisyah Yon Pon dah keja Ummar Ammar Tak balik raya Fadilah Marwan Syu Maisarah Arief Airie Hajar Ainuddin Azim Sarah Amaluddin Ilman Yana Ili Ilham Afham Azfar Hana Jah Azril Syifa Aaina Razin Senarai Kedua Apip Ayiq Darwish Semua sekali 31 orang untuk diberi duit raya. Arghh... Pengsan maksu. Nasib le kalo dpt 2 hinggit je. Nnt sape complaint, aku nak ckp macam ni... "you take it or leave it". Hahaha... bagi kata 2 je. *Nasib baik tahun ni punya sampul raya EsEsEm lebih cantik daripada sampul '1 Malaysia' yang ada iklan pasal Piagam Pelanggan untuk Penubuhan Syarikat. Nak guna pun malu. Last-last buat kertas bakar utk permulaan rebus ketupat kat dapur kayu.

Selamat Haghi Ghayer

Sejahteralah ke atas kamu... Esok dah nak raya... Korang dah sedia ke nak beraya ni? Dah sedia nak tinggalkan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ni? Dah balik kampung ke? Saya dah berada di kampung ni... Nyaman je rasanya dapat beraya di kampung. Bahang panas di siang hari yang di kelilingi pokok-pokok sangat berbeza dgn bahang panas dikelilingi bangunan. Sempena 1 Syawal ini... Saya ingin mengucapkan ; *tak lawa pun, tapi... Adha Ku Kayshah?

Nilai Blog Saya...

Huhuhu... Murah... Tapi takpe la.. Abih nak expect mcmn lagi kan? Takkan nak harap nilai dia sama banyak mcm google kan? Kekekeke.

Psycho Test

Sejahteralah ke atas kamu yang tidak psycho... Hi Read this question, come up with an answer and then scroll down to the bottom for the result. This is not a trick question. It is as it reads. No one I know has gotten it right, including me . A woman , while at the funeral of her own mother, meets a guy whom she did not know. She thought this guy was simply ' amazing' , very much of her dream guy, she believed him to be just that! She fell in love with him right there, but never asked for his number and could not find him. ........A few days later she killed her FIRST sister. Question: What is her motive in killing her sister?(Give this some thought before you answer). SCROLL DOWN ............. : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : . : : : : : : : : Answer: She was hoping that the guy would appear at the funeral again. If you answered this correctly...

Date Dhibs

Sejahteralah ke atas kamu... Dtg ofis pagi tadi, tengok-tengok ada botol ini di atas meja. Apa ke jad plak dah ni? OrgKgBaru kata itu lah bahagian untuk saya daripada hamper yang bos saya dapat semalam. [Semalam saya cuti, kengkonon buat kuih raya. Kuheh....kuheh...]. Dhibs? Apa benda tu? Search maksud perkataan tu kat Google, takde plak. Kalau 'dib' tu ada la. Pastu google punye google punye google, jumpa la web bertuah ni . Kat situ dia kata makhluk seram di dalam botol/jar ini adalah... untuk dibuat minuman. Lebih kurang mcm jus kurma la. Ooooooooohh.... Begitu kesahnya ye... Mana le kawan tau. Tapi takpe.. Walaupun pelik... saya suka dapat benda-benda pelik tapi boleh digunakan ni. Heheheh... Ok la korang, saya nak berangan minum jus kurma jap utk berbuka nanti.....

Orang Lelaki

Sejahteralah ke atas kamu... "Orang lelaki ni suka minum air. Kalau kamu jadi isteri, kamu perlu selalu bertanya kepada suami, "Nak minum tak?". Lelaki suka dilayan begitu.". Pesanan itu saya dengar semasa saya masih belajar di kolej. Lecturer saya yang pesan. *lecturer itu adalah lelaki dan beliau adalah seorang ustaz. Saya tetap ingat pesanan itu walaupun bila dah kawen, tak plak selalu praktikkan. Daripada pemerhatian saya yang baru je 2 bulan kawen ni..... Lelaki ni, dia nampak tak kisah kalau kita tak masak untuk dia, tak buat air untuk dia, atau tak layan keperluan perut dia, tapi dalam hati dia sebenarnya saya rasa dia kisah. Mungkin dia tak pernah merungut, atau tak pernah mengaku kalau kita tanya, "Awak marah ke kalau saya tak masak?". Mesti dia akan kata, "Tak marah la. Saya tak kisah pun kalau awak tak masak. Asalkan ada awak dalam hidup saya.". Mungkin dia memang tak marah pun, tapi kalau kamu offer diri untuk buat semua tu untu...

Blog Yang Suka Dilawati/Mudah DiFollow

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Warning : Entry ini bukanlah berdasarkan statistik atau fakta, tetapi hanya pendapat personal saya sebagai pembaca blog. Blog ada banyak kategori. Ada yang ilmiah. Yang keagamaan. Yang merepek tah hapa-hapa. Yang kongsi fakta ceduk daripada blog lain. Yang cerita tentang personal, tentang anak, tentang suami, tentang jiwa kacau. Yang kongsi resepi memasak. Pastu ada macam-macam kategori lagi la. Nak senaraikan pun malas. Saya sebagai follower blog orang, saya suka follow blog yang; Baru nak mula berjinak-jinak dengan blog seperti saya. Follower dia pun ada bawah daripada 100. Kononnya supaya senang dia nak notice yang saya ni jadi follower dia. So, nnt dia bleh la follow saya balik kan. Tapi biasanya kalau yg dah lama saya komen-komen blog dia tp dia tak follow balik, saya terus stop follow la. Hehehe.. tak ikhlas sungguh kan? Tapi ye la.. biasanya blog dia pun bukan hebat sgt, tapi dia dah bajet diva. Kalo Fatin Liyana yan...