Skip to main content

Posts

Drama Rekaan Masa Zaman Skolah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Situasi : Di dlm kelas 4 Sains Harmoni, Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib [SMART] ~ sekolah je yg SMART, tapi aku tak 'smart' plak ~. Dibintangi oleh : ~ Naimah [sebagai tukang dengar pertama] ~ Helmilia [sebagai tukang dengar kedua] ~ Watak paling penting : Salida [sebagai tukang reka citer merapu utk buat Naimah dan Helmilia ternganga pastu gelak ramai²] Salida pon mula buka mulut utk bercerita kat Naimah dah Lia. Ceritanyer mcm ni; "Korang tau kan... Aku memang cintakan Quino*. Sejak Form 2 lagi aku dah mula cintakan dia. Dia cinta pertama aku. Tapi aku pun tak tau la sampai biler perasaan cinta aku pada Quino ni akan bertahan. Sighhhh.... Aku rasa tak mungkin aku akan menunggu dia selamanya. Satu hari nanti, biler aku dah makin dewasa, aku tau aku akan semakin lupakan Quino. Bila usia aku dah makin meningkat, cinta aku pada Quino akan semakin pudar. Masa tu mungkin aku dah jum...

Lagu Feveret Akoooo....

Kosong - Dewa 19 [Lirik] Kamu.... Seperti hantu, Terus, menghantuiku... Ke mana pun tubuhku pergi... Kau terus membayangi aku.... Salahku.... Biarkan kamu, Bermain... Dengan hatiku... Aku tak bisa memusnahkan, Kau... Dari fikiranku... Ini... Di dalam keramaian, Aku masih merasa sepi... Sendiri memikirkan kamu... Kau genggam hatiku, Dan kau tuliskan namamu... Kau tulis namamu... Kau tulis namamu... Tubuhku.. Ada di sini, Tetapi tidak jiwaku, Kosong yang hanya kurasakan, Kau, telah tinggal di hatiku...

Nasyid SSM

Audition Nasyid II Tarikh : 13 Mei 2010 Tempat : Dewan Serbaguna Tkt . 18 Masa : 1.00 Ptg – 2.00 Ptg. Akan Diadili Oleh; En Shamir (Guru Vokal & Komposer) dan Seorang anggota HIJJAZ MAKLUMAN: I) Peserta audition yg terdahulu perlu hadir sekali lagi sekiranya masih berminat – Tambah skill II) Pilihan lagu bebas ( Bawa minus one sendiri sekiranya ada ) III) Kepada yang mahir bermain alat muzik sila bawa alat muzik sendiri (jika ada) Lyd asks : Buleh tak kalo aku pegi audition nasyid, aku nak nyanyi lagu Anuar Zain?

Camane Agaknya........

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Syurga. Saya membayangkan syurga tu ialah satu tempat lapang.... yang indah, semuanya indah. Warna hijau dan putih. Diiringi cahaya terang yang berwarna lembut tetapi redup. [Haaa.. ni kang biler aku citer bab² serius jek, mcm bosan nak baca yer.. hehehe..takper.. tak paksa pon] Mungkin imaginasi saya tentang syurga ini kerana terpengaruh dgn keadaan syurga seperti digambarkan di dalam Al-Quran, "mereka berehat di atas pelamin-pelamin[berhias], mereka diberi minum khamar asli dari bekas yg bersalut". Di syurga disediakan kebun-kebun dan buah anggur. Mata-mata air dan buah-buahan yg daripada segala jenis yang mereka ingini". Kalau macam tu, jika syurga adalah seperti yang digambarkan begitu, maka takder la hebat sgt syurga tu ye kan? [Maaf, sila baca sehingga habis tanpa membuat sebarang konklusi di pertengahan karangan ini]. Semua perkara² yang disebutkan ader di syurga tu, ader kat dunia gak kan? Ye la kan... Kalo se...

Aku Kan.....

....cukup menyampah kalo waktu aku drive, pastu ader keta lain yang follow belakang keta aku, pastu gaya mcm nak langgor bontot keta aku, konon2 mcm nak cepat sgt [mungkin tgh tahan berak, dah tak dan-dan nak kuar dah isi usus besar dia sbb tersalah minum air asam boi perisa minyak atar mcm yg aku minum semalam], pastu siap buat muka 'tepi skit, aku nak gi jumpa Presiden Barrack Obama ni' padahal kat parking aje pon... Bukan kat jalan raya yang halaju minimumnyer 80km/j pun.. Mmg wajar dilempang barang sedas dua. Dah tentu kat parking, aku nak usha parking kosong. Tak reti2 ke? Hangin betul pagi2 ni. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini... [Ceh, baru nak bagi salam]. Semalam, aku tido lewat sebab abih jumpa En Stormpong kul 1 pagi. Huuu... Balik umah, tido dgn lenanya, pastu sedar2 pagi tadi dah kul 7.15 pagi. Aku subuh gajoh la pagi tadi. Kroohhzzz... Aku masih ngantuk..... To En Stormpong, thanks sbb tolong abihkan semua makanan saya yg saya tak abih makan sema...

Cantik Ke?? Banyak Cantik..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Menurut abg saya... Kecantikan paras rupa pompuan ni terbahagi kepada 3; 1. Natural Beauty - Yang paling best la dlm 3-3 kategori ni. Mmg sejak kuar2 dari perut mak, terus dah cun melecun. Biler dah besar, time org lain ader masalah muker berjerawat gajah, dia maintain jek cun. Duit pon jimat jek, sbb takyah nak beli mekap byk2. Sbb mmg dah cantik, takyah mekap pon takder hal. Muka kelat tgh marah pun masih comel. Muka baru bangun tido dgn rambut lunyai pon masih lagi lawa. Kalo buat mimik muka paling buruk pun masih lagi menang kalo nak dibandingkan dgn org muka pecah buat muka paling control cun. Huhh... Sadis... 2. Tak Natural Beauty - Kategori ke-2 ni plak... Masih masuk dlm kategori cantik. Tapi tak naturally cantik la kan... Maksudnyer, dia perlukan banyak effort utk kelihatan cun. Maybe kalo amik gmbr, kena cari angle tertentu je baru nampak cun. Pastu kalo biasanya biler kuar umah dia mekap tebal, org nampak dia mcm Megan Fox,...

Dominican Sisters of Mary. Sista! Sista!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Nak kongsi pengetahuan pasal 'rahib'[ sister ] atau 'biarawati'[ nun ] dgn kamu semua. Pakaian yang dipakai oleh rahib atau biarawati ni dipanggil ' habit '. Dan pakaian tu sebenarnya adalah dianggap sebagai 'wedding dress' mereka. Sister ni perlu la suci. Derang tak boleh melakukan sex . Sbb bagi derang, biler dah jadi nun , bermakna derang berkahwin dgn Jesus. So, sbb tu le uniform derang tu dianggap sebagai wedding dress . Apa bezanya antara rahib dgn biarawati tu, saya tak la pasti sgt. Tapi secara umumnye sama je. Ader la perbezaan² dari segi tugas atau level. Tapi basicnyer, sama jek. Kehkeh... Saya tgk Oprah sebenarnya. Sbb tu saya tau benda ni. *nampak sangat aku selalu tgk Oprah...ngeee... peace..* Oprah siap rakam lagi kehidupan sisters ni. Saya tgk, kehidupan dierang mmg sangat disiplin. Bangun jam 5 pagi. Kena berdoa ramai². Kemudian sarapan dlm keadaan yang senyap dan beradab. Aktiviti se...