Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

Pakej Rawatan Selepas Bersalin Natalis Mothercare

Sejahteralah ke atas kamu..... Aku masih di dalam tempoh berpantang. Saat aku menaip entry ini, baru hari ke 13 aku berpantang. Sewaktu di awal kehamilan aku dulu, aku dah berbincang dengan suami untuk mengambil pakej rawatan selepas bersalin untuk aku. Aku telah merancang untuk berpantang dahulu di rumah sendiri sebelum balik berpantang di kampung. Tujuannya ialah untuk berurut dan untuk bagi badan aku lebih sihat sebelum berpantang di kampung. Di kampung agak susah untuk cari tukang urut. Kalau ada pun perlu dijemput dan dihantar. Lagipun aku memang perlukan bantuan untuk memakai bengkung, dan bertungku. Aku malasss nak buat sendiri semua tu. Aku perlukan bantuan untuk orang lain lakukan untuk aku. Pakej rawatan yang aku pilih ialah daripada Natalis Mothercare, pakej Puteri selama 7 hari. Pakej Puteri ini adalah pakej lengkap stay-in, bermaksud rawatan lengkap dengan semua barang-barang disediakan oleh pihak Natalis Mothercare. Stay-in bermaksud confinement lady daripada Natalis M...

Memperkenalkan.... My 2nd Son

Sejahteralah ke atas kamu.... Ada yang dah tgk gmbr anak kedua aku di FB. Bagi yang belum tgk, mari aku perkenalkan,  ini ialah Yafith bin Mohd Azrul. Pelik ke nama 'Yafith'? Mungkin tak biasa dengar kan? Nama Yafith ni suami aku yang pilih. Tiada maksud. Sama macam nama abang dia, Luth yang tiada maksud. Cuma diambil sempena nama nabi. Yafith pula diambil sempena nama anak nabi Nuh. Salah seorang anak nabi Nuh yang turut serta menaiki bahtera bersama nabi Nuh.