Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Layan Perasaan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Entry saya sebelum ini [Tajuk : Saya Takder Idea] yang berunsurkan tentang patriotik adalah entry untuk mengambil hati sahaja. Manakan tidak, pada hari kemerdekaan Malaysia ini, jika saya tidak mengulas sesuatu, nanti orang akan kata saya tidak sensitif atau tidak bersifat cintakan negara.[Chiss.... Berlakon je rupa-rupanya.] Saya berfikir. Tentang berbagai-bagai perkara. Tentang masa depan saya. Tentang jodoh. Tentang masa silam saya. Dan tentang semua. Orang kata, saya ini, suka betul memandang ke belakang. Mengimbas kenangan yang dikesali. Walaupun kata mereka, semua perkara itu tidak seharusnya diingat. Tetapi bagi saya, saya mengenang segala kisah lampau, untuk mengenali diri saya juga. Saya tahu, tidak elok menyesali sesuatu perkara. Bagaimanapun, tetap ada perkara yang saya kesalkan dalam hidup ini. Iaitu zaman persekolahan yang tidak digunakan sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan sekarang, di zaman yang menc

Saya Takder Idea

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... [Ada ke org baca? Huhu..Perasan] Memang.... Rupa-rupanya bukan mudah untuk jadi seorang penulis yang berkaliber ni. Idea bukan selalu ada. Saya mmg suka menulis/mengarang. Sebab dlm kepala otak saya mmg terlampau banyak unsur-unsur 'kerepek' yang jika tidak dikeluarkan, akan memudaratkan kesihatan saya. [Drama queen la katakan.]. Tapi kadang-kadang, unsur-unsur merepek itu tidak muncul pula dalam pemikiran saya. Maka, tinggallah blog ini tanpa entry baru. Haiihh... Sadis. Kesimpulannya, saya tidak ada idea untuk bercerita tentang apa-apapun pada waktu ini. Sudah 5 hari agaknya. [Woi... ko reti mengira ke tak reti ni???!! hahaha... Saiko betul, marah diri sendiri]. Nasib baik saya tidak jadikan bidang penulisan ini sebagai profesyen sepenuh masa saya. Kalau tidak, sudah tentu saya selalu kena bagi 'show cause letter', sbb idea selalu tak datang dan tugasan selalu tidak dapat disempurnakan. Buat masa sekarang ini, azam ke

Good Luck, Bad Luck

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya MC semalam. Sebab senggugut. Muka je ganas, tapi lembik. Hehehe... So, semalam saya tidur je. Sekali-sekala, bangun utk masukkan air panas dalam tumbler utk tuam perut. Pastu kekadang sapu minyak panas pada perut. Huuu... Senggugut ni, bagi yg tak tau canner sakit tu.... saya gmbrkan macam perut yg rasa sangat penat. Kamu penah rasa penat kan? Penat yg kalo gi jungle tracking masa camping zaman muda dolu2, pastu kena berlari dlm air pakai kasut sport. Penat kat? Seluruh badan penat. Haa.. kalo senggugut ni, penat seluruh badan tu seolah2 terkumpul hanya di perut. Mcm kepenatan yg banyak, tapi pembahagian tak sama rata. Then, biler dah semua penat tu nak kumpul kat satu tempat, maka akan jadi sakit. Rasa mcm kena perah je organ dalaman kamu tu. K la... buang karan je citer pasal sakit tu. Jadi, biler saya bangun tu, siap2 mandi dan nak pegi klinik Wu & Tang Lim di Jalan Othman. Parking dah la jauh dari klinik tu. Mcm 3 blok dr

Babi Punyer Susu, Sapi Dapat Nama.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Pantun utk org-org yang tak percaya : Tak caya sudah! Namamu Dolah! Minyak Sapi Ghee QBB disahkan tidak halal. Dan pihak JAKIM telah MENARIK BALIK STATUS HALAL daripada product tersebut. Kalo tak caya, bleh tengok sendiri kat website Minyak Sapee Ghee . Saya kena bagitau mak dan kakak-kakak saya la kalo gini. Kang nasik minyak utk raya tahun ni, dierang masak lagi guna minyak sapi brand ni. Haa... ni yg haku nak marah ni. *Kata-kata ni adalah untuk tokey minyak sapi iteww : "Kalo dah nama minyak sapi, letak la minyak sapi. Kalo dah cmpur babi skali tu, maksudnya takleh panggil minyak sapi dah. Kena panggil minyak babi la!". Ooopps... Tak baik maki-maki. Ingat! Makanan ni, walau sedap canner pon, kalo dah haram tu.... takyah le makan. Tak berbaloi dgn dosa yang kamu dapat. Ingat, kita hidup kat dunia ni hanya tak sampai satu abad. Tapi kat akhirat kita kena hidup selama-lamanya. Selama-lamanya tu maksudnya, takkan mati-mati.

Rumah Anak-anak Yatim Syifa'

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Semalam saya gi umah anak-anak yatim Syifa di Jalan P Ramlee. Penghuni rumah tu ada 18 org. Semuanya pompuan. Pengasas umah tu ialah Mak Tom. [Tom tom bak - eh, tak baik...tak baik.. heheh]. Mula-mula mcm nyaris dah tak jadi pegi. Sbb takder transport nak gi. [Saya ni kan pengecut skit kalo nak gi tempat2 yg saya tak biasa, jadi berniat nak tumpang mak angkat saya je ~cheetah.[ *Huhh... Ganas, rupa-rupanya aku ni anak angkat spesis rimau. Patut le garang cam rimau..] Malangnya, keta mak dah penuh. Dan Pijui plak ntah mana pegi. Tak dpt dihubungi buat ketika itu utk saya buat muka kesian nak tumpang beliau. Nak konvoi plak, saya mmg berdebor skit. Terutamanya time2 jammed. Mmg rasa cam nak meletup sel-sel otak, sbb otak sentiasa rasa 'terikat' dgn keta yg kita follow. Dan biler dah jauh dr keta tu, mula la rasa panas punggong takut sesat. Eei... tak best konvoi. Maka dgn berat hati, saya undur diri. Sbb malas nak sesakkan pala

Take Risk?

Sejahteralah ke atas kamu .... yg membaca blog ini... Penah tgk tak dokumentari National Geographic? Atau Discovery Channel, atau Animal Planet? Biasa tak tgk krew rancangan tu sanggup membahayakan diri sendiri bila nak buat liputan? Contohnya mcm pegi ke tgh2 laut yg tgh bergelora giler vavi, semata-mata nak kaji tentang ikan paus biru. Kdg-kdg siap terjun skali dlm laut semata-mata nak memahami karektor ikan jerung dgn lebih mendalam. [Haa... memahami, memahami la kan... Kena makan dgn ikan jaws baru le betul2 'faham'.]. Takpun ader gak yg meredah paya belukar mana ntah, semata-mata nak carik habitat ular air. Ader jugak yg bergelut dgn buaya atau mengendap rimau dan singa. Tapi wp dierang berani amik risiko utk buat perkara-perkara bahye tu, sekurang-kurangnya hasilnyer nanti, boleh bermanfaat kepada insan-insan lain dlm dunia ni. Risiko yang boleh menjana ilmu pengetahuan yg berguna utk org lain. Itu citer tentang orang putih. Biasanya org putih la yg selalu berani amik ris

Berita Ahad

1. Sekolah Harapan akan dibuka pada 1 September di Melaka. ~ Bagus. 2. Sample DNA akan diambil bagi setiap bayi yg lahir. ~ Bagus. Sejahteralah le atas kamu yg membaca blog ini...

Huihhh... Ramainya....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Cerita yang saya nak citerkan ni, takde la best mana pun, tapi nak gak kongsi kong-si-kong-si-ni dgn korang. Semalam [20 Ogos 2010], saya dapat sorang lagi anak buah yg baru. Kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.8kg iaitu.. anak beliau yg ke-6 dan secara otometik berada di ranking ke-32 dalam senarai anak sedara saya. Huhu... Tahniah buat kakak saya dan diri saya sendiri sebab ader anak buah yang sungguh ramai. Anak buah saya yang paling sulung berusia 26 thn.[Pompuan]. Sebaya dgn tokey Iskandar Cakes. Heheh. Saya paling risau kalo beliau kawen sebelum saya kawen, kemudian beliau dapat anak, sebab pastu saya akan jadi nenek sebelum berkahwen. Saya mohon kepada-Mu Tuhan, agar perkara itu tidak terjadi pada saya......... Tidaakkkkk... saya takmo jadi nenek sebelum masanya... Nanti mesti anak beliau akan panggil saya 'Nek Su', atau 'Nek Da'... Huuuwaaaaaaaa....

Jom Ber Shuffle!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Ari ni, saya dengan bersemangat yg biasa-biasa je, pegi ke Taman Perindustrian Puchong, untuk ambik hadiah iPod Shuffle yang saya menang dari Jacker KickOff Contest baru-baru ni. [Semangat biasa2 je sbb dapat saguhati je kot. Ngeee... Tapi takper la... Bersyukur la jugak. Sbb saya mmg teringin nak ader iPod selama ni, tp tak tergamak nak beli sendiri benda-benda lagho tu, memandangkan kegunaan nya tidak lah begitu penting dlm kehidupan saya.] Rasa mcm satu kejayaan besar plak sbb berjaya pegi ke tempat tu tanpa pening2 cari jalan. Hebat lah saya ni! Hihihi... Mesti mak saya bangga dengan anak beliau ni. [Tah hapa2. Tu pon nak bangga]

1st Time In My Life... Episode 2

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Semalam, buat pertama kali juga, saya masak ketam. Hehehe... Sakai giler. Dah 30 thn hidup kat dunia ni, ketam pon tak penah masak. Tajuk dia, Singapore Chilli Crab. Semalam, lepas dah habis kaji 'How to cook chlli crab' kat youtube, lepas dah summarize kan semua resepi dalam video yang saya tonton tu, maka saya pon buat je ikut suka saya. Hahahah. Tu la yg takleh blah tu. Tgk sgt resepi kat internet. Pastu end up, layan kepala sendiri. Buat resepi sendiri. [Tapi youtube sangat membantu sebagai pedoman utk memasak chilli crab]. So, kesimpulan resepi yang saya buat semalam ialah; 1. Ketam tu, direbus [walaupun dlm resepi, ader yang suh goreng, ader yg tak goreng dan tak rebus]. Rebus la ... Healthy skit. Tak berminyak. Kehkeh. Pastu air rebusan tu JGN buang. Tapi ketam tu kuarkan. Toskan. Letak dlm tapis bukan tapir. 2. Abaikan dulu ketam rebus tu. Bior la dia dgn cara dia sendiri. Yg penting, skrg ni, ko pegi ble

1st Time In My Life...

.... biler saya angkat tangan masa nak masuk lane sebelah[waktu memandu], pemandu yang bagi saya masuk ke depan keta dia tu, balas angkat tangan jugek. Heheheh.... Otometik je saya terus rasa mcm driver tu hensem wp sebenarnya biasa jer. Thanks to MyVi WSV8079. Biasanya jangan harap nak kena balas. Kena geleng kepala lagi ader dgn driver lain. Ish..ish.... Sungguh kedekut. Kalo mati tu nanti, kaki terjulur kuar dari kubur. Jes keding ! Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya ni kalo memandu keta, bila saya nak tukar lane , saya mesti akan angkat tangan untuk mintak kebenaran pada driver di lane berkenaan yang saya dah potong tu. Tu sebagai tanda budi bahasa saya pada dia. Atau boleh kata sebagai tanda saya berkata "excuse me". Ye la... sedangkan kalo masa tgh sesak dalam lif, bila kita nak lalu, [nak masuk atau nak keluar lif], tau plak kita nak cakap "excuse me" kan? Tapi saya kalo dlm lif, saya takkan cakap "excuse me", tapi say

Akhirnya.... Ada pUn...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Tiap2 hari, laporan kes buang bayi mcm makin menjadi-jadi je. Semalam ada 2 kes, ari ni ader 2 kes. Dulu seminggu skali je. Tu pon sorang je. Eh, skrg ni makin bertambah plak. Tak paham - tak paham... Dan biasanya pihak berwajib akan mula memberi cadangan bernas seperti "wujudkan baby hatch", "wujudkan sekolah utk remaja mengandung", "cadangan wajibkan pelajaran seks di sekolah", "sediakan pemandu ke-2 iaitu perempuan, bagi setiap bas sekolah" ~ merujuk kepada kes rogol murid sekolah dlm van sekolah di Jalan Othman. *perghh... bala... Jln Othman tu dekat ceh je dgn umah aku. Cadangan-cadangan tu bukan tak bagus. Bagusssssss.... Sangat bagus. Dan sangat prihatin. TAPI... Ahah! Ader tapinya... Tapi.... semua cadangan2 tu, tak membantu menyelesaikan masalah pon. Betui tak murid2? Sbb nya.... kata kuncinya hanya satu. Iaitu : PENAFIAN. Penafian untuk melaksanakan hukum Allah mengikut Al-Quran dan AsS

Hamba Allah Yang Kesian

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Pesanan pihak penganjur.... Sila tarik nafas dalam-dalam sebelum melihat dan membaca tulisan-tulisan di dalam image di bawah ini.... Dan tolong la berminat untuk baca. Jangan nak malas-malas. Saya takmo taip nama binatang ternak tu kat dalam entry saya ni. Sebab taknak nanti biler orang buat search kat Google, jumpa citer dia kat blog saya. Saya tak relakan blog ini dilawati dgn menggunakan keyword binatang ternak itewww... Binatang ternak ni, mesti bangga giler biler tetiba nama dia jadi popular kat Internet. Dan jadi controversy mcm ni. Bertambah-tambah la 'radikal'nya diri dia nanti. Untuk image yang lebih mendamaikan mata, sila click pada gambar ini dan zoom. Ni la maksud saya, sebelum kita marah pada orang yang bukan Islam, yang tak pernah kenal Islam kemudian menghina agama Islam, marah dulu orang yang dilahirkan Islam, dan penah kenal Islam, tapi hina agama Islam... Agama dia sendiri. Bila saya baca pendapat-pendapat &

Senibina Hebat. Saja Nak Kongsi.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Ini adalah kek. Penjelasan gambar mengikut turutan 1) Kaabah dan Masjidil Haram 2) Dian Al Mahri, Indonesia 3) Taj Mahal 4) The Capitol 5) Stadium Cool kan? Nak makan pun sayang.

Eat Eater Eatest

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Nak cerita pasal makan dan makanan. Hari ni, saya berbuka dgn penuh rasa megah dalam dada. Sebab sempat masak sendiri, lauk untuk berbuka. Kuhik.. Ingatkan tak sempat. Nampaknya, boleh la saya masak tiap² hari. Elehhh... sebelum ni biler org tanya, "ko tak masak ke kat umah?". Saya selalu jawab "Malas nak masak sebab membazir, takder org nak makan.". *merujuk kepada bulan tak Ramadhan la. Sbb balik dari ofis, malam2 dah tak makan dah. Gomut kang. ~ alasan cipan. Padahalnya boleh je masak cukup-cukup untuk sorang makan. Balik dari ofis tadi, singgah di Pasaraya Metamorf, beli ikan dan sayur. Uihhh... Boleh tahan mahal le jugek lauk mentah ni kan? Selama ni, [baca : selama yg sungguh jarang ni] kalo beli lauk mentah, main beeeeeeeeeli aje. Tak tgk dh harganya berapa. Lepas bayar, buang resit pastu lauk tu sama ader masak atau dia akan bertapa dalam gua letrik [fridge], sampai la tiba waktu menopausnya. Huhu... membaz

Versi Lebuhraya : Perkara Yang Teringin Saya Lakukan....

... ialah, memandu secara zig-zag di jalanraya yang diletakkan 'road cones' pada sebahagian lane seperti ini.... Dalam gambar ni road cones tu disusun rapat-rapat. Tapi kalo nak tengok susunan yang ngam-ngam utk buat laluan zig-zag , sila la lalu di Lebuhraya Pantai Timur [LPT]. Confirm ada punyer. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini..... Entry ini bukan utk meng'condemn' sesape. Cuma nak share pendapat yg dangkal aje. Kuheh2. Rasa saya, setiap kali saya balik kampung [ke Kuantan, Pahang] dengan melalui LPT, tak pernah jalanrayanya lancar tanpa ada sebahagian lane 'ditutup' untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Mesti ader. Saya cuma tak faham. Dierang ni gunakan bitumin Cap Hayam ke, sampai perlu turap kerap sangat? Memang la penyelenggaraan tu penting. Saya faham la tu. Tapi kalo setiap kali balik kampung, terpaksa guna satu lane je sebanyak 6 kali, mana tahan wooooo.... Kalo bukan waktu banyak keta, boleh la dimaafkan. Sbb takder efek apa-apa pon bi

Sensitif? Perlu Ke?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Biasanya kalo bab-bab hiburan, saya dah tak amik port. Ader aku kesah? Terutamanya kalo budak-budak AF. Tapi kali ni memang takleh tahan la nak comment gak. Tadi, masa tengah berbuka pose depan talibisyen, saya main tukar-tukar channel. Sbb semua citer cam cipan. Pastu tukar ke Astro Ria. Masa tu kebetulan saya nampak muka Hafiz AF . AF yg ke berapa dah tak ingat. Waktu saya tgk tu, dia tgh baca doa. Duduk kat meja makan. Baca doa ni "nawaitu souumaghodin an ada i, fardhu shahriromadhon.....". Lepas baca doa, dia makan. Buka pose. Wakakakaka. Muka confiden je. Baca niat pose masa berbuka pose. Ishh...ishh... ader ke patut. Soalan di tajuk tu, Sensitif? Perlu ke? Maka jawapannya ialah... PERLU. Kat sini la perlunya sentitivity. Ok la, saya faham kalo Hafiz buat salah. Tersasul. Tapi takkan la masa dia baca tu, takder cameraman, lighting man, director, tukang buat air, atau pembantu produksi? Takkan la sorang pon tak perasan ke

Dia Datang Lagi...

Bulan Ramadhan, menjelma lagi... Terkenang kita... Rasul pilihan... Nabi Muhammad pemimpin umat Membawa rahmat Membawa berkat.. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Chey wah... intro saya hari ni lagu nasyid dari Kumpulan Nada Murni. Dolu-dolu lagu-lagu nasyid Nada Murni ni mmg fofular. Terutama nya lagu "Buta mata tak nampak jalan di dunia.. kerana tidak nampak cahaya... tidak tahu ke mata hendak di tuju.. Ke hilir atau ke hulu.. " Tiba je Ramadhan, semua org wish Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berbuka, selamat, selamat dan selamat. Saya pon sama la. Nak wish perkara yang sama... Dan ramai bloggers akan citer tentang Ramadhan, kenangan berpuasa dan perkara-perkara yg sewaktu dengannya. So, saya pon nak citer gak.. Hehehe.. [Mana bleh tgk orang lain lebih. Jiran beli sofa kat Courts Mammoth, saya mesti nak beli kat Lorenzo. Wahhhhh..] Nak kongsi dgn kamu cerita tentang Ramadhan. Masa skool dulu, ader satu event kat skolah. [Sekolah meneng

Persatuan Drebar-drebar Teksi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam saya sampai umah jam 12.30am. Parking penuh. Jadi, saya suka ke tak suka, terpaksa block keta orang la kan... Memandangkan esoknya saya perlu keluar awal utk ke opis, so, saya rasa mcm sempat kot saya kuar lebih awal dr tuan punyer keta yg kena block tu. Pastu kul 2.30am, saya dengar bunyi orang hon kat luar rumah. Nasib baik saya belum tido lagi masa tu [baru lepas bergayut tepon]. Tapi memang annoying jgk la bunyi hon tu sbb seperti yg dijangka terjadi, tewas sekali lagi, menambahkan luka yang sedia ada... eh... termenyanyi lagu Indigo plak. wakaka... Ok..Serius..serius.. Seperti yg disangka, memang kereta yang saya block tu nak kuar parking, tapi takleh sbb keta saya blocked keta dia.... Grrrrr.... Stress nyer... Dah kul 2.30 pagi, ko nak kuar gi mana lagi weiii... Hinss.... Saya takot gak sbnrnya... Kot2 ader org jahat sajer2 menyamar buat2 bunyi hon, pastu nak culik saya utk dijadikan tebusan, sbb nak rampas kedai goreng p

Namaku Tersenarai

Sejahteralah ke atas kamu dan diriku sendiri... Apa benda tu? Nor Salida Abdul Rahman? Shuffle? Menari shuffle ke? Hahahahaha.... Bukan..... Sebenarnya saya menang Jacker Kick Off Contest. Hadiah saguhati je. Dapat iPod Shuffle. Tapi tak kisah la... Asalkan saya MENANG dan bukan MENANGgung kekalahan. [Saya menang motor-iklan Power Root].. Saya dah janji dengan En Stormpong, kalo saya menang Exora, saya akan bagi beliau kereta Kenari saya, dan kalo saya menang Modenas, saya akan bagi beliau je guna motor tu. Nampaknya, tak ada rezeki awak la En Stormpong. Huhu... Untuk senarai pemenang Jacker Kickoff Contest 2010 keputusan atau result ada di Jacker Contest Result

Transfer Gambar

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya sekarang ni sedang berada di dalam proses nak memajukan diri peringkat 'Beginner'. Iaitu dengan membuka satu blog lain untuk dijadikan e-shop. Kalo kamu ader masa terlebih sampai tahap terbuang-buang tu, meh la lawat Nu Sigma Shoppe . Tak ada la hebat sangat pon. Cuma nak biasakan diri dengan online business je. Produk utama saya ialah barang-barang saya yang saya dah tak pakai. Contoh mcm VCD drama Korea dan Jepun, baju-baju saya yang masih sangat elok tapi dah tak muat utk dipakai, aksesori macam rantai-rantai labuh dan bracelet serta buku-buku. Semuanya masih elok. Takkan nak buang. Mcm baju-baju saya, saya tak tau nak bagi saper. Sebab saya takder adik. Anak-anak buah saya plak tak pakai punyer baju-baju blouse ni. Semua pakai baju besar-besar, labuh-labuh. Maka, saya rasa, elok kalo saya jual dgn harga yg sangat murah. Tak kisah lah kalo korang nak kata saya merepek pon. Barang terpakai? Sape nak beli??!!.. Yang pent

Maneketehe..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Saya nak cerita tentang En Stormpong. Sebelum saya menjadi semakin tua dan ingatan saya semakin mengecil, maka eloklah saya simpan di sini supaya kisah ni tak hilang.... Untuk mendapat efek yang menyeluruh, saya menyarankan supaya kamu dpt membaca entry ini dengan penuh fokus. Sebab kalo tak fokus, nanti maksud tak sampai. :D ngeeee... Situasi 1 Di dalam kereta saya yang dipandu oleh En Stormpong semasa perjalanan pulang ke KL dari kampung kami, tetiba saya rasa mcm sanggul rambut saya terlepas sebab sepit rambut saya tercabut. Pastu saya pon cakap kat En Stormpong, "Alamak... rambut saya tercabut la awk... Awk jgn tengok ek? Saya nak betulkan rambut saya jap" Stormpong : Eh, apsalnyer? Awk pakai rambut palsu ke? Siap bleh tercabut lagi. Hahaha. ~ beliau dah mula mengetawakan saya. Lydi : Eiii... mana ada la.. sepit rambut saya tercabut la. ~ En Stormpong masih gelakkan saya sambil buat muka menganjeng dan ejek saya pakai ram

Tulis Blog Untuk Hentam Orang?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Saya jarang sangat nak cerita hal-hal berkaitan dengan emosi dalam blog ni. Mungkin sebab emosi saya stabil je sejak aktif berblog ni, atau pon sebab saya pemalu[hotak awak pemalu..hihi]... saya tak pasti. Yang penting, kalo nak ceritakan sesuatu dalam blog, jangan la sampai menjatuhkan maruah orang. Walaupun masa tu mmg rasa tgh bengang giler dengan seseorang, lebih-lebih lagi jika orang yang kita ceritakan tu adalah kawan-kawan kita juga, dan pembaca-pembaca blog kita pula adalah kawan-kawan kita yg turut mengenali 'orang' tersebut. Not very wise la rasanya kan? Kalo cerita tentang kebaikan, atau sesuatu yang tidak menjatuhkan maruah mereka, atau tidak menceritakan keburukan mereka boleh la diterima. Ishh..ishh..ishh... Gaduh-gaduh ni tak baik. Sebagai manusia yang berakal, kita sepatutnya bersatu. [Maksud saya, bukan bersatu di dalam selimut tanpa berkahwen yer? Huhu.. Kena jelaskan betul2 ni. Kang ramai yg salah tafsir, ba

Kancil Punya Citer

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Ada satu teka-teki yang saya baca dari blog 'Kahuna, Nampak Macam Sedap'; "Bilakah kancil akan bertukar menjadi babee?" Jawapannya ialah "bila pemandu dia tengah pening cari parking, then tetiba nampak mcm ader parking kosong tapi bile sampai je situ, rupa-rupanya ader satu kancil lain yg dah park kat situ. [sebab kancil kecil, jadi tak nampak biler terlindung dgn keta lain kat seblah-menyeblah nya]... Pepagi td, masa driving nak gi ofis, ada satu keta kancil kat depan keta saya. Pastu mata saya mcm tak boleh tidak daripada membaca tulisan-tulisan pada ayat sticker yg ada pada cermin belakang keta tu.... Ayatnya begini "When I grow up, I want to be a Mercedes". Unexpected sungguh ayat tu. Kalo camtu, saya pun nak letak sticker kat Kenari Lyd "When I grow up, wanna be an Audi". MamaJue, what about you? Hahaha....

Negative Body Language - Bahasa Tubuh Negatif

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.... Perasan tak, kalo kamu tgh syok bersembang dgn geng kerepek kamu, pastu ada diantara kamu yang suka berpeluk tubuh masa mendengar, atau yang suka pegang hidung semasa bercerita, ada juga yang mengerutkan dahi atau yang terseringai* je sepanjang kamu mula bercerita sampai ke noktah yg terakhir.... Itu semua adalah bahasa tubuh @ gerak badan @ gerak tubuh @ bahasa badan, hatau hi halam hahasa horang hutihnyer hihehut 'body language'. Kenkadang, kita tak perlu bercakap pon org dah dpt baca apa perasaan kita pada waktu tu dgn menyekodeng** bahasa tubuh kita. Pendek kata, ko takyah nak tipu le kalo ko sebenarnya sedih, tapi ko buat-buat hepi walaupon ko pakai baju corak bunga-bunga kaler pink+biru+kuning, tapi mulut ko moncong. Mesti org tau punyer ko sedih. <-- ni contoh jek. *Kalo gigi jongang dimaafkan. Kat sini ada beberapa puluh contoh bahasa tubuh yang perlu kita berlatih untuk elakkan supaya kita akan nampak lebih va-va-vr

T-Shirt Muslimah Yang Paling Muslimah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Sekarang ni trend t-shirt muslimah dah makin menjadi-jadi. Macam-macam brand dah muncul seperti yang paling glamer Aqeela-Muslimah , Ilham-Muslimah , Qirani T Shirt Muslimah dan macam-macam la. Pendapat peribadi saya, bagus la perniagaan ni sebab sekurang-kurangnya muslimah yang berusaha nak menjaga aurat boleh pilih pakaian yang sesuai dgn peribadi mereka. Haaa..... TAPI..... Dalam banyak-banyak T-Shirt Muslimah ada 1 yang paling saya kagum. T-shirt ni memang yang paling 'muslimah' di antara tshirt muslimah yg lain. Jeng..jeng...jeng.... Kuheh...kuheh.... T-shirt ni jadi t~shirt muslimah sebab ada print perkataan 'Muslimah' semata-mata pada baju iteww... Wakaka...

Weirdest Creatures Ever Found

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Piglet With Monkey's Face [Anak Babee Berwajah Monyet] Description : The animal has a simian jaw, bulging forehead, small snout and eyes that are so close together that they appear almost attached. Its front legs are much shorter than its back legs, causing it top hop rather than walk on all fours like a normal piglet. The animal was one of five piglets recently born to a sow owned by a family in Fengzhang village, Xiping township. Penerangan : Makhluk ni mempunyai rahang seperti munyit, dahi tersembul, idung kecit dan mata yang rapat antara satu dengan lain dan semua organ-organ yg saya sebut tu seolah-olah mcm nak bercantum je. Kaki depannya lebih pendek daripada kaki belakangnya maka dia terpaksa la berjalan dengan 2 kaki, berbeza dengan anak babee yg biasanya jalan dgn 4 kaki. Anak babee ni dilahirkan oleh mak dia yang merupakan seekor babee dan ader lagi 4 ekor adik beradik lain yg semuanya babee yg normal je. Seven legged

Internet Itu Salah Satu Fitnah Dajjal?

Sejahteralah ke atas kamu... yg membaca blog ini... Ntah ler.. Tajuk tu, saya tak tau betul ke tak. Penah dgr la org cakap begitu 13 tahun lepas. Sbb menurut teori mereka, internet ni dapat memasuki setiap rumah di dunia ni. Internet juga tau segala rahsia. Dan banyak juga yang fitnah. Tak caya, cuba la cari apa je kat Google. Burung cenderawasih ke, terung pipit ke, purple butterfly ke, confirm jumpa punyer. Yang saya nak ceritakan kat entry ni takder kaitan pon dgn Dajjal. Sebab sekarang ni maklumat yang kita ader tentang dajjal masih belum jelas. Jadi, tak perlu la saya nak ceritakan begitu panjang. Tapi nak cerita pasal enjin carian [search engine] seperti Google, Yahoo, Bing, MSN dan lain-lain. Memandangkan blog saya ni, saya registerkan dengan Nuffnang, maka setiap kali blog saya ini dilawati, saya akan dpt report berapa org yang masuk dan dari mana. Tapi jangan risau, spesific person mereka tak beritahu. Kang ramai plak yg takmo singgah lagi blog saya ni sebab takut saya tau me

Kaki Kiri...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Sebab tu orang-orang tua kata.... Jangan buat jahat pada orang. Nanti Tuhan balas. Ari ni JekJan MC sebab sakit mata. Tapi beliau ader beli kek dengan saya. So, beliau dtg la ofis kejap tadi utk amik kek tu. Cuma beliau tak naik ke atas, saya yg turun ke lobi utk bagi kek tu kepada beliau. Sampai je kat luar lobi, saya nampak Jekjan tunggu dalam keta Wira SE merah beliau. Dgn husband beliau yang bakal jadi pembaca berita RTM tu. Ngehngeh... Saya rasa mcm nak gelak kan dierang sebab dua-dua org MC disebabkan sakit mata. Pastu saya pun tutup mata dengan tangan konon-kononnya tanak bagi jangkit penyakit mata mereka tu.... Then.... huhuhu..... saya tak perasan saya dah sampai tangga, anak tangga dah bermula pastu saya tersalah pijak tangga tu seolah-olah saya masih nak pijak lantai dan kaki kiri saya terpeleot bersama kek di tangan. Ada sorang lelaki pertengahan usia kata atas tangga tu macam terkejut sebab saya melatah oppocot cot cot....

Berkembangnya Revolusi Lobot*

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog i ini... *Lobot = Robot. [Maklumler.. baru balik kampung. Jumpa anak-anak buah yang bercakap pelat, gini ler jadinya. Saya baru je bayar bil broadband Celcom. Secara ONLINE. Via Maybank2u. Dan juga sempat membeli airtime kredit Celcom, juga di Maybank2u. Lega rasanya.... Sebab sebelum ni, saya bayar bil Celcom kat kedai Celcom di MidValley [Kot-kot sesape yg tak tau, kedai Celcom di MidValley letaknya di depan Carrefour, seblah Derrick and Team]. -->Pengguna Celcom tegar aku ni rupanya.. wakakaka.. Saya mula menggunakan urusniaga perbankan secara online ni sejak saya beli kereta. Tapi pada permulaannya, sempat jugak la selama 6 bulan saya bayar ansuran keta saya secara tradisional iaitu dengan 'mencuri' waktu ofis, memandu ke Public Bank yang berdekatan, keluarkan duit dari ATM, isi borang menggunakan pen dan ambil no giliran kemudian tunggu sehingga no giliran dipanggil. Kemudian, pegi ke kaunter yang memanggil dan serahkan wang