Skip to main content

Persatuan Drebar-drebar Teksi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Semalam saya sampai umah jam 12.30am. Parking penuh. Jadi, saya suka ke tak suka, terpaksa block keta orang la kan... Memandangkan esoknya saya perlu keluar awal utk ke opis, so, saya rasa mcm sempat kot saya kuar lebih awal dr tuan punyer keta yg kena block tu.

Pastu kul 2.30am, saya dengar bunyi orang hon kat luar rumah. Nasib baik saya belum tido lagi masa tu [baru lepas bergayut tepon]. Tapi memang annoying jgk la bunyi hon tu sbb seperti yg dijangka terjadi, tewas sekali lagi, menambahkan luka yang sedia ada... eh... termenyanyi lagu Indigo plak. wakaka... Ok..Serius..serius.. Seperti yg disangka, memang kereta yang saya block tu nak kuar parking, tapi takleh sbb keta saya blocked keta dia.... Grrrrr.... Stress nyer... Dah kul 2.30 pagi, ko nak kuar gi mana lagi weiii... Hinss....

Saya takot gak sbnrnya... Kot2 ader org jahat sajer2 menyamar buat2 bunyi hon, pastu nak culik saya utk dijadikan tebusan, sbb nak rampas kedai goreng pisang abah saya kat Sungai Lembing ker... mana la tau kan? Dah la biler dah malam mcm tu, dah tukar baju tido..adoiii...malasnya nak tukar baju lagi. Tapi terpaksa la tukar gak kan...

Kuar-kuar je umah, saya nampak sorang lelaki pakai kemeja lengkap, dan pakai speck. Pastu saya terus gi kat dia, saya bisik kat telinga dia, "Bang, meh saya cium pipi abang skit nak? Saya dah lama admirer dgn perbuatan abang yg sungguh masuk akal ni. Jarang ader anak Melayu yang mampu buat saya annoyed mcm ni. Sbb dah tau nak kuar lewat2 malam, takyah le parking keta kat tempat paling depan.". Hehh... I wish i could say that through my mouth, not only in my heart.

Padahalnya...saya kuar-kuar je umah, brader tu dah buat muka bersalah mcm dah racun 20 ekor lembu peliharaan saya. Pastu dia mintak maaf. Nasib baik tau mintak maaf. Kalo tak, memang aku doakan dia insaf la supaya lain kali tak buat lagi. Adegan cium pipi dia tu, tak berlaku pon yer... Jgn ingat saya setidak-senonoh itewww.... Saya dah la perlu bangun awal sbb nak bersedia dari segi mental dan fizikal utk jadi MC[Master of Ceremony yer, bukan Medical Certificate. Harap maklum.]

Walaupun banyak majlis tu byk kekurangan, tapi usaha semua pihak telah membuatkan majlis tersebut berjaya.
Gambar masa tengah jadi MC, takder yer... Censored bagi menjaga maruah Lydi. (Sbb nampak gigi taring aku...huwah..huwah...huwah...)

Org Kg Baru, MamaJue dan SalidaSunshine.

Comments

  1. drebar teksi pun drebar teksi laa..dr jd drebar bas Sani Express lg haru hahaa...tak best nyee..

    ReplyDelete
  2. la itu ke drebar teksinya...hahaha
    sekian dari saya yang terpaksa absent pada hari kejadian

    ReplyDelete
  3. Ida, mcm sama je job scope drebar teksi dgn drebar bas. Cuma kenderaan yg dipandu je lain. Kakak Chomel, anak ko patah tgn kena mende? Dia bergusti-gusta dgn saper? Ganehhh ahhh ko ni.

    ReplyDelete
  4. takdok gusti pun. dia main sorang2, main ala2 gymnast la. pastu jatuh. pastu dia salahkan papa dia sebab tak marah dia main macam tu. adoiiila..yang kecik tu masuk wad gak, pneumonia. Ni dugaan aku bulan Ramadhan

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya