Skip to main content

Eat Eater Eatest

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Nak cerita pasal makan dan makanan. Hari ni, saya berbuka dgn penuh rasa megah dalam dada. Sebab sempat masak sendiri, lauk untuk berbuka. Kuhik.. Ingatkan tak sempat. Nampaknya, boleh la saya masak tiap² hari. Elehhh... sebelum ni biler org tanya, "ko tak masak ke kat umah?". Saya selalu jawab "Malas nak masak sebab membazir, takder org nak makan.". *merujuk kepada bulan tak Ramadhan la. Sbb balik dari ofis, malam2 dah tak makan dah. Gomut kang. ~ alasan cipan. Padahalnya boleh je masak cukup-cukup untuk sorang makan.

Balik dari ofis tadi, singgah di Pasaraya Metamorf, beli ikan dan sayur. Uihhh... Boleh tahan mahal le jugek lauk mentah ni kan? Selama ni, [baca : selama yg sungguh jarang ni] kalo beli lauk mentah, main beeeeeeeeeli aje. Tak tgk dh harganya berapa. Lepas bayar, buang resit pastu lauk tu sama ader masak atau dia akan bertapa dalam gua letrik [fridge], sampai la tiba waktu menopausnya. Huhu... membazir je keja ko ni Lyd. Rasa nak lempang je kepala aku sendiri. Tadi, saya cuma beli sekor ikan kerisi yg dah nak pecah perut, harganya RM1.60. Saya agak, ikan kerisi tu mesti sedang menyimpan rahsia besar kawan-kawan dia, sebab kawan² dah warning, "biar pecah di perut, jangan pecah di mulut". Pastu saya beli gak 2 potong ikan tenggiri = RM4.20. Bawang besar Holand [alaa... yg kaler kuning teww] sebiji je saya beli, RM0.80. Nasib baik sayur sawi masih murah. 50 sen je seikat. Tu pon dah berlubang-lubang. Tapi takper la... berlubang itu menunjukkan sayur tu tak beracun, kan?

Jadi, menu berbuka puasa saya tadi ialah.... Ikan Kerisi Masak Sambal dan Sawi Goreng. Sahaja. Dan tak lupa juga, ucapan ini ditujukan untuk nasik yang tak habis tu. Huhu. Masak 3/4 pot. Terlebih plak. Esok, saya bercadang nak masak Masak Lemak Cili Api Ikan Masin dan sawi lagi[sebab sawi tadi masih ader byk]. Dah pesan kat Jekjan untuk bawak serai 2 batang. Ntah ler beliau bawak ke tak. *Owh... Sorry yer, takder gmbr. Takder tenaga nak tekan punat camera utk amik gmbr. Maklumlar... org berpuasa. Hahahah.


Motifnya entry ni.... Walaupon puasa, saya takder hati nak makan macam-macam. Sbb perut saya kecik je. Saya tak sampai hati nak mendera perut saya, makan banyak-banyak nanti susah dia nak digest.. Ishh....ishh..ish... Saya sayang perut saya. Dan saya juga bosan nak makan makanan yg dibeli, bukan sebab tak sedap, tapi sebab tak suka memilih dan tak suka bersesak-sesak berebut nak bayar masa beli kat bazar Ramadhan. Tah hapa2 perangai. Nampak sangat anti-social. Biler berjumpa orang ramai² je, rasa bosan. Hehehe. Dan pesan saya kepada kengkawan semua, bulan puasa ni, makan biasa-biasa je la. Takyah la beriya sangat nak pulun all food on earth ni. Tau la lapor, seharian tak makan. Tapi tu bukannyer alasan nak 'qada' balik makanan yang kamu dah skip waktu siang tu.


Saper tak kenal ikan kerisi, ni haa dia...

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya