Skip to main content

Huihhh... Ramainya....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Cerita yang saya nak citerkan ni, takde la best mana pun, tapi nak gak kongsi kong-si-kong-si-ni dgn korang. Semalam [20 Ogos 2010], saya dapat sorang lagi anak buah yg baru. Kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.8kg iaitu.. anak beliau yg ke-6 dan secara otometik berada di ranking ke-32 dalam senarai anak sedara saya. Huhu... Tahniah buat kakak saya dan diri saya sendiri sebab ader anak buah yang sungguh ramai.

Anak buah saya yang paling sulung berusia 26 thn.[Pompuan]. Sebaya dgn tokey Iskandar Cakes. Heheh. Saya paling risau kalo beliau kawen sebelum saya kawen, kemudian beliau dapat anak, sebab pastu saya akan jadi nenek sebelum berkahwen. Saya mohon kepada-Mu Tuhan, agar perkara itu tidak terjadi pada saya......... Tidaakkkkk... saya takmo jadi nenek sebelum masanya... Nanti mesti anak beliau akan panggil saya 'Nek Su', atau 'Nek Da'... Huuuwaaaaaaaa....

Comments

  1. lyd,dulu aku pun camtu
    tp nak wat camne, redha je lah
    skrg ni aku dah ada 4 org cucu
    dan berpangkat "nekcu" waaaaaa..

    ReplyDelete
  2. comel la lyd.. nenek muda.Mya pun ada nenek muda...ihihihihi

    ReplyDelete
  3. Huuu... Ye ke Ecah? Ko dah berpangkat nenet?
    Yuna : Mya pun ader nenet muda ke? heheh.. Nnt aku berlatih jadi nenet Mya la.

    ReplyDelete
  4. aku ada sepupu kecit,umur baru 2-5thn jadi diorang panggil aku kak ummi. wah...comel betul. mak aku kata aku perasan muda. hahaha nak wat camner kan. lebih baik la nek cu/wan cu daripada tok cu atau opah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya