Iklan! Iklan! Sila Click!

04 August 2010

Internet Itu Salah Satu Fitnah Dajjal?

Sejahteralah ke atas kamu... yg membaca blog ini...

Ntah ler.. Tajuk tu, saya tak tau betul ke tak. Penah dgr la org cakap begitu 13 tahun lepas. Sbb menurut teori mereka, internet ni dapat memasuki setiap rumah di dunia ni. Internet juga tau segala rahsia. Dan banyak juga yang fitnah. Tak caya, cuba la cari apa je kat Google. Burung cenderawasih ke, terung pipit ke, purple butterfly ke, confirm jumpa punyer.

Yang saya nak ceritakan kat entry ni takder kaitan pon dgn Dajjal. Sebab sekarang ni maklumat yang kita ader tentang dajjal masih belum jelas. Jadi, tak perlu la saya nak ceritakan begitu panjang. Tapi nak cerita pasal enjin carian [search engine] seperti Google, Yahoo, Bing, MSN dan lain-lain.

Memandangkan blog saya ni, saya registerkan dengan Nuffnang, maka setiap kali blog saya ini dilawati, saya akan dpt report berapa org yang masuk dan dari mana. Tapi jangan risau, spesific person mereka tak beritahu. Kang ramai plak yg takmo singgah lagi blog saya ni sebab takut saya tau mereka stalker.. Takper..takper.. teruskan la jadi stalker saya. Saya tak kisah pon. Sebab tak luak apa-apa pun pada diri saya.

Dan biasanya Nuffnang juga akan report, blog saya ni dilawati berdasarkan carian daripada keyword apa. Contohnya, katakan ader sorang yang nak tau pasal syampu untuk rambut berminyak, so beliau taip kat Google 'Syampu untuk rambut berminyak' kemudian tekan 'Enter'. Maka akan tersenarai la result carian beliau tu termasuk la blog saya. [Sebab saya kan penah citer pasal syampu tu]. Then nanti dlm statistik Nuffnang akan disenaraikan keyword apa yang pelawat-pelawat blog saya cari. kadang-kadang kelakar pun ader tau. Contohnya ; 1) suhu sejuk, 2) crocs kafir, 3) tukaran wang asing malaysia, 4) jln burmah mazda dealer dan yang terbaru tadi, ada juga orang cari 'iskandarcakes' dan jumpa dalam blog saya. Hehehe.. Sweet... (Mr N.I.W, hye... how are you? heheh...peacee... )

Kesimpulannya, kalo baca keywords yang biasanya orang taip kat Google ni, memang kelakar-kelakar. [Sorry, contoh yang betul2 kelakar saya tak dpt nak bagi, sbb Nuffnang cuma ader archive selama sebulan je.]. Walaupun kadang-kadang kita nak search apa-apa kat Goggle pun dah rasa mcm 'eh, ader ke benda ni kat internet?', ataupun ayat yang pelik-pelik je contohnya mcm 'lagu tema drama jepun Overtime'. Takpun, 'pendakwaraya kes liwat digugurkan'. hahaha... sampaikan text box kat search engine tu dah tak muat nak tampung keyword kamu yang dah macam paragraph words. Biasanya saya le yang selalu buat karangan kat text box tu. kekeke.. Sebab tu saya tau.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...