Iklan! Iklan! Sila Click!

20 August 2010

1st Time In My Life... Episode 2

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam, buat pertama kali juga, saya masak ketam. Hehehe... Sakai giler. Dah 30 thn hidup kat dunia ni, ketam pon tak penah masak. Tajuk dia, Singapore Chilli Crab. Semalam, lepas dah habis kaji 'How to cook chlli crab' kat youtube, lepas dah summarize kan semua resepi dalam video yang saya tonton tu, maka saya pon buat je ikut suka saya. Hahahah. Tu la yg takleh blah tu. Tgk sgt resepi kat internet. Pastu end up, layan kepala sendiri. Buat resepi sendiri. [Tapi youtube sangat membantu sebagai pedoman utk memasak chilli crab].

So, kesimpulan resepi yang saya buat semalam ialah;

1. Ketam tu, direbus [walaupun dlm resepi, ader yang suh goreng, ader yg tak goreng dan tak rebus]. Rebus la ... Healthy skit. Tak berminyak. Kehkeh. Pastu air rebusan tu JGN buang. Tapi ketam tu kuarkan. Toskan. Letak dlm tapis bukan tapir.


2. Abaikan dulu ketam rebus tu. Bior la dia dgn cara dia sendiri. Yg penting, skrg ni, ko pegi blend :-
~Bwg putih [Garlic]
~Bwg merah [shallot]
~Halia [Ginger]
~Udang kering [Dried shrimp]
~Nenas [Pineapple] - resepi asal nenas, tapi saya tukar jadi green apple. Sbb kalo stakat nak guna 3,4 potong tu, jadahnya nak beli nenas sebijik kan? Bulan pose ni time biler plak nak makan nenas. Bleh gugur kandungan kang. Hehehehe.. *bagi yg mengandung la.
~Cili api
~Cili kering/cili besar [kalo guna cili kering, takyah cili api pon takper. Kang berdiri rambut-rambut ko kang sbb pedas sgt]

3. Lepas korang dah porak peranda kan bahan-bahan no 2 tu tadi, haaa.. tuang minyak masak dlm kuali utk tumis. Pastu goreng le hasil seni ko tu sampai naik bau atau bak kata orang putih, sampai pecah minyak. Huhu... Pecah minyak tu, ialah keadaan apabila minyak yg menggoreng itu sudah naik ke atas bahan yg ditumis. Kemudian, tambah air rebusan ketam tadi ke dlm tumisan itewww.... Bagi menytrongkan rasa ketam.

4. Then, masukkan le garam, bahan perasa [optional. Kalo takut botak, takyah letak] dan gula. [Gula ni penting....utk neutralkan rasa pedas hilang akal tu tadi. ]

5. Cili sauce [ni utk efek masam dia. Nenas @ apple tu pon masam. Yg ni kira optional la. Kalo kedekut sgt sos cili, takyah letak pon takper.]

6. Ahaaaaaaaa..... Tibalah saat yang dinanti-nantikan... Lepas dah bertungkus lumus sampai berpeluh misai, apalagi, pegi amik ketam yg dah tos tadi... pastu humban kan ke dlm kuali. Kasi dia bercampur skit dgn yg lain. Jgn nak jadi ketam sumbang kat situ lama2. Huhu.

7. Kemudihan... Tutup kuali itew... konon2 mcm reneh la.. Kejap je tau. 7 minit je.

8. After that, amik telur sebijik [telur ayam yer, kalo telur puyuh kang tak cukup plak sebijik], pecah kan, masukkan dalam masakan tu. Dah sebar-sebarkan telur tu supaya telur, ketam dan tumis menjadi kawan sejati yg akrab.

9. Hidang. Dan silalah melahap dgn rakusnya. Whooppss... Kalo pose, tunggu waktu berbuka dulu. Yeahhh!!!

Jadi, itu la hasil seni saya. Yang penting, masa masak, walaupon waktu dah suntuk, sempat amik gmbr tu. Punyer la nak citer kat korang. Hahahaha... Saya siap masak kul 7.10pm. Huhhh.. Letih giler. Dan sayur pula, ialah 'Sup park choy + cendawan". Eleh... poyo je bagi nama sup. Takder sup mana pun. Aku rebus dan letak garam je. Simple and healthier. [Gmbr sayur tak amik yer. Sbb tak larat dah nak tekan punat kamera utk amik gmbr].

4 comments:

  1. bestnya masak ketam...lagi2 bulan pose ni.. :)

    ReplyDelete
  2. ko dah semakin kreativ...nanas ganti apple

    ReplyDelete
  3. baru ni aku mkn ketam,kakak aku masak..aku rasa,tgh musim ketam kot..isi dia bnyk..kalo bukan musim dia,isi ketam tu xbrapa ada...sedap nmpk ketam yg ko masak..slurpp :)

    ReplyDelete
  4. first time dengo resepi nenas di gantikan ngan epal....ekekekee

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...