Skip to main content

Saya Takder Idea


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... [Ada ke org baca? Huhu..Perasan]

Memang.... Rupa-rupanya bukan mudah untuk jadi seorang penulis yang berkaliber ni. Idea bukan selalu ada. Saya mmg suka menulis/mengarang. Sebab dlm kepala otak saya mmg terlampau banyak unsur-unsur 'kerepek' yang jika tidak dikeluarkan, akan memudaratkan kesihatan saya. [Drama queen la katakan.]. Tapi kadang-kadang, unsur-unsur merepek itu tidak muncul pula dalam pemikiran saya. Maka, tinggallah blog ini tanpa entry baru. Haiihh... Sadis. Kesimpulannya, saya tidak ada idea untuk bercerita tentang apa-apapun pada waktu ini. Sudah 5 hari agaknya. [Woi... ko reti mengira ke tak reti ni???!! hahaha... Saiko betul, marah diri sendiri].

Nasib baik saya tidak jadikan bidang penulisan ini sebagai profesyen sepenuh masa saya. Kalau tidak, sudah tentu saya selalu kena bagi 'show cause letter', sbb idea selalu tak datang dan tugasan selalu tidak dapat disempurnakan. Buat masa sekarang ini, azam kemerdekaan saya bagi tahun ke 53 ini.... ialah ingin menulis blog ini menggunakan Bahasa Melayu yang betul, tanpa mengurangkan unsur-unsur merepek. Sebab, bagi saya.... Kalau bukan saya yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul, maka... siapa lagi? Adakah Wai Foong? Atau Ramona? Atau Encik Karunakaran? Sudah tentu tidak kan? Kerana mereka juga ada bahasa ibunda mereka sendiri. Jadi, sudah tentulah saya yang patut menggunakan bahasa Melayu betul tak? Sebab saya orang Melayu.

Bukankah kita sudah merdeka selama 53 tahun? Tetapi bahasa yang kita gunakan? Masih lagi bahasa 'mat rempit' kan? Masih juga bahasa 'geliw-geliw' yg 'aku rasew mcm nak lempank jewww bilew dngar'. Kan? Euwww... Sungguh loya lagi meloyakan.

Tapi, tak tau la berjaya atau tidak. Hihi... Bukan senang nak elakkan diri daripada menggunakan bahasa pasar yang sudah sebati di dalam jiwa raga, kan? Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Menunjukkan semangat kemerdekaan bukan semata-mata dengan 'membalut' seluruh kereta dengan Jalur Gemilang, tetapi lebih kepada menilai, apa sumbangan kamu kepada negara dan berusaha untuk menyumbang lebih banyak lagi untuk negara[men'yumbang'kan suara yang tidak merdu di Red Box dan men'yumbang' mahram adalah tidak termasuk di dalam kategori sumbangan untuk negara ya? :D]. Macamana? Ada apa-apa yang kamu sumbangkan untuk negara setakat ini? Saya? Rasanya belum ada. Agaknya la. Dan mendaulatkan negara bukan semata-mata 'menyelamatkan' Jalur Gemilang daripada dipijak-pijak, tetapi lebih kepada menjaga nama baik negara kita daripada dipandang hina oleh negara-negara lain.


Betul-betul tak ada idea ni. Entry ini sudah tidak dapat diteruskan lagi. Betul-betul dah tidak tahu, apa yang boleh diperkatakan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya