Skip to main content

Dia Datang Lagi...

Bulan Ramadhan, menjelma lagi...
Terkenang kita... Rasul pilihan...
Nabi Muhammad pemimpin umat
Membawa rahmat
Membawa berkat..



Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Chey wah... intro saya hari ni lagu nasyid dari Kumpulan Nada Murni. Dolu-dolu lagu-lagu nasyid Nada Murni ni mmg fofular. Terutama nya lagu "Buta mata tak nampak jalan di dunia.. kerana tidak nampak cahaya... tidak tahu ke mata hendak di tuju.. Ke hilir atau ke hulu.. "

Tiba je Ramadhan, semua org wish Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Berbuka, selamat, selamat dan selamat. Saya pon sama la. Nak wish perkara yang sama... Dan ramai bloggers akan citer tentang Ramadhan, kenangan berpuasa dan perkara-perkara yg sewaktu dengannya. So, saya pon nak citer gak.. Hehehe.. [Mana bleh tgk orang lain lebih. Jiran beli sofa kat Courts Mammoth, saya mesti nak beli kat Lorenzo. Wahhhhh..]

Nak kongsi dgn kamu cerita tentang Ramadhan. Masa skool dulu, ader satu event kat skolah. [Sekolah menengah. S.M.A.R.T. menabur bakti, mendidik membimbingi kami, dgn ilmu dan pendidikan..pengetahuan SINARAN JIWA... Pengetahuan Sinarannnnnnn Jiiiwaaaa ~ Nyanyi lagu skolah sekuat hati masa assembly.]

Event tu melibatkan pelajar-pelajar dr skool lain jugak. Jadi, ramai la budak2 skolah lain yg dtg ke skolah saya waktu tu. Dierang tumpang tinggal kat hostel. Ada skali tu, masa tgh dok ramai2 dikalangan orang-orang dalam event tu, saya tak sengaja ter'tau' nama sorang mamat dlm tu = Ramadhan. Beliau tu biasa je. Bukan la soerang yang macho, body tough atau kacak giler. Tapi saya ni kan masa skool agak selenga, perangai tah hapa2. [skrg pon masih tah hapa2 jgk. tapi dah makin nak menjadi 'hapa-hapa' dah... :p]

Kalo nama beliau 'Razman' ke, 'Faizul' ke atau 'Jaafar' ke, saya takder la nak amik peduli. Tapi memandangkan masa skolah, memang tak matang dan akan mula rasa sakai biler dengar nama pelik2 skit. Nama 'Ramadhan' tu takder la pelik, tapi unik la kalo nak letak kat org. [Waktu tu punyer pemikiran la. Skrg ni dah rasa biasa je, sbb dah tua bangka. Kalo masih nak rasa sakai tu maksudnya mmg elok dilempang je sedas. Ngehehehe.]

Pada suatu petang... Waktu ulangkaji petang, saya lepak kat koridor bangunan skolah tingkat 3. [masa dok hostel ader time utk ulangkaji lepas abih skolah. Kami panggil waktu 'study' atau sesetengah skolah panggil 'waktu prep' merujuk kepada 'waktu preparation']. Pastu masa tgh bersidai tepi koridor tu, saya nampak Ramadhan lalu kat bawah blok tu. Saya pon panggil nama beliau dgn niat nak menyakat. Tak kuat pun. Tapi beliau dengar. Pastu beliau pandang atas. Tgk saya dgn kawan2 sakai saya masa tu tgh bersidai. Sambil gelak2. Beliau mcm pelik giler. Canner kiterang tau nama beliau? Kiterang kenal beliau ke? Pastu kawan saya, Mona sambung "Ramadhan, awak tak kenal kiterang ke?". Beliau berhenti berjalan, pastu pandang kiterang sambil ckp "Siapa ye? Awk kenal saya masa biler?". Kami masa tu rasa makin menjadi-jadi nak menyakat beliau. Saya terus bersuara "Sampai hati awk dah tak ingat saya. Saya kenal awak Ramadhan. Saya ingat lagi, masa kecik2 dulu, orang selalu ejek nama awk masa bulan puasa". Hahahaha. Padahal serius, saya tak kenal pon Ramadhan tu. Pastu beliau mcm sengih-sengih la sebab macam betul je tekaan saya yg dia selalu kena ejek masa bulan pose tu. [Benda tu kan common sense. Sesaper pon tau mesti kena ejek punyer kalo ader nama unik mcm tu. Hahaha]. Last-last Ramadhan berlalu pergi je. Maybe beliau malas nak layan geng sakai tu mengacau beliau kot. Kami plak terus melepak kat koridor tu sampai waktu study tamat. Dan kesannya.... result peksa sorang2 mmg hancho. Sbb time study, main2, ngaco org.

Haaa... So, itu je la citer saya tentang 'Ramadhan'. Wakakaka... Takder kena-mengena dgn bulan Ramadhan.

Comments

  1. oiii kecik2 dah tunjuk talent mengusik orang. mesti ko satu geng ngan zerool

    ReplyDelete
  2. Kakak Chumil : Zerol senior. Aku geng dgn dia time weekend je. Sbb biasanya aku mintak tolong dia amikkan sarapan pagi kt aku. Heheh.
    Zuna : x-bf la plak. Heheh.... Takder termasuk pon. Aku tak kenal pon dia. Cerita tu mmg betul2 abih kat situ je.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya