Iklan! Iklan! Sila Click!

31 October 2010

Stigmata... Apakah Itu?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Penah dengar tak pekataan 'stigmata' ni? Gayanya macam nama batang pokok keembung je kan? Hohohoho...

Stigmata ni adalah kesan pada badan atau rasa kesakitan pada bahagian yang sama seperti Jesus disalib. Stigmata ni adalah mengikut kepercayaan Roman Catholic. Tak tau la mcmn boleh jadi stigmata ni. Tapi dierang claim, yg luka-luka dan kesakitan [di tapak tangan, di kaki dan di dahi] itu terjadi dengan sendirinya. Seolah-olah mereka telah disentuh oleh Jesus [a touch of Jesus].

Cheyy... Macam bagus je citer pasal Jesus. Saya tgk saluran National Geographic semalam. Dalam rancangan yang bertajuk 'Is It Real?' atau jika saya terjemahkan ke dalam bahasa Bugis akan menjadi 'eh, betul ke benda ni?, auuw...'. Ntah betul ntah tidak, tapi dalam rancangan tu ditunjukkan la kajian yang doktor dierang buat... Doktor tu check punca luka tu memang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata... Kelu lidah nya.. Hahah. Itu kalo yg jenis luka tu, tetiba je kuar darah kat dahi. Tapi yang lagi creepy, biler yg menggelupur mcm kena sawan vavi. Motifnya, tak tau la plak. Maybe nak membuktikan bahawa mereka adalah insan terpilih oleh Tuhan kot. Takper la kan.. itu kepercayaan mereka.

Ni contoh.. Tgk le kat tangan angkel tu. Fuhh.. Baju dia bukan main mewah. Kaya. Tak wasatiah langsung.



Untuk pengetahuan am korang je ni. Jangan plak ko kata, aku ni penyebar dakyah Kristian plak. Aku lempang ko kang. Kwang2. Ok.. Finish oledi.

Diboikot Kerana Tudung?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ankara, 30 Okt - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden, kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung. Wanita pertama Turki, Hairunnisa Ozyurt, memakai tudung sejak remaja lagi.

Jeneral-jeneral tentera itu menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan.

- Petikan daripada Mingguan Malaysia, 31 Oktober 2010.



Sampai macam tu skali ke dierang ni? Ishh... Apa laaaa... Sedih betul saya bila Turki jadi cenggitu. Padahalnya... Kerajaan Islam yang terakhir adalah Turki Uthmaniyah [Ottoman].

30 October 2010

Aku Sungguh.....

...malu.... Huhu... Tadi jumpa dia. Tapi sangat malu. Aku kelu, bungkam then bungkus. Padahal jumpa bukan berdua je. Ramai-ramai. Ala.. Mcm Mavi dengan Shekin sebelum kawen dolu2.
Ntah le naper aku bleh jadi gitu... Padahal aku dah lama tak jumpa dia. Rindu pun ader gak. Tapi... Huuuwaa... Tak dpt nak pandang muka dia pon. Sbb nervous giler vavi. Huhu.. Dulu rasanya aku selamber je kalo gi dating dgn bf. Skrg maybe dah kertu... so, sifat malu tu makin menjadi-jadi. Haihh... Canner la nanti? *Masih tersipu dan tertundukkk maluuuu seperti MrZ. Kehkeh..

*Pesanan utk JekJan, sila jgn sarcastic kan beliau [MrZ] di hadapan aku, sbb PCMS aku masih belum diberi markah. Hahaha.

29 October 2010

Ringgit Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sabtu lepas, saya pegi umah kakak saya. Di.... somewhere, over the rainbow. Ngeh2. Sebelum pegi tu, saya check purse, ada RM11 saje. Malas nak kuarkan duit. Sebab rasanya mcm takder la nak beli apa2 sangat hari tu. Dah on the way tu, saya perasan minyak saya dah habishh..... So, berenti le isi minyak dulu. Letak le RM10. So, tinggal le singgit lagi. Tak kisah ler... Bukan ader apa-apa nak beli dah tu kan?

Pastu, drive punyer drive.... Sampai la kat tol. Tetiba baru saya teringat lagi satu perkara.. Touch N Go card saya dah habis guna. Rasanya mcm dah tinggal 20 sen je lagi. Mmg sangat-sangat lupa nak reload. Pastu duit dlm purse plak hanya ada RM1. Tol tu RM2. Hah!!! Time tu la saya dah mula nak rasa menggelupur cari duit syiling kot-kot ader terselit mana2. Korek2 kat dashboard. [Masa tu dah sampai turn saya ler nak bayar]. Kira punyer kira jumlah duit syiling yang ada tu, hanya ada 95 sen. Masa tu, saya pakai iPod. Rasanya macam volume agak tinggi. Ingat lagi masa tu lagu 'Mengintai Langit' dari kumpulan Coco yg sedang dimainkan. Maka, bila tgk dah tak cukup duit tu... Saya cakap kat adik yg jaga tol tu.. "Dik.... Tak cukup lagi lima sen laaaa" dan yang penting saya rasa... saya bercakap dgn agak kuat sebab pompuan tu terkejut. Tapi lepas tu dia buat muka keras je. Takder reaksi kesian atau marah ke. Mcm takde efek je. So, saya terpaksa le cari lagi duit syiling dengan lebih gigih. Then jumpa la lagi 15 sen. Fuhh... tebal muka. Dah ler tak cukup duit. Sekuat hati plak tu pegi cakap kat penjaga tol tu. Adehh...

Moralnya... Sila rancang perjalanan anda atau anda akan termalu di khalayak ramai.. Hehehehe... :D

Sub-conscious Mind. Minda Bawah Sedar. Hypnosis. Hipnosis.


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kamu sedar tak bahawa, apa saja sifat atau tabiat kamu dikawal oleh minda bawah sedar? Termasuk le buang tebiat. Kehkeh. [Sorry. Buang tebiat tu saya tak pasti sama ada dikawal oleh minda bawah sedar juga atau tidak].

Masa tengah sedar, tgh berjaga, tgh tak tido, tak pengsan, tak hisap dadah..... Minda kita ni hanya mengawal 10% sahaja daripada seluruh tubuh kita. 90% lagi, minda bawah sedar yang kawal.



Hah, nampak gmbr iceberg kat atas ni? Mcm ni la umpamanya menggunaan minda kita. Minda bawah sedar atau subconscious mind ni adalah minda kamu yang paling dalam. Dan ada cara tertentu untuk mencapai minda bawah sedar anda sendiri. Iaitu dengan hipnosis [hypnosis]. Tapi kalau orang-orang yang dah professional, dierang takyah berhipnosis pun takper. Dierang bleh access subconscious mind dierang dgn mudah.

Apa kaitannya minda bawah sedar ni dgn perbuatan kita? Errm... Menurut pakar hipnosis... semasa kita berada di dalam keadaan minda bawah sedar, apa-apa jua ayat yang dicadangkan [suggestion] kepada kita pada waktu tu, akan melekat di minda dan akan menjadi arahan kepada tubuh kita semasa kita dalam keadaan sedar. Alaa.. susah la nak terangkan topik ni kat sini. Semasa kita di hipnos tu, kita tak tido tau. Kita sedar. Cuma dalam keadaan bawah sedar. Tapi bukan juga mabuk todi.

Contohnya.... Kalau kamu ada masalah mengawal nafsu makan. Kamu asyik rasa nak melantak je. Asal nampak makanan je, kamu otometik bertukar jadi kebulur. Padahal, baru je 2 minit sebelum itu, kamu dah makan nasik beriani kambing 2 pinggan. Huhu... sadis. Ok, kalau kamu melakukan hipnosis... Kemudian dapat berada di dalam minda bawah sedar kamu... Waktu itu, kamu bagi le suggestion kat minda kamu sendiri sperti ini contohnya..."Saya akan sentiasa merasa kenyang. Saya hanya makan apabila lapar sahaja.". Maksudnya.. Mcm reset otak kamu. Kena lakukan berulang-ulang kali... Macam makan ubat gak. Sampai la kamu dah betul-betul 'sentiasa rasa kenyang' dan 'makan bila lapar'. Suggestion tu juga, sebaik-baiknya, biarlah di dalam bentuk ayat positif. Elakkan daripada menggunakan perkataan negatif seperti 'tidak', 'jangan', 'bukan atau lain-lain. Contoh ayat negatif "Saya tidak mahu merasa lapar". "Jangan makan jika tidak lapar". Ok? Faham?

Dengan hipnosis ini juga, kita boleh melatih minda kita untuk menjadi lebih positif. Setiap hari, kita hanya perlukan fikirkan perkara positif je. Jika perkara negatif nak datang je dalam fikiran kita, kita perlu tepis. Eyah! Eyah! Nyah kau dari sini!

Berada di dalam minda bawah sedar ini seumpama kusyuk. Kita fokus dgn minda kita dan berazam. Macamana nak tau kita dah berada dalam minda bawah sedar? Biasanya.... Kalau orang yang amatur [tak professional/baru] perlukan bantuan profesional untuk mencapai minda bawah sedar mereka. Sewaktu melakukan proses hipnosis, apabila kamu dapat merasakan tenang, relax, dan badan seperti berat... atau sesetengah orang merasa ringan melayang dan fikiran rasa sangat fokus... itu mungkin sudah berada di minda bawah sedar.










Hipnosis bukan sihir. Bukan jampi atau ilmu hitam. Tapi menerokai satu bahagian lain minda kamu sendiri. Sebab itu lah, jika kamu perasan... ada orang yang jiwanya sangat lemah. Semangat mereka lemah. Mungkin sebab minda mereka lemah. Minda lemah tak ada kaitan dengan kebijaksaan. Tetapi kekuatan minda itu sendiri. Sebab ada juga orang yang cerdik dalam pelajaran, lemah mindanya. Kekuatan minda menghalang anasir negatif yang lain daripada menguasai minda mereka. Dan ada juga orang yang minda mereka kuat. Tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang negatif. Contoh seperti seseorang, yg apabila dikatakan kepada mereka 'jangan terkena hujan, nanti demam'. Jika minda dia lemah, apabila terkena hujan... dia akan boleh betul-betul demam. Tapi jika minda dia kuat, tidak akan terjadi apapun kepada mereka walaupun terkena hujan. Segalanya juga dengan izin Allah. Sama juga jika kita masuk sesuatu pertandingan.... Jika minda kita sudah setkan... Dengan penuh yakin, penuh keazaman, dengan kusyuk serta fokus.... InsyaAllah kita akan boleh menang.
Macamana caranya nak hipnosis? Haaa.. Yang ini perlulah pergi kursus. Cari la kat internet. Saya tau. Tapi hanya tau asasnya saja. Nak cerita panjang tak dapat la kan... Jadi.. Itu aje. Babai. Thanks for reading.

28 October 2010

Surat Dari Seorang Ayah Untuk Anak Gadisnya..

Assalamualaikum

Di bawah ini adalah terjemahan penulisan yang diperolehi dari Majalah al-Izzah edisi ke-8 . Softcopy majalah tu saya attachkan, artikel ni di muka surat ke-7 ye.

Ini adalah surat dari seorang antara lelaki pengembang dakwah terawal kepada salah seorang anak perempuannya sebelum majlis perkahwinannya. Pada masa itu beliau sedang berada jauh darinya disebabkan ia dipisahkan dari keluarganya oleh pemerintah yang zalim. Dalam surat ini ada tauladan yang menyebabkan al-Izzah berminat untuk menampilkannya buat kalian wahai saudara saudari yang dimuliakan. Meskipun jauh dan terpisah dari naungan pandangan seorang bapa, pengembang dakwah terhadap ahli keluarganya, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab memelihara mereka mana yang termampu olehnya. Mereka mempunyai bapa yang gemar memberikan nasihat yang ditujukan untuk anak-anaknya ke arah jalan yang sesuai dengan ajaran Islam.
Berbeza dengan apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, fenomena perceraian berleluasa dalam masyarakat, yang akhirnya mengubah persepsi anak-anak perempuan kita terhadap hubungan perkahwinan ini hingga akhirnya mereka beralih dari pandangan mentaati suami dan mewujudkan mawaddah dan rahmah, kepada pandangan konflik dan pertengkaran antara pasangan suami isteri mengenai siapa yang patut memaksakan kehendaknya dan siapa yang patut menguruskan rumah. Perubahan ini bukan terhasil dari komitmen mahu pun syarak, tetapi dari wujudnya pengaruh konsep-konsep Barat terhadap hubungan tersebut. Malang sekali kita temukan bahawa pandangan-pandangan kaum pemudi kita mengarah kepada hubungan ala Barat: si wanita belajar dan bekerja serta menghasilkan sepertimana yang dihasilkan oleh lelaki. Oleh itu, mereka tidak saling berbeza dalam hal kepimpinan rumahtangga. Tidak seorang pun dari mereka memahami kata-kata saya bahawa ia adalah seruan untuk kaum wanita agar tunduk terhadap suami mereka sama ada ini hak atau batil, mengikut syarak atau selainnya. Bahkan, kita hendaklah kembali kepada hukum-hukum syarak yang mengatur hubungan ini dengan cara yang diredhai Allah dan yang menjamin kedua-dua pasangan suami isteri memperoleh kebahagiaan dunia dan kenikmatan akhirat.
Setelah muqaddimah pendek ini, saya kemukakan kepada kalian isi surat tersebut. Mudah-mudahan ada kebaikannya bagi mereka yang baru menempuh alam perkahwinan.


Bismillahirrahmanirrahim
Anakku yang tercinta,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ucapan terbaik dan ucap selamat yang terindah serta kerinduan yang terhangat ayah kirimkan buatmu melalui cairan wangi dengan memohon kepada Yang Maha Kuasa agar ianya sampai kepadamu dalam keadaan dirimu sihat dan afiat serta tenang dan berbahagia. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan permohonan.
Pengantin kami yang dikasihi,
Suratmu telah sampai kepada ayah semalam, sayang. Ketika ayah membacanya, bergenanglah mata ayah dengan limpahan air mata dan tidak ayah ketahui sebabnya. Ayah tidak biasa menangis ketika membaca surat. Ayah juga tidak pernah rasa menderita sebegini. Namun, surat ini menjadi surat pertama yang menggoncang perasaan ayah, mengalirkan air mata ayah serta menggerakkan jiwa sanubari ayah. Pun ayah tidak tahu adakah hal itu kerana ianya dari si sayang ayah yang hampir memulai kehidupannya yang terpisah dari ayah? Atau pun kerana ianya dari si sayang ayah yang amat berharga di hati ayah dan ayah khuatiri hembusan bayu akan menyakitinya.
Bagaimanalah tidak kerana ayah melihatnya akan menempuh gerbang kehidupan baru. Ayah berharap dari segenap jiwa raga ayah dan ayah berdoa kepada Allah SWT setiap pagi dan petang agar Allah melimpahkan kebahagiaan dan keharmonian meneduhi alam barunya itu. Ayah jua berdoa kepada Allah SWT agar teman usia dan kehidupannya adalah sebaik-baik suami dan teman. Agar dia diliputi oleh rasa simpati, kasih sayang, belas dan cinta sepertimana ia perolehi di rumah tempat tumbuhnya, sangkar tempat asal dan tempat membesarnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.
Bersambung…

Anakku yang dihargai,
Ayah berasa bangga menuliskan kepadamu surat ini tatkala dirimu sedang di ambang kehidupan baru. Jikalah tidak kerana perpisahan, berpisah dari rumah kedua orang tua ke rumah suami merupakan sunnatullah pada makhluk ciptaan-Nya, dan sunnah yang telah ditentukan ke atas semua, tidaklah ayah benarkan seorang pun di dunia ini untuk memisahkan kita. Tetapi apalah helah ayah sedangkan Allah SWT telah menghendaki hal ini sejak dari azali lagi dan sunatullah ini akan tinggal kekal pada makhluk-Nya sehingga Allah mewariskan bumi ini dan mereka yang ada di atasnya. Hanya dengan sebab itu sahaja ayah membenarkan orang lain untuk membawamu ke rumahnya dan menyimpanmu dalam sangkarnya.
Meski apa pun yang ayah katakan dan tuliskan…ayah tidak akan mampu untuk menyingkap apa sesungguhnya yang tersembunyi di hati ayah.Oleh itu, ayah menuliskan kepadamu surat ini yang mengandungi beberapa nasihat yang ayah perolehi dari kehidupan ini sementara dirimu sedang memasuki alam tugasmu yang asal, iaitu untuk menjadi ibu dan pengatur rumah tangga dan beroleh kemerdekaan dalam hidup.

Anakku yang disayangi,
Ayah ingin menulis kepadamu beberapa nasihat untuk kau amalkan dan kau lakukan sebaik mungkin terhadap pasangan hidupmu. Sesungguhnya ayah impikan kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian memayungi sangkar kecilmu yang ayah harap akan menjadi besar dengan adanya anak-anak yang soleh dan solehah.
Ketika kau membaca surat ini, janganlah kau tergesa-gesa dan janganlah kau tanggapi topik-topik pembicaraan ayah dengan pandangan pertamamu, bahkan berulangkalilah membacanya. Perhatikannya berkali-kali sebelum dan selepas perkahwinanmu. Masa akan menyingkapkan kepadamu banyak perkara yang akan ayah nyatakan nanti. Ayah telah memahami pemerhatian ini dari berita-berita yang ayah dengar dari orang ramai secara umum. Dan jua apa yang ayah telah hadapi, perhatikan dan lalui dalam kehidupan berumahtangga ayah dalam tempoh masa hampir lapan belas tahun.
Pada masa yang sama, ayah sesungguhnya tidak menyatakan bahawa ayah telah sangat arif dengan semua permasalahan yang kadang terjadi dalam kehidupan berumahtangga, antara suami dan isteri, kerana mengetahui semua perkara itu kan sifat Allah Tuhan sekelian alam. Tetapi ayah katakan bahawa ayah hampir mengetahui apa yang penting dan tampak menonjol darinya dan yang kadangkala nampak seolah-olah kecil dan remeh tetapi memiliki pengaruh yang besar terhadap perjalanan hidup berumahtangga dan hampir memusnahkan mereka jika tidak ada beberapa hikmah, sikap sabar serta tabah dan panjang fikiran.
Demikian juga, sesungguhnya kehidupan sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh situasi di dalamnya dengan begitu jelas dan nyata sekali. Kadang situasi ini berbeza antara satu keluarga dan keluarga yang lain dan dari satu lingkungan kehidupan dengan yang lain, juga dari satu negara dari negara yang lain dan seterusnya.
Namun masih ada di sana beberapa perkara yang jelas masih kekal dan garis-garis besar dan selainnya tergabung di bawahnya atau menurutinya. Berdasarkan muqaddimah atau pengantar yang sederhana ini, ayah ringkaskan kepadamu point-point penting ini yang ayah harap kaudapat fikir dan perhatikan dengan sepenuh-penuh perhatian:



1. Kehidupan berumahtangga yang kau dirikan haruslah didasarkan pada sifat saling faham-memahami dan berkasih sayang.
Oleh itu, wanita hendaklah menghulurkan keramahan, cinta dan kasih sayang sejati buat suaminya. Kata-kata ini bukan semata omong kosong yang sering diulang oleh suami atau isteri. Bahkan ia adalah payung yang bernaung di bawah bayangnya kedua-dua pasangan itu.
Hendaklah setiap dari suami dan isteri merasai kehangatan, kejujuran dan dalamnya cinta mereka. Jauhilah dan jauhilah dari menggambarkan bahawa kehidupan berumahtangga ditegakkan atas kalimah-kalimah kosong dan bisu yang kehilangan maknanya seiring berlalunya masa. Konsepnya juga musnah dengan diulang-ulang sebutannya sempena ada atau tidak acara tertentu … Kedalaman, kejujuran dan kehangatan cinta itulah asal bagi kehidupan berumahtangga.
2. Setiap dari pasangan, suami dan isteri, lelaki dan wanita, wahai anakku yang mulia.. ada batasan…yang masing-masing wajib patuhi. Apabila setiap orang mengetahui batasannya dan dipatuhinya, semua urusan akan berjalan lancar dan semua kesusahan akan dapat diatasi secara otomatik.

Perkara pertama yang perlu diketahui oleh isteri adalah bahawa suaminya merupakan pemilik kepimpinan di rumah. Solahiyyah sepatutnya diagihkan secara adil sebagaimana perintah Allah SWT. Wanita adalah ibu dan pengatur rumahtangga… Rumahnya adalah kerajaan kecilnya yang dia kendalikan dan dia bersemayam di situ. Sementara suami, kerajaannya adalah di luar rumahnya tempat dia melaksanakan semua tugasnya.

Demikianlah Rasulullah SAW menentukan kepada Fatimah dan Ali k.aw. Bahawa Fatimah wajib melaksanakan semua tugas di dalam rumah sementara Ali menjalankan semua tugas di luar rumah.

3. Wahai sayangku, ketika dirimu di ambang kehidupan baru, jauhilah dari menyangkakan bahawa suami atau rumahtangga adalah seperti ayah atau rumah ayah. Dalam rumah ayah, kau boleh meminta apa sahaja yang kau inginkan tanpa susah payah dan adakalanya kau marah dan gelisah. Tetapi di rumah suamimu, kau tidak boleh melakukan hal itu sama sekali. Oleh yang demikian, jauhilah dari banyak meminta, bahkan permintaanmu itu wajiblah dalam batas yang masuk di akal dan perkara yang kau benar-benar perlukan.
Kemudian, ada sebabnya bagi sesuatu permintaanmu itu… tidak semua masa sesuai untuk kau meminta… Oleh itu kau mestilah cerdik supaya kau mengerti masa-masa yang paling sesuai untuk permintaanmu itu, seterusnya permintaanmu itu perlulah dalam batas yang logik, yang pendapatan atau gaji suamimu boleh menampungnya.
Banyak meminta dari suami akan membawa kepada kebosanan dan kejemuan serta perasaan tidak dihargai terhadap tanggungjawab atau situasi-situasi umum.
4. Sesungguhnya ketaatan kepada suami termasuk ketaatan kepada Allah. Oleh itu, hendaklah kau taati semua yang dipinta oleh seorang suami terhadap isterinya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat akan melaknatnya hingga ia kembali semula ke rumah.” Dari hadith ini jelaslah bahawa ketaatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga.

Sesungguhnya ketika ayah menceritakan tentang ketaatan, ayah tidak bermaksud kau harus taat pada semua perkara, tetapi hanya terhad pada perkara yang halal, yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Jangan kau taat pada perkara yang haram selama-lamanya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Tiada ketaatan terhadap makhluk pada perkara maksiat kepada al-Khaliq.” Oleh itu, kau wajib berlaku taat dalam batasan yang halal dan tidak melampaui pada yang haram. Jika seorang suami, atau makhluk lain memerintahkan kepada perkara yang haram, janganlah ditaati langsung.

5. Sentiasalah kau beri perhatian terhadap suamimu. Perlihatkan penjagaanmu dan kepedulianmu yang ikhlas padanya. Tidak seharusnya seorang wanita itu mengabaikan perhatian, penjagaan dan keprihatinan terhadap suaminya meski bagaimana keadaannya.

6. Jauhilah dirimu dari menampakkan keluhan dan kebosanan dengan jelas dan berulang kali. Jauhilah anakku, jauhilah. Bahkan kau sepatutnya sentiasa dilihat tersenyum malu, berseri wajah dan ceria…gembir. Wajahmu dipenuhi dengan senyuman meski bagaimana teruk keadaan hari yang kau lalui.

Banyak mengeluh dan menunjukkan bosan akan seterusnya menyebabkan suamimu akan mengeluh sendiri dengan keluhanmu itu dan bosan dari rasa bosanmu itu, yang membawa kepada natijah yang negatif dan buruk yang tiada siapa mengetahuinya melainkan Allah. Hal itu bergantung kepada bagaimana dia dapat mengelola dan mengekang perasaannya dengan baik.

7. Anakku yang dicintai, jauhilah dari dilihat tidur atau masuk tidur sebelum suamimu. Tetapi jadikan tidurmu selepas ia berasa tenang dan naik ke tempat tidurnya. Jangan tidur lebih awal darinya, tetapi tunggulah suamimu walaupun dia lewat sampai ke rumah. Barangkali dia memerlukan sesuatu darimu seperti menghidangkan makanan untuknya atau melayannya.

8. Jauhilah wahai anakku dari menggesa suamimu agar memberikanmu laporan terperinci mengenai apa yang terjadi padanya pada siang hari dalam pekerjaannya dan hubungannya dengan orang lain. Kehidupan berumahtangga bukanlah laporan-laporan yang perlu dikemukakan kepada di penghujung siang dan di awal malam, bukan juga menyingkap akaun oleh suami untuk dikemukakan kepada isterinya.
Sekiranya suamimu membuka sesuatu hal kepadamu, terimalah dan tenangkanlah dia. Jika tidak jangan kau bertanya-tanya… Ramai lelaki bahkan sebahagian besar mereka tidak suka dilihat-lihat rahsianya oleh orang terdekatnya walaupun isterinya. Jika kau melakukan hal itu dan kau menggesanya, dia akan merasa lelah terhadapmu atau mula menjauh dan menghindar diri darimu. Maka janganlah asyik menggesanya kepada situasi seumpama ini selama-lamanya.
9. Janganlah wahai anakku, kau duduk bersamanya sekembalinya ke rumah, kau kemukakan kepadanya laporan terperinci mengenai apa yang berlaku padamu pada siang hari, apa yang dikatakan oleh si fulanah ini dan si fulanah itu. Ataupun pakaian apa yang dipakai oleh si fulanah jiranmu, apa yang dibelinya atau barang apa saja yang dibawanya dari pasar. Ramai lelaki tidak suka mendengar perkara-perkara ini. Jika dia mendengarkan darimu buat pertama kalinya, sebenarnya dia mendengarnya dengan rasa enggan. Jika dia menanyakan lebih lanjut kepadamu, barangkali dia cuba memahamkanmu tetapi dia selanjutnya akan berkata kepada dirinya sesungguhnya dia ni manusia remeh, bicaranya tidak lebih dari bercerita mengenai jiran-jiran. Perkataan manusia yang lebih dari ini termasuk mengumpat, memfitnah dan membuka aib (rahsia) orang lain.
Jika kau wahai anakku mendengar sesuatu atau seseorang berkata sesuatu kepadamu, hendaklah kena pada masanya kemudian letaknya di sudut-sudut lupa pada otakmu.
10. Sesungguhnya kehidupan berumahtangga ini wahai anakku, kadang dipenuhi oleh pelbagai perkara. Janganlah kau terlalu ambil peduli. Jika suamimu marah dan bercakap dengan kata-kata yang kadang tak kena tempatnya, berdiam dirilah sehingga dia berasa tenang. Dan ketika dia telah tenang, dia akan mula memuhasabah dirinya sendiri dan akan kembali kepada kebenaran meski bagaimana degil pun dia.
Sementara jika dia berbicara dan kau pun berbicara, bertambah rumitlah masalah. Tali tidak boleh ditarik kuat dari kedua-dua belah pihak. Jika dia marah, jauhilah diri darinya… pergi ke dapur dan buatlah secangkir kopi… hidangkan padanya dengan senyuman manis dan kemaafan yang lembut… demikianlah kau akan menjadi hebat pada matanya… dan bertambah kukuh kedudukanmu di hatinya.
11. Jika dia menyertakanmu dalam satu pembicaraan dan dia sedang berkata, janganlah kau memotong kata-katanya, atau bercakap mewakilinya kerana hal ini akan menyebabkannya berasa marah. Diamlah sahaja sehingga dia selesai berbicara. Jika kau ada perkara yang ingin ditambah pada bicaranya, katakanlah. Jika tidak, maka berkata itu adalah perak sedangkan diam itu adalah emas.
Akhirnya, harapan dari lubuk hati ayah dan juga doa-doa ayah kepada Allah agar Alalh membantumu dan melimpahi kebahagiaan ke dalam rumah barumu. Sehingga bertemu lagi insyaAllah dalam surat selepas perkahwinan.
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
Hari raya…30 Mei 1976.
Disalin dari forum alokab (dengan pengubahsuaian).

27 October 2010

Plastik Ajaib

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Dulu bukan main syok lagi saya berbelanja, guna kad kredit. Kalo nak beli apa-apa, tapi takde duit, saya swipe je. Masa tu rasa mcm bahagia hidop. Sebab bleh beli apa-apa jua sesuka hati walaupun duit hanya ada secangkir cuma [pergh.. kuar plak lirik lagu kat sini...] . Haa... Tapi pekdahnya baru sekarang ni la terasa. Utang kad kredit tak abih2. Walaupon skrg saya dah langsung tak gunakan kad kredit dan hanya nak habiskan baki hutang yang tinggal....... Peritnya... Tanggung le sendiri. Serve you right Salida! Padan muka ko.

Ye la.. Dulu belum matang. Sebelum bertindak, bukannya fikir panjang sgt. Main ikut je trend yg ada waktu tu. Org lain guna kad kredit, saya pun takleh ketinggalan.

Tapi kalo cerita pasal hutang ni... sejak saya umo 18 thn lagi dah mula berhutang. Hutang belajar dengan MARA. Dah tu mcmn? Belum keja lagi dah berhutang. Bukannya sikit... Puluh-puluh ribu daaaa.... [Bukan semua orang mampu pegi belajar dgn saraan sepenuhnya daripada ibubapa.]. Bila dah keja, tambah lagi dengan hutang kereta. Hutang kad kredit. Pinjaman peribadi. [Buat apa dgn pinjaman peribadi? Owhh... Jawapannya...untuk membuat perkara-perkara peribadi la.]. Makin lama, makin banyak. Interest makin bertambah. Last-last skali.... bila saya kira-kirakan... jumlah hutang yang saya bayar tu... Lebih banyak daripada jumlah yang saya gunakan dulu. [Kecuali hutang MARA la.. Sebab takder interest]. Erm... Tu la,.. tak sabar lagi. Kemudian... Baru la saya sedar betapa ruginya saya. Dah la riba [Opppss...], hati plak tak tenang dan otak berserabut.... Sebab terasa mcm sedang menggalas batu yg besar di atas kepala, batu-batu besar di tangan kiri dan kanan, terikat lagi batu di kaki kiri dan kanan, dan juga batu terikat di pinggang. Lemas giler vavi.

Jadi, lepas ni, saya berazam nak selesaikan semua hutang-hutang yang ada.... Supaya semua beban-beban tu..... hilang. Vanish. Gunakan merah jambu. Lupakan yang lain.

Pelajarannya... jangan la berhutang. Tak kira la guna kad kredit atau personal loan. Agaknya, kalo bleh buat daily personal loan, saya rasa tentu ramai jugak yang akan buat loan tu untuk beli nasik tiap2 hari. Cuba belajar, untuk dapatkan sesuatu... kita mula kumpul duit, dan dah cukup duit, baru kita beli. Boleh gitu? Tapi tak sabar kan? Saya sedang nasihati diri saya saje ni. Tak sabar rasanya nak hidup tanpa hutang.

Nasihat akak bedah utk adik-adik/anak-anak.... jangan mula guna kad kredit. Nanti ketagih. Maklumlah... Masa muda, kita buat je apa yg kita suka kan? Tapi kena ingat... kesannya utk jangka masa panjang. Dan utk ibu-ibu, bapak-bapak.... siapa yang punya anak... bilang aku, aku yang sedang malu, sama teman-temanku... hehehe... iklan.. iklan... Semula ye.. Dan utk ibu-ibu, bapak-bapak.... Mula la kumpul duit belajar utk anak masing2, supaya bila dia dah besar nak sambung bajar nanti... takyah le terhegeh-hegeh nak buat loan belajar... Sian ke dia. Huhu... ok... Daaa...

25 October 2010

Tangkap Muat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Apa perasaan ko, kalo ko tengah lepak-lepak kat umah... tetiba ada orang beri salam, pastu bila ko tgk... rupa-rupanya Sarimah Ibrahim. Kemudian dia kata.... tujuan dia datang tu untuk make over ko, becoz of... pasangan ko minta tolong dia dan krew rancangan tu transform rupa ko. What the frog???

Kecik hati ke apa kalo aku yg kena gitu. Bukan sebab aku rasa aku dah cukup cantik sampai takleh terima perubahan. Tapi,..... Kalo yer pon tak cantik.... takyah le sampai satu Malaysia tau. Malu tau tak? Bayangkan le... tetiba je kena pakai baju ikut pilihan penasihat fesyen dalam rancangan tu, yang kadang-kadang mmg tak ikut kesesuaian kita. Terlampau terdedah ke. Terlampau ketat ke. Pastu biler kita kata kita tanak, dierang kata kita 'difficult'. Ampeh je.

Tak faham aku, kadang-kadang bila suami sendiri yang takleh terima isteri dia seadanya. Ishh... Ader ke putat??

*Rancangan Tangkap Muat disiarkan di Astro Ria dan dihoskan oleh Sarimah Ibrahim, dibantu oleh Zulfadli dan Rizalman.


Cik Gigi Oh Cik Gigi....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini......

Walaupun wanita-wanita di seluruh dunia ini merasakan Brad Pitt yg paling kacak, tapi bagi saya, Keanu Reeves lah yang paling kacak. [baru je abih tgk The Curious Case Of Benjamin Butang - artistic betul citer ni]...

Sejak skolah menengah lagi saya admiring Keanu Reeves ni. Pada suatu hari, sewaktu saya menunggu keputusan SPM diumumkan, saya terbaca satu artikel di akhbar yang menceritakan tentang kepentingan menjaga gigi. Penulis artikel tu telah menceritakan bahawa sejak kecil, beliau sudah diasuh oleh orang tua beliau utk menjaga gigi dgn sempurna. Penulis ni, adalah peminat setia Keanu Reeves, tapi beliau ceritakan di dalam artikel tersebut, bahawa minat beliau terhadap Keanu Reeves luntur apabila beliau melihat satu adegan lakonan Keanu Reeves yang merakamkan gambar Keanu Reeves dari jarak dekat lalu ternampaklah gigi-gigi Abg Keanu saya tu dengan jelas. Menurut penulis artikel itu, "gigi Keanu Reeves tak cantik".


Saya rasa sungguh tidak berpuas hati dengan pendapat penulis tu. Ye, betul.. itu hanyalah pendapat peribadi beliau. Tapi.... erm... ntah la.. Bengang pon ada kot. Gigi ni ada beza sama ada dia tak cantik sebab masalah tak sama, gigi berlapis, bertaring atau jarang DENGAN tak cantik sebab tak gosok gigi, tak jaga gigi, gigi berkarat atau penuh taik gigi. Ada beza kan? Bukan semua orang yang bergigi berlapis tu, tak jaga gigi. Dan bukan semua orang yang ada gigi sama rata tu jaga gigi dengan baik kan? Kesalahan Keanu Reeves hanyalah sebab gigi beliau ader yang kecik, ader yang besar, then tak sekata. Tapi bersih. So, saya tak faham apsal penulis tu sampai tak jadi nak minat Keanu Reeves semata-mata sebab gigi... Dia belum tgk gigi aku lagi. Hahahah... Kalo tgk, kot-kot bleh koma.

Gigi saya memang tak sama. Berlapis. Bertaring. Gigi depan no 1 dan no 2, adalah gigi kapak, mcm rabbit. Gigi ke3 dan ke4 plak termasuk ke belakang. Dan gigi ke5 dan ke6 plak adalah gigi taring. Tapi tiap2 hari saya floss gigi dan kumur dgn Listerine tau... [walaupun dah 2 tahun tak jumpa dentist. Wakakakaka]. Jadi apa masalahnya kalo saya dianugerahkan gigi yang tak sama? Dah kalo mulut saya kecik, tp gigi byk. Nak buat canner kan? ~ Emosi plak pasal gigi. Takperrr.... nanti saya nak pakai braces. Bior gigi saya sama.

Ok... Apa yang cuba saya nak sampaikan kat sini... Gigi yang berterabur.... belum tentu tak bersih. [Habit saya sebenarnya... biler bercakap dgn org... saya suka perhatikan gigi mereka. Haaa... Abih le korang... aku skodeng gigi korang senyap2... heheheh *sambil senyum dan urut dagu dengan mata yang mencurigakan.]

24 October 2010

Komentar = Komen Sebentar

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

*Cun nyer lah Maya Karin ni. Baju merah dia pon cun. Gila lah. [Taip entry sambel tgk Nona].

Nona
Senator Dr Masyitah Ibrahim berkata [di dalam temubual Nona tentang perkahwinan beliau] : "Pertama kali suami saya melihat aurat saya adalah pada malam pertama selepas bernikah... Waktu itu la pertama kali suami melihat rambut saya.."
Lyd says : Ko biar betik ustazah??!! Fenin lah... fenin...



On Board
Sticker di kereta "Child On Board" @ "Princess On Board" @ "Preggy Woman On Board" @ "Mafia On Board"..........etc..
Lyd says : Who's on the board has nothing to do with me. I don't even care!! [Wah Cik Lyd, maki nampak??!! Huwah...huwah]


Rambut
Kadang2 aku terfikir nak bleach rambut aku biar jadi kaler blonde. Kehkeh. Tapi confirm rupa aku akan jadi mcm orang utan. Hehehehe...

Saiko
Saiko itu bermaksud.... Ko gila.

Healthy Food
Cubaan untuk memasak makanan yang berkhasiat telah mengakibatkan belanjawan aku jadi huru hara bagi bulan ini. Ikan. Sayur-sayuran. Haih.... Ikan bilis pon mahal.


Kampung
Dah lama aku tak balik kampung. Cdgnya nak balik time raya aji nanti. Cuti lama2 sampai mak abah halau aku balik KL. :D

Pindah
Aku menyahut cabaran hopismateku untuk menjadi housemate beliau. Jadi, aku akan berpindah rumah dalam waktu-waktu terdekat ini.... [Mesti beliau berkata dalam hati "Biler masa plak aku cabar ko ney? Bkn ko ke yg merayu-rayu nak jadi horsemate haku?"]

Bonus
Yeyyyy!!!! Banyaknyer benda nak buat dengan duit bonus. Mintak-mintak le dapat 12 bulan gaji. [Jgn mimpi. Keja malas. Nak bonus banyak. Wakaka]

Periuk
Kena beli periuk dan peralatan-peralatan memasak untuk pindah ni. Sbb boleh dikatakan, semua peralatan masak yg ader skrg adalah milik current housemate. Saya hanya ader 1 je kuali. Ngeeee...

23 October 2010

Bukan Semer Orang Bersedia Jadi IbuBapa

Tak caya? Haaa... Ini buktinyer.. Jangan menyesal! Cheywah... Lupa... Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.......











Yang ni la paling kesian. Sampai ke besar dia kena bawak nama tu. Adesss....




22 October 2010

Hari Ni Emosi Aku Dah Normal

Sejahteralah ke atas kamu....


Sekejap je saya emosi. Tu pon bukan emosi pasal percintaan. Tapi stress pada benda yang sepatutnya takder kaitan pon dgn hidup saya yg ntah mcmn saya tak pasal2 terlibat. Haihhh... Benci betul. Nasib baik la saya masih ader Allah. Dan tak lupa juga Mr Storm. [Skrg ni nak panggil dia Storm je la. Panjang sgt nak taip 'Stormpong'. Lagipun, 'Storm' mcm cool skit. Hehehe. Poyos.]. Mr Storm yang selalu ada waktu saya sedih. Dan selalunya bisa membuat hati saya ceria kembali. :)

Saya paling suka warna biru. Sangat menawan. Pernah satu masa dulu, boleh dikatakan, kebanyakan barang-barang saya termasuk baju, baldi, gayung, sabun, berus gigi, beg, dan macam-macam la... mesti nak kaler biru. Tapi bila dah lama-lama, saya tetiba je tersedar yang saya tak sesuai dengan warna biru. Kombinasi pakaian warna biru dengan warna kulit saya, sungguh tak sesuai. Tenggelam seri wajah saya. Langsung tidak menyerlah jika saya berada di dalam warna biru.

Kemudian..... Saya secara tidak sengaja merasakan diri saya nampak berseri apabila memakai pakaian hijau.... Warna yang saya tidak benci, tetapi tidak pula suka. Hijau terpinggir daripada senarai warna kegemaran saya. Dan makin lama, saya dapati... warna hijau menyerlahkan keserian diri saya. Hijau membuatkan saya nampak segar. Dan yg penting... saya nampak cantik. [Cantik kewww? Owhh...Saya rasa je. Hahaha.]

Warna hijau yang selalunya saya tidak beri perhatian, rupa-rupanya sangat sesuai dengan saya. Jadi, kesimpulannya..... Walaupun kamu menyukai sesuatu... sedangkan boleh jadi ianya buruk untuk kamu. Dan mungkin kamu bencikan sesuatu sedangkan mungkin ianya baik untuk kamu.

Motifnya... Saya hanya nak cakap kepada Mr Storm.... Awk adalah warna hijau di dalam hidup saya. :). Tapi, saya tak penah la plak bencikan awk. Cuma dulu saya tak beri perhatian je. Hehehe. Peace...

Drama Chinta

Sejahteralah ke atas kamu....

Adegan 1 : Di atas katil. Chinta dan Osman Kabilah.
"Chinta tak peduli!! Chinta nak gugurkan kandungan ni. Chinta bencikan benih ni!!"
"Jangan Chinta.... Bayi tu tidak bersalah. Itu adalah anugerah Allah. Abg akan terima dia. Dan insyaAllah akan anggap dia seperti anak Abg sendiri"
Chinta terus menangis.....
Dan Osman Kabilah menyambung.... "Abg akan cuba mempercepatkan perkahwinan kita"....

Aku pun terus mcm... "Errkkk????? Jadi korang belum kawen??? Tapi duduk atas katil... citer pasal kebaikan....

_______________________________________

Adegan 2 : Di rumah Chinta. Chinta dengan seorang lelaki yang ditangkap basah bersamanya...
"Macamana kita boleh tertangkap? Mesti kau yang perangkap aku!! Dah 5 tahun aku tinggal di sini. Selama ini tak pernah aku tertangkap. Tetiba, dgn kau je, aku tertangkap"
"Aku takde buat apa-apa pun. Dah kau juga yang ckp... Dah 5 tahun ko tinggal di sini. Mungkin orang lain nampak apa yg ko buat selama ni. Dan mungkin tertangkap apabila bersama aku, kerana dah rezeki aku."

[Dialog kat atas ni bukan la the exact sentences yg dierang ckp. Tp maksud ayat tu lebih kurang macam tu la.]


Kepala hotak kau rezeki!!! Dah la kena tangkap basah, buat dosa, pastu bleh plak tak dpt beza antara dosa dengan rezeki. Grrrr.... Marahnya aku.... Drama Chinta ni, sekarang dimainkan di slot Akasia jam 6.30 ptg setiap Isnin hingga Khamis. Aku tengok, tp takla terpaku kat depan TV. Pasang TV sambil masak, atau sambil surfing internet. Pastu biler tgk pun, mesti ader aku rasa sakit hati dgn dialog, atau jalan citer tu. Tp yang penting, aku tgk jugak. Hahahah... Saje nak cari point untuk mengutuk dengan JekJan biler pegi ofis esoknyer. Buruk perangai. Ngeh2.

Drama-drama Melayu ni bukan semua teruk. Teruk tu bukan merujuk kepada pelakon, penerbit, atau pengarah. Tapi lebih kepada jalan cerita dan motif cerita tu. Bagi aku, drama atau cerita yang bagus... adalah cerita yang jalan ceritanya aku langsung takleh pertikaikan "kenapa dia tak buat macam ni, mcm tu, padahal ada je pilihan lain". Maksudnya, jln cerita tu bleh menimbulkan persoalan yang menunjukkan tak logik. Contoh mcm adegan kemalangan semasa hari perkahwinan Chinta dengan Amar. [Sila imagine utk mendapatkan point aku] Masa tu Amar di dalam kereta di seat belakang [dia duduk kat seblah tingkap belah kiri, iaitu di belakang penumpang seat depan.*Pemandu di belah kanan kan?]. Kereta tu park depan rumah, dan masa tu juga, ada sorang lagi pengawal peribadi Osman Kabilah dan isteri dia kat seat pemandu dan penumpang depan. Tetiba, datang la Fakri yang dengki sebab Chinta nak kawen dengan Amar, langgar kereta yang tgh parking tu. Dari belah kanan. Last2 skali... Fakri mati [ok...logik la... sebab dia drive maybe tak pakai seat belt]. Pastu si Amar pun mati. Sedangkan driver yg dok belah kanan tu tak mati. Pelik. Lagipun keta tu bukan bergerak pun. Boleh sgt kalo Amar nak kuar keta tu bila dah nampak ader keta lain nak langgar. Tah hapa2 ntah.

Lagi satu kan... Aku mmg nak menegur penulis2 script drama kat Malaysia ni. [Nak tegur org, ko ingat ko sape??? Hehehehe... Ni pendapat aku je sebagai penonton]. Jalan cerita yang menunjukkan 'tinggal serumah bukan muhrim', 'mengandung anak luar nikah', 'rogol', 'minum arak' dan lain-lain yang negatif tu... Tak payah dah la buat. Mmg niatnya baik. Untuk menimbulkan keinsafan dan beri pengajaran pada orang lain. Tapi berapa ramai yang akan mengambil pelajaran?? Kalau nak buat moralnya pengajaran, buat betul2. Jalan cerita tu biar la menakutkan orang. Dan membuatkan orang lain rasa mcm "kalau aku buat ni memang berdosa besar". Tapi aku tgk, drama Melayu, kalau pompuan tu mengandung/terlanjur, dia hanya bersedih sebab lelaki tu tak mau bertanggungjawab je. Tapi dia masih diterima paling tidak pon oleh seseorang yang berhati mulia dlm citer tu. Takde plak nak tunjukkan, kalau ko dah terlanjur.... Ko boleh kena sebat 100 kali, dgn lelaki yang ko terlanjur tu skali kena sebat.

Masalahnya sekarang...bile dlm drama, bila org tgk kesan kepada sesuatu perbuatan tu tidak begitu teruk.... Maka, orang itu [terutamanya remaja yang baru nak membesar] akan rasa mcm "oooo...biasa je kalau pregnant tanpa kawen ni. Paling teruk pon kena pulau oleh org kampung. Pastu kena halau dengan mak ayah. Takder la teruk pon. Bleh je lagi pegi kat kawan2 yang seangkatan dengan aku". Atau adegan tinggal serumah antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Kalau remaja yang masih cetek ilmu agamanya tengok.... Bukankah membuatkan dia rasa perkara tu adalah perkara normal, sedangkan itu memang 100% salah dan berdosa? Erm... Moden, moden gak sedara. Tapi moden tu biar la dari segi yang sepatutnya saje.

Kalau ikutkan... Ader panjang lagi yang aku nak berleter kat penulis2 script kat Malaysia ni. Tapi aku bosan nak taip. Heh... Bleh plak gitu.

21 October 2010

Mungkin Sebab Aku Dah Tua...

Sejahteralah ke atas kamu, yg membaca blog ini....

Mungkin sebab aku dah tua, aku dah tak kisah orang nak ckp apa. Nak tuduh aku apa-apa pun, aku maafkan je la. Sebab aku hanya menganggap ko sebagai budak-budak je. Lagipun aku memang tak salah dengan ko.

Mungkin sebab aku dah tua, orang selalu memberi anggapan buruk pada aku. Nak buruk sangka dengan aku pon, ikut suka ko la. Aku tak pedulik! Sebab apa yg ko sangka buruk pada aku tu, bukan betul-betul pon.

Mungkin sebab aku dah tua, orang rasa aku layak dibuli. Boleh mengata aku dgn kata-kata pedih. Kononnya mcm berani. But coward. Hahaha... Chicken. Aku hanya buat hal aku sendiri. Dan aku mmg tak kacau sesiapa. Orang yang selalu kacau aku ada la.

Manusia ni suka membuat andaian kemudian memberi hukuman drpd apa yang dilihat dan didengar, walaupun hanya lihat dan dengar separuh je. Aku makin tak faham. Aku rasa seolah-olah aku ni macam arnab yang tersepit dalam jerat, pastu aku plak yang disalahkan oleh tuan punyer jerat, oleh kawan tuan punyer jerat dan mak tuan punyer jerat... sebab dia nak perangkap rusa. Tapi arnab yang masuk. So, arnab yang salah sebab tak berhati-hati. Dan seolah-olah memang jadi tanggungjawab arnab je utk mengelakkan diri daripada jerat tu. Orang lain langsung tak bersalah. Huuu.... huuuu... Sedihnya aku rasa....

Apa lagi yang aku boleh buat? Aku tak mahu menceritakan keburukan orang lain. Aku tak mahu mengadu domba. Aku tak mahu menyalahkan orang lain demi membela diri aku... Jadi, blog ni je yang aku ada utk ekspres suara minda aku. Dan hanya kepada Allah aku mengadu... segala salah faham yang dilemparkan kepada aku. Sobbb....sobb..... sobbb.... :(

Musuh akan gembira apa bila melihat aku bersedih. So, bergembiralah wahai musuh-musuhku.... Aku sedang bersedih. This is your moment to celebrate.

20 October 2010

Hidup - Bosannya Tajuk Ni

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kamu perasan tak...... Perjalanan takdir hidup kita, saling berkait dengan perjalanan takdir hidup orang lain. Apa yang berlaku pada kita, pasti ada kesan kepada takdir orang lain kalau tak banyak pun mesti ada sikit... sama ada orang yg kita kenal atau orang yang kita tak pernah tau pun mereka wujud. Entry ni adalah entry motivasi. Harap maklum.

Tentu ada yang pening dengan apa yg saya taipkan ni kan? Maksud saya mcm ni..... Sebagai contoh.....
Saya menganggur.... Tak ada kerja. Kemudian, saya mohon kerja di Syarikat Poyo Sdn. Bhd. yang letaknya beratus KM dari kampung saya. Jawatan yang saya mohon itu adalah sebagai Pengurus. Kalau saya dapat kerja tu, saya perlu pindah dari rumah ibu dan bapak saya. Tapi lama betul tunggu... Tak dapat-dapat. Saya mula rasa kecewa. Saya sedih sebab nasib saya malang.

Dalam waktu yang sama, di kawasan perumahan tempat saya tinggal tu, Pengarah Majlis Perbandaran dah meninggal. Kemudian Pengarah baru dilantik. Pengarah baru tu pulak nak bina bangunan di kawasan tu. Dia pilih abang saya sebagai kontraktor yang akan bina bangunan tu. Dan abang saya perlukan pembantu untuk uruskan tentang pembinaan tu, sebab pembantu beliau yang asal dah berenti. Sebab dia kawen, ikut husband dia pindah America. Maka abang saya, lantik saya untuk jadi pembantu sementara beliau.

Saya pun mula bantu abang saya. Setiap hari berulang-alik ke kawasan pembinaan tu, dan sekali-sekala berurusan dgn Pengarah Majlis Perbandaran tu. Sampai habis projek binaan tu, Pengarah nampak potensi saya, dan ambil bekerja di Majlis Perbandaran tersebut.

Jadi, saya bekerja di Majlis Perbandaran tu, dan masih tinggal bersama ibu dan bapak saya. Selang berapa minggu, ibu saya jatuh sakit. Saya perlu selalu ada di rumah untuk menjaga beliau kerana adik beradik saya semua tinggal jauh dari mereka. Saya jaga ibu selama 2 tahun, sampai beliau betul-betul sihat. Kemudian, saya dapat tawaran bekerja di Syarikat Poyo Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Besar, bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut kerana Pengurus Besar sebelum ini telah dinaikkan pangkat sebagai CEO di syarikat yang sama........



Ok.... Kamu dapat kaitkan cerita saya ni dgn perenggan pertama saya tadi kan? Saya rasa putus asa sbb tak dapat keja di Syarikat Poyo. Sedangkan sebenarnya rezeki saya ada di situ, cuma saya perlu tunggu :
1. Pengarah Majlis yg lama itu selesaikan takdir beliau terlebih dahulu[iaitu menuju ke alam barzakh].
2. Abang saya dipilih menjadi kontraktor.
3. Pembantu abang saya berkahwin[supaya saya yg menjadi pembantu abg saya].
4. Berurusan dengan Pengarah baru Majlis Bandaran[supaya beliau nampak potensi saya].
5. Jaga ibu saya sampai sihat selama 2 tahun[kalau saya dpt keja di Syarikat Poyo lebih awal, siapa nak jaga ibu saya??].
6. Pengurus Besar di Syarikat Poyo naik pangkat[selagi tempat tu tak kosong, saya tak boleh masuk ke posisi tersebut];
Dan barulah takdir untuk saya boleh berlaku.

Maksudnya di sini.... Bila takdir orang2 lain telah selesai, barulah takdir untuk kita boleh berlaku. Semua perkara yang kita mahukan.... Seperti rumah besar, naik pangkat, berkahwin, dapat anak 10 org, naik gaji, dapat bonus... dan segala-galanya lah... Pasti perlu menunggu lengkapnya takdir orang lain terlebih dahulu. Kita seolah-olah menunggu giliran sahaja. Sebab itulah... Kita mendengar sebelum ini bahawa, jika kita memohon sesuatu, Allah mendengarnya. Allah akan memberikan kepada kita, sama ada secara serta merta, atau secara tangguh, atau akan diberikan semasa di akhirat. Pasti ada sebabnya. Dan pasti ada laluan yang perlu ditempuhi terlebih dahulu. Hebat dan betapa cantiknya perancangan Allah betul tak? Dia telah susun semua Qada untuk kita, dengan Qadar yang sempurna.

Oleh itu.... Mohon sahaja pertolongan daripada Allah. Pasti Allah akan makbulkan. Yakinlah pada Allah serta sabar. Allah memiliki seluruh isi bumi dan langit. :)
Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada kamu yg membaca.

19 October 2010

Clumsy By Fergie


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam, Isnin [18 Oktober 2010]

Dpt tugasan daripada En Stormpong, utk survey details tentang satu barang ni. Maka, selepas habis waktu pejabat, terus je saya balik tanpa terhegeh-hegeh. Bersemangat ni nak gi survey barang tu. Mula-mula rasa macam nak pegi MidValley, tapi memandangkan meter fuel dah menunjukkan ke penanda yang paling rendah.... Mcm tak berani plak nak gi MidValley. So, terus ke Jalan Othman. Kalo nak ke Jalan Othman memang sangat jam after office hour. Terutamanya di Bulatan Kewajipan.[Ntah ye ke tak ntah nama bulatan tu mcm tu. Heheh.. main petik je aku ni.]. Dah tu, apa motifnya saya takut nak gi MidValley sebab takde minyak, tapi bleh gi Jln Othman yang jam dan lagi jauh tu? Hihi... Tah hapa-hapa. Dah la waktu tu saya lapar gila. Tapi mmg berniat nak balik umah utk habiskan roti yg dah hampir expired yg ada kat umah tu. Tak baik membazir kan? Tapi walau macamana pun, misi menyiasat tu perlu diselesaikan dulu.

Image Tiada Kena-Mengena Dengan Cerita Ini.


Sampai kat Jln Othman tu, jumpa la kedai yg berkenaan. Siap terpaksa buat lakonan mcm nak beli brg tu, then tetiba buat muka miskin konon-konon tak cukup duit nak beli. Ceh... Tapi lakonan berjaya la. Hahaha.. [Mcm la hebat sgt lakonan tu. Bukan susah pun.]. Lepas tu terus nak patah balik umah. Terpaksa lalu lagi skali jalan yang jam tu. Dah tak sabar-sabar nak balik umah. Utk makan roti. Tapi sebelum sampai umah tu, saya singgah Petronas, tuang minyak then yey! Balik umah. Siap parking di lot parking yang agak stategik... Dekat dgn rumah, bawah pokok. Langit senja mula melabuhkan tirainya. Dengan cahaya kirmizi.... Rasa lega, sebab dah sampai umah nak mandi dan makan.

Sampai je depan pintu rumah...... cari kunci rumah, tak ada..... Huuwaaa... Saya tau saya dah tertinggal kunci rumah saya di pejabat. Sebab sebelum balik tu, saya tukar beg. Pagi tu saya bawa back pack Notebook utk ke pejabat. Dah petang saya tukar ke handbag yg saya memang tinggalkan di pejabat masa weekend ari tu. So, kunci umah saya lupa nak keluarkan. Dah tu, mmg takder cara la.... Terpaksa la saya pegi ofis semula petang semalam. Langit kirmizi konon. Chis. Tak penah saya ke ofis jam 6.59, bukan pagi tapi petang.



16 October 2010

Cinta Ke? Huhu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Putus cinta. Memang pedih. Lebih pedih daripada luka terkena penutup tin susu masa nak buat open house. Lebih menderita daripada sembelit 3 hari. Memang lebih sengsara daripada senggugut. Owh... Entry ini bukan tentang diri saya. Tapi putus cinta secara general. Sebab kebelakangan ni, saya ternampak ada di kalangan sahabat2 saya yang mengalaminya. Erm... Dalam hati saya cuba berkata pada mereka... "Aku faham apa yang ko rasa... Tapi percaya la... Ko mesti bleh handle punyer. Putus cinta bukan kiamat. Bukan juga mati. Dan kisah hidup ko belum berakhir.". Tapi... Tak ada daya nak ckp, sbb saya sendiri, jika berada di situasi putus cinta... walau apa jua yang dinasihatkan oleh orang sekeliling... dan walaupun kita buat-buat muka mcm absorb apa yg org tu nasihat, tapi jangan nak tipu... Hati kita mesti tetap takkan bleh ok dengan mudah.

Saya dah lalui benda-benda ni. Jadi saya tau. Kadang-kadang, bukan kehilangan cinta tu yang menyakitkan hati. Tapi cara cinta tu hilang yang membuatkan kita bengang. Tapi satu hari nanti... Bila kita dah boleh let it goes...... Kita sendiri akan sedar bahawa memang berbaloi kita kehilangan cinta tu. Sebab-sebab terlindung tu terlalu banyak. Kita sendiri tak mampu nak fikir pun. Hanya perlukan kesabaran [banyak atau sedikit] untuk kita nampak kesan-kesan terlindung di sebalik kehilangan cinta tu. Alahhhh.... Senang ckp, hikmat di sebaliknya la kan. Saje je nak berkias-kias plak.

Saya rasa... kejayaan paling besar dlm percintaan saya ialah... bila saya bleh terus lepaskan cinta yg hilang tu, sepenuhnya dalam masa yang lebih singkat daripada yang saya sangkakan. Sungguh. Memang saya kagum dgn diri sendiri. Saya sangkakan.... Paling kurang pun... mesti makan masa 6 tahun untuk mengeluarkan En Kecewa daripada hati saya. Ahahaha... Tapi rupanya.... tak sampai 6 bulan pun. Itu la.... Masa depan memang tak boleh dijangka kan? Berapa lama kita berkawan dengan seseorang, berapa banyak kenangan yg kita kutip bersama dia, berapa faham-memahami nya kamu berdua... takkan jadi jaminan yang cinta tu akan bertahan.

Saya bukan la pandai sangat dalam perkara percintaan ini. Tapi, nasihat ikhlas saya buat kawan-kawan saya yang kecewa tu.... Be cool. lepaskan je perasaan tu walaupun susah. Sesungguhnya mereka memang tidak berbaloi untuk dikenang. Kalo saya yang hati rapuh ni pun mampu utk get over it... korang pun mesti boleh kan? Yang penting, azam untuk melupakan itu ada. Jgn la diri sendiri yg taknak lepaskan. Memang le sampai tenggiling bersayap pun takkan dapat lupa ye dak? Yang penting... kena ingat bahawa cinta kepada manusia itu bukan segalanya. Hidup kat dunia dalam masa 70thn ini[secara purata] bukan untuk bersedih demi seorang yang tidak bernilai. Tetapi 70 thn itu perlu digunakan utk prepare ingredients untuk menghasilkan makanan, tempat tinggal dan kesenangan di akhirat. Ader fehem?

70 thn je kita ader demi menyiapkan bekalan-bekalan tu, utk kehidupan ynag selama-lamanya kat akhirat. Tu pun kalo tak mati cepat. Contoh la kan..... Kamu ditugaskan pergi ke Korea Selatan dan tinggal di sana selama 10 tahun, guna duit sendiri, risiko tanggung sendiri. Tapi kamu cuma diberi masa 7 minit utk buat persiapan. Maka, cukup ke tak cukup masa tu? 7minit : 10 thn tu pon kira ok lagi kalo nak dibandingkan dengan 70thn : infiniti. Betui takkkk? Jadi, jangan kecewa-kecewa yer. Kerana kecewa yang berlebihan itu adalah sifat syaiton.....

14 October 2010

Happy Befday Abg Ri.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Aihhh... Malam dah larut, tp waktu ni la idea banyak. Ader aku MC lagi ni esok... Kehkeh.

Siapa Abg Ri? Hihi.. Beliau sepupu saya. Anak Pak Long saya. Umur beliau jauh la berbeza dengan saya. Dah besar dah. Waktu saya kecik dulu, Abg Ri kawen dgn jiran saya, Kak Idah. Pehtu, ader satu hari tu.... Kak Idah ni ajak saya dan geng kapak saya [Imah, Ojin, Sobey] datang rumah beliau. Sebab nak menyambut hari jadi Abg Ri katanya.... Adik kepada Kak Idah tu, namanya Ebi[pompuan]. Beliau kata, nnt masa majlis hari jadi tu, bawak la hadiah apa-apa pun untuk Abg Ri. Sebab beliau kata, Abg Ri tak kisah pun. Kalau bagi cikedis [jajan] yang berharga 20sen pun Abg Ri suka punyer.

Saya dah jiwa kacau dah masa tu. Sebab setiap petang, mak hanya akan bagi saya 20sen je duit belanja utk beli cikedis. So, kalo saya nak bagi hadiah kat Abg Ri, nnt saya takleh beli cikedis. Tapi takper la... Demi kek harijadi punya pasal[sejak kecik suka makan kek].... Saya sanggup la korbankan 20sen tu untuk beli cikedis sebagai hadiah hari jadi Abg Ri. Saya beli keropok jagung yang bersalut coklat, yg bernama 'Gaga'. Plastik dia kaler kuning. Kira sedap la gak cikedis tu. Tu kiranya makanan kegemaran saya la masa tu. Then, saya balut dgn kertas warna, warna biru gelap. [Dulu kan ader kertas warna yg nipis tu, murah je.]. Itu pun kalau tak silap... Ebi yang bagi. Hahahah....

Lepas dah balut semua... Saya bagi la kat Ebi, hadiah untuk Abg Ri tu. Lepas tu, sementara nak tunggu majlis hari jadi tu bermula [jam 3.00 ptg], saya sambung la main dengan Imah dan Ojin. Pastu saya pegi umah Imah. Imah ni kira macam ader pertalian darah jugak la dgn saya. Kat umah Imah masa tu, ada abang beliau yang bernama Fahmi. Fahmi ni dah skolah menengah dah masa tu. Then Fahmi tanya, kami dari mana... So, saya cerita la... Pegi umah Ebi, bagi hadiah Gaga untuk Abg Ri. Pastu boleh tak Fahmi marah. Beliau kata saya bodoh. Sebab kena tipu dengan Ebi. Beliau kata, memang la Ebi kata nak bagi Abg Ri. Tapi sebenarnya mesti Ebi yang akan amik hadiah tu. Fahmi meyakinkan saya bahawa Abg Ri mesti tak pandang punyer cikedis mcm tu, sebab Abg Ri dah dewasa. Huuuu... Saya pun ternganga je dengar Fahmi cakap. Then, Fahmi suruh saya pegi semula kat umah Ebi, dan beliau suruh saya mintak balik hadiah Gaga tu. Saya ikut je plak tu cakap Fahmi. Haaihhhh....

Saya pegi umah Ebi.... Bagi salam, pastu saya mintak balik keropok Gaga tu. Pastu Ebi mcm konfius la.. Apsal dah bagi, bleh mintak balik. Then saya tak ingat apa jawapan saya masa tu. Last-last Kak Idah masuk campur, dan saya berjaya mendapatkan balik Gaga tu. Yeahhh... Menang.... tapi bengong giler...

Lepas dah dpt balik keropok Gaga tu, saya pegi semula umah Fahmi, utk tunjuk kat beliau.... Pastu kan.... Huuuwaaaaaaaaaaaaa..... Fahmi yang makan Gaga tu. Kuang hasam betul Fahmi ni. Saya tertipu bodoh-bodoh macam tu je... Ishhhh... Geramnyaaaaaaaaaaaa....

Tapi, muka tak malunya.... Saya boleh lagi pegi ke majlis hari jadi tu, makan kek... hahaha... Mmg sungguh tak malu. Ngaper la saya mcm tu masa kecik dulu.. Tak elegant langsung. Hiiii....

Ok... Dahhhhh.....

11 October 2010

Nostalgia Zaman Nakal

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Dulu masa kecik-kecik, saya selalu main pasir kat bawah rumah saya kat kampung. Best giler. Terutamanya kalau main pondok². Konon-kononnya pasir tu adalah beras/nasik. Saya goreng pasir tu atas penutup tin milo. Dan segala saiz penutup tin milo akan jadi pinggan mangkuk. Termasuk tin-tin milo skali akan jadi periuk. Tin susu jadi gelas. Pastu yg paling sakai skali, susun batu buat mcm dapur, then hidupkan api. Bahaya gila perbuatan saya waktu tu. Saya rasa, waktu tu... mmg mak saya marah kalo saya main api. Tapi yg pentingnya, saya tak faham apsal beliau marah. Dalam hati saya kata "eleh... dengki la tu, org bleh main pondok²". Rupa-rupanya bila dah besar ni... baru le faham... kenapa mak marah main api masa kecik-kecik dulu. Haiii.... Salidi... Salidi. Yang pentingnya.... Bila main masak-masak ni, saya akan masak [konon-konon], menu yg mak saya masak pada hari sebelumnya. Hehehe... Contoh... kerabu pucuk paku. Pastu kena menganjeng dengan abang saya. Chaisss..

Sambung balik citer main pondok-pondok ni. Jangan ingat main pondok-pondok ni tak hebat yer. Ada juga muamalah tau... [Muamalah = urusan jual beli]. Kalau daun-daun tu jadi duit dan nilai duit tu plak ikut saiz daun. Lagi besar daun, lagi tinggi la nilainya. Pastu siap tawar menawar plak tu. Lagi skali, kalo main daun2, mak akan marah. Dan lagi skali jugak saya tak faham apsal mak marah saya main daun. Dalam hati saya berkata "Main daun pun nak marah. Bukan daun yang mak tanam pun. Org amik daun2 liar je". Tapi bila saya dah besar ni, baru le saya faham. Main daun tu takper lagi. Cuma, part yg tinggalkan daun tu bersepah tu yg mmg nak kena marah. Huhu...

Ooo... Lupa nak beritahu. Kawan sepermainan saya masa kecik-kecik dulu namanya Liza [Masliza]dan [Mazita] Ta. Dierang ni adik-beradik. Lagi, Ojin [Azreen]dan Sobey [Al Hayatul Shahrin]. Dua org ni pun adik beradik. Lagi, kazen dierang; Udin [Jamaludin] dan Aswad [aku tak ingat nama penuh dia. Tapi ader aswad le.]. Tp kalo main pondok2, Sobey, Udin dgn Aswad tak join la. Dierang tu lelaki. Liza dgn Ta ni la peneman setia saya masa kecik2 dulu. Walaupun umor dierang lagi muda dari saya. Kiranya saya ketua geng kapak le masa tu. Hehehe. Haa.. Sorang lagi Imah [Akrima].

Ok... Sambung lagi skali citer main pasir tu. Ada juga, sekali-sekala... Saya guna pasir tu, konon-konon mcm nak buat kek. Hehehe. Letak dalam tin gula-gula 'T-Drop'. Ingat lagi tak gula-gula tu? Alaa.. yg perisa buah-buahan dan ader tepung kat dalam tu. Dulu, berebut la dgn gula-gula tu. Kira hebat la sapa dpt beli. Heheh. Yelah.. Kami org susah. Mana nak dpt beli makanan yang mahal-mahal. Ok... Menyimpang lagi. Hihi... Lepas dah keluarkan 'kek' tu daripada acuan.... Nak letak icing plak. Dan icing nya plak ialah hair cream abah saya. Hahahah... Sama ada Code 10 atau Brylcream. Hair cream tu kan ader kaler biru, ada kaler putih. Kadang-kadang ada juga yg gel punyer. Saya selalu curi krim rambut abah saya. Letak dalam corong kertas [buat bentuk kon], dan saya squeeze kan atas kek pasir tadi tu. Yang ni, saya tak ingat pun abah saya marah ke tak. Sbb saya rasa mcm penah, abah saya sendiri yg bagi saya main krim rambut beliau. Mungkin sebab beliau takleh pakai krim rambut tu becoz of baunyer yg sengit ke... tak pasti la.

Tapi zaman kecik-kecik dulu memang merepek. Nostalgia masa kecik ni, saya memang nak cerita kat blog ni. Sebelum saya jadi makin tua, dan terlupa semuanya. Saya nak abadikan cerita saya tu di sini. Mana la tau kot-kot dgn cerita-cerita saya ni, saya akan dpt anugerah Pulitzer ke kan.. [Boleh blah, perasan nak mamfusss].

Ok... Dahhhh....

Ringkas Je.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Raymond :
Everybody loves Raymond, except me. [Bukan Reck Raymond ok..]

Terganggu :
Fikiran saya terganggu kalau saya makan banyak, tapi membuang sikit. Pegi mana yg lain-lain tu? Huhu.

Dulu :
Sedih. Terkilan. Kecewa. Rugi. Sia-sia. Stupid. Astagfirullah. Arghhh....

Sekarang :
Happy. Bersyukur. Lega. Untung. Bermanfaat. Brilliant. Alhamdulillah. Phewww...

Bertunang :
Semoga aku tak bertunang, tapi terus kawen je. Sebab bertunang penat. Kawen pun penat. Jadi bior ler penat skali je. Huhu... ~Pemalas.

Hantaran :
Hantaran kawen aku akan buat sendiri. Bestnya kalo masa kawen nanti, dapat hadiah anak kucing sekor. Heheh... Takleh bayangkan mesti huru hara kalo anak kucing duduk dlm dulang hantaran. Suntik la kot utk kasi dia pengsan.

Cupcakes :
Semalam dah makan 5 ekor cupcakes dari Wondermilk. ~Jangan salahkan saya kalau saya tak cantik.

Raya :
Raya dah habis. Tapi open house masih lagi ader. Hebat org Malaysia kalo bab-bab beraya ni.

Lagu :
Dah beralih arah ke lagu-lagu nasyid. Dulu aku gelakkan MamaJue biler beliau selalu nyanyi lagu nasyid waktu beliau mainkan lagu-lagu tu. Skrg dia plak yg gelakkan aku bila aku mintak dgn beliau semua lagu-lagu nasyid yang beliau ader. Hehehe....

Tupperware :
Pun kena gelak dengan MamaJue sebab aku dah mula nak order mangkuk tingkat Tupperware dari Kakak Chomel. Dulu aku selalu kutuk MamaJue [depan-depan] bila beliau gila Tupperware. Hehehe lagi skali.

Jeans :
Jeans aku tertinggal kat umah kakak Cik Atul. Semoga beliau tidak lupa membawanya pulang esok.

Azam Baru :
1. Makan dengan tangan kanan bila menggunakan sudu.
2. Solat sebaik sahaja masuk waktu.
3. Bawak bekal setiap hari ke ofis, demi menjaga pemakanan yang berkhasiat, untuk kecantikan kulit. [Itu la tujuannya nak beli mangkuk tingkat tu. :D]

Takuya Kimura vs Maher Zain :
Dulu, aku minat giler dgn Takuya Kimura sampai aku berdoa agar jodoh aku dgn TK. Giler kan? Kalau le betul2 dapat kawen dgn TK, kufur la aku. Huhu. Now, Maher Zain lebih menang di hatiku. Tapi takder la rasa nak kawen dgn beliau pun. Huhu. Haihh... Lagi-lagi Maher Zain. :p

07 October 2010

Tak Sangka Ianya Buatan Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Kerajaan asyik kempen suruh kita beli barangan buatan Malaysia. Tapi bukan semua orang kisah. Termasuk la diri saya sendiri. Sebab biasanya kita akan beli je apa-apa yang kita suka, tak kira buatan mana pun. Asalkan cantik @ berguna, dan mampu dibeli. Lagipun, kita sendiri pun kurang tau senarai produk-produk buatan Malaysia kan? Saya sebenarnya sedar tentang betapa pentingnya kita menyokong kempen ni. Memang sangat perlu bagi seluruh rakyat Malaysia untuk membeli barangan buatan tempatan. Supaya dapat mengurangkan pengaliran wang ke luar disamping dapat memperkukuhkan ekonomi negara.

Padahalnya, banyak jenama yang kita tak sangka itu adalah produk Malaysia. Mentang-mentang la jenama yang digunakan oleh produk tu macam ala-ala kebaratan dan berkualiti tinggi, sampai kita pun terlupa nak berbangga dengan jenama tu. Ok, kat sini saya senaraikan sebahagian barangan buatan Malaysia. Jenama Malaysia. Jangan salahkan saya kalau kamu tak cantik....

Kasut/Beg
1. Larrie
2. Alfio Raldo
3. NYC
4. Zang Toi [Popular dia ni kat antarabangsa]
5. R.P.G [Sungguh tak pernah dengar. Huhu.]
6. Princess
7. Dr. Cardin
8. Jukebox
9. Angelo Moda
10. Bill Keith
11. Paula Moda
12. Vern's
13. Decellini
14. Swiss Polo [Haaa... Bagus ni brand ni. Mcm Swiss Army]
15. Vincci
16. Vincci+

Perabot :
1. Goodnite [Tilam]
2. Dynamic
3. Dr. Spine
4. Galenzzi
5. Amara
6. Navinzi
7. Simewood


Telekomunikasi:
1. Celcom [Gunakanlah Celcom. Celcom best!]
2. MAXIS
3. TM
4. CSL [Telefon bimbit dan notebook]
5. e'Touch Mobile [Telefon bimbit dan notebook]
6. Ximax
7. X-Mobile
8. Pi Wimax [Broadband]
9. My Iman [Alat bantu mengajar]


Automotif:
1. Proton
2. Perodua
3. Gophers [GPS]

Penerbangan dan Perlancongan :
1. MAS

Department Store :
1. Giofiore [Handbag]
2. Jean Perry [Bedlinen] ~ Mahal tak hingat. Rupanya buatan Malaysia.
3. Novelle, Genova, Firenze [Bedlinen]
4. Park Avenue [Lady's Accecories]
5. F.Timber [Handbag]
6. John Master
7. D'Urban
8. Chester, Kazuko, Benden [Bedlinen]
9. Akemi, Favorita [Bedlinen]
10. Crocodile [Cap Boyer]
11. Simplicity
12. Padini
13. Seed
14. Rope
15. P & Co
16. PDI
12. Ada banyak lagi, tapi penat nak taip. Lagipun tak popular sgt. mcm tak penah dengar je. Heheh. Kejam..kejam...


Penjagaan Diri :
1. Gintell
2. Mayfair [Produk Spa]

Makanan Kesihatan :
1. Proviton [Sebijik macam Pharmaton. Tapi halal punyer]
2. Champs
3. Chewies
4. Uphamol
5. Naturelle
6. CNI

Pakaian Wanita :
1. Donna

Peralatan :
1. Colourland [Cat yg iklan dia ader kuman kat dinding cakap 'tak suka!, tak suka! tak suka! tu.]


Makanan :
1. Julie's
2. London Biscuits [Wp nama dia 'London' tp made in Malaysia tau]
3. Pasific West
4. Boh Teh
5. Mamee [Kalo ader sesaper yg nak boikot Yahudi, takmo makan Maggi, bleh le makan Mamee. Hehehe... Konon la boikot Maggi, pastu minum Milo.]
6. Beryl's [Ni la coklat favorite saya. Ketagih. Kalo sehari tak makan, boleh menggigil. :p *sbb nafsu serakah]
7. Crispy [Coklat]
8. Adabi


Ada banyak lagi. Tapi yang lain tu takyah senaraikan kat sini pun mesti kita boleh tau jugak tu jenama Malaysia. Sbb namanya pun agak keMalaysiaan. COntoh mcm Permata Hijrah, Jamu Mak Dara dan lain-lain. Senarai yang saya dapat ni saya ambil dari web KPDNKK. Ini pun berdasarkan senarai syarikat yang mengambil bahagian di dalam Ekspo Beli Barangan Malaysia 2010. Rasanya banyak lagi jenama yang tak mengambil bahagian. Tak silapnya... Sembonia, Carlo Rino dan Bonia juga product Malaysia. Kalo silap, sila betulkan.






Utk senarai penuh, boleh rujuk KPDNKK *Tapi file nya dlm format PDF. Agak lama nak loading.

06 October 2010

Ciri-ciri Dan Sifat Penduduk Syurga

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saling Mencintai....
Orang-orang yang saling mencintai , akan melihat rumah-rumahnya di syurga begitu indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat. Para sahabat bertanya: "Siapakah mereka?" Jawab Nabi : "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah."

Lyd berkata : Jika mencintai seseorang perlulah kerana Allah. Setakat nak mencintai Justin Timberlake kerana dia berambut keriting atau kerana dia pandai menari, lebih baik tak payah la. Tapi kalau mencintai Maher Zain kerana lagu-lagu beliau membuatkan kamu sentiasa mengingati dan mencintai Allah dan Rasul maka cintailah Maher Zain itu. [Pengaruh Chaerul la ni yg membawa pengaruh Maher Zain ke dalam EPS].


Usia Penghuni Syurga...
Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan muka berseri. Wajah mereka cerah dengan mata bercelak seperti pemuda berusia 33 tahun. Dengan itu, penghuni syurga tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.

Lyd berkata: Ahahhhhhh.... Nampak? Nampak tak? Usia 33 tahun tu di sisi Allah adalah 'tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda' ok? Jadi, kesimpulannya... saya masih di dalam kategori terlalu muda. Wakakakaka... Best lah!


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Hamid bahawa Umar bin Khattab bercerita : Beberapa org Yahudi datang kepada Nabi dan bertanya : "Wahai Muhammad, apakah di syurga ada buah-buahan?". Jawab Nabi : "Ya.. Diantaranya kurma dan delima.". Yahudi itu bertanya lagi, "Apakah mereka makan seperti mereka makan di dunia?". Jawab Nabi, "Ya... Bahkan berlipat kali ganda lagi.". Yahudi itu kembali bertanya, "Apakah mereka membuang hajat besar dan hajat kecil?". Rasulullah menjawab : "Tidak, tetapi mereka berpeluh dan Allah menghilangkan melalui peluh itu kotoran yang ada di dalam perut mereka".

Lyd berkata : Hebatnya... Takyah 'melabur' dan 'terkucil' pun di syurga. Semuanya keluar melalui peluh. Masya Allah. Oleh itu..... Jom berusaha masuk syurga. Dan mencintailah sesama manusia, semata-mata kerana Allah, bukan kerana rambut mereka keriting. :p

Semua informasi adalah diambil dari buku Malam Pertama Di Alam Syurga - Abu Zharif Zihan.

Kenapa Rambut Gugur Begitu Banyak??

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Rambut. Kalau setiap kali disikat, akan gugur sampai sekilo tentu akan membuatkan fikiran kamu terganggu kan? Hancur luluh rasanya hati bila tengok rambut yang kita sayang dan kita jaga dengan penuh kasih sayang, akhirnya jatuh ke lantai secara beramai-ramai. Terutamanya bagi yang berambut panjang.... Tapi kenapa rambut selalu gugur banyak sangat ye?

Menurut teori saya.... Rambut panjang lebih banyak gugur kalau rambut itu kusut. Biasa dengar tak orang kata, "Senang kalau berambut pendek ni. Senang nak jaga. Rambut pun kurang gugur". Memang betul pun pendapat tu. Bukannya sebab akar rambut pendek lebih kuat daripada akar rambut panjang. Tapi sebab, bila berambut pendek, perjalanan sikat semasa menyisir rambut kita tu lebih singkat. Tambahan pula, rambut pendek selalunya tak kusut. Bagi yang berambut panjang, sikat tu perlu melalui perjalanan yang lebih jauh dan berliku-liku [rambut kusut]. Jadi bila dah kusut tu, sisiran rambut akan jadi tersekat-sekat kemudian mula la orang yang menyikat tu akan paksa sikat tu untuk sisir sampai ke hujung. Haaa... Waktu itu la rambut kamu akan banyak yang 'terbunuh' sebab tertarik secara paksa. [Macam cerita kisah mangsa perang plak . Huhu.]

Oleh itu, bagi mentidak-kusutkan rambut yang kusut tu, saya cadangkan kamu menggunakan Hair Vitamin Ellips.


[Yang kaler purple tu utk rambut yang diwarnakan. Yang berwarna pink untuk rawatan rambut rosak. Yang kaler hitam untuk rambut panjang bersinar [saya pakai yang ini] dan yang berwarna kuning pula untuk rambut... err... err... tak ingat dah.. Maybe untuk rambut sihat kot. Ntah le. Nnt kamu tengok la sendiri kat Watson atau Guardian yer. Mekasih.]

Produk ni saya tak jual ye. Saya hanya mencadangkan sahaja penggunaannya. Sebab saya rasa produk ni amat membantu mengelakkan kekusutan rambut. Secara tak langsung boleh mengelakkan kekusutan fikiran. [Fikiran kusut bila rambut selalu gugur, jadi bila dah kurang gugur, fikiran dah tak kusut].

Sebenarnya, rambut kita memang akan gugur setiap hari. Itu memang normal. Tapi hanya sebanyak yang sepatutnya sahaja. Kalau rambut tak gugur langsung tu la yang tak normal. Tapi lagi skali.... Kalau rambut gugur terlalu banyak, sampaikan setiap kali sikat rambut je, rambut yang melekat di sikat dah macam kulit kepala tertanggal itu maksudnya musibah la tu. Jadi, kena la buat sesuatu. Cuba elakkan kusut. Tengok masih gugur ke tak. Dan jika rambut tak kusut, tapi masih gugur banyak terlampau... sila la berjumpa dengan doktor yer.

05 October 2010

Mimpi Saya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Selalu mimpi tak? Ermm, saya sangat-sangatlah seorang pemimpi. Tiap2 hari saya mimpi. Waktu tidur, saya mimpi, waktu berjaga saya kuat berangan. Berangan project perniagaan untung juta-juta, berangan kalau masuk syurga nak ada binatang kesayangan iaitu kucing bulu tebal warna putih dan bersaiz sebesar lembu, tapi manja gila serta tak berak dan tidak kencing merata-rata, juga boleh bercakap dan bulu tak melekat kat baju serta saya takyah bagi makan. Hahahah. Merepek aje kan...

Mimpi ni menurut Ustazah Masyitah Zuhaila Ibrahim ada 3 kategori. Pertama, mimpi yang merupakan mainan syaitan. Memang banyak mainlah syaitan ni! Kalo manusia suka main bola. Takpun kanak-kanak suka main Lego. Tapi syaitan suka bermain dgn mimpi manusia. Contohnya kalo mimpi tah hapa-hapa, pegi menari terkinja-kinja kat disco kot. Jadi, kalo mimpi kategori pertama ni, abaikan je la. Pastu, kategori kedua pula mimpi kebaikan yang memberi petunjuk. Petunjuk tu pula tak semestinya direct. Tentu sahaja secara tersirat. Contoh mcm mimpi makan makanan yang lazat-lazat. Bermaksud akan mendapat kebaikan. Kebaikan tu plak tak semestinya sama dengan apa yg kita mimpi. Boleh jadi kita mimpi memancing dpt ikan besar, tapi rupa-rupanya nak dapat bonus 12 bulan gaji. Konon je la.. Dan kategori ketiga pula mimpi-mimpi buruk yang memberikan peringatan supaya berhati-hati. Contoh macam mimpi tenggelam dalam banjir ke, atau mimpi kena panah petir kot. Mungkin ada musibah yang akan terjadi.

Saya penah mimpi makan buah anggur, kismis dan kekacang-kekacang yang sedap. Dalam buku tafsir mimpi yang saya ada, tafsir mimpi makan kismis ialah saya akan dapat suami yang baik dan beriman. Masa tu padahalnya saya muda lagi. Tak amik port pasal kawen-kawen ni. Dan buah anggur pula adalah salah satu makanan di syurga, juga membawa maksud akan mendapat kebaikan. Cool huh?

Baru-baru ni, saya mimpi.... saya pergi rumah salah seorang kawan lelaki saya.... Berjumpa dengan ibu beliau. Lalu ibu beliau memberikan saya duit seringgit2 sebanyak 22 keping dan sekeping duit syiling 50 sen. Wahhhhhhhhhhhhh.... Cool right? Semoga mimpi menjadi kenyataan.




*Huuwaa... Aku kata aku takmo citer pasal personal dah. Tapi tak tahan nak cerita. Bleh kena barah hati kalo tak luahkan dalam blog ni. Huhh.. Kronik..

04 October 2010

Kaitan Hormon Dengan Memori


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ye, saya tau ada masanya iaitu sebulan sekali, wanita akan mengalami gangguan emosi kerana perubahan paras hormon dalam badan.

Cuma yang menjadikan saya tak faham, apa kena-mengenanya perubahan hormon tu dengan memori? Sebab, yang saya perasan.... Setiap kali tiba waktu 'gerhana bulan' tu, saya mula la teringat balik perkara-perkara sedih yang pernah terjadi dalam hidup saya. Pastu mula la saya menangis akan bercucuran air mata seperti sebatang sungai. Sampaikan kejadian anjing kena langgar depan Angkasapuri pun saya teringat pastu saya sedih sorang-sorang. Belum lagi kisah-kisah duka yang lain. Pening kan?? [Persoalan untuk wanita sahaja]. Hormon tu menyakat otak kita ke, supaya memori jadi bercelaru?

Saya ada jugak Google kan persoalan "Hormones and Memory". Saya jumpa link yang berkaitan. Yang menjelaskan tentang kaitan antara hormon dan memori. Cuma, terlampau byk medical terms yang berkaitan antara satu sama lain, sampaikan last skali, saya sendiri pening. Tapi kesimpulannya mmg ada kaitan lah... Bila 'gerhana bulan', ada hormon dihasilkan, dan hormon tu menyebabkan stress... Biler stress, ada hormon lain yg terhasil dari bahagian badan yg lain untuk melawan stress tu, dan hormon tu akan memberi efek kepada hippocampus [iaitu pusat memori kita yg letaknya di otak]. Lebih kurang la penjelasannya mengikut kefahaman saya. Nama-nama hormon tu mcm2 la. Estrogen la, cortisol la, prostesterone la...

Sbb hormon-hormon ke jadah ni jugak la yg menyebabkan kita jadi makin pelupa bila dah makin tua. Sbb pengeluaran hormon2 ni semakin berkurangan. Alaa.. Lebih kurang la. Penjelasan saya yg tak berapa skolah ni, akan jadi lebih lengkap kalau saya seorang doktor sakit puan. Kehkeh... Jadi, kesimpulannya, mmg time datang bulan, mood perempuan akan berubah dan memori dia pun akan efek skali. Iaitu memori lama akan bermain semula di fikiran.

Untuk lelaki, kalau penah buat salah dgn pompuan kena jaga baik-baik la... Sebab mungkin memori yg dah lama tu akan terungkit semula walaupun perkara tu dah selesai beratus-ratus kali[setiap kali dia period]. MUehehe...

Cheese

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Lepas makan spagetti dengan meletakkan setambun cheese kat atas tu, makan pulak Fish Pie yg kat atas tu juga ada setambun cheese, ketupat + sate goreng, lemang + rendang ayam bersama air tebu... Sekarang saya rasa jantung saya macam sedang bekerja keras nak pam darah saya yang dah bercampur dgn kolestrol yg banyak ni. Adehhhh.... Semput nafas... tolong! tolong!

01 October 2010

Kisah Orang Itu, Kawannya Lim dan Islam

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Petikan cerita ini, diambil daripada blog The Reality Of Beautiful Life.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan
pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah
ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk
melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa
yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.


20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk
menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar, kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang
kudengar dari kakaknya. "He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago...

Subhanallah! Syukur Alhamdulillah... rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar
untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.


....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya
dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi
kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... Diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang
Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan
oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada
roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?

Lim berkata lagi... Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan
Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.




Haaa... Amacam? Sudahkah kamu berdakwah?

Pengumuman Penting Untuk Usahawan Internet

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya tau ramai usahawan-usahawan di luar sana yang menjalankan perniagaan secara online dan memiliki web atau blog sendiri bagi mempromosikan produk mereka. Bagus. Tak ada masalah. Tapi bagi usahawan-usahawan internet semua, saya ingin mengingatkan bahawa....... jeng...jeng...jeng... jangan lupa untuk meletakkan no pendaftaran perniagaan atau no syarikat anda di web/blog masing-masing yer. Sesiapa yang belum daftar, sila la daftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]. Sebab...... Nanti SSM akan membuat pemantauan perniagaan di internet dan akan memeriksa perniagaan itu didaftarkan atau tidak. Jadi... itu sahaja... Daaaaaa.....

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...