Skip to main content

Ringgit Malaysia

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sabtu lepas, saya pegi umah kakak saya. Di.... somewhere, over the rainbow. Ngeh2. Sebelum pegi tu, saya check purse, ada RM11 saje. Malas nak kuarkan duit. Sebab rasanya mcm takder la nak beli apa2 sangat hari tu. Dah on the way tu, saya perasan minyak saya dah habishh..... So, berenti le isi minyak dulu. Letak le RM10. So, tinggal le singgit lagi. Tak kisah ler... Bukan ader apa-apa nak beli dah tu kan?

Pastu, drive punyer drive.... Sampai la kat tol. Tetiba baru saya teringat lagi satu perkara.. Touch N Go card saya dah habis guna. Rasanya mcm dah tinggal 20 sen je lagi. Mmg sangat-sangat lupa nak reload. Pastu duit dlm purse plak hanya ada RM1. Tol tu RM2. Hah!!! Time tu la saya dah mula nak rasa menggelupur cari duit syiling kot-kot ader terselit mana2. Korek2 kat dashboard. [Masa tu dah sampai turn saya ler nak bayar]. Kira punyer kira jumlah duit syiling yang ada tu, hanya ada 95 sen. Masa tu, saya pakai iPod. Rasanya macam volume agak tinggi. Ingat lagi masa tu lagu 'Mengintai Langit' dari kumpulan Coco yg sedang dimainkan. Maka, bila tgk dah tak cukup duit tu... Saya cakap kat adik yg jaga tol tu.. "Dik.... Tak cukup lagi lima sen laaaa" dan yang penting saya rasa... saya bercakap dgn agak kuat sebab pompuan tu terkejut. Tapi lepas tu dia buat muka keras je. Takder reaksi kesian atau marah ke. Mcm takde efek je. So, saya terpaksa le cari lagi duit syiling dengan lebih gigih. Then jumpa la lagi 15 sen. Fuhh... tebal muka. Dah ler tak cukup duit. Sekuat hati plak tu pegi cakap kat penjaga tol tu. Adehh...

Moralnya... Sila rancang perjalanan anda atau anda akan termalu di khalayak ramai.. Hehehehe... :D

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...