Skip to main content

Ringkas Je.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Raymond :
Everybody loves Raymond, except me. [Bukan Reck Raymond ok..]

Terganggu :
Fikiran saya terganggu kalau saya makan banyak, tapi membuang sikit. Pegi mana yg lain-lain tu? Huhu.

Dulu :
Sedih. Terkilan. Kecewa. Rugi. Sia-sia. Stupid. Astagfirullah. Arghhh....

Sekarang :
Happy. Bersyukur. Lega. Untung. Bermanfaat. Brilliant. Alhamdulillah. Phewww...

Bertunang :
Semoga aku tak bertunang, tapi terus kawen je. Sebab bertunang penat. Kawen pun penat. Jadi bior ler penat skali je. Huhu... ~Pemalas.

Hantaran :
Hantaran kawen aku akan buat sendiri. Bestnya kalo masa kawen nanti, dapat hadiah anak kucing sekor. Heheh... Takleh bayangkan mesti huru hara kalo anak kucing duduk dlm dulang hantaran. Suntik la kot utk kasi dia pengsan.

Cupcakes :
Semalam dah makan 5 ekor cupcakes dari Wondermilk. ~Jangan salahkan saya kalau saya tak cantik.

Raya :
Raya dah habis. Tapi open house masih lagi ader. Hebat org Malaysia kalo bab-bab beraya ni.

Lagu :
Dah beralih arah ke lagu-lagu nasyid. Dulu aku gelakkan MamaJue biler beliau selalu nyanyi lagu nasyid waktu beliau mainkan lagu-lagu tu. Skrg dia plak yg gelakkan aku bila aku mintak dgn beliau semua lagu-lagu nasyid yang beliau ader. Hehehe....

Tupperware :
Pun kena gelak dengan MamaJue sebab aku dah mula nak order mangkuk tingkat Tupperware dari Kakak Chomel. Dulu aku selalu kutuk MamaJue [depan-depan] bila beliau gila Tupperware. Hehehe lagi skali.

Jeans :
Jeans aku tertinggal kat umah kakak Cik Atul. Semoga beliau tidak lupa membawanya pulang esok.

Azam Baru :
1. Makan dengan tangan kanan bila menggunakan sudu.
2. Solat sebaik sahaja masuk waktu.
3. Bawak bekal setiap hari ke ofis, demi menjaga pemakanan yang berkhasiat, untuk kecantikan kulit. [Itu la tujuannya nak beli mangkuk tingkat tu. :D]

Takuya Kimura vs Maher Zain :
Dulu, aku minat giler dgn Takuya Kimura sampai aku berdoa agar jodoh aku dgn TK. Giler kan? Kalau le betul2 dapat kawen dgn TK, kufur la aku. Huhu. Now, Maher Zain lebih menang di hatiku. Tapi takder la rasa nak kawen dgn beliau pun. Huhu. Haihh... Lagi-lagi Maher Zain. :p

Comments

  1. aku bawak katalog, tapi bukan tupperware. cosway punya, lagi murah. ada mangkuk tingkat, atau dlm bhs pahang aku panggil sior

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....ko semakin matang dlm mengenal erti tentang apa tujuan kita dijadikanNYA.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w