Iklan! Iklan! Sila Click!

20 October 2010

Hidup - Bosannya Tajuk Ni

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kamu perasan tak...... Perjalanan takdir hidup kita, saling berkait dengan perjalanan takdir hidup orang lain. Apa yang berlaku pada kita, pasti ada kesan kepada takdir orang lain kalau tak banyak pun mesti ada sikit... sama ada orang yg kita kenal atau orang yang kita tak pernah tau pun mereka wujud. Entry ni adalah entry motivasi. Harap maklum.

Tentu ada yang pening dengan apa yg saya taipkan ni kan? Maksud saya mcm ni..... Sebagai contoh.....
Saya menganggur.... Tak ada kerja. Kemudian, saya mohon kerja di Syarikat Poyo Sdn. Bhd. yang letaknya beratus KM dari kampung saya. Jawatan yang saya mohon itu adalah sebagai Pengurus. Kalau saya dapat kerja tu, saya perlu pindah dari rumah ibu dan bapak saya. Tapi lama betul tunggu... Tak dapat-dapat. Saya mula rasa kecewa. Saya sedih sebab nasib saya malang.

Dalam waktu yang sama, di kawasan perumahan tempat saya tinggal tu, Pengarah Majlis Perbandaran dah meninggal. Kemudian Pengarah baru dilantik. Pengarah baru tu pulak nak bina bangunan di kawasan tu. Dia pilih abang saya sebagai kontraktor yang akan bina bangunan tu. Dan abang saya perlukan pembantu untuk uruskan tentang pembinaan tu, sebab pembantu beliau yang asal dah berenti. Sebab dia kawen, ikut husband dia pindah America. Maka abang saya, lantik saya untuk jadi pembantu sementara beliau.

Saya pun mula bantu abang saya. Setiap hari berulang-alik ke kawasan pembinaan tu, dan sekali-sekala berurusan dgn Pengarah Majlis Perbandaran tu. Sampai habis projek binaan tu, Pengarah nampak potensi saya, dan ambil bekerja di Majlis Perbandaran tersebut.

Jadi, saya bekerja di Majlis Perbandaran tu, dan masih tinggal bersama ibu dan bapak saya. Selang berapa minggu, ibu saya jatuh sakit. Saya perlu selalu ada di rumah untuk menjaga beliau kerana adik beradik saya semua tinggal jauh dari mereka. Saya jaga ibu selama 2 tahun, sampai beliau betul-betul sihat. Kemudian, saya dapat tawaran bekerja di Syarikat Poyo Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Besar, bagi memenuhi kekosongan jawatan tersebut kerana Pengurus Besar sebelum ini telah dinaikkan pangkat sebagai CEO di syarikat yang sama........



Ok.... Kamu dapat kaitkan cerita saya ni dgn perenggan pertama saya tadi kan? Saya rasa putus asa sbb tak dapat keja di Syarikat Poyo. Sedangkan sebenarnya rezeki saya ada di situ, cuma saya perlu tunggu :
1. Pengarah Majlis yg lama itu selesaikan takdir beliau terlebih dahulu[iaitu menuju ke alam barzakh].
2. Abang saya dipilih menjadi kontraktor.
3. Pembantu abang saya berkahwin[supaya saya yg menjadi pembantu abg saya].
4. Berurusan dengan Pengarah baru Majlis Bandaran[supaya beliau nampak potensi saya].
5. Jaga ibu saya sampai sihat selama 2 tahun[kalau saya dpt keja di Syarikat Poyo lebih awal, siapa nak jaga ibu saya??].
6. Pengurus Besar di Syarikat Poyo naik pangkat[selagi tempat tu tak kosong, saya tak boleh masuk ke posisi tersebut];
Dan barulah takdir untuk saya boleh berlaku.

Maksudnya di sini.... Bila takdir orang2 lain telah selesai, barulah takdir untuk kita boleh berlaku. Semua perkara yang kita mahukan.... Seperti rumah besar, naik pangkat, berkahwin, dapat anak 10 org, naik gaji, dapat bonus... dan segala-galanya lah... Pasti perlu menunggu lengkapnya takdir orang lain terlebih dahulu. Kita seolah-olah menunggu giliran sahaja. Sebab itulah... Kita mendengar sebelum ini bahawa, jika kita memohon sesuatu, Allah mendengarnya. Allah akan memberikan kepada kita, sama ada secara serta merta, atau secara tangguh, atau akan diberikan semasa di akhirat. Pasti ada sebabnya. Dan pasti ada laluan yang perlu ditempuhi terlebih dahulu. Hebat dan betapa cantiknya perancangan Allah betul tak? Dia telah susun semua Qada untuk kita, dengan Qadar yang sempurna.

Oleh itu.... Mohon sahaja pertolongan daripada Allah. Pasti Allah akan makbulkan. Yakinlah pada Allah serta sabar. Allah memiliki seluruh isi bumi dan langit. :)
Semoga entry ini dapat memberi manfaat kepada kamu yg membaca.

1 comment:

  1. ya betul..berdoa dan berusahala..cepat atau lambat je..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...