Skip to main content

Nostalgia Zaman Nakal

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Dulu masa kecik-kecik, saya selalu main pasir kat bawah rumah saya kat kampung. Best giler. Terutamanya kalau main pondok². Konon-kononnya pasir tu adalah beras/nasik. Saya goreng pasir tu atas penutup tin milo. Dan segala saiz penutup tin milo akan jadi pinggan mangkuk. Termasuk tin-tin milo skali akan jadi periuk. Tin susu jadi gelas. Pastu yg paling sakai skali, susun batu buat mcm dapur, then hidupkan api. Bahaya gila perbuatan saya waktu tu. Saya rasa, waktu tu... mmg mak saya marah kalo saya main api. Tapi yg pentingnya, saya tak faham apsal beliau marah. Dalam hati saya kata "eleh... dengki la tu, org bleh main pondok²". Rupa-rupanya bila dah besar ni... baru le faham... kenapa mak marah main api masa kecik-kecik dulu. Haiii.... Salidi... Salidi. Yang pentingnya.... Bila main masak-masak ni, saya akan masak [konon-konon], menu yg mak saya masak pada hari sebelumnya. Hehehe... Contoh... kerabu pucuk paku. Pastu kena menganjeng dengan abang saya. Chaisss..

Sambung balik citer main pondok-pondok ni. Jangan ingat main pondok-pondok ni tak hebat yer. Ada juga muamalah tau... [Muamalah = urusan jual beli]. Kalau daun-daun tu jadi duit dan nilai duit tu plak ikut saiz daun. Lagi besar daun, lagi tinggi la nilainya. Pastu siap tawar menawar plak tu. Lagi skali, kalo main daun2, mak akan marah. Dan lagi skali jugak saya tak faham apsal mak marah saya main daun. Dalam hati saya berkata "Main daun pun nak marah. Bukan daun yang mak tanam pun. Org amik daun2 liar je". Tapi bila saya dah besar ni, baru le saya faham. Main daun tu takper lagi. Cuma, part yg tinggalkan daun tu bersepah tu yg mmg nak kena marah. Huhu...

Ooo... Lupa nak beritahu. Kawan sepermainan saya masa kecik-kecik dulu namanya Liza [Masliza]dan [Mazita] Ta. Dierang ni adik-beradik. Lagi, Ojin [Azreen]dan Sobey [Al Hayatul Shahrin]. Dua org ni pun adik beradik. Lagi, kazen dierang; Udin [Jamaludin] dan Aswad [aku tak ingat nama penuh dia. Tapi ader aswad le.]. Tp kalo main pondok2, Sobey, Udin dgn Aswad tak join la. Dierang tu lelaki. Liza dgn Ta ni la peneman setia saya masa kecik2 dulu. Walaupun umor dierang lagi muda dari saya. Kiranya saya ketua geng kapak le masa tu. Hehehe. Haa.. Sorang lagi Imah [Akrima].

Ok... Sambung lagi skali citer main pasir tu. Ada juga, sekali-sekala... Saya guna pasir tu, konon-konon mcm nak buat kek. Hehehe. Letak dalam tin gula-gula 'T-Drop'. Ingat lagi tak gula-gula tu? Alaa.. yg perisa buah-buahan dan ader tepung kat dalam tu. Dulu, berebut la dgn gula-gula tu. Kira hebat la sapa dpt beli. Heheh. Yelah.. Kami org susah. Mana nak dpt beli makanan yang mahal-mahal. Ok... Menyimpang lagi. Hihi... Lepas dah keluarkan 'kek' tu daripada acuan.... Nak letak icing plak. Dan icing nya plak ialah hair cream abah saya. Hahahah... Sama ada Code 10 atau Brylcream. Hair cream tu kan ader kaler biru, ada kaler putih. Kadang-kadang ada juga yg gel punyer. Saya selalu curi krim rambut abah saya. Letak dalam corong kertas [buat bentuk kon], dan saya squeeze kan atas kek pasir tadi tu. Yang ni, saya tak ingat pun abah saya marah ke tak. Sbb saya rasa mcm penah, abah saya sendiri yg bagi saya main krim rambut beliau. Mungkin sebab beliau takleh pakai krim rambut tu becoz of baunyer yg sengit ke... tak pasti la.

Tapi zaman kecik-kecik dulu memang merepek. Nostalgia masa kecik ni, saya memang nak cerita kat blog ni. Sebelum saya jadi makin tua, dan terlupa semuanya. Saya nak abadikan cerita saya tu di sini. Mana la tau kot-kot dgn cerita-cerita saya ni, saya akan dpt anugerah Pulitzer ke kan.. [Boleh blah, perasan nak mamfusss].

Ok... Dahhhh....

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya