Skip to main content

Clumsy By Fergie


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam, Isnin [18 Oktober 2010]

Dpt tugasan daripada En Stormpong, utk survey details tentang satu barang ni. Maka, selepas habis waktu pejabat, terus je saya balik tanpa terhegeh-hegeh. Bersemangat ni nak gi survey barang tu. Mula-mula rasa macam nak pegi MidValley, tapi memandangkan meter fuel dah menunjukkan ke penanda yang paling rendah.... Mcm tak berani plak nak gi MidValley. So, terus ke Jalan Othman. Kalo nak ke Jalan Othman memang sangat jam after office hour. Terutamanya di Bulatan Kewajipan.[Ntah ye ke tak ntah nama bulatan tu mcm tu. Heheh.. main petik je aku ni.]. Dah tu, apa motifnya saya takut nak gi MidValley sebab takde minyak, tapi bleh gi Jln Othman yang jam dan lagi jauh tu? Hihi... Tah hapa-hapa. Dah la waktu tu saya lapar gila. Tapi mmg berniat nak balik umah utk habiskan roti yg dah hampir expired yg ada kat umah tu. Tak baik membazir kan? Tapi walau macamana pun, misi menyiasat tu perlu diselesaikan dulu.

Image Tiada Kena-Mengena Dengan Cerita Ini.


Sampai kat Jln Othman tu, jumpa la kedai yg berkenaan. Siap terpaksa buat lakonan mcm nak beli brg tu, then tetiba buat muka miskin konon-konon tak cukup duit nak beli. Ceh... Tapi lakonan berjaya la. Hahaha.. [Mcm la hebat sgt lakonan tu. Bukan susah pun.]. Lepas tu terus nak patah balik umah. Terpaksa lalu lagi skali jalan yang jam tu. Dah tak sabar-sabar nak balik umah. Utk makan roti. Tapi sebelum sampai umah tu, saya singgah Petronas, tuang minyak then yey! Balik umah. Siap parking di lot parking yang agak stategik... Dekat dgn rumah, bawah pokok. Langit senja mula melabuhkan tirainya. Dengan cahaya kirmizi.... Rasa lega, sebab dah sampai umah nak mandi dan makan.

Sampai je depan pintu rumah...... cari kunci rumah, tak ada..... Huuwaaa... Saya tau saya dah tertinggal kunci rumah saya di pejabat. Sebab sebelum balik tu, saya tukar beg. Pagi tu saya bawa back pack Notebook utk ke pejabat. Dah petang saya tukar ke handbag yg saya memang tinggalkan di pejabat masa weekend ari tu. So, kunci umah saya lupa nak keluarkan. Dah tu, mmg takder cara la.... Terpaksa la saya pegi ofis semula petang semalam. Langit kirmizi konon. Chis. Tak penah saya ke ofis jam 6.59, bukan pagi tapi petang.



Comments

  1. Bulatan Kewajipan bukan kat Shah Alam ke?

    ReplyDelete
  2. Zuna, ye ke? Heheh... kan aku dah kata... Aku main petik je nama bulatan tu. Hahah...

    ReplyDelete
  3. hahaha dua2 salah. bulatan kewajipan kat subang jaya la....nama dia bulatan kewajipan sebab hari2 nak keluar dari subang jaya tu ko kena lalu bulatan kewajipan dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w