Iklan! Iklan! Sila Click!

16 October 2010

Cinta Ke? Huhu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Putus cinta. Memang pedih. Lebih pedih daripada luka terkena penutup tin susu masa nak buat open house. Lebih menderita daripada sembelit 3 hari. Memang lebih sengsara daripada senggugut. Owh... Entry ini bukan tentang diri saya. Tapi putus cinta secara general. Sebab kebelakangan ni, saya ternampak ada di kalangan sahabat2 saya yang mengalaminya. Erm... Dalam hati saya cuba berkata pada mereka... "Aku faham apa yang ko rasa... Tapi percaya la... Ko mesti bleh handle punyer. Putus cinta bukan kiamat. Bukan juga mati. Dan kisah hidup ko belum berakhir.". Tapi... Tak ada daya nak ckp, sbb saya sendiri, jika berada di situasi putus cinta... walau apa jua yang dinasihatkan oleh orang sekeliling... dan walaupun kita buat-buat muka mcm absorb apa yg org tu nasihat, tapi jangan nak tipu... Hati kita mesti tetap takkan bleh ok dengan mudah.

Saya dah lalui benda-benda ni. Jadi saya tau. Kadang-kadang, bukan kehilangan cinta tu yang menyakitkan hati. Tapi cara cinta tu hilang yang membuatkan kita bengang. Tapi satu hari nanti... Bila kita dah boleh let it goes...... Kita sendiri akan sedar bahawa memang berbaloi kita kehilangan cinta tu. Sebab-sebab terlindung tu terlalu banyak. Kita sendiri tak mampu nak fikir pun. Hanya perlukan kesabaran [banyak atau sedikit] untuk kita nampak kesan-kesan terlindung di sebalik kehilangan cinta tu. Alahhhh.... Senang ckp, hikmat di sebaliknya la kan. Saje je nak berkias-kias plak.

Saya rasa... kejayaan paling besar dlm percintaan saya ialah... bila saya bleh terus lepaskan cinta yg hilang tu, sepenuhnya dalam masa yang lebih singkat daripada yang saya sangkakan. Sungguh. Memang saya kagum dgn diri sendiri. Saya sangkakan.... Paling kurang pun... mesti makan masa 6 tahun untuk mengeluarkan En Kecewa daripada hati saya. Ahahaha... Tapi rupanya.... tak sampai 6 bulan pun. Itu la.... Masa depan memang tak boleh dijangka kan? Berapa lama kita berkawan dengan seseorang, berapa banyak kenangan yg kita kutip bersama dia, berapa faham-memahami nya kamu berdua... takkan jadi jaminan yang cinta tu akan bertahan.

Saya bukan la pandai sangat dalam perkara percintaan ini. Tapi, nasihat ikhlas saya buat kawan-kawan saya yang kecewa tu.... Be cool. lepaskan je perasaan tu walaupun susah. Sesungguhnya mereka memang tidak berbaloi untuk dikenang. Kalo saya yang hati rapuh ni pun mampu utk get over it... korang pun mesti boleh kan? Yang penting, azam untuk melupakan itu ada. Jgn la diri sendiri yg taknak lepaskan. Memang le sampai tenggiling bersayap pun takkan dapat lupa ye dak? Yang penting... kena ingat bahawa cinta kepada manusia itu bukan segalanya. Hidup kat dunia dalam masa 70thn ini[secara purata] bukan untuk bersedih demi seorang yang tidak bernilai. Tetapi 70 thn itu perlu digunakan utk prepare ingredients untuk menghasilkan makanan, tempat tinggal dan kesenangan di akhirat. Ader fehem?

70 thn je kita ader demi menyiapkan bekalan-bekalan tu, utk kehidupan ynag selama-lamanya kat akhirat. Tu pun kalo tak mati cepat. Contoh la kan..... Kamu ditugaskan pergi ke Korea Selatan dan tinggal di sana selama 10 tahun, guna duit sendiri, risiko tanggung sendiri. Tapi kamu cuma diberi masa 7 minit utk buat persiapan. Maka, cukup ke tak cukup masa tu? 7minit : 10 thn tu pon kira ok lagi kalo nak dibandingkan dengan 70thn : infiniti. Betui takkkk? Jadi, jangan kecewa-kecewa yer. Kerana kecewa yang berlebihan itu adalah sifat syaiton.....

2 comments:

  1. cinta sejati itu sgt berbeza drp cinta nafsu yg hadir cuma seketika..seringkali kita tertipu pd rasa cinta tersebut, seringkali kita sangkakan "ini la cinta sejati ku.." dgn perasaan yg membuak2, rindu yg kesyahduan...but no no no..that's not it...perasaan syg yg hadir tatkala mndpt cinta palsu itu cuma palsu sperti mana kepalsuan cinta tersebut, cinta palsu yg x membawa ke arah cinta yg hakiki & akhirnya terjatuh ke lembah kehinaan...sesungguhnya kasih sayang Allah itu maha hebat trhadap hamba2nya yg terpilih...amat beruntung dan bertuah insan2 yg terpilih itu kerana tlh mendpt cinta ilahi..perasaan cinta sbenar hny mampu dirasai tatkala airmata dengan mudahnya mengalir demi mngharapkan keredhaan ilahi di sepertiga malam...bertemu kerana Allah & berpisah pun kerana Allah..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...