Iklan! Iklan! Sila Click!

31 October 2011

Why Sujud?



Sejahteralah ke atas kamu...

Kenapa orang selalu cakap, sewaktu manusia sujud ketika solat, pada ketika itu jugalah mereka berada paling hampir dengan Allah? Baik, sebelum itu saya ingin mengingatkan kepada pembaca yang vogue gedevas ni bahawa kita melakukan solat bukan hanya secara ritual, bukan semata-mata kerana kebaikan-kebaikan yang telah dibuktikan melalui kaedah sains seperti untuk kesihatan dan kesuburan otak, tetapi pastikan kita bersolat semata-mata kerana solat itu adalah perintah Allah. Sebagai makanan jiwa. Spiritual.

Semasa kita berdiri atau duduk [keadaan normal], otak berada di kedudukan yang lebih atas daripada hati. Pada waktu normal ini, otak yang lebih menguasai tubuh badan kita. Kemudian, apabila kita bersujud, kedudukan ini berubah di mana otak kita akan berada di bawah dan hati berada di atas. Semasa bersujud inilah iaitu semasa hati berada di atas, tubuh kita lebih dikuasai oleh hati. Hati kita yang mengawal tubuh kita. Dan pada waktu inilah hubungan kita dengan Allah akan semakin hampir kerana kita menggunakan sepenuh hati untuk menyembah dan berhubung dengan Allah.

Kerana itu, jika kita perhatikan.... orang yang walaupun dia bijak pandai otak kancil, tapi kalau dia tak solat, secara spiritualnya dia takde connection dengan Allah. Walaupun mungkin dia rasa hubungan dia dengan Allah sudah cukup baik, tetapi mana mungkin dapat menandingi hubungan orang-orang yang bersolat dengan Allah. Wallahua'lam.


*maksud solat di sini adalah solat yang benar-benar berkualiti, bukan solat yang masih lagi membuat maksiat.


Gambar daripada web ini.

29 October 2011

Pelajaran Yang Saya Dapat Bila Berkata Jujur.

Sejahteralah ke atas kamu...

Berkata jujur itu bagus, tapi tengok keadaan. Pastikan kata-kata jujur itu dikeluarkan jika benar-benar perlu sahaja. Kalau tidak, lebih baik diam je. Seriously. Lebih baik ko diam.

Ni pengalaman saya la... Saya dah komen jujur kat satu blog ni. Penulis dia biasanya tulis tentang dakwah yang saya sangat suka dengan pandangan dia. Tapi sejak akhir2 ini saya tengok dia selalu cerita tentang novel. Bagi saya takde masalah. Saya memang bukan peminat novel. [Maaf para peminat novel. Tapi kalau saya tak minat novel, itu hak saya kan. Tak semestinya minat kita sama betul tak?]. Jadi, bila dia bercerita tentang novel, saya terus tak baca....

Sehinggalah bila dia tulis semula tentang dakwah, saya komen [lebih kurang kot ayat saya macam ni]: "Terima kasih. Pandangan yang menarik. Dah lama awk tak menulis sesuatu seperti ini.. Biasanya bila awk tulis tentang novel, saya tak baca.". Mungkin saya salah, mungkin saya terlalu jujur. Dan saya menyalahkan diri sendiri sebab ringan tangan sangat pergi komen mcm tu. Sepatutnya kalau suka, baca. Kalau tak suka, tutup je browser betul tak? Tak perlu beritahu pun pemilik blog. Sebab mereka tentulah dah mempertimbangkan dengan lebih mendalam, apa yang terbaik untuk isi blog mereka kan? Kalau kita tak suka, itu maksudnya selera kita berbeza dengan mereka.

Bila saya baca entry baru-baru ini, penulis itu ada menulis, dia tahu ada yang tak suka dia bercakap tentang novel. Pastu ada yang komen; jangan pedulikan orang yang tak suka novel tu. Abaikan je. So, pelajaran yang saya dapat, ialah... lain kali jangan la jujur sangat. Biar saja mereka nak ceritakan tentang apa. Saya sebenarnya bukan nak harapkan dia buat apa2 pun bila saya komen. Hanya nak berkongsi apa yg saya fikir. Tapi kalau dah cenggitu gayanya... Nampaknya, tak perlu lagi la komen yang jujur. Lepas ni kalau saya nak komen pun, saya akan pastikan semuanya kata-kata pujian sahaja. Lagipun, saya bukan benci. Cuma tidak berminat sahaja.

*Kenapa saya tak suka novel? Erm... itu kelemahan saya la. Saya tak suka dengan watak-watak yg digambarkan dalam novel. Mereka mcm terlalu poyo jika diterjemahkan ke alam realiti. Sebab watak utama pastilah pompuan yg sangat cantik, sgt baik, sangat penyabar dan sangat tak logik. Pastu ayat2 gurau dalam novel pulak, sungguh skema. Hahah.. Sebab tu la, kalau kamu tengok gaya penulisan saya, sangatlah tidak semenggah. Bahasa ntah hapa2. Susunan ayat pun berterabur. Sebab : Saya tak baca novel. Hikhik.

Cinta Sihat dan Tidak Sihat


Sejahteralah ke atas kamu...

Bercinta memang la tersangat indah. Semua pun tahu. Bagi saya... Percintaan ada dua kategori. 1. Percintaan sihat. 2. Percintaan tak sihat.


1. Percintaan Yang Sihat Walafiat.
- Percintaan yang sihat ialah percintaan atau perhubungan yang serasi. Bak kata orang kampung Johnny Depp, ada chemistry gitew. Masing-masing menerima dengan terbuka diri pasangan masing-masing seadanya. Ok, itu ayat yg tersangat cliche. Saya sendiri bosan dah nak dengar ayat tu. Tapi nak buat mcmn. Ayat itu memang betul pun.

- Bila serasi, maka kamu dan pasangan memang sangat jarang rasa sakit hati diantara satu sama lain. Apa yang dia buat, kamu suka. Apa yang kamu buat dia suka. Suka itu maksudnya... suka betul2, dalam hati. Bukan pura-pura suka atau pendam perasaan.

- Bila kamu suka apa yang pasangan buat, kamu jadi tak kisah kalau dia nak pegi manapun. Kamu percayakan dia. Kamu tahu dia macamana di luar. Kamu yakin dengan kesetiaannya..

- Bila kamu dah yakin dengan pasangan kamu... maka, memang sangat mustahil untuk kamu bergaduh. Jadi, bila tak bergaduh... hubungan kamu dengan pasangan akan sentiasa baik. Baik yang bukan dibuat-buat. Yang bukan dipendam-pendam. Ini baik betul-betul punya. Nampaknya, key-word untuk perhubungan yang sihat ini adalah... 'tidak bergaduh'. Memang bergaduh itu perlu sekali-sekala. Tapi bukan setiap hari. Atau kerap. Perhubungan yang sihat ialah hubungan yang kita akan sentiasa rasa tenang dan happy walaupun bila pasangan tidak berada berdekatan kita. Perasaan 'secure' itu wujud.


2. Perhubungan Yang Tidak Sihat dan Demam.
- Kamu boleh kenal perhubungan yang tidak sihat ini jika setiap hari kamu rasa sakit hati dengan pasangan. Setiap hari kamu bergaduh pada every single thing yang pasangan kamu buat.

- Bila kamu setiap hari rasa sakit hati, maka kamu akan rasa tak puas hati dengan pasangan. Bila tak puashati, kamu akan rasa nak marah pasangan kamu. Rasa geram. Kemudian rasa tak sabar, lalu kamu lepaskan kemarahan kamu tu.

- Biasanya bila kemarahan sudah dilepaskan... tak fikir plak apa perasaan pasangan kamu kan? So, bergaduh. Bila dah bergaduh, kedua-dua pihak akan sedih. Kalau tak sedih pun, bengang. Bergaduh ni tak best la...

- Rasa sedih atau bengang tu kalau berlarutan setiap hari... akan menyumbang kepada perhubungan yang tidak sihat iaitu cinta yang tidak sihat. Memang hati kita sangat sayangkan pasangan kita. Semua orang sangat sayangkan pasangan masing-masing. Tapi kadang-kadang cara kita express kan sayang kita tu, boleh menentukan sihat atau tidak sihat hubungan kita dengan pasangan.


Kenapa saya menulis tentang cinta? Sebab banyak blog yang saya followed, saya baca kisah percintaan yang sangat jiwa kacau. Percintaan yang penuh rasa cinta tetapi menderita, makan hati. Lagi sesak dada bila yang bercinta itu adik-adik yang masih bersekolah menengah. Errmm.... Kadang-kadang saya plak yg terfikir ngape mereka ni tak fikir betapa jauhnya lagi perjalanan hidup mereka sebelum mereka berkahwen? Dan apakah destinasi percintaan mereka tu? Untuk berkahwin? Kalau bercinta umur 13 thn... nak kawen umor berapa? Berapa lama nak bercinta? Haihhh.. Serammmm akak bila baca tau...

Ok, berbalik kepada cinta sihat dengan tak sihat ni tadi... Wahai pencinta-pencinta semua... perlu ingat bahawa cinta itu untuk dinikmati keindahannya. Cinta sepatutnya berbahagia. Cinta sepatutnya gembira. Cinta sepatutnya seronok. Jika sebaliknya yang kamu rasa... maka kamu harus tahu bahawa cinta yang kamu miliki itu adalah CINTA YANG SAKIT. :)

*mmg la saya baru je kawen. Tapi pengalaman bercinta saya sangatlah tak baru. Pengalaman sangat membantu saya belajar tentang cinta. Hahah. Ayat cliche lagi. Hampun.

28 October 2011

Lelaki Mencuri, Perempuan Berzina

Sejahteralah ke atas kamu...


Saya tahu ramai yang marah bila golongan dakwah meletakkan kesalahan bagi perbuatan zina kepada pihak perempuan. Ntah le, kadang2 pernah gak terfikir, buruk sgt ke pompuan ni? Tapi saya tak pulak nafikan bahawa wanita atau perempuan ini memang Allah anugerahkan dengan sifat menggoda.

Sebelum saya meracau tak tentu hala, lebih baik saya ringkaskan je.. Jom baca ayat 38 daripada surah Al-Maidah ni;

"Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. "


Kemudian, cuba tengok ayat 2 daripada Surah AnNur ni plak;

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."


Ok, kalau tengok ayat pertama.... Ayat untuk pencuri. Dan perkataan pertama adalah 'Lelaki'. Manakala ayat kedua pula berkenaan berzina dan perkataan pertama adalah 'perempuan'. Persoalan.... kenapa.... ayat berkenaan mencuri dimulai dengan lelaki, dan ayat untuk berzina dimulai dengan perempuan? Nampak tak? Nampak tak?

Selama ni, kalau berita tentang kecurian, meragut, merompak atau peras ugut, siapa yang lagi banyak pelakunya? Lelaki bukan? Sangat-sangat jarang kita dengar pompuan merempit lalu meragut seorang wanita mengandung. Betul tak? So, sebab itu lah... ayat utk mencuri [Surah Al Maidah Ayat 38] itu ditujukan paling utama untuk lelaki dan kedua barulah utk perempuan.

Tetapi untuk ayat berzina pula, lebih utama ditujukan untuk perempuan, dan kedua barulah untuk lelaki. Kenapa? Kerana Allah lebih mengetahui bahawa perbuatan mana yang lebih dikuasai oleh jantina mana. Al-Quran itu adalah kata-kata Allah. Jadi, tak mungkin Allah membuat ayat sebegitu tanpa sebarang tujuan.

Semoga bermanfaat. Saya menulis tentang ayat Al-Quran bukan untuk menunjukkan diri saya baik, tapi sekadar berkongsi apa yang saya tau berdasarkan apa yang saya diberitahu daripada majlis ilmu yang saya pernah hadiri. Maaf jika tersilap kata. :)

27 October 2011

Astro First... Telefon Untuk Melanggan..

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa dengar tak dialog yang saya jadikan tajuk entry kat atas ni? Sebagai mukadimahnya, biar saya jelaskan sikit apa dia Astro First tu [hanya utk org yang tak tau]. Astro first ni adalah channel tambahan utk pelanggan Astro, tapi hanya dapat tengok 24jam je kalau kita melanggan channel ni. Maksudnya kita bayar RM15, dapat tengok sehari suntuk tu la. Apa yang ditayangkan? Biasanya filem-filem terbaru yang sedang ditayangkan di pawagam. Tapi satu channel tu, satu filem yang sama je mereka ulang tayang back-to-back. Lepas habis 24jam, kita dah takleh access dah channel tu.

Saje je nak cite tentang Astro First ni sebab nak jadikan topik untuk taip entry baru. Nampak sangat saya dah takde modal nak cerita. Yelah... nak cerita apa pun lagi. Nak citer pasal personal, nanti org meluat. Nak cite pasal masakan, buat malu je kalo menu yang saya masak tu cikai sangat, nak citer pasal gossip-gossip artis kang lagho then kalo nak citer pasal agama nanti, ermm.. pasal agama ok la kot. Banyak pekdahnya. Cuma kalau nak cite tentang Islam, takleh gunakan pendekatan yang terlalu berat. Perlu santai, ringan tapi dalam masa yang sama, ada point. Sorry.. termelarat plak.

Ahad lepas, saya langgan Astro First untuk filem Libas. Kahkahkah. Ntah la sape yang menghasut, dalam banyak-banyak filem, filem tu jugak yang saya beli. So, mengadap le kami suami isteri tengok citer tu daripada pagi, sampai petang, lelap, bangun dari lelap, pengsan, terjaga dari pengsan.... citer tuuuuu jugak... Heheh.. Nampak sangat le tipu kan. Macam la takleh tukar channel lain betul tak?

Filem Libas tu biasa-biasa je. Nak kata best sangat tu tidak jugak. Nak kata langsung tak best pun tak jugak. Dia duduk kat tengah-tengah. Pendeknya, kalau convert filem tu jadi peta Malaysia, citer tu duk kat bahagian Sabah. Hahah. Takde kaitan.

Rasa rasa melanggan Astro First ni sesuai kot untuk orang-orang yang bile tengok wayang pasti akan tertidur [macam saya dan suami] walaupun cerita itu hebat tahap Rosmah. Tengok Transformer yang berlawan dari pagi sampai malam tu pun kami bleh tertidur tau... Hehehe. Tak semenggah je perangai. So, bila dah tau macam tu, kami rasa eloklah kalau kami dah tak gi tengok wayang dah. Membazir je duit gaji ciput kiterang ni. So, kalau melanggan Astro First ni, sesuai le nak tidur banyak kali pun, sebab kalo tertidur, bleh tengok lagi lepas tu. Yang pasti, kita takyah kuar umah. Dok je umah, sambil makan jambu batu dengan serbuk asam. Sekali-sekali, bleh gi basuh baju kejap. Then sambung balik. Agak convenience la untuk orang-orang yang 'super busy' macam i ni... 'Busy' berehat je. Hahahaha. Lagi satu, kalau orang yang ada family besar, bleh la tengok jugak filem terbaru tanpa perlu beli tiket wayang sampai 10 keping untuk seluruh ahli keluarga tengok.



CUma bila tengok kat rumah, screen je la tak besar. Tak dapat nak tengok atas screen besar mcm kat Golden Screen Cinema. Paling besar pun biasanya 52" je saiz TV kan. [eh, ye ke ada saiz 52"? Ke 56"? Agak-agak sendiri la ye.].

Kalau nak tengok pembikinan filem ni bleh jengah blog salah seorang pelakon filem ni iaitu, Corrie Lee atau nama Islamnya, Adam.

So, moralnya... kalau teringin nak tengok filem terbaru beramai-ramai bersama keluarga, boleh ke langgan Astro First ni.

25 October 2011

Shopping Itu Membeli, Selepas itu Blah

Sejahteralah ke atas kamu...

Siapa je dalam dunia ni yang tak suka shopping kan? Mesti suka punya. Sape tak suka shopping tu memang menipu sangat. Mesti ada benda yang kamu suka beli. Kalau tidak garments, mesti groceries atau pun gadgets. Heheh... Paling tidak pun window shopping kan?

Saya tengok, kebelakangan ni tabiat shopping manusia dah makin berubah. Dulu kalo malas nak kuar rumah, maknanya selamat le duit ye tak? Tapi now, makin tak selamat plak bila kita dah makin pandai shopping secara online. Saya la tu salah seorang daripadanya. Seronok kan online shopping ni? Macam main click-click je. Pastu barang sampai depan pintu rumah. Sungguh sesuai untuk orang yang sangat 'perajin di dalam kurungan' seperti saya ni.

Online shopping ni pastilah ada kebaikan dan keburukannya betul tak? Semua benda dalam dunia ni pasti ada kebaikan dan keburukan. [kecuali apa yang Allah perintahkan je takde keburukan.] Kebaikan yang saya sendiri dah alami dengan online shopping ni bila saya tak perlu bersesak-sesak kat tempat awam yang 'wangi' dan sungguh 'tak crowded' untuk membeli hanya sehelai baju. Kemudian, tak perlu bawak barang berat-berat serta tak perlu fikirkan traffic jammed dan parking apa semua. Senang cakap, untuk orang yang busy mcm saya ni sesuai la sangat. [Ohoiii...busy benor la aku ni cekononnnnnnn]

Cuma, yang biasanya jadi tak best, bila kita takleh belek barang yang kita nak beli tu depan-depan mata terutamanya baju. Kalo setakat barang2 lain takpe lagi. Macamana nak tau padan ke tidak. Macamana nak tau selesa ke tidak. Saya pernah juga terbeli baju yang nampak cantik dalam gambar, tetiba bila dapat... fabric dia ..perghhh... keras mcm karpet kat toilet. Tapi nak buat canner kan, dah terbeli. Lagi, yang termasuk dalam ketegori keburukan ialah bila kita jadi ketagih nak membeli secara online. Seronok tau bila dapat penghantaran barang ke rumah. Rasa mcm dapat hadiah. Padahal sendiri beli. Kekekek...[ Saiko pulak aku ni kenkadang]. Tapi betul tau.. Feel semasa dapat bungkusan barangan yang kita beli tu... memang bahagia. Perasaan seperti bertemu semula dengan orang yang kita sayang yang baru balik daripada oversea setelah lama kita tunggu.

So, terpulang la kat diri memasing nak shopping dengan cara macamana pun. Asalkan diri sendiri bahagia.

24 October 2011

Masya Allah

Sejahteralah ke atas kamu...

Tengah jalan-jalan kat taman bunga, tetiba ternampak 2 orang budak perempuan bergaduh berebut sorang lelaki. Kita ni pun geleng kepala sambil menyebut, "Masha Allah"... Dengan bermaksud... ish.. teruknya la budak-budak zaman sekarang ni.

Darling, sesuai ke tidok penggunaan ucapan 'mashaAllah' atau 'masyaAllah' itu digunakan untuk sesuatu keadaan yang buruk? Maksudnya, penggunaan MasyaAllah/MashaAllah (ما شاء الله) ialah untuk kita ekspressi perasaan kagum, bersyukur, kegembiraan dan pujian kepada Allah. Nak tau maksud MasyaAllah ini dengan lebih dalam, sila tekan budak Wiki ini.

Contoh kalau seseorang memberikan kita khabar gembira, "Aku baru dapat anak malam tadi", lalu sangat sesuai kita ucapkan "Masha' Allah". Sebab kita tumpang gembira dengan rezeki anak yang Allah anugerahkan kepada sahabatkita. *Jangan lupa bunyikan hurup 'hamzah' supaya sebutannya menjadi 'mashakAllah'. :)

Jadi, kamu rasa-rasa lah kan... sesuai ke kalau kita tengok maksiat, tengok kekejaman atau tengok sesuatu yang tidak baik, lalu kita ucapkan 'MashaAllah'? Sesuai ke? Kita bersyukur ke dengan apa yang kita tengok tu? Kita gembira dan mengucapkan syukur kepada Allah bila tengok seorang pondan meletakkan gambar seksi hanya memakai bikini di blog? Haaaa.... Fikir ye..fikir.

Saya sarankan agar penggunaan ucapan yang lebih sesuai ketika melihat maksiat atau keburukan, iaitu ucapan 'Astagfirullah'[ إستغفار] atau 'Astagrifullahal'azim' yang bermaksud 'aku mohon keampunan daripada Allah. Untuk penerangan yang lebih va va vroom, sila main tekan-tekan beliau ini.




Odisi Aurora 1st Giveaway!


Sejahteralah ke atas kamu...



Odisi Aurora 1st Giveaway! Mari kita support kengkawan bloggers. Odisi Aurora ni pertama kali mengepost entrynya ialah pada 7 November 2008. Tajuk entry : Dan Sebenarnya.

Jangan segan-segan nak join. Kalo nak join, bleh lawat ke : Odisi Aurora 1st Giveaway!.

Yang bagusnya Give Away ni ialah :

1. Pemilik blog tak paksa kita jadi follower dia pun untuk join GiveAway ni.
2. Entry yang kita buat tentang giveaway ni, tak perlu dibuat sticky post. [Syarat ni la yang biasanya menyebabkan saya sangat menyampah nak join Give Away sebab kena buat sticky post yang sungguh annoying. Tapi GiveAway Odisi Aurora ni tak perlu buat sticky post which is cool.]
3. Entry ini juga tak memerlukan kita Tag orang utk join which is good oso.

So, let's join.

Speechless Monday

Sejahteralah ke atas kamu...

2 buah keluarga berbincang tentang perkahwinan anak mereka di balai polis. Emak kepada bakal pengantin lelaki bertanya kepada bakal pengantin perempuan, "nanti kamu ada anak, kamu nak bagi anak menyusu badan ke tidak?", kemudian terus anak lelaki dia mnyampuk, "kenapa mak tanya macam tu?". Lalu emaknya menjawab, "mak kena pastikan anak kamu nanti mendapat yang terbaik". Anak lelakinya bertanya lagi, "kalau macam tu, kenapa mak dulu tak lahirkan saya berkulit putih?". Dan dengan yakin emaknya menjawab, "kalau kulit putih nanti cepat nampak comot."........... Speechless.

21 October 2011

37 Askar Korea Memeluk Islam


Sejahteralah ke atas kamu...

Isi kandungan entry ini dikelepet daripada web Returning To Faith dan telah diterjemah ke bahasa Melayu Deli. Rujukan lain dari Turn To Islam dan Way-To-Allah

Berita ni berita lama. Saya tengok tarikh berita ini ditulis di Turn To Islam bertarikh pada tahun 2006. So, tak kira la bila berlakunya ini, saya cuma nak kongsikan saja dengan kamu semua.

37 askar Korea ini termasuk pegawai yang berpangkat kapten bernama Son Jin-Gu dan Leftenan Son Hyeon-ju bakal ditugaskan ke Erbil@Arbil, Utara Iraq untuk tugas-tugas keamanan. Jadi sebelum pergi ke sana Komandan mereka mengarahkan kesemua mereka mendalami tentang agama Islam di Masjid HanNam-Dong yang terletak di Seoul. Setelah mendekatkan diri dengan Islam, mereka tertarik lalu memeluk Islam.

Askar-askar Korea itu berkata, mereka memeluk Islam kerana agama ini lebih mementingkan kemanusiaan dan kemananan berbanding agama lain. Mereka juga percaya mereka akan dapat membina hubungan yang lebih baik dengan Muslim di Iraq jika mereka seagama dengan Muslim Iraq dan ini akan menjadikan usaha untuk menegakkan keamanan lebih realistik dan ke arah yang positif.

Park Seong-uk iaitu Koperal bagi Unit Zaitun daripada Division 11 berkata, "saya mengambil jurusan Arab semasa di kolej dan pernah mendalami Al-Quran, jadi saya menjadi semakin tertarik dengan Islam dan mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim semasa melalui kursus mendalami Islam yang dianjurkan oleh Unit Zaitun tersebut.

*Nama bridget tu pun Zaitun. Ini mesti ada kaitan dengan misi ke Iraq, so dinamakan unit untuk ke Iraq itu Unit Zaitun. [Watti ni wazzaitun - demi buah tiin dan buah zaitun]

**Cerita ini dah lama. So, saya pun tak tau la apa yang dah jadi dengan askar-askar ni sekarang. Sama ada masih kekal dengan Islam atau tidak.









Perlu Ke Garang Untuk Minta Bantuan?

Ini adalah kesinambungan entry Ini Sudah Sedikit Fenin yang saya tulis semalam.

Sejahteralah ke atas kamu...

Beberapa tahun bertugas di Helpdesk [Khidmat Bantuan], menemukan saya dengan berbagai kerenah manusia terutamanya yang ingin memohon bantuan kami. Ini cerita basi la. Saya dah 2 tahun tinggalkan Meja Khidmat Bantuan tu. Apa jadi kat situ sekarang, saya pun tak pasti. Yang pasti, semasa saya berkhidmat di situ, saya sangat bizi.

JIka di Helpdesk dulu, customer yang okey, okey la. Tak banyak masalah. Bila kita explain pun dia boleh terima walaupun solutionnya lambat, atau ada halangan lain utk selesaikan masalah tu. Tapi ada yang gunakan pendekatan mengherdik dan mengugut untuk melaporkan kepada pihak atasan di atas respon kami yang dia mahukan 'on the spot'. Padahal baru seminit telefon, dah mengharapkan person in charge muncul depan muka dia utk repair PC dia. [*repair PC tu hanya contoh]. Dia tak fikir plak ada berapa banyak masalah orang lain yang sedang tunggu turn untuk diselesaikan?

Memang, taktik garang tu memang berjaya mendapatkan tindakan yang pantas. Tapi taktik itu hanya akan berjaya buat sementara waktu saje. Orang yang sepatutnya menolong kamu tu tolong bukan sebab dia takut dengan herdikan dan ugutan kamu, tetapi menyampah. Faham tak perasaannya bila kita berbuat sesuatu di atas permintaan orang yang kita menyampah. Macamana hasilnya. Macamana aura serinya wajah kita. Mcm tu juga la boss. Kalau boss yang garang atau gangster tak bertempat, kemudian orang bawahan dia patuh kepadanya, jangan dia ingat orang patuh tu sebab takut atau gerun dengan dia. Sesungguhnya jika dia sebagai boss dan merasa begitu, maka dia sangat silap. Orang bawahan akan patuhi dia kerana menyampah nak hadap muka dia. Org bawahan patuh kerana bosan dan bukan kerana hormat dia sebagai boss.

Taktik garang ni, mungkin pada masa itu kamu akan ditolong. Tapi lain kali, orang akan mengelak daripada menyambut penggilan telefon kamu. Herdik la macamana pun. Ugut lah apa-apa pun. Jangan ingat orang yang menolong itu tak boleh buat bodo je. Takut apa kan. Ko orang biasa je. Apa sangat yang ko boleh buat kan? Lain pulak kalau orang yang memohon bantuan dengan berhemah. Orang pasti akan bersungguh-sungguh nak tolong. Kalau tak dpt tolong pun akan berusaha untuk cari jalan sama2 menyelesaikan masalah tu.

Jadi, apa yang saya nak relate di sini... Tadi tu saya cerita tentang customer Helpdesk. Tapi sekarang saya nak kamu apply cara berhemah yang saya jelaskan tadi kepada diri sendiri. Bila nak mintak tolong dengan orang lain, walaupun hati sebal sangat sebab bermacam kerenah, kena la sabar kan? Kita yang nak mintak tolong. Kena la pandai kipas hati dia kalo hati dia tengah panas menyala. Kasi sejuk.

Dan Mr Zoey tu... Kalo dia rasa pendekatan gangster-ism yang dia praktikkan selama ni sangat berkesan, maka dia adalah sangat syok sendiri. Tu je la.

20 October 2011

Saya Dah Blogwalking, Tinggalkan Jejak Tetapi Orang Yang Saya Follow, Tak Follow Saya Balik

Sejahteralah ke atas kamu...

Biasa tak mengalami situasi seperti tajuk di atas? Saya sangat-sangat biasa mengalaminya. Saya pun tak sure, kenapa pemilik blog yang telah saya follow, susah sangat nak follow saya balik. Kalau mereka singgah balas, mereka tak follow. Hanya sangat sedikit yang follow balik.

Saya perhatikan, blogger lelaki akan cepat follow balik orang yang follow dia. Walaupun mungkin tahap dia dalam dunia blogger ni dah tahap menteri kabinet, tapi mereka tak cepat berlagak diva. Biasanya blogger pompuan la yang selalu berlagak diva ni. [Jangan sentap. Jangan sentap], sebab perkataan diva pun memang sesuai untuk pompuan kan? *Saya katakan 'BIASA' ye. Bukan semua blogger pompuan begitu. Saya pun pompuan apa. :)

Ok, ketepikan seketika tentang blogger mengikut jantina ni. Jom cerita tentang blogwalking. Betul ke blogwalking ni boleh meningkatkan jumlah follower? Kalo betul, kenapa daripada 20 blog yg kita singgah, hanya 2 follower yg kita dapat. 2 orang follower tu plak, bukan pemilik blog yang kita lawat dan follow plak tu.

Baik, teorinya macam ni... Bila kamu tinggalkan jejak setelah follow blog seseorang, lebih afdal sekiranya;

1. Kamu tinggalkan jejak di shoutmix atau shoutbox.

2. Jejak yang kamu tinggalkan itu perlulah memberitahu bahawa kamu telah follow orang itu [jika kamu follow la].

3. Jejak yang kamu tinggalkan tu, pastikan kamu masukkan url blog kamu. Jangan dilupakan ini. Ini juga salah satu sebab kamu tak dpt follower walaupun dah 50 ribu blog kamu follow.

4. Jangan berharap besar orang itu akan follow kamu balik.

Sebabnya...
1. Kalau tinggalkan jejak di comment pada entry, orang lain yang blogwalking juga ke blog itu tidak perasan kehadiran kamu. Hanya pemilik blog dan beberapa orang yang komen sahaja nampak. Itu pun mereka takde intention pun nak lawat blog kamu. *biasanya macam tu la blogger yang sombong. Saya tak sombong tau.

2. Kalau kamu follow tapi tak bgtau di shoutmix, confirm pemilik blog yg kamu follow itu terlepas pandang. Terutamanya kalau follower dia dah tahap puluh riboo. Alaa... apa la sgt seorang follower cabuk mcm saya ni... So, tinggalkan jejak di shoutmix.

3. Kalau kamu tak sertakan url blog kamu, dah tu kamu rasa macamana pulak orang nak cari blog kamu? Ce kamu fikir. Ce fikir.

4. Yang ini adalah sangat penting... walaupun pemilik blog yang kamu follow itu tak follow balik, mungkin sebab dia rasa dia diva dan takkan terjejas tanpa sokongan kamu, jangan kamu cepat sedih. Sebab kamu dah tinggalkan jejak bukan? Jadi, jejak kamu itu akan dilihat oleh orang lain yang blog walking. Dan biasanya orang yang blogwalking itulah yang akan lawat blog kamu dan follow. Orang akan lebih rasa nak melawat blog kamu jika mereka baca jejak kamu seperti, "saya dah follow kamu.". Mereka akan anggap, kamu ni senang memberi kerjasama untuk follow.

Dan tip yang paling hebat untuk mendapatkan ramai follower ialah... jangan kedekut nak follow blog orang lain. Tak rugi satu sen pun kalau follow orang kan? Kalo takmo baca, jgn baca. Mereka pun tak ganggu kamu. Ok.. itu saja.

Next tips untuk blogger ialah, betul ke ramai follower boleh dapat banyak duit?

Ini Sudah Sedikit Fenin~

Sejahteralah ke atas kamu...

Watak-watak :

Mr Jack [Boss 1]
Lulu [Org bawahan Mr Jack]
Lala [Org bawahan Mr Jack]

Mr Zoey [Boss 2]
Kiko [Org bawahan Mr Zoey]


Perbualan melalui telefon.[Mr Zoey call Lulu]

Mr Zoey : Siapa yang update tentang alamat rumah di website?
Lulu : Lala atau pun Mr Jack.
Mr Zoey : Korang tau tak alamat umah ni dah lama tak updated?
Lulu : Tak tau plak Mr Zoey, sbb bukan saya yang buat. Cuba mr Zoey refer terus dgn Mr Jack.
Mr Zoey : Ko amik nama ni, Mimi dan Momo, bagitau kat Mr Jack, aku suruh update alamat dierang.
Lulu : Ok...
__________________________________________________

Perbualan melalui email.

Kiko : Email korang yang minta tolong aku update kan senarai menu makanan kucing friskies kat zoo ni korang boleh hantar semula tak kat Mr Zoey.
Lulu : Ngape gitu?
Kiko : Mr Zoey kata, dia tanak terima kalau permohonan tu tidak melalui dia. Kena ikut prosedur.
Lulu : Ok... *what ever la nko*

Kesimpulannya, time ko tak ikut procedure takpe. Time orang lain, ko pandai plak nak suruh ikut procedure segala. Time ko tak respect orang takpe kan? Time orang tak respect ko, tak bleh? Apa laaaa...

19 October 2011

Kenapa Lelaki Tough Ini Cuba Untuk Menggemukkan Dirinya?

Sejahteralah ke atas kamu..



Lelaki ini, namanya Drew Manning. Dia adalah jurulatih kesihatan yang memiliki tubuh badan tough tetapi berusaha untuk menggemukkan dirinya dengan menaikkan berat badan sehingga lebih daripada 70pounds. Ngape nko jadi mcm tu Drew? Ko betul ke tak betul ni? Jiwa kacau? Patah hati? Atau dapat balasan sebab sebelum ni selalu ejek orang gemuk?

Sebenarnya ini adalah proses ujikaji En Drew ni. Dia nak buktikan bahawa, daripada tough[sihat] jadi gemuk then jadi tough balik. Fit to fat to fit. Berani dan sungguh yakin boleh dia ni. Kalo saya, bila dah setat gemuk dah payah dah nak jadi fit balik. [mana nak fit nya nko tu Lyd, ko exercise pun 4 tahun sekali.].

Drew ni nak rasa sendiri betapa susahnya menjadi seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan. Dan nak buktikan bahawa gaya kehidupan yang sihat boleh membantu mengubah risiko penyakit-penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi, kemcim manish dan obesiti.

Ada jugak orang cenggini ye. Tidak kusangka itu.



Why a personal trainer is making himself obese… on purpose

Makin Mahal Makin Diva Perangai Dia

Sejahteralah ke atas kamu...

Biarlah saya buat pengakuan di sini.... Baju-baju saya kebanyakannya diperbuat daripada fabrik yang murah. Baju mahal yang saya ada, boleh dikira dengan sebelah tangan je. Sangat sedikit.

Yang sedikit tu pun, saya beli hanya untuk mencuba. Cuba nak pakai fabrik mahal. Tapi ternyata, fabrik mahal tak sesuai dengan saya. Saya mengharapkan, jika beli mahal... pastilah berbaloi memakainya. Contoh seperti seluar jeans. Lagi mahal, lagi lasak walaupun tak panas bila dipakai. Ini... lagi mahal fabrik, lagi banyak cekadak dia. Nak basuh kena dry-cleaning. Dry cleaning tu kalo seposen sehelai, takpe le jugak. Even kalo seposen pun, tak kuasa pulak nak pegi dobi semata-mata nak hantar sehelai baju. Lain le kalo kedai dobi tu seblah umah saya je kan, boleh pas baju ikut tingkap.

Ada juga baju yang tak cukup diva, masih boleh dibasuh. Tapi basuh tangan. Tu pun takleh perah beriya-iya sangat. Biar air dia jatuh sendiri. Hinss.. lagi le hangin saya nak layan. Kalo jenis umah yg ampaiannya dalam rumah macam umah saya? Nak buat mcm tu memang tak bleh sabar.

Lagi satu, baju yang diperbuat daripada fabrik mahal ni, takleh pakai kasar2. Kalo tidak rabak. Nak simpan pun takleh simpan sebarangan. Kena masukkan dalam cover plastik pastu baru gantung. Nanti reput. Atau kalo yang bermanik, takut manik bercantum dengan baju lain, nanti rosak. ISh.. memang saya tak dpt nak layan kerenah macam tu la.

Mungkin betul lah.. Fabrik mahal hanya sesuai dengan orang-orang kaya atau berduit dan juga rajin. Lagi mahal fabrik, lagi banyak kerenah dia. So, lebih baik saya pakai baju yang diperbuat daripada fabrik murah je. Takyah susah-susah nak jaga. Takyah sakit hati sangat kalau rosak atau koyak. Fabrik mahal sangat tidak sesuai dengan saya walaupun mereka sangatlah cantik.

Contoh fabrik yang cekononnya mahal, tapi sebab saya tak reti nak berlembut dengan dia, dia rabak, tapi saya tak peduli, saya pakai jugak.

18 October 2011

Kenapa Pompuan Dah Kawen Malas Melaram?

Sejahteralah ke atas kamu...

Melaram = Bergaya berlebih-lebihan.

Pompuan semasa bujang atau zaman anak dara selalunya kemain lagi melawa, melaram pakai vouge-vogue. Bila dah kawen je, terus dah tak heran nak berpenampilan menarik. Kalau masa bujang mekap tebal, lepas kawen terus muka bogel je tanpa mekap. Kalo masa bujang perfume tukar-tukar, banyak jenis, pastu spray semerbak satu badan, bila dah kawen bau original je yg tinggal. Baju plak, kalo masa bujang... mana pernah pakai baju yang sama dalam masa sebulan tu. Rotation baju untuk sampai ke baju yg sama tu amik masa 3 bulan. Punya la banyak baju dia. Tapi bila kawen, baju yg sama jeeee... Balik-balik itu. Balik-balik itu.

Bukankah sepatutnya selepas kawen pompuan perlu terus kekalkan penampilan? Perlu terus bergaya?? Baru la suami bangga dapat isteri macam kamu. Errm..dulu, saya selalu fikir mcm tu. Saya selalu berazam untuk sentiasa berpenampilan menarik selepas kawen. Tak mau jadi stereotype, asal nama isteri orang je, terus dah tak perlu buat apa-apa untuk cantik. "Sebab aku dah ada suami hokey... Aku dah tak perlu jaga saham lagi". Tapi... bila dah kawen... saya faham perasaan sebenar seorang isteri. [Walaupun tak la faham dgn lebih dalam. Saya pun baru je kawen kan. Tapi kira boleh la nak faham skit2. Saya pun bukan otak ikan sangat].

Ada ke org nak baca entry panjang2 mcm ni? Harap2 ada la kan? Penat tau saya bawak kuar otak saya, then perah, pastu masukkan balik dalam tengkorak. Semua tu guna kederat tau.

Selepas kawen, saya dah tak bergaya di luar rumah. Saya hanya bergaya di dalam rumah untuk suami sahaja. Ok, ayat ni agak poyo. Gaya la mcm saya ni bagus sgt kan? Bila keluar rumah, saya hanya pakai asalkan kemas je. Nak pakai baju-baju kebaya-kebaya tahap bahaya saya tu semua kat luar rumah saya dah tak sanggup. Tak sanggup org tengok bentuk tubuh saya. Huhu.. Saya sangat malu. *ke, sbb ko gemuk kan lyd? Hahaha..*. Kebaya ketat saya, saya hanya pakai kat rumah. Mekap pulak, saya hanya sekali sekala je pakai. Time raya. Time ada kenduri bleh la pakai. Kalo setakat pegi ofis, takde sape nak tengok dah pun. Cuma nak jaga airmuka suami je kalo pakai kemas pun. Nanti kalo pakai selekeh sangat, orang lain salah faham plak. Ingat saya tak bahagia pastu kena control dengan suami ke. Mana la tau kan. MUlut orang. Bersangka-sangka dia lagi banyak daripada fakta sebenar.

So, jangan pelik kalau pompuan yang dulunya vogue sebelum kawen, selepas kawen je terus dia jadi slow, tak bergaya, balik-balik pakai baju sama, tak berwangi-wangi dan tak bermekap. Itu maknanya, duit dia yang dulunya dia buat beli baju yg banyak itu dijimatkan untuk disimpan untuk kecemasan dan baju-baju lama yg dah ketat hanya dipakai untuk pandangan suami.



Tapi ada juga pompuan yg dah kawen, kat luar rumah dia kemain lagi maintain ke'vogue'an dia tapi balik umah, depan suami dia pakai baju selebet giler. Jangan cenggitu sahabat. Kat rumah tu yg penting. Kat luar, nampak buruk pun takpe. Atau pun, ada yang kat luar selebet, kat rumah pun tak kurang selebetnya. Hehehe.. So, ikut suka kamu la yer. Buat le apa yang masing-masing rasa baik. Kita semua manusia biasa. [cheh. tetiba.]. Semuanya terpulang kepada suami masing-masing. Ada suami yang suka isteri dia melaram dan ada juga suami yang tak suka orang lain tengok isteri dia melaram. So, semuanya bergantung kepada situasi masing-masing. Yang paling saya kagum, kalo luar rumah dan dalam rumah, pompuan tu tetap melaram. Kagum la..seriously.

Akhir sekali saya hanya nak kongsikan pendapat saya sebagai pompuan yg sudah berkawen. Semuanya bukan lagi tentang mahu atau rajin melaram atau tidak, tetapi sama ada 'sesuai' melaram atau tidak. :)

*Saya selalu je cemas nak buat entry tentang rumahtangga, tentang suami. Sebab confirm akan ada org yg kata saya poyoness. Mcm ko sorang je kawen kan. Tapi takpe la.. kalo suka, baca. Kalo tak suka, boleh beransur pergi ye. Wa chowww...
**Dan sbgai pompuan bujang pula, saya tahu mereka bukan melaram untuk sesiapa tengok, hanya sebab suka-suka. Betul tak.

17 October 2011

Ikan Kaloi Asia Sedang Dimusnahkan Di US



Sejahteralah ke atas kamu.

Amboi... Orang US ni.. Kalo yang jahat-jahat semua la Asia. Sampaikan ikan pun baka Asia jugak yang jahat.

Kamu pernah dengar tak tentang ikan Kaloi Asia atau dalam bahasa negara Lady Gaga ialah Asian Carp? Saya baru je tgk semalam. Kat Nat Geo Wild.

Sekarang ni kalau kamu nak tahu [tanak tau sudah. Pejam mata sekarang!!] ikan kaloi asia ni sedang ditangkap secara besar-besaran daripada perairan dan terusan-terusan di US [United States poyo]. Sebab ikan-ikan ni dituduh telah mengganggu ekosistem perikanan di sungai-sungai dan tasik di US. Lalu, ikan kaloi pun berlagu gunrindam pilu, "sampai hati kau... mempermainkan cinta suci ku... kau guris hatiku, lalu kau coba membalutnya..."

Sejarah ikan kaloi ni kat US bermula pada tahun 1960an. Waktu itu ada beberapa kolam ikan di US yang mempunyai masalah rumpai air kat kolam ikan mereka. Pastu pemilik kolam tu dpt tau, ada spesis ikan kat Asia yang memakan rumpai air dgn lahapnya. So, mereka import ikan-ikan tu dan lepaskan dalam kolam. Mula-mula, masalah rumpai air tu selesai. Tapi bila banjir kat US tahun 1996, ikan kaloi asia kat kolam tu dah tersebar ke tempat-tempat lain. Pastu yang menjadi masalahnya ialah, ikan ni makan plankton iaitu makanan utk ikan-ikan kecil. Bukan setakat makan dah ni. Tapi dah tahap melahap tak hengat punya. Ikan kaloi ni pegi bantai melantak semua plankton tu sampaikan ikan-ikan kecik pun dah banyak yg tak dpt hidup sihat dalam sungai. So,kalo ikan-ikan kecik dah meninggal dunia, macamana pemangsa-pemangsa ikan kecil nak makan? Mereka nak makan apa? Makan pasir? Sampai hati ikan kaloi ni dah tabur pasir dalam periuk nasik pemangsa ikan-ikan kecil. Kejam.

Maka, terganggu le populasi ikan-ikan dalam sungai-sungai itu.. Bila populasi terancam, ekosistem pun terancam la jugak. So, last skali, dlm sungai-sungai dan tasik-tasik itu hanya ikan kaloi asia ni je yang berleluasa. Derang ni dah la takde pemangsa yang lebih besar bleh makan derang. Kalo derang dok kat Asia, masih ada pemangsa yang akan makan derang. tapi kat US takde pemangsa ikan kaloi. So, makin seronok la nko ye kaloi?






Ikan kaloi ni bila ada bot lalu kat kawasan mereka, mereka akan melompat terbang menyerang nelayan dalam bot tu. Bahaya dan menakutkan kalau tengok ikan kaloi ni. Besar-besar plak tuh. Ganas kan ikan ni?

Beriya plak aku citer pasal ikan kaloi. Hahahaha...

16 October 2011

Nasib Dia La Kan?

Sejahteralah ke atas kamu...

Drama petang Sabtu. Taman Melawati.


Adegan 1, di meja makan.

Sarah : Maksu pernah tak makan kat Tutti Fruitti?
Saya : Pernah. Ngape? Sarah pegi ke?
Sarah : Ha ah. Semalam. Dengan Mak Yang. Maksu suka perisa apa?
Saya : Semua perisa buah-buahan. Sarah?
Sarah : Saya tetap suka coklat. Pastu saya letak topping kacang, Oreo, chocolate syrup... bla..bla..bla..
Saya : Sarah pergi Tutti Fruitti kat mana?
Sarah : Ada kat bangunan kuning sana. [bangunan kuning mana plak ko ni Sarah. Cakap biar la jelas skit. Ish].

Dalam hati saya, "Aih... Sarah ni.. Dia sebut plak pasal Tutti Fruitti. Takleh jadi ni.. kena pergi jugak cari bangunan kuning tu."


Adegan 2, di bilik tingkat atas.

Saya : Yon, ko penah makan kat Tutti Fruitti tak?
Yon : Penah plak. Ngape?
Saya : Haa... Bagus... kalau pernah, apa kata ko belanja Maksu makan eskrem Tutti Fruitti tu. Kehkeh...[confirm dia nyesal sebab bertanya "ngape" tadi. ]
Yon : Boleh. Jom la.
Saya : Eh, ye ke? Kat mana ada Tutti Fruitti dekat-dekat sini?
Yon : Ada kat sana... Macam dekat je. Keluar jalan ni, pastu straight, pastu U-Turn, pastu belok kiri.... bla..bla..bla...[ngape le penerangan anak-anak buah aku ni tak membantu pun dalam aku mengenal pasti lokasi Tutti Fruitti kat Taman Melawati ni... Ishh.]
Saya : Ooooo....ok..ok.. takpe.. nanti nak pergi ko tunjukkan le jalan yer...

Lalu, terjadilah proses kegemukan berganda bila mula-mula saya dah amik 1 cup kecik dengan harga RM21, Yon amik 1 cup, pastu kiterang sama-sama rasa tak cukup pastu beli lagi skali. Muahahaha... *gelak pompuan kembang. Tima kaseyyyyy.... Tima kasih Yon. Tima kasih ex-student Yon yg keja kat situ sebab bagi discount 25% harga staff kat kiterang. Tak sia-sia saya bawak Yon untuk belanja saya. Eh, ke Yon yang bawak saya? Ok..mana-mana je.

Rasanya lokasi itu di Ukay Boulevard, Ulu Klang. Bangunan baru, yang ada Court Mammoth. Sebab tu Sarah kata bangunan kuning. Sekian.

Jika....




Sejahteralah ke atas kamu...

Macam biasa, malam Ahad saya tengok rancangan Law Kana Bainana kat TV Alhjrah. Semalam, topiknya ialah 'Sifat Sabar Rasulullah'. Kamu sabar? Sejauh mana kesabaran kamu? Ahmad Syuqairi iaitu pengacara rancangan tu, test tahap kesabaran beberapa orang Arab dengan mesin ATM. Eh, kat Arab ada mesin ATM drive thru. Cool dowh. Kalo ada cenggitu kat Malaysia ni, maka makin menjadi-jadi la sikap malas dalam diri saya ni. Mintak-mintak la bank-bank kat Malaysia ni buat satu cenggitu kat Malaysia Nasib baik le takde kat Malaysia kan?

Ok, saya nak tanya kamu... Katakanlah Rasulullah masih hidup di alaf 21 ini... Kemudian kamu diberi peluang untuk bertemu dengan baginda hanya seminit... Apa yang kamu ingin lakukan atau katakan kepada baginda? Macamana pula kalau baginda tanya kepada kamu, "apa yang telah kamu lakukan untuk agama Islam selama kamu hidup ini?". -Apa kamu nak jawab? Apa sumbangan kamu kepada agama kamu sehingga ke hari ini?

Huuu..huuu.. Jika saya yang diberi peluang begitu, saya tentu akan kehilangan kata-kata. Apalah yang telah saya lakukan untuk menegakkan agama saya di atas muka bumi ini? Seperti tiada. Sigh.... Namun, saya mungkin hanya akan menatap wajah Rasulullah sambil menangis kerana baginda adalah insan yang saya cintai. Tentu sahaja kita akan menangis gembira + terharu kerana diberi peluang bertemu dengan seseorang yang kita cintai tetapi kita sedar pertemuan itu hanya seminit...

Ya Rasulullah... Rindu padamu...

13 October 2011

Wood Vinegar : Episode 1/Cuka Kayu : Episod 1


Sejahteralah ke atas kamu.

Pernah dengar nama Wood Vinegar? Well, saya pun baru je dengar. Itu pun sejak jual Detox Patch sebab dalam Detox Patch Gold yang saya jual tu mengandungi wood vinegar ni. Apa benda wood vinegar ni? Dalam bahasa melayu saya rasa mungkin cuka kayu. Kot.

Ok, memula dalam episod 1 ni biar saya jelaskan apa itu wood vinegar. Wood vinegar ini adalah sejenis cecair yang terhasil daripada proses pembakaran kayu yang banyak dengan jumlah oksigen yang sedikit. Maksudnya.. kalau nak buat pembakaran untuk menghasilkan wood vinegar atau cuka kayu ni, perlulah dilakukan dia dalam kebuk yang tertutup. Alaa..mcm kebuk wasap tu. [Kebuk wasap la sangat. Aku pun dah tak ingat kebuk wasap tu camana rupa dia. Yang aku ingat hanya dialog iklan raya yang anak dia bawak balik menantu orang negro rapper, "wasap! wasap! Yo!".]Pembakaran ini tidak boleh dilakukan ditempat terbuka [open air] sebab di dalam udara banyak oksigen maaa...

COntoh kebuk yang tertutup tu macam ni; Gambar telah dikelepet dengan elegantnya daripada Web Budak Josh ni hah.

Inilah rupa paras yang ayu tempat pembakaran kayu tu. Nampak salur asap yang kurus tu?

Bila kayu-kayu itu sedang dibakar dan mengeluarkan asap, asap yang banyak itu terperangkap dan hanya boleh keluar melalui corong asap yang saya nyatakan di atas itu sahaja. Semasa proses inilah asap tersebut bertukar menjadi cecair yang mengandungi wood vinegar atau cuka kayu itu. Sebenarnya ini adalah cara membuat arang. Kamu tentu pernah tengok arang bukan? Sape tak pernah tengok arang, meh saya conteng arang di muka kamu.

Proses ini sebenarnya bukanlah pembakaran[burn], tetapi bake [macam memasak kek] tu. Sebab itulah kalau kamu perhatikan arang, struktur tubuh badannya tidak hancur dan tidak seperti abu kayu yang dibakar betul tak? Sebab dia dimasaklah, sebab tu semua air yang terkandung di dalam kayu itu dapat mengewap ke atas dan menghasilkan wood vinegar atau cuka kayu ini. Paham? Ada faham?


Macam ni la corong asap tu. Nanti perlu tadah cecair cuka tu macam gini la.

Ok, untuk kelebihan dan semua faedah-faedah wood vinegar ni, sapa tak sabar, bleh Google sendiri. Kalau sabar, tunggu saya publish Episode 2 plak. Daaaaa...

12 October 2011

My Happiest Moment




There is not only one happiest moment in my life, there are many. One of them is when i spend time with a man. My husband.

He is the guy who copes with things and never has a flap
The one who fixes cars and bikes and often mows the lawn
Who listens to the things I say and laughs out when I joke
Then gives me a foot massage, that’s the thing I like the most

I have a husband,
Who likes to have discussions but never will argue
Can sit in friendly silence, and never has to babble
Will make and pour the tea for me and lets me win at scrabble
The kind who opens doors for me and lets me have his chair

The husband I have might seem quite rare to you
And friends have tried to tell me that in number they are few
But I have found one and I hope he will be mine... forever.

This is one of my happiest moment with him; he chased the duck at our neighbor's front yard during Eid Festival at kampung.

Perbualan Singkat

[Berjalan menuju ke toilet, Alfir menuju ke tangga nak gi merokok]
Saya : Alfir, ko ada terfikir tak nak brenti merokok?

Alfir : Takde pun.

Saya : Taknak berenti ke?

Alfir : Tak nak. Ngape? Apa lagi la yang ko nak jual ni?

Saya : Hehehehe... [Alamak... dia tau pulak aku nak promote Detox Patch Gold kat dia. Anti-climax betul cerita ni.]

Korang pun kalau nak beli Detox Patch Gold bleh dtg cari aku. Saya jual RM10 je sepeket. Setiap peket ada 10 keping Detox Patch Gold bersamaan dengan 5 pasang. [Buleh pakai utk 5 hari.]. Try la pakai. Bagus ni. Bleh meringankan badan tanpa belajar kung-fu. Kehkehkeh..



Malu Setepet.. Booo...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...


Peringatan : Untuk memahami pekebenda yang saya nak cerita ni, sila click gambar untuk menggemukkan gambar yang kurus.


Ini bukan kali pertama saya share maklumat yang saya nampak di Facebook. Kadang-kadang maklumat tu nampak menarik, tapi saya sendiri tak study dulu benda tu betul ke tidak, lepas tu main percaya je kotak-kotakbulat-bulat. Tapi ini kali pertama saya dapat pembetulan fakta yang saya share di Facebook dan saya rasa boleh saya percayai orang yang memberi pembetulan fakta itu. Piring Astro memang nampak macam nak menghala ke kiblat. Tapi menurut En Reduan [yang komen tu], arah sebenarnya tidak sama langsung dengan kiblat. *En Reduan adalah penjaga satelit. Keh keh. Maaf JekJan. Promote husband ko di sini. :). Ini demi kebaikan semua kan?

Sesiapa yang nak baca tentang ini, boleh skodeng di Scripter ini. Kalau tak percaya, sila siasat sendiri tentang perkara ni. Kesimpulan yang saya buat ialah.. Piring Astro Tidak Mengadap Kiblat. Jadi, jangan salah faham. Allah pun dah pernah pesan di dalam firman-Nya,
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. " - Surah Al Hujuraat[Surah 49], ayat 6.


Itu je lah. So, lain kali... kalau baca je email yg diforward atau baca fakta-fakta kat blog, sebelum percaya dan sebarkan, kamu kena study dulu ye. Atau kalau tak pasti, sila letakkan link maklumat asal itu dan kamu sendiri perlu nyatakan pendirian kamu sama ada percaya atau tidak. :) Semoga bermanfaat. InsyaAllah.

10 October 2011

Apa Tujuan Sebenar Saya BerBlog?

Sejahteralah ke ateh nko.

Apa sebab saya menceburkan diri di dalam dunia blog? Eceh. Menceburkan.

Ok.. Serius serius. Saya ni memang suka mengarang. Rasanya sejak darjah 4 lagi saya dah mula suka menulis surat. Waktu itu, ada seorang kawan baik saya bertukar ke skolah lain. Lepas tu, dia la yang selalu hantar surat kepada saya. Bayangkan darjah 4 dapat surat. Eksaited gile nkau. Dan saya plak memang rajin balas.

Sampai ke sekolah menengah, saya selalu ada buku catatan peribadi yang bukan diari tapi saya share buku tu bagi kawan2 baca kalau nota pelajaran takpe jugak. Yang peliknya, saya takpernah ada diari. tipu. wakakaka. Bila kawan-kawan suruh tulis autogrraph pulak, mula la saya merepek panjang bejela-jela. Saya karang cerita ntah apa2. InsyaAllah nanti kalau saya dpt jumpa kawan saya, Duyuh, saya mintak otograf beliau yang saya dah tulis merepek gile. Jadi sekarang bila ada blog, saya sangat seronok berkongsi pendapat saya dengan orang lain tapi dengan cara yang tak memaksa. Ye lah.. Kalau kita bercakap, orang terpaksa dengar. Tapi kalo tulis dalam blog, orang boleh pilih sama ada nak baca ke tidok. Taknak baca sudah nama mu Dolah, tetek mu sebelah. Hahaha...

Lagi satu, masa jiwa kacau dulu... saya selalu ekressi diri sendiri dengan buat entry emosi kat blog. Memang langsung tak kisah ada orang baca ke tak blog saya. Asalkan saya dapat buat luahan jiwa teratai layu di tasik madu pun dah kira berpelangi hidup.

Tapi sekarang, saya rasa tujuan asal saya berblog dah lari bertempiaran. Ni semua sebab tengok orang lain boleh dapat RM15,000 dengan hanya blogging. Serius banyak wei. 15 riban sape nak bagi wei. So, saya pun start nak dptkan traffic dgn banyaknya. Blogwalking. Follow blog orang. Tinggalkan jejak untuk dapatkan ramai follower. Padahal, follower yang follow balik tu bukan baca pun entry saya. Hanya beberapa orang je yang baca. *Jumlah visitor kan boleh diketahui dari NuffNang. Kat Stats dalam blog ni pun bleh tengok.

Maka jelaslah yang tak ramai pun org baca blog saya. Memula rasa down. Down la pulak. Blog je pun. Bukan gaji bulanan. :D . Tapi bila saya ingat balik tujuan asal saya blogging, saya rasa mcm.. ahhh.. lantak le orang follow ke tak follow. Saya tak perlukan follower yang berlambak tapi tak baca entry saya kat blog. Buat apa beriya nak blogwalking untuk dapatkan kunjung balas yang hanya once. Once in a lifetime pun ada. Selalunya orang yang balas balik tu hanya lawat sekali je, pastu follow then sudah. Jadi, buat apa nak follow? Saya ni, akan baca juga blog lain yang saya follow tak kira sape punya, termasuk le pakcik-pakcik, makcik-makcik, blog masak, budak skolah, mak budak, bapak budak, penyokong kerajaan, pembangkang kerajaan, blog-blog religion, blog handcraft, jual tudung, abih semua.

So, lepas ni malas dah nak blogwalking. Malas nak kesah pasal traffic. Tak peduli lagi pasal follower. Nak baca, baca. Tanak baca bleh tekan close button. As easy as korek hidung kan? Blog ni pun bukan ilmiah sangat. Nak kata fun sangat utk baca pun tidak juga. Jadi, tak perlu la saya heran kalo follower tak ramai atau traffic blog rendah. Jadi je diri sendiri. Layan kepala sendiri lagi baik. *Tapi saya pernah terfikir nak buat contest kat blog ni. Cuma masih tercari-cari barang yang sesuai utk dijadikan hadiah.

Julia Ziegler Serang Sharifah Shahira Kerana Gambit?

Sejahteralah ke atas kamu...

Ketawa bersembur bila baca artikel ni di RotiKaya.

Berikut adalah petikan drpd berita tu. Nak baca penuh pegi le sendiwi ke RotiKaya ye adik adik..

Julia Ziegler telah menyerang Sharifah Shahira yang merupakan kakak kepada pelakon muda Sharifah Nurul Sakinah (gambar paling kanan) dan mengeluarkan kata kata kurang senang sehingga menyentuh isu keluarga.

Kejadian ini di’sahkan sendiri Sharifah Shahira yang berjaya kami hubungi lewat petang tadi & berkata beliau agak terkejut dengan tindakan Julia Ziegler itu kerana tidak tahu menahu.

“Saya sebenarnya tidak tahu menahu pada awal’nya punca dia tiba tiba datang kepada saya dan mula meroyan. Saya cuba bercakap untuk tenangkan diri dia tetapi entah, dia terus bercakap yang bukan bukan.”

“Ya, dia ada cakap yang kami ini keturunan jahat. Tidak mengapa lagipun mulut saya kan celupar dan laju. Tidak mengapalah, saya minta maaf dengan dia di’situ juga.”

Menurut Sharifah Shahira sebelum menamatkan perbualan kami, beliau menyebut yang Julia Ziegler sudah pun meminta maaf kepada beliau selepas di’minta oleh Gambit Saifullah.

“Dia ada telefon saya balik kata minta maaf atas tindakan luar kawalan dia hari itu. Katanya, dia mahu marahkan Didie Alias tetapi terlepas kemarahan kepada saya. Eh, muka aku ada iras Didie Alias ke?”



Hanya kerana lelaki muka bacin tu pun sampai nak bergaduh serang-serang orang. Kalau betul la cerita ni, saya rasa memang tak sesuai la kan. Siasat le dulu. Dan kalau betul pun Gambit ada scandal dengan pompuan tu, nape nak serang pihak satu lagi tu?

Pompuan ni kan, kalo dalam bab-bab curang-curang ni, ada 4 jenis..

Jenis 1 : Marah Lelaki Je
- Yang ini adalah jenis saya juga sebenarnya. Kalau saya rasa lelaki saya buat perangai, saya akan marah dia je. Orang ke-3 tu takkan tau. Dan orang lain takkan tau apa yg saya marah dia. Pompuan jenis begini biasanya boleh membahayakan hubungan la kan. Sebab bila lelaki asyik kena marah je, bleh buat mereka bengang. Bila dah bengang, mereka akan cari ketenangan kat luar. Ketenangan kat luar itu ialah pompuan yg tak marah dia. So, kalau elok2 lelaki tu tak curang, bleh jadi curang sebab sikap sendiri. So, jenis ini bahaya tau. Bleh makan diri.

Jenis 2 : Serang Pihak Ketiga Je
- Jenis ini pulak, akan berani bersemuka dengan orang yang dia suspek sebagai pengganggu rumahtangga dia dan sempat berpesan, "jgn bgtau lelaki tu yang kita pernah berbual seperti ini". Pompuan jenis ini akan nampak baik depan lelaki tu, sebab tak suka marah-marah. Depan lelaki, dia akan tetap manja seperti biasa. So, dia akan lebih berjaya menjaga perhubungan dia dengan pasangannya. Kalau pihak ke-3 tu baik hati, taknak rosakkan rumahtangga orang, dia tentu terus senyap dan tak bercakap apa-apa kepada lelaki tu. Tapi kalo jenis yg takleh dibuli, pasti akan terbongkar juga. Dan kalo terbongkar, lelaki pasti akan lebih percaya pada pihak ke-3 daripada pasangan dia sendiri. Cuba buat kalo tak caya.

Jenis 3 : Lelaki Kena, Pihak ke-3 Pun Kena
- Yang ini lagi bahaya. Nampak sangat jahatnya. Lelaki bengang kena marah dengan dia. Pihak ke-3 pun bengang kena marah. Last-last lelaki dan pihak ke-3 saling meluahkan perasaan. Lama-lama makin rapat. Haaa.. baik-baik la ko.. *nampak jahat tu kalau dia main serang tanpa usul periksa la. Kalau betul mereka ada scandal, so make sense la nak serang, tp still perlu gunakan bahasa yang elok walaupun marah.

Jenis 4 : Dua-dua Tak Kena Marah, Tapi Makcik Pendam Perasaan Sorang-sorang Je. Huhu..
- Yang jenis ini paling kesian. Sebab dia tak pandai nak marah. Nak marah lelaki, tak berani. Nak pegi bersemuka dgn pihak ke-3 plak tak confident. Maka, terpaksa makan hati sorang-sorang je.

Saya tau saya tak boleh nak cakap besar. Sebab nasib setiap tak sama dan mana nak tau nasib kita suatu hari nanti macamana, betul tak? Tapi, saya harap setiap perempuan perlulah tertenang dan siasat baik-baik sebelum buat keputusan untuk serang atau marah orang bila dia rasa lelaki dia ada scandal. Kadang-kadang memang takde apa-apa pun. Dan orang yang dituduh pun memang tak pernah terlintas utk buat scandal. Malu tau tak kalo benda tu tak betul. Maruah kamu juga akan tercalar. Dan kamu otometik akan dianggap paranoid serta tak matang juga budush...

So gals, kamu jenis yang mana? :).

*Semua points ini adalah daripada pemerhatian saya, tengok drama, atau yang terjadi kepada orang2 terdekat dengan saya. Pengalaman sendiri hanya no 1 tu je.*

07 October 2011

Adakah Ini Puisi atau Sajak? Sape Baca Dia Owesome!!

Demi langit dan yang datang pada malam hari,

tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?

(yaitu) bintang yang cahayanya menembus,

tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya.

Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?

Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,

yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.

Sesungguhnya Allah benar-benar kuasa untuk mengembalikannya (hidup sesudah mati).

Pada hari dinampakkan segala rahasia,

maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong.

Demi langit yang mengandung hujan

dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan,

[INI ADALAH POINT YANG PALING PENTING] - sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang bathil.

dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.

Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya.

Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya.

Karena itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu yaitu beri tangguhlah mereka itu barang sebentar.


Surah ke 86 [Ath-Thaariq], Ayat 1 - 17.

Anu.... Dalam Botol...

Sejahteralah ke atas kamu...

Saje nak share.... Saya ni kalau dengar suara atau aksi pondan, tak kira la secara live atau dalam TV, mesti mata otometik akan pandang ceiling macam mata terbuntang kena sawan. Dah tu cuba la bayangkan berapa kali mata saya terpandang ceiling bila tengok filem .....Dalam Botol. Bukan sebab benci sangat pada pondan. Tapi geli. Faham tak perasaan geli geleman bila tengok ulat bulu atau ulat sampah beruit-uit?



Lagi satu aksi saya kalau tengok pondan, ialah gelak guna hidung tanpa buka mulut *macam menghidu kuat-kuat. Yelah.. kadang-kadang geli hati jugak dengan pondan punya dramatik. Sangat-sangat dramataik dramatik.

Ini Adalah Komen Tentang Filem.
Filem ....Dalam Botol ni saya baru je tgk kat YouTube. Pergerakan filem ni sangat-sangat le lembab cam siput sedut. Pastu cinematography dia pulak macam kelam-kelam je. Sampaikan scene kat kampung masa kenduri orang kawen pon feel yang sama dengan kenduri arwah ayahh Rubi. Yelah, tapi itu mmg motif citer tu. Sedih dan pilu. Jalan cerita seperti tergantung sbb filem ini diambil drpd kisah sebenar dan watak sebenar itu sedang meneruskan kehidupan dia sampai sekarang so tak dpt le nak buat ending.

Saya tak rasa ramai orang akan boleh bersabar untuk menonton filem ini dengan kelajuan sebegitu. Maka eloklah kalau saya je yang ceritakan jalan ceritanya. Kisahnya begini. Seorang lelaki. Nama Rubidin. Nickname kat bandar = RObert. Gay. Ada boyfriend muka geli geleman nama Ghaus[mungkin nama ni la nama paling jahat yang penulis skrip mampu fikirkan kot]. Rubi nak buat surprise pada Ghaus dengan menukar jantina[potong anu, simpan dalam botol]. Tapi Ghaus ni tak hargai pengorbanan suci Rubi. Dia habiskan duit Rubi, jual keta Rubi sampai Rubi dah tak tinggal apa-apa, then Ghaus pun tinggalkan Rubi terbaring dalam toilet kat ofis dia sambil sepak-sepak Rubi. Shiannn Rubi. Tak baik kau Ghaus. Buat anak teruna orang cenggitu. Oppss[tutup mulut guna dua jari je].. Teruna kewww???

Pastu, Rubi balik kampung. Dia berkawan dengan Dina. Adik kawan dia semasa kecil dahulu[setat doh buat ayat guna ayat buku cerita 'Sang Kancil Dengan Kerbau Pendek]. RUbi ni balik kg sbb ayah dia meninggal. Jadi dia tunggu sampai 44 hari untuk berkabung dan buat tahlil dgn mak dia. Dalam masa 44 hari tu la dia dgn Dina dah suka sama suka pastu berpakat nak kawen. KAWEN???!! You what??!!! Kawen?? *Jangan musnahkan hidup kauuuu Dina....[suara bisikan Yusuf Taiyoob siap dengan gema sekali].

Masa orang tengah busy buat preparation, senyap-senyap Rubi lari ikut tingkap. Dalam masa yang sama, si Ghaus yang dah ada boyfriend lain then tinggalkan Rubi tu, datang masa hari Rubi nak kawen tu, bawak surat pengesahan tukar jantina dan bukti anu dalam botol itu untuk ditunjukkan kepada emak Rubi. *Tapi kalo dia tak sabotaj pun, Rubi memang dah lari jugak masa tu. So, no point la. Last sekali kuar ayat bunga-bunga layu yang watak sebenar tulis, dia kata setiap nafas diiringi penyesalan dan setiap bau yg dia hidu berbau kesal. Pastu dia mintak maaf pada emak dia dan Dina.

Filem ni, sangat jujur pada pendapat saya. Dialog dia semuanya macam real, tak macam lakonan dalam filem Yusuf Haslam *terutamanya aksi bergaduh dalam Maria Marianat*. Tapi aksi gay tu memang mata pandang ceiling la kan.. Kira oklah juga hasil Khir Rahman ni walaupun kelajuan jalan cerita hanya 20km/j. Pergh. Ok... Enaf komen pasal filem. Meh komen pasal pondan plak.

Ini Adalah Komen Tentang Pondan.
Pondan ini, sebagai manusia adalah sangat fun to be and to talk with. Mereka ni juga in person kebanyakannya baik. Pastu banyak kemahiran. Itu semua sungguh mengkagumkan. Cuma, itula... tak tahan aku menengok lenggok tu je la. Kalau lelaki lembut, saya rasa nak sepak je bontot bila dia melenggang. Time dia bercakap potpet potpet, rasa cam nak sekeh. Tapi masih boleh dimaafkan. Sebab ramai je kawan-kawan saya adalah lelaki lembut dan masih berpakaian lelaki. Sex orientation mereka, tu saya taknak campur la. But, yang paling serabut saya tengok ialah pondan yang memang pakai baju pompuan, tonggek lebih-lebih. Selalu saya terfikir, dierang ingat dierang cantik sangat le tewww... Walaupun tak dinafikan cantik jugak kulit nko dan rambut nko dan body nko, tapi Allah dan Rasul melaknat nko, so aku pun tak suka apa yang Allah tak suka hokeyyy...

Akhir kata, ikut keadaannn bah!

06 October 2011

Entry Joyah Sedunia


Sejahteralah kamu.

Selain daripada Masterchef dan The Biggest Loser, realiti TV yang saya selalu tengok ialah... ANTM. Tengok Masterchef tu sebab banyak gambar makanan. Pastu mula la asyik rasa nak makan jek. Bila asyik makan, maka jadilah gemuk. Lepas dah jadi gemuk, bleh la masuk Biggest Loser plak khennn?? Hahah. ANTM itu adalah singkatan kepada America's Next Top Model. Sekarang dah cycle 17 tapi kat StarWorld tengah tayang cycle 16. Jadi, konon-konon die hard fan ni... saje la google pasal Hannah Jones ANTM Cycle 16. Sebab dia comel sangat. Tapi dia tak menang pun. Cuma top 3 je.

Hannah Jones



Dah google punye google, teringat semula ANTM cycle 11 di mana salah seorang pesertanya adalah pondan. Alaa... makkluk yang lahir sebagai lelaki tapi mendakwa diri mereka adalah wanita yang terperangkap di dalam tubuh lelaki. Bluwekkk... Alasan semata-mata. Kalo nak jadi gay tu, gay la jugak. Pondan ni nama dia Isis King. Dia lahir sebagai Darrell Walls. Ni muka dia;



*Cantik la sangat Darrell oiii bila ko dah jadi pempuan. Kurus keding je.


Pondan pertama masuk ANTM. Maklumat pasal dia ni, saya kelepet daripada WordPress ANTM ini.

Apa motif entry ini? Huhu.. Motifnya ialah nak tunjukkan bahawa... pondan sedang berleluasa di dunia ni. Dan dapat sambutan plak tu daripada masyarakat sekeliling dengan melihat mereka sebagai 'insan teraniaya' dan harus dibela. ~Pengsan.

05 October 2011

WordFull Wednesday - Resepi Bergambar Ikan Masak 3 Rasa



Sejahteralah ke atas kamu... Ikan Masak 3 Rasa, mungkin bleh jadi 4 rasa [Rasa masam, rasa masin, rasa manis dan rasa ke-empat bergantung... sama ada rasa nak tambah atau rasa nak lempar bak kata Reduanordin suami JekJan].

Penjelasan gambar 1 : Daun limau purut, cili padi, serai, daun ketumbar. Nyumnyum.

Penjelasan gambar 2 : Bawang putih, tomato dadu, bawang besar dadu, mangga dadu. [Biasa guna nenas. Tapi nak guna nenas kena beli sebijik. Lagipun sangat 'rajin' nak kupas.] Nyum..nyum..

Penjelasan gambar 3: Ikan kembung segar yang disiang oleh abang indon di kedai. Mekasih mas. Lumayan bangattt nih.

Sos, dan cili kisar jangan dilupa. Tumis le cam biasa. Letak la perasa sesuka hatimu. Ikan itu perlu digoreng sebelum masukkan dalam sambal. Goreng dengan garam kunyit boleh. Tapi lebih afdal kalau goreng dengan tepung jagung, atau kalau nak senang, guna tepung goreng serbaguna. Sedap pun sedap.

*Dah lama masak ni. Baru je nak masukkan dalam blog. Sebab.... dah takde modal nak citer apa. Hahaha.. Tapi bukankah.. diam itu lebih baik? Kbye.

Fotografi Dari Pandangan Saya [yang buta pasal fotografi]

Sejahteralah ke atas kamu...

Bagi saya, fotografi ini adalah berkenaan bakat. Itu yang paling asas. Kemre canggih cemana pun, kalau takde bakat... sia-sia je. Sama juga konsepnya seperti memasak. Beli la dapur memasak yang paling mahal dalam dunia pun, tapi kalau tak pandai masak, rasanya tak sedap jugak. Begitu juga dengan melukis. Kalo ada kelengkapan melukis paling lengkap sekalipun, tetap takkan membantu kalau bakat melukis tu takde. Karang lukis kereta, nampak mcm sandwich telur.

Tapi, siapalah saya kalau nak bercakap atau komen tentang fotografi. Sedangkan saya tak pernah belajar atau tau basic tentangnya. Saya hanya seseorang yang meneliti setiap gambar. Kat mana cantiknya gambar. Kat mana seni dia. Apa perasaan saya bila menatap sesuatu gambar.

Saya tengok, ramai kawan2 saya yang suka fotografi. Kemudian beli kemre mahal-mahal. Ntah apa namanya. DSLR? Apa-apa je la. Ada yang lebih obses, boleh beli lenses mahal-mahal. Tapi, ikut suka dia la. As long as tak mintak duit saya.

Dalam ramai2 kawan2 saya yang menjadi fotografer, tak semua hasil kerja mereka mengkagumkan saya. Ada yang ambil gambar guna kemre mahal, tapi hasilnya sekadar seperti amik gambar guna kemre digital biasa je. Sian plak tengok. Ada yang betul-betul berbakat dan gambar serta subjek yang diambil tu sangat menambat hati.

Saya? Memang takde bakat amik gambar. Hanya berbakat komplen semua benda. Hahahah. Nasib la kan.

Gambar daripada RayyanPhoto


*Rayyan ini adalah kawan sekerja saya tapi dari cawangan lain. Nak amik dia ni utk wedding photographer ari tu, tapi jauh sangat. Kat Srwk.

Ini pula daripada The Photographer




*salah sorang fotografer group ni adalah kawan skolah menengah dulu. Kwn baik suami saya. Nama pun sama. Nak amik dia jadi wedding photographer, tapi mehei rasanya. Segan nak tanya wp kawan sendiri. Huhu... Tgk le level dia kat mana. Gmbr siapa yg dia amik tu. Nurul Syuhada Nurul Ain kan.

Ada sorang lagi kwn saya yg saya sangat kagumi hasil fotografi dia. Nak share gmbr kat sini tapi dia dah letak copyright tak kasi copy. Ni salah satu gmbr yang saya suka daripada Flickr dia. Got Milk

Kesimpulannya... Fotografi adalah bakat. Sekian.

04 October 2011

Saya Unfollow Kamu Kerana....

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya follow banyak blog lain. Kadang2 blog yang saya follow tu tak follow saya pun. Tapi saya tak heran sangat. Kalau blog itu bagus, contents menarik, gaya penulisan yg santai menghiburkan... saya masih juga baca. Tapi, ada juga blog yang saya follow yang saya dah rasa tak sanggup nak follow lagi. Sebab? Errm.. Sebab bila saya dah mula terasa penulis blog itu psycho, saya terus un-follow.

Psycho yang macamana ye? 1. Bila saya tengok dia dah mula buat entry emosi pasal blogger lain yang kacau dia. ~takde masalah nak emosi, tapi kata2 semasa emosi tu keluar mcm-mcm lah. Perkataan-perkataan yang sungguh tak manis terutamanya kalau perempuan yang cakap.

2. Bila dia dah buat entry marah-marah sebab orang selalu ambil hasil tulisan dia dan publish kat tempat lain. ~memang la tak beretika kalau ambil hasil tulisan org lain pastu publish kat blog sendiri then claim itu kamu punya. Tapi pemilik tu pun, kalo setakat bengang-bengang gitu je sudah le. Takyah le nak maki beriya-iya. Yang paling saiko skali bila orang lain kebetulan tulis topik yang sama dengan dia secara kebetulan, tapi dia yang perasan orang tu tiru dia. Kehkeh. Kelakar la. Ko dah tahap Shahnon Ahmad ke nak marah-marah camtu?

3. Bila dia rasa diva dengan blog dia yang followernya tak sampai 200 org pun. Langsung takde menunjukkan sifat-sifat humble dengan blog dia..Perghh.. Psycho gila.

Maka, mereka yang begini.. akan di unfollow kan. Heheh... Dan mereka pun tak kisah kadang2 tak perasan pun saya unfollow mereka.

Haa.. Kan...

Sejahteralah ke atas kamu.

Ahad. Berada di Kuantan. Nak makan keropok kat Tanjung Lumpur. Suami drive. Air-cond keta rosak. Tingkap kami turunkan. Telefon beliau bunyi. Beliau jawab panggilan itu semasa tengah nak corner daripada depan Pejabat Pos Besar Kuantan menghala ke traffic light Tg Lumpur [sambil jawab tepon].

Ada 1 motor scrambler. Lalu sebelah kereta kami. Org yang bawak motor tu buat isyarat tangan guna jari telunjuk yg saya faham sebagai, "no...no..no...".. Saya sengih-sengih je. Suami plak tak perasan apa yang penunggang scrambler itu buat.

Selepas suami tamatkan perbualan telefon, penunggang motor scrambler itu bawak motor dia ke sebelah saya pulak dan berkata, "Janganlah guna telefon". Kemudian dia bergerak ke sebelah suami saya pula dan cakap lagi, "jangan guna telefon masa memandu. Kena ikut peraturan. Siapa-siapa pun boleh tegur. Orang awam pun boleh tegur.". Saya sengih kerang. Suami saya lagilah sengih tiram. Nak cakap banyak pun tak guna. Sebab memang beliau salah pun kan?

Tapi kami memang salute dengan orang yang tegur tu. Dia berani tegur. Nahi mungkar. Nampak tak? Dan kami pun menerima teguran seadanya. So, Baybee.... Buat la selalu yer. Bertelefon semasa memandu. Kekeke. Haa... kan dah kena sound direct.


Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...