Iklan! Iklan! Sila Click!

26 September 2012

Hargai Sementara Ada

Sejahteralah ke atas kamu... "saya sangat sayangkan mak" dan "saya mintak maaf Di atas semua salah dan silap saya"... Itu je 2 ayat yang saya sangat ingin ucapkan kepada Mak. Namun, saya tidak berada disisinya sewaktu beliau Sedang nazak kemudian menghembuskan nafas yang Terakhirnya pada jam 11.30 malam tadi di pangkuan Abah saya disaksikan oleh kak long dan akak saya. Perginya kerana sesak nafas yang lain macam, bukan kerana Penyakit jantung yang kami sangkakan jika beliau Pergi, pastilah kerana sakit yang satu itu. Saya terima call jam 12.30mlm semalam. Terus bersiap Untuj pulang ke kuantan dan gerak dari umah Jam 1.30am. Smpai di kampung sedang elok azan subuh Berkumandang. Saya menyelak batik lepas yang menutupi wajah mak. Air mukanya begitu tenang seolah-olah sedang Tidur lena. Yang paling sebak bila melihat abah saya. Sekali sekala dia datang menatap wajah emak sambil memanggil nama mak saya.dan Menangis kemudian berlalu pergi menyembunyikan Tangisannya. Tak pernah saya lihat abah sesebak itu. Mak...semoga tempat mak lebih baik di sana.

25 September 2012

Mahar Wanita

Sejahteralah ke atas kamu....

Isu tentang mahar ini mula menjadi perhatian bila bertambahnya bilangan kes keruntuhan moral, penzinaan dan buang bayi. Dikatakan bahawa merendahkan mahar adalah salah satu jalan untuk mengelakkan zina. Rendah yang sepertimana? RM10? RM100? RM1000? Adakah dengan cara merendahkan mahar itu betul-betul boleh mengelakkan masalah sosial seperti yang didakwa?

Mahar atau mas kahwin saya hanya RM22.50, tunai. Itu amaun yang disarankan di negeri Pahang. Murah je kan? Tapi yang dimaksudkan supaya diturunkan tu mestilah bukan mas kahwin yang itu. Tetapi wang belanja hantaran. Yang main puluh-puluh ribu dah sekarang. Nak cari yang perempuan yang belanja hantarannya di bawah 10k zaman sekarang ni memang keajaiban alamlah tu. Padahal wang hantaran itu hanya adat Melayu. Dalam Islam tidak ada pula ditetapkan perihal wang hantaran untuk dibuat belanja tu. Inilah susahnya jadi kaum yang takkan hilang di dunia ni. Benda yang tidak ada, diada-adakan. Benda yang sepatutnya ada dihilang-hilangkan. Orang suruh ikut syariat Islam, dia ikut syariat Hindu. Lenkali, syariat Hindu, biarlah orang Hindu je yang ikut.

Dari Aisyah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara tanda-tanda berkah perempuan adalah mudah dilamar, murah maharnya, dan murah rahimnya.” (HR. Ahmad). Sumber.

Secara ikhlasnya saya katakan bahawa wang hantaran yang rendah memang memudahkan perkahwinan. Tetapi belum tentu akan dapat menyelesaikan masalah penzinaan dan buang bayi. Sebab bagi saya, orang yang buang bayi kerana telah berzina itu, bukan berzina kerana tidak mampu berkahwin, tetapi kerana memang TIDAK MAHU berkahwin. [Biasanya yang tak mau berkahwin ni lelaki yang nak ambil kesempatan. Perempuan biasanya selalu tak sabar nak kawen tapi terpaksa tunggu lelaki masuk meminang]. Kita boleh fikir la... Kalau seorang lelaki yang betul-betul nakkan seseorang wanita itu, kalaupun mereka telah berzina sehingga wanita itu melahirkan anak, lelaki itu pasti tetap akan bertanggungjawab. Tidak akan meninggalkan wanita itu menghadapi masalah tersebut sendirian. Selama ni, yang buang bayi tu biasanya wanita yang berkeseorangan. Yang tidak dapat kerjasama daripada lelaki yang menzinai dia. Cuma ada la beberapa kes yang lelaki tu sendiri tolong buang bayi luar nikah yang dilahirkan oleh teman wanitanya. Tapi sangat sedikit.

Bagi saya, kalau hubungan antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang ni terlampau bebas, tak kira la wang hantaran tu murah ke mahal, masalah sosial  dan penzinaan itu tetap akan ada. Jangan salah faham ek. Wang hantaran murah tu saya setuju. Tapi jangan la murah melampau. Agak-agak la. Biar pihak perempuan dapat buat kenduri walimah secara sederhana. Demi untuk menghebahkan perkahwinan tu jugak. Cuma, diantara 'wang hantaran mahal' dengan 'masalah sosial' itu sebenarnya tak berkait rapat pun. Kalau berkait pun setakat berkaitan sipi-sipi je. Masalah sosial perlu ditangani dengan kefahaman Islam tentang batas-batas pergaulan. 

Lelaki dan perempuan tu sendiri kena faham setakat mana mereka boleh bergaul. Mereka selalu kata, oleh sebab wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan terlalu tinggi, maka ini menggalakkan penzinaan sebab tak mampu berkahwin. Dah tu, kalau ikut betul-betul batas-batas pergaulan dalam Islam, berjumpa pun tidak, bertelefon pun hanya tentang perkara penting dan tidak bercakap perkara-perkara sia-sia... nak zina ikut mana? Ada rasa nak berzina juga ke? Tak mungkin terjadi kan? Sama ada wang hantaran itu rendah atau mahal. Tapi, kalo dah selalu berjumpa, mata bertentang mata, tangan bersentuhan, tersenggol dan segala ter..ter.. lagi.. walaupun wang hantaran tu hanya seposen pun, tetap juga ruang untuk berzina itu terbuka. Faham tak maksud saya?


24 September 2012

Gaji

Sejahteralah ke atas kamu...


Esok hari gaji. Gaji pertama selepas naik gred. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Dah 8 tahun keja. Baru naik gred satu tangga. Sungguh tak cemerlang kan? Hahah. Bila saya imbas semula cara saya dapat kerja ni, saya rasa saya macam agak bertuah. Waktu itu saya hanya menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di kampung. Tengahari selepas balik mengajar, saya tolong abah jual goreng pisang dan petang selepas tolong abah, saya ajar tuition untuk anak-anak kampung dengan bayaran yang murah. Sorang RM10 je sebulan. Ajar bahasa Inggeris dan Matematik.

Sebelum jadi cikgu, saya pernah mengikuti Skim Sangkutan Latihan [SSL] yang satu masa dulu cukup femes di kalangan penganggur-penganggur mulia kat Malaysia yang memang susah nak dapat kerja lepas habis belajar. Saya SSL kat EsEsEm la. Cawangan Kuantan. SSL tu hanya 6 bulan. Bila dah masuk situ 6 bulan, dah buat kawan dengan staffs kat situ, mereka la yang tolong saya dapatkan kerja ni. Atas jasa mereka la [dan izin Allah, of course] memudahkan laluan saya. Mereka yang menghantar resume dan sijil-sijil saya kepada Pengarah Negeri. Mereka yang rekemen saya. Saya langsung tak ada saingan, calonnya hanya saya sorang. Semasa dipanggil temuduga pun, tak banyak pun ditanya soalan sebab memang dah confirm dapat dah. Hehehe. Syukur. Bila dapat tu, kena pegi training banyak kali di HQ bersama semua kawan-kawan daripada cawangan lain yang sama jawatan macam saya. 

Sebenarnya saya nak nak cerita pasal gaji pertama saya beli apa. Intro panjang pedooh. Sorry eh. Masa saya belum mula kerja tu, sementara nak tunggu ofis baru kat Kuantan tu beroperasi, saya dah plan dah nak beli apa. Pastu saya dah bagitau kat kawan-kawan yang tolong saya hantar resume tu, "nanti dapat je gaji.... aku nak beli perfume Dolce & Gabbana Light Blue". Then kena kutuk dengan derang, "kerja pun belum start, dah berangan nak beli pa dgn gaji pertama". Hahah.

Perfume feveret saya sepanjang masa selain rangkaian Incanto by S.Ferragamo dan Gucci Envy Me.


So, untuk gaji pertama.... benda ini lah yang saya beli dengan lubang hidung seluas alam semesta. Best ah tu konon. Hahahah. Ni kira memang impian jadi kenyataan la ni. Masa gaji pertama, biasa la... Kita langsung takde komitmen hutang dengan mana-mana pihak pun. Kereta pun belum beli. Boyfriend pun takde lagi masa tu. Henfon pun yang sound dia monophonic lagi. Yang bunyinya tet...tett...tet.. je. Pastu kalo nak lagu-lagu terkini jadi ringtone, kena taip kompose sendiri. Ikut kod yang tersendiri. So, duit gaji masa awal-awal tu, memang semua aku yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya la.. Bleh bagi mak dengan abah pun banyak je. Indah sungguh dunia masa tu.

Sekarang ni pun saya dah bersyukur jugak sebab gaji pun dah nak kembalikan semula ke zaman seperti gaji pertama dulu. Dah makin nak selesaikan semua hutang-hutang, a'riba-riba' andre-andre dan nak dapatkan gaji bersih sebersih gaji pertama dulu. Semua duit gaji yang dapat, boleh dibelanjakan tanpa pening kepala nak bayar hutang. Belum selesai lagi, tapi menghampiri la nak setelkan hutang2 semua. Saya doakan misi ini berjaya. 

So, korang, gaji pertama korang beli apa?

21 September 2012

Ancaman Itu Perlu Sekali Sekala

Sejahteralah ke atas kamu...

...apabila kami bergambar dan mengunjungi Dr Asri, kami digelar Wahabi
...apabila kami berkata kami belajar sifat 20 dan tauhid serangkai, kami dituduh Asyra'irah.
...apabila kami memuji teknik dan kaedah  Ustaz Azhar Idrus mendekati orang muda dalam ceramahnya, kami dituduh sebagai penonton Raja Lawak,
...apabila kami menegur kerajaan, kami dituduh sebagai pihak khawarij
...apabila kami menegur pembangkang, kami dituduh pencacai kerajaan.....
~petikan daripada status Malaysian Reverted Muslim di Facebook

Pastu kita pun sama-sama menyanyikan lagu... Kuuuuu.... di dalammm... dilemaaa..... Oh terpinga, tertanya, di dalam dilemma mu...

Sape yang biasa naik keretapi tanah melayu. Ataupun KTM. Atau nick name paling sinonim, komuter, mesti tahu betapa malapetakanya perasaan kalau nak pergi satu-satu tempat dengan menaiki komuter. Terutamanya sewaktu peak hour macam awal pagi, atau waktu balik kerja. Waktu tu la komuter nak delay. Pastu penumpang makin ramai berlonggok kat setiap stesen, then yang delay tadi takde tren ganti, maka nak tanak orang ramai yang berlambak giler tu akan terpaksa mempertaruhkan nasib bagi mendapatkan tempat dalam ruang komuter yang terhad. Berhimpit sampai nyaris meninggal dunia dalam tren yang sempit, dengan panas lagi... Fuh... Seksa woo.. Saya pernah rasai pengalaman berulang alik ke ofis dengan komuter ni selama 2 bulan pada tahun 2008. Masa tu kereta saya rosak akibat accident kat Lebuhraya Karak.

2 bulan lepas, bila motorsikal suami saya rosak dan seminggu motor tu lepak kat workshop, seminggu jugak saya pegi ofis suami hantar dengan kereta dan balik saya naik  komuter[biasa saya drive sendiri pegi dan balik ofis]. Mula-mula rasa agak nak stress bila memikirkan seksa yang bakal saya alami. Tapi bila dah tunggu komuter tu, dah naik, rupa-rupanya komuter dah tak macam dulu. Takyah tunggu lama. Pastu komuter pun tak delay. Kalo lewat pun setakat seminit dua tu kira okay la. Komuter pun dah ada improvement. Ada yang 6 gerabak. Jadi, dah tak sesak sampai takboleh nak bernafas macam dolu-dolu. Sedikit sebanyak perjalanan jadi lebih selesa berbanding 4 tahun dulu.

Saya sangat yakin improvement ini ada kaitannya dengan tarikh PRU13 yang semakin hampir ni. Maaf, ini bukan nak kondem sesiapa tapi pendapat ikhlas saya saje. Sebab apa saya kata ada kaitan dengan PRU13? Sebab ini;




Ada iklan yang memaparkan jasa kerajaan pada dinding komuter. Bagi saya, tak jadi masalah benda ni. Ikut suka la kerajaan nak buat apa pun kan. Cuma persoalannya.... sejak dulu orang dok komplen KTM, tapi macam takde apa-apa tindakan pun kan? Kita pun mula merasakan yang kerajaan tak mampu untuk menangani masalah rakyat. Tiba-tiba bila dah dekat mengundi ni, boleh plak semua ini diperbaiki. Jadi, ini bermakna... sebenarnya mereka sangat boleh improve pentadbiran mereka jika mereka MAHU. Kerajaan memang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Cuma sama ada mereka mahu atau tak mahu sahaja. Sama ada mereka bersungguh atau tak bersungguh.

Ini baru contoh tentang KTM. Banyak lagi yang saya nampak kerajaan dah lakukan untuk rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya rasa selama 4 tahun lepas mereka takde plak berusaha nak bersungguh-sungguh macam ni. Maksud saya, semua usaha yang betul-betul dilakukan kerajaan bak  kata orang Ganu 'abih reng' hanya berlaku bermusim. Iaitu semasa musim mengundi dah dekat. Tapi kalau korang betul-betul memerhati senario politik kita, korang mesti boleh nampak bahawa tahun ni adalah tahun yang menampakkan usaha yang paling gigih pernah kerajaan berikan kepada kita. Betul tak? Betul tak? Kalo tak, dulu mana ada nak bagi duit RM500 utk keluarga susah. 55 tahun okay. Ini baru kali pertama. Kira okay la tu kan?

Kalau kita tengok barisan pembangkang sekarang ni makin lama makin mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau dulu sokongan untuk kerajaan 80%, dan pembangkang pula hanya 20%. Masa itu kalau kerajaan nak buat sambil lewa pun takpe. Sebab mereka tahu  kuasa memerintah tetap ada pada mereka. Tapi sekarang... sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang dah berpecah jadi 50-50. Maka sedikit sebanyak perkara ini dah jadi seperti ancaman kepada kerajaan. Waktu ni kalau mereka[kerajaan] buat sambil lewa lagi, mereka mungkin kehilangan kuasa. So, saya nampak,.... itulah sebabnya kerajaan betul-betul struggle untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Kesimpulannya... Kan bagus bila sekali sekala, tempat selesa kerajaan tu ada ancaman. Bila ada ancaman, mereka akan lebih bersungguh-sungguh. Siapa yang dapat faedahnya? Bukankah kita?



20 September 2012

Perasaan Ibu Hamil : Nak Beli Barangan Bayi

Sejahteralah ke atas kamu sahabats...


Kandungan saya sekarang sudah 14 minggu. Lagi 2 minggu insyaAllah dah boleh skodeng jantina anak mama ni. Buat masa sekarang ni, saya dah mula rasa excited nak beli barang-barang bayi. Cuma, tak dapat nak beli lagi sebab tak tahu dia boy ke girl. Heheh.. Comel je kalo ada baby nanti. Mesti bau dia wangi je. Saya selalu terbayang saya cium kepala baby saya. Mesti lembut rambut dia masa dia baru lahir tu. Kulit dia pun mesti halus sangat. Pastu sarung tangan kecik. Baju kecik. Barut dia. Hehehe. Comelnya. Saya sendiri tak dapat imagine cemana kaedahnya nanti masa saya dah jadi mama. Setakat ni, kalau saya dengan anak-anak buah, saya suka buli derang. Bukan buli apa. Buli yang suka suruh derang buat apa-apa sebab rasa comel. Kalau Amaluddin dulu selalu suruh dia korek hidung. Comel giler. 

Tapi tak tau la kot-kot bila dah ada anak nanti saya totally berubah jadi seorang mama yang langsung takkan buli anak sendiri.

Lemari
Okay, berbalik kepada barang-barang tadi... Perkara pertama yang saya rasa nak beli untuk persediaan menyambut anak saya ialah..... almari untuk letak barang-barang dia. Tak kisah la almari ke, drawers ke. Asalkan ada space untuk letak barang-barang dia. Nanti bila dah setat beli baju kang, senang. Boleh humban semua dalam lemari. Takyah nak bersepah sangat.


Tilam Kekabu
Lepas tu, saya nak beli kain untuk jahitkan sarung tilam dia. Mula-mula rasa nak beli tilam kekabu untuk baby. Tapi bila tengok anak kawan saya, bila dia dah pandai melaju, terus dah tak berfungsi pun tilam kecik tilam baby tu. Kena guna tilam biasa pastu kena block dgn bantal kat sekeliling. So, saya mendapat idea, nak lipat 4 comforter yang masih belum pakai kat rumah tu, pastu nak buat sarung je sebesar saiz comforter lipat 4 tu. Nanti bila dia dah besar sikit, boleh le bawak kuar comforter drpd sarung then lipat 2 je. Pastu bila dia besar lagi, terus buka semua. Tapi still kena beli satu untuk letak umah pengasuh.

Pengasuh
Setakat ni saya belum cari lagi pengasuh untuk anak saya yang bakal lahir ni. Kalau boleh nak pengasuh yang kat rumah tu hanya ada sorang 2 je budak lain. Atau lagi baik kalo dia jaga anak saya sorang je. Hehehe. Nak cari pengasuh yang menjaga anak orang sebab dia memang minat jaga budak bukan senang. Biasanya sekarang jaga budak sebab nak duit je. So, cemana tu. Terfikir juga nak hantar kat pusat asuhan kanak-kanak. Tapi nanti anak saya tak dapat perhatian lebih plak. Huhu. Cuma bagusnya kalo hantar pusat asuhan, waktu bekerja mereka lebih berjadual. Kalau pengasuh nanti kang tetiba dia nak cuti, mana plak aku nak hantar anak aku. Haih... Malay dilemma plak rasa. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah. 

Breast Pump

Ok.. Yang ni tak perlu ulas panjang. Hehehe. 

Okbai.

19 September 2012

Kita Memang Layak Marah, Tapi Jangan Melampaui Batas

Sejahteralah ke atas kamu....

Logik tak kalau kita marahkan seekor kucing yang dah berak kat atas kepala kita, sampai kita berdendam dengan seluruh spesis kucing termasuk rimau dan singa. Sampaikan setiap kali kita jumpa kucing2 lain yang tak de kaitan pun kita bunuh atau sepak terajang? Padahal yg berak kat kepala tu hanya seekor kucing. Tak patut betul tak? Kalau ye pun kita marah sangat dengan semua spesis kucing, tak perlu sampai nak bunuh kucing yang tak bersalah tu. Betul tak?

Macam tu la jugak dengan kemarahan umat Islam di seluruh dunia tentang filem Innocent Of Islam. Yang buat filem tu orang lain. Tapi yang kena bunuh orang lain. Yang bangunan kena bakar pun yang takde kaitan. Orang Islam sendiri pun ada yang terbunuh masa mereka buat demonstrasi. 

Trailer filem tu saya ada tengok. Durationnya 13 minit. Memang tak nafikan, bila saya tgk trailer filem tu, hati saya sangat sakit, sangat remuk, sangat sedih dan sangat marah kerana mereka senang-senang je mempersendakan malah perkataan yang lebih sesuai, menghina Rasulullah, Nabi Muhammad, nabi kesayangan kita. Mereka memang biadab. Malah saya dapat rasakan kemarahan orang yang berdemonstrasi tersebut. Memang wajar kita marah. Malah siapa yang tak marah tu memang tak sayang nabi. 

Cuma, walaupun berhak untuk kita merasa marah, tapi kita masih perlu menjaga nama baik Nabi kita. Akhlak kita perlu la jaga. Tindakan dan cara kita menangani kemarahan itu perlulah di dalam batas-batas Islam. Saya sokong kalau penunjuk perasaan memburu si pembuat filem dan membunuhnya. Tapi saya tak sokong jika yang mereka bunuh itu adalah orang awam yang tiada kaitan langsung dengan pembikinan filem tersebut. Boleh panggil filem ke tu? Filem sekerap boleh la kot.

Bila mereka [yang berdemonstrasi itu] mengamuk pada tempat yang salah, apa kesan terhadap persepsi orang bukan Islam terhadap Islam? Hanya memburukkan lagi pandangan mereka terhadap Islam. Akan menguatkan hujah mereka bahawa Islam agama yang ganas. Agama pembunuh. Kita pun tidak mahu dinilai begitu kan?

Dah memang nasib kita. Kita tiada khalifah. Maksud saya, seorang khalifah yang menjadi imam bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia ni. Bukan khalifah utk negara masing-masing je. Setakat Najib, Nik Aziz dan Anwar tu belum dikira Khalifah. Khalifah sepertimana Pope menjadi ketua bagi seluruh umat Kristian. Kita tak ada khalifah tempat untuk kita bergantung dan untuk membela umat Islam. ~Menanti munculnya khalifah di dunia ini.

17 September 2012

Nose Pack

Sejahteralah ke atas kamu....

Ini namanya adalah Nose Pack. Pernah dengar Pore Pack daripada Biore? Ye, konsepnya sama. Cuma bentuknya berbeza. Kalau Pore Pack datangnya di dalam bentuk pelekat untuk ditampalkan di hidung, Nose Pack ini pula berbentuk pekatan berwarna putih yang apabila kering akan menjadi seperti plastik yang elastik. Kalau siapa biasa skodeng orang buat kerja paip, benda ni bila dah kering sebijik akan jadi mcm pita warna putih yang orang buat ikat paip tu.


Cara nak pakai Nose Pack ni, ambil dalam amaun 3 titik letakkan pada jari kemudian ratakan di sekeliling hidung yang ada black atau white heads. Pakai macam pakai masker tu ye. Bila dah kering, boleh tanggalkan masker nose pack tu daripada hidung. Nanti akan kelihatan blackheads yang bermastautin di sekitar lobang hidungmu. Kalau saya, kurang banyak sangat hasil tuaian blackheads saya tak tau le napa. 

Tapi awas! Achtung! Bila nama dia dah Nose Pack, korang jangan buat kreatif plak nak pegi tepet seluruh muka. Kalo tidak, tanggung le sendiri azabnya nak peel off masker tu daripada muka. Sebab muka kita ni penuh dgn bulu2 halus yang kita tak nampak. Bila masker tu ditarik bersama bulu2 tu, mak aihhhh.... 'lazat' tak terperi je rasanya. Huuhuhuhu... *ini pengalaman saya sendiri ye.

Nose pack ini murah je harganya. Di Daiso IOI Mall Puchong harganya hanyalah RM5. [Barang2 kat Daiso memang semua RM5 pun. nak buat cemana kan?]. Produk daripada Nippon/Ni-hon.

16 September 2012

Felt Penguin

Sejahteralah ke atas kamu....


Hari ni Ahad, saya tau mesti korang malas nak membaca kan? So, ni nak tepet gambar je beberapa keping.

Ini, duit raya daripada EsEsEm. 'terbaekkk' kan sampul ni. Warna kuning. Design plak.. ermm. tak tau nak cakap.




Yang ini pula adalah fridge magnet yang diperbuat daripada felt dan berbentuk penguin. Lihatlah budak comel ni bergambar dengan kacang pistachio berlatar belakangkan kotak kurma Yusuf Taiyoob.


15 September 2012

What My Baby Looks Like?

Sejahteralah ke atas kamu...

Cemana my baby looks like? Adakah ini....


Eh, ini baby besar. Maksud saya bukan baby ini... Tapi yang ini.... Baby dalam kandungan yang berusia 13 minggu...


Anak mama dah makin besar. Perut saya [baby bump] pun dah mula kelihatan. Waktu ni saya terfeeling macam Fasha Sandha sebab saya pun macam alahan dengan ubat gigi. Bila gosok gigi je memang muntah. 

14 September 2012

Emas

Sejahteralah ke atas kamu...

10 tahun dulu harga seekor kambing ialah RM200, harga bagi 5grams emas pun RM200. Kita pun ada duit kertas berjumlah RM200.

Jadi, kalau dengan 5grams emas, kita boleh beli seekor kambing gurun. Dengan duit kertas RM200 pun kita boleh beli seekor kambing jugak pada masa tu. Betul?

Okay, cuba kita bayangkan kita simpan emas 5grams dan duit kertas RM200 tu sampai sekarang. [jangan kira pertukaran design duit kertas tu la ye. Kalo gitu mmg confirm la tak laku duit kertas tu.]. 

Sekarang tahun 2012 ni, katakan harga seekor kambing = RM1000. Harga 5 grams emas  juga sudah meningkat = RM1000. Tapi duit kertas kita tadi, masih RM200. Betul kan? So, nampaknya... emas masih tetap bernilai walaupun 10 tahun berlalu. Sedangkan duit kertas? Dah susut nilainya sebanyak RM800. 

Saya cuba nak kongsi dengan kamu, tentang betapa pentingnya kita mengumpul aset emas di zaman sekarang ni. Sebab nilai duit kertas semakin lama semakin jatuh. Walaupun jumlah duit tu ada banyak keping, malah kalau ada selori sekali pun, tapi nilainya rendah berbanding selori emas heheh. Mungkin pada satu masa, nilai tu langsung tiada. So, kalo ada banyak duit simpanan, belilah emas. Memang la simpan emas bahye. Banyak risiko kena rompak atau sebagainya. Tapi pandai-pandai la kita sorok.
Tengok ni org Zimbabwe. Duit 100 billion hanya boleh beli telur 3 biji je. Jangan perasan sangat yang Malaysia takkan jadi cenggini walaupun kita ada perdana menteri yang bijaksana.

Ni persediaan kita untuk menghadapi zaman gelap satu masa nanti. Di mana pada waktu itu, duit kertas dah tak laku, dan org hanya terima emas di dalam urusan berjual beli. Semalam, kawan saya update harga emas terkini, 1 gram = RM205 utk emas 999.9(24karat) dan RM195 untuk emas 916(22karat). Dijangkakan, harga bagi 1 gram emas akan meningkat sekurang-kurangnya RM400 ke atas dalam setahun 2 ni.

Pompuan-pompuan yang suka beli barang mahal-mahal, kasut mahal, henbek mahal, pinggan mahal, baju mahal dan semua mahal-mahal, pekata tukar minat tu untuk beli emas. Sebab nanti, baju mahal tu kalo jual pun, takkan meningkat punya harganya. Itu pun kalo laku la dijual. Sapa yang tak mampu nak beli emas, boleh mula kumpulkan perak [silver] yang telah dijadikan dirham. 1 dirham buat masa ini harganya dalam RM26 camtu. 

Itu je la... Tak faham angkat tangan.

*sape nak tau lebih lanjut cara-cara untuk kumpul aset emas dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, boleh tinggalkan email kat komen, nanti saya cerita. Takde keuntungan apa2 pun utk saya tau. Cuma nak kongsi je sesama umat Islam.

13 September 2012

GA kakinakl.com

Sejahteralah ke atas kamu...


Kak Ina KL kata , "GA akak kembali lagi..tentu ramai yang suka kannn.."


Mari kita jawab ramai-ramai... "mesti lah... SUKAAAAAAA"

Apa syarat-syaratnya tadi? Lupa plak.. Jap nak gi jenguk blog Kak Ina KL sekali agi.

Oo.. senang je.. Kena pilih barang mana yang saya nak dan kenapa. Okay. Inilah jawapan muktamaduni saya;

Saya nak Dermalogica GA dari KakInaKL.com kerana saya tak mau Loreal, Maybeline dan Neutrogena. Boleh gitu? Agak-agak kalo jawab cenggini, kena sekeh tak dengan Kak Ina KL?

Gurau je ye KakInaKL. Jangan menyirap. Ni jawapan sebenar saya;


Saya nak Dermalogica GA dari kakinakl.com kerana sejak saya hamil ni, saya suka benda-benda atau makanan yang berwarna putih. Tak tau la ngape. Jadi, untuk pilih hadiah GA pun saya nak pilih hadiah yang warnanya putih jugak. Lagipun dalam banyak-banyak produk yang ditawarkan tu, hanya Dermalogica yang saya belum pernah pakai. Sian kat saya kan? Lagi satunya pun, 2 produk penjagaan wajah lagi tu untuk anti penuaan. Saya tak anti penuaan, sebab saya anti pemudaan. [Eh, ni kena buat berapa patah perkataan ni? Kang dah abis limit perkataan plak]. 

So, itu je la.Untuk Kak Ina KL, pilihlah saya. [melobi diri sendiri].


CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Sejahteralah ke atas kamu....

Rasanya semua blogger yang mempunyai akaun Nuffnang perasan tentang perubahan design layout dan template website Nuffnang. Design yang baru sudah tentulah lebih kontemporari dan nampak lebih sophisticated [amik hati kehkeh].

Kalau kamu perasan, sejak website Nuffnang berwajah baru, penggunaan nama lain bagi campaign [iklan] Nuffnang juga dah berubah. Kalau dulu, dipanggil Buffered Earning atau ringkasnya BE, sekarang ditukar menjadi CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ringkasannya CPUV. Panjang la sikit namanya berbanding BE. 

Apa Itu  CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns?
CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni sama saja konsepnya dengan Buffered Earning (BE).  Iaitu pengiklan membeli sejumlah nombor bagi Unique Visit di blog kamu. Campaign iklan itu akan berakhir apabila Unique Visit tersebut telah expired.

Cost-Per-Unique-Visit - This means that the advertiser purchases a number of unique visits from your blog. The ad campaign will end once the number of UV's have been expired.

Mengikut kefahaman saya, pengiklan pilih blog untuk iklankan campaign dia, lepas tu pengiklan akan membayar berdasarkan berapa jumlah Unique Visit yang blog kamu terima setiap hari. Lebih kurang macam dalam surat khabar, orang yang nak iklankan produk mereka dalam surat khabar kena bayar mengikut saiz iklan tu kan? Cuma untuk blog ni, dibayar berdasarkan berapa Unique Visits yang kamu ada. Macam sewa tapak iklan la gitu.

Kriteria yang diambil kira oleh pengiklan untuk memilih sesebuah blog itu untuk memasukkan iklan mereka ialah berdasarkan siapa audience blog kamu. Kalau blog tu banyak menceritakan tentang kecantikan dan pembacanya pula adalah wanita, mungkin pengiklan kosmetik yang berminat.

Bukan blogger yang tentukan sama ada dia layak dapat CPUV atau tidak, tetapi pengiklan yang pilih. Kalau nak tau beberapa tips untuk meninggikan peluang blog kamu mendapatkan CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ini, boleh rujuk kepada blog JIWASYAMSUL ini.

Ini contoh status earning bagi CPUV Campaigns saya. 


Nampak tak betapa lamanya nak mendapatkan Buffered Earning (BE) atau Cost-Per-Unique-Visit (CPUV) ni? Dari bulan May 2012, saya hanya berjaya mendapat singgit sebelas sen jewww.. Sob..sob.. [jgn tak bersyukur eh. Tu rezeki jugak ade faham?]. 

Memandangkan tajuk Buffered Earning tu dah bertukar, maka dah tentulah istilah untuk statusnya juga bertukar. Dulu masa BE rasanya mereka gunakan perkataan 'Buffered' jika sesuatu campaign tersebut telah berhenti dan kalo masih ada saya tak ingat dipanggil apa sebab tak pernah fokus pun dengan benda2 ni sebelum ni [haa.. patut le blog ko ni suam2 kuku je manjang. Takde kemajuan langsung.].


So, sekarang kalo campaign itu masih berjalan di blog kamu, status yang akan kelihatan ialah 'On Going' dan jika campaign telah berhenti, statusnya 'Credited'. Tengok le contoh gambar yang saya tepet tu. Itu CPUV saya la. Tak hebat pun mcm blogger otai. Sesuai la dengan kemalasan saya blogwalking serta malas update blog. Pastu contents blog ni pun bercampur aduk, ada ilmiah, ada lagho, ada bosan, ada yang menyeronokkan [ macama kinder joy]. Tapi kebanyakannya syok sendiri je punya cerita. Hahaha. Okay. Harap boleh faham penjelasan saya pasal CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni.

12 September 2012

Abil Dan Gee Dari Pandangan Mata Seorang Isteri

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau orang lain mungkin tengah marathon tengok drama bersiri Adam dan Hawa, saya pulak dok marathon membaca blog Warkah Buat Isteri : From Abil To Fauziah. Gigih saya baca blog tu bermula dengan entry pertama yang telah ditulis pada April 2012. Sekarang baru sampai di archive bulan Jun 2012. Nak baca tu mudah. Nak baca dengan feeling dan faham perasaan Abil tu yang amik masa agak lama.

Bagi yang belum pernah dengar tentang mereka ini, siapa Abil? Apsal dia femes? Siapa Gee? Artis kah dia? Biar la saya brief secara ringkas je untuk orang-orang yang malas nak Google dimulai dengan pantun ini, ada ubi ada batas, ada batas belum tentu ada ubi. So next time kalo korang plak yang citer sesuatu benda tu, korang pun kena la jelaskan secara ringkas juga kat saya. Sebab saya pun pemalas jugak nak Google. Hehehe.

Abil adalah seorang suami. Gee [Fauziah] pula adalah seorang isteri [ok, takkan la Gee plak suami]. Berkahwin atas dasar suka sama suka semasa usia Abil 40thn dan Gee 35thn. Mereka tidak bercinta seperti remaja, hanya kenal dan suka. Kemudian bercinta secara serius selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri. Selama 2 tahun bahagia mereka, kisah cinta yang sangat sweet, pujuk memujuk, manja memanjai... tiba la ke suatu hari yang tidak mungkin Abil lupakan sehingga akhir hayat pun...... Gee telah diserang asma. Semasa panik melihat keadaan isterinya yang sesak nafas, ayat terakhir Gee kepada Abil ialah, "panggil ambulan". Itu adalah ayat yang terakhir Abil dengar daripada Gee sehingga sekarang. Setelah beberapa hari berada di hospital, Gee masih di dalam keadaan yang tidak memberangsangkan doktor pula telah mengesahkan bahawa Gee telah disahkan mengalami kerosakan otak [brain damage]. Bermula saat itu, rutin kehidupan Abil berubah apabila beliau nekad untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga isteri yang amat dicintainya walaupun isterinya langsung tidak dapat bergerak, wajah sudah berubah, berat badan telah susut dan tidak mungkin tidak lagi dapat memahami apa yang sedang dialaminya.

Okay. Enaf la sinopsis kisah Abil dan Gee. Saya ni kan cengeng. Bila baca blog Abil, bertambah la cengengnya saya. Kalo menangis plak menangis beriya yang berjurai-jurai airmata keluar. Sedih sangat tau... Ada 2 sebab saya sedih. Pertama sedih bila saya dapat gambarkan betapa perasaan rindu Abil kepada Gee. Korang pun mesti biasa rindukan seseorang kan? Bila kita rindu tu, kita rasa mcm nak dia ada di sisi. Nak dengar dia bercakap dengan kita nak bergurau senda, tapi bayangkan perasaan Abil yang rindukan Gee. Sedangkan Gee ada di depan mata. Tapi tak dapat lakukan semua kenangan indah dulu bersama. Maha Suci Allah. Sangat rindu rasanya.

Sebab yang kedua kesedihan saya pula ialah bila saya bayangkan perasaan Gee itu sendiri sebagai seorang isteri. Kita tahu beliau mengalami brain damage. Kita pun tak tahu sejauh mana ingatan dia, sejauh mana otaknya dapat berfungsi walaupun sedikit. Tapi daripada cerita Abil di dalam blognya... melalui respon yang telah diberikan oleh Gee.. Seolah-olah, Gee memahami apa yang dialaminya. Bila dia inginkan perhatian. Dia merajuk. Dia muram. Seperti dia ingat dan masih kenal Abil. Walaubagaimana pun, dia tidak dapat bertindak balas dengan begitu banyak untuk Abil. Itu yang membuatkan saya sedih. Sebagai contohnya semasa saya sakit. Sakit yang biasa-biasa je cam demam ke, atau sekarang ni morning sickness, kemudian suami saya jaga saya semasa sakit, dia juga yang membuat semua kerja rumah. Waktu itu saya memang rasa nak nangis. Sebab saya tak dapat nak lakukan semua tu untuk suami. Saya terharu sebab suami menjaga saya ketika sakit. Itu saya. Yang hanya sakit pening biasa-biasa je. Kalau Gee? Jika benarlah dia sedar dan faham apa yang terjadi, saya yakin dia tentu jauh berganda-ganda lagi sedih. Sedih dan dalam masa yang sama rasa terharu sebab mempunyai suami yang bertanggungjawab. Sedih sebab tidak dapat menghiburkan suami seperti selalu walaupun suami telah redha kepada dia dan hanya mengharapkan dia sihat sahaja.

Jadi itu la... apa yang saya rasa. Sayu sangat bila membaca kisah kerinduan Abil. Sedih juga bila membayangkan perasaan Gee pada ketika ini. Untuk Abil dan Gee... Saya doakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk kamu berdua. Pasti ada perkara baik untuk kamu berdua nanti InsyaAllah. Maaf jika ada terkasar bahasa.

*jika Abil terbaca, saya cuma nak request untuk dia ceritakan, macamana serangan asma boleh jadi sangat serius sehingga brain boleh damage? Sungguh-sungguh nak tahu. Sbb ahli keluarga saya pun ramai yang ada asma. Atau doktor ada tersilap bagi ubat? Kalau tak keberatan ye. :)*

11 September 2012

Yang Tertinggal Hanya Gambarmu

Sejahteralah ke atas kamu...

Dah agak lama, saya baru je nak share gambar raya. Tapi tak banyak sangat sebab saya tak berapa ada mood raya [walaupun sebelum raya, saya paling eksaided nak raya.]. Semuanya sebab morning sickness dan takleh nak buat apa la kalo dah rasa loya tu khenn...

Pagi raya pertama di rumah ibu dan pak. [In law family]. Gambar tak cantik pun. Kita amik gambar gunew kemrew Olympus jewww... Hewhew... Sewdih kitew...

Mat Azghul bersalam dengan ibu. Saya berpelukan dengan Pak dan sedang berkata, "Pak, saya tak pandai nak menyusun kata-kata. Saya hanya nak mintak maaf kalau ada tersalah dan tersilap.". Ni semua sebab saya dah rasa cemas bila suami saya punya ucapan ampun dan maaf panjang berjela. Pheww...

Encemnya Mat Azghul... Bersama Long dan anak Long.

Tengah ejas kemre nak amik gambar family. Tu anak bujang sape kacau line atok dengan NekWan nak berdua-duaan tu?

Tahun ini alhamdulillah semua family members ada. Sorang lagi menyorok dalam perut mama. Kehkeh.

Ina dan Hisyam Ruddin. Bersama Rafif dan Ariq Kokokoko.

Long bersama istewinya dan jugak Darwish yang dah rimas kena kepit dengan Daddynya.
Orang lain tema kuning, tetiba baju saya nampak kebiru-biruan. Heheh.Ini je gambar saya berdua-duaan dengan Mat Azghul. Dan ini je pakai baju raya. Lepas tu, takde maknanya dah sebab ketidaksihatan melanda diriku. Sian Mat Azghul. Tahun depan insyaAllah kita bergambar lagi ye. Nanti, budak yang nyuruk dalam perut mama tu pun dah tak nyuruk.


Hari raya ke 2 kami beraya di rumah mak abah saya. masa ni dah tak happening sangat. Sebab ramai yang dah balik ke rumah masing-masing. Yang masih ada pun dah tak melaram vogue2 dengan baju raya. Dah 2 tahun saya takde bergambar family saya. Sebab raya pertama di umah mertua.

Razin dan Azril. Stop Lynas hokey.

Acara barbeque di malam raya ke-2. Amboi... bomoh hujan tengah panggil hujan ke tu?

Rajinnya Mat Azghul. Aih... yang lain takkan tengok je. Abang Chik, Azim, Ilman Abg Hamdan dan Arief.

Tersenyum simpul ko Arief sebab dapat sepinggan ikan pari bakar. Suke lettew.

Ini raya ke-3. Mat Azghul ke Pekan, Pahang melawat kubur nenek dan sedara mara sebelah mertua. Saya tak ikut, tinggal di rumah sebab ibu kata fomfuan mengandung tak elok gi kubur. Saya pun yey je la. Boleh tido. Heheh. Dalam gmbr tu, Amaluddin, Razin dan Azril. Main roket yang Maksu dia buat.

Ini apa ni main belon rainbow? Hehehe.



So, itu aje la gambar raya saya tahun ni. Memang takde perposing pun sebab mood ke angkasa lepas. Boring kan? Gambar family pompuan, gambar mak abah takde pun saya amik. Sebab dah malam. Derang semua dah tak pakai tudung. Malas nak kacau.

10 September 2012

Oppa Gangnam Style

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak pasti sejak bila dan kenapa Gangnam Style ni boleh meletus dan menjadi super extra femes kat YouTube. Setakat entry ini ditulis, clip Gangnam Style Original oleh PSY ini telah ditonton oleh lebih daripada 100 juta orang. Ini seriussss.. Sangat ramai hokey. Dan 2 daripada view statistic tersebut datangnya daripada saya dan suami saya. Kehkeh. Video ini sebenarnya hanya video clip biasa untuk lagu Gangnam Style yang berasal daripada Korea. Penyanyinya pun takde la mencapai tahap kehenseman setaraf Lee Min Ho. Tapi dah jadi nasib dia, bila ramai orang suka dengan lagu ala-ala techno dengan tarian trademark yang ala-ala naik kuda tu.


Entry ni bukan nak cerita pasal Gangnam Style ni terlampau mendalam. Sebab saya tak minat langsung. Cuma mengambil tahu hal sekeliling je. Yang ingin saya highlight kan kat sini ialah spekulasi yang mengatakan bahawa lagu Gangnam Style ini menghina Islam. Whattt?? Is it true?

Adalah hamba Allah mana ni, dah sebarkan di Facebook bahawa lirik dalam lagu Gangnam Style ini ada mengandungi lirik yang bermaksud seorang lelaki yang konon-kononnya naik ke langit dengan kuda terbang. Seolah-olah mengejek kisah Israk Mikraj tentang Nabi Muhammad naik ke langit menggunakan buroq. Sambil video klipnya pula membuat aksi naik kuda. Hahaha. 
Betul-betul-tipu

Ini bukan satu-satunya provokasi terkini yang muncul sejak akhir-akhir ini. Satu lagi khabar asap yang diheboh-hebohkan baru-baru ini ialah berkenaan dengan siri animasi Upin dan Ipin yang dikatakan sebagai agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam. Mereka mendakwa, maksud Upin di dalam bahasa Aramaic adalah 'Aku Benci Rasulullah'. 

Sumber

Boleh terima tak? Gossip tentang Upin Ipin tu saya dah baca agak lama jugak. Tapi yang tu memang terus saya boleh nilai bahawa dakwaan tak berasas dan agak kelakar. Sebab kita pun tau animasi tu dibuat oleh produksi anak tempatan Malaysia. Nak Yahudi ke mendenye??? Tapi pasal Gangnam Style tu, sebelum saya percaya atau skeptikal, saya google la dulu lirik lagu dengan terjemahan di dalam Bahasa Inggeris. Ternyata langsung takde sebut pun pasal kuda atau pasal naik ke langit

Ini adalah sedikit petikan lirik lagu Gangnam Style;

A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensible girl like that

Siap ada sebut pasal pompuan yang menutup dirinya [dengan pakaian] lebih seksi daripada pompuan yang dedahkan semuanya. 

Ni lah yang saya tak paham dengan orang Malaysia ni. Dia cepat sangat nak buat spekulasi. Orang Malaysia yang biasa buat spekulasi ni plak biasanya memang Melayu la kan. Padahal Allah dah sebut dah dalam Surah Al-Hujuraat yang bermaksud; 


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." ~49:6
Pendapat saya, orang-orang yang mereka-reka cerita-cerita begini sebenarnya bukan nak sebarkan berita itu sangat. Tapi mereka seperti seronok nak menggoncangkan kemarahan orang lain dan mereka seronok bila isu palsu yang mereka sebarkan itu menjadi buah mulut orang lain. Ni semua hanya sebab nak perhatian je dan mungkin jugak untuk test market untuk tengok sejauh mana cepatnya orang Malaysia ni melatah. Kalau betullah itu niat mereka, ternyata usaha mereka dah berjaya la kan?

Semua agenda-agenda yang didakwa ada menghina Islam ni, jika memang benar sekalipun, contohnya seperti Lego yang heboh tidak lama dulu dikatakan menghina Nabi, kemarahan umat Islam yang kononnya sangat cintakan agama hanya seketika. Tak percaya? Sekarang cuba tengok bila Legoland dibuka kat Nusajaya, siapa yang paling menggelupur sekali berebut-rebut nak pegi walaupun tiketnya mahal nak mampus? Siapa? Hahahah. Jawab sendiri.

Memang, kita perlu berhati-hati dengan banyak agenda Yahudi zaman sekarang ni, tapi agak-agak la. Kita kan ada akal. Patut boleh fikir yang mana haq dan yang mana bathil. Kalo memang jelas faktanya menghina Islam, kita jangan ragu-ragu untuk memeranginya. Tapi kalo samar-samar, kena la siasat. Ok?

06 September 2012

UmiYumi 8th GiveAway

Sejahteralah ke atas kamu....

Dengan gembiranya join GA ni sebab nak hadiah kuali Tefal ni. Kalo dapat, boleh la saya buat roti jala banyak-banyak. [Konon la roti jala.]


Sapa nak join, boleh terus click blog UmiYumi2 : Our Life In Perth ni. Syarat penyertaan pun senang je. Takyah jadi follower, takyah tag orang lain, takyah buat sticky post. Hanya perlu buat entry je. Itu pun tak wajib. Org yang takde blog pun bleh masuk tau. Nak tau caranya, pegi tengok sendiri ek. Jangan jadi pemalas sangat. Hahah.

Good Luck untuk diri ku sendiri... Kalau ada rezeki adik, mama menang la kuali ni. Boleh la mama buat roti jala kat adik, bagi adik makan bila adik dah besar nanti.

05 September 2012

Obsessi Kucing

Sejahteralah ke atas kamu...

Pahang dah kalah 1-4 dengan Selangor semalam. Patutnya lenkali saya tak payah tengok game pasukan yang saya sokong. Sebab kalo saya tengok biasanya derang kalah. Tak kira peringkat apa pun, tak kira sukan apa pun, orang atau pasukan yang saya sokong mesti kalah. So, next time nak sokong Selangor plak. Biar Selangor kalah. Kuheh-kuheh. 

Dah lama saya tak buat entry membebel kan? Maksud saya membebel marah kat orang. [Nampak sangat ke menipunya. Padahal baru ari tu aku marah pasal MC dan EL. Hahah.]. Malam semalam, saya tersengaja menonton rancangan Obsesi kat TV9. Semalam dipaparkan pasal satu family yang obses dengan kuceng. Masa tengok dia [sorang pompuan] bela kucing ramai2 letak dalam sangkar kat belakang rumah, saya rasa "owh... that's so nice. Baik hati dia."
Lepas tu dia tunjuk plak bilik kucing dia yang lebih special dan dia sayang bernama Prince [kalau tak silap]. Mak aihhhhh.... Siap ada 1 bilik khas untuk kucing tu yang ada katil queen size dengan pasang cadar siap dengan toilet kucing yang ada mangkuk tandas kecik-kecik dalam 5 ketul gitu. Hanya untuk seekor kucing. Bilik tidur tu plak agak besar, lebih besar daripada master bedroom kat umah saya skrg. [Dah nko tinggal kat umah flat. Sedor la skit diri. Kucing tu duk umah banglow.]. Itu takpe lagi. Kemudian, tuan punya kucing tunjukkan plak koleksi pakaian-pakaian kucing yang dia ada. Ada satu T-Shirt sleeveless yang berwarna hijau, dia claim itu adalah baju feveret kucing kesayangan dia. [Pelik aku. Biler masa plak kucing tu boleh bercakap kata yang dia suka pakai baju tu.]. Pastu ada topi koboi. Dia pun pakaikan la topi koboi tu kat kucing tu. Tercekik la muka kucing tu saya tengok. Then last skali dia tunjuk Tuxedo kucing dia. Dengan bangga dia bitau harga tux tu RM400. Pastu dia kata kos untuk buat semua tu untuk kucing tu adalah RM5000. Tak pasti untuk sebulan atau sekali buat je RM5000 tu.

Boleh korang imagine betapa obsesnya mereka dengan kucing? Orang selalu kata, selagi kita tak berada di tempat dia, kita pun tak tau apa yang bakal kita buat. Contoh kalo kita tengok orang kaya yang sombong. Kita rasa dia tak patut buat mcm tu sbb orang kaya sepatutnya kena humble. Padahal kita sendiri tak boleh jamin jika kita diuji dengan kekayaan yang sama, kita takkan jadi sombong. 





Memang betul. Selagi tak berada kat tempat tu, kita tak tau cemana. Tapi... ada jugak perkara yang kita sepatutnya boleh fikir sama ada apa yang kita nak buat itu Allah redha ke Allah tak redha sebelum buat. Huhu... Macam nak pakaikan baju berharga RM400 kat kucing? Jangan fikir pasal kepuasan sendiri je. Perasaan kucing tu tak fikir ke? Kucing ni Allah dah jadikan fitrah dia takyah pakai baju. Pastu tidur pun kongsi dengan manusia. Kucing ni fitrah dia manja. Cukup hanya jaga dia dengan baik, bebaskan dia bermain, beri makan dan belai dia. Sekadar fitrah dia. Tapi nak sediakan 1 bilik untuk seekor kucing? 1 rumah khas untuk anjing Chihuahua [ni Paris Hilton]. Itu bukan fitrah. Yang rasa gembira bila tengok kucing tu pakai baju adalah manusia, bukan kucing tu sendiri. Kucing dah ada bulu okay. Dia takyah pakai baju. Last-last nanti kat akhirat, yang kena soal adalah tuan punya kucing. "Kenapa perlu beli baju kat kucing?". "Orang miskin di sekeliling kamu sudah diberikan tempat tinggal ke belum?". "Anak-anak yatim cukup makan ke tidak?". Kucing plak dah tidak dibangkitkan dan tidak akan disoal lagi selepas dia mati.

Kalo nak diikutkan, saya ni sangat sukakan kucing. Saya sayang sgt pada kucing. Memang rasa nak bela kucing sekor 2. Pastu arnab pun saya rasa nak bela. Tapi, oleh sebab saya fikirkan pasal kesian kat kucing kalo dia terkurung je kat umah flat. Tak kuar umah. Lemas dia nanti. Tak adil untuk kucing. Dah tentu bila kita jaga kucing elok-elok, dah mandikan dia bersih2 pakai syampu khas... takkan kita nak bagi dia main berkubang dgn pasir kat luar betul tak? nanti penat je kita cuci dia pastu dia dah kotor balik. So, kita pun kurung dia. Haaa... benda2 mcm tu la yang saya tak sanggup nak bela kucing. Sebab kesian kat kucing.

Untuk kawan-kawan... saya hanya nak ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan juga... Sebelum kita berbuat sesuatu.... kena fikir, apa yang kita lakukan itu Allah redha ke tak redha. 'Mampu' bukan tiket untuk kita membazir.

04 September 2012

K a m e r a D i g i t a l B a r u S a y a

Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam baru saya perasan yang saya menang hadiah saguhati dalam contest Karangan Sekolah Rendah anjuran Zarul Umrella dan Abang Ensem. Syukur alhamdulillah. Dapat le RM10. Kehkeh. Walaupun hanya saguhati tapi saya tetap suka sebab erti kemenangan itu sangat candu.

Entry ini adalah sambungan kepada entry K a m e r a  D i g i t a l   I d a m a n   S a y a  semalam. Sape yang belum baca, tolom la baca. Pleasee.. ohhh.. please..please..please.. kamu jangan nakal. 

Pada hari yang saya tunggu-tunggu iaitu bila dapat je bonus raya separuh bulan gaji daripada EsEsEm yang ku cintai itu [kena 'pasang ekon' skit kat EsEsEm kalo bab-bab bonus ni], saya dengan bersemangat api, pergi ke KL Sentral untuk membeli kemre idaman. Ini dah takde survey-survey lagi dah. Bawak duit cukup-cukup RM500 je supaya saya tidak boleh dikencing oleh pekerja kedai kemre tu kot-kot dia promote suh beli kemre lagi mahal ke. Muehehe. Takpe saya faham korang nak puji saya bijaksana kan tapi korang ego nak puji depan-depan kan? 

Masa tu tenaga pun kurang sebab bulan puasa [*walaupun saya tak puasa hari tu kerana tak sihat dan perut memang berkocak nak muntah, tekak loya, tapi demi nak beli kemre, jalan jugak. Huhu.]. Sampai je kedai FotoKem kat KL Sentral, letaknya berdepan dengan cafe Swiss Oven saya terus je tunjuk kat pekerja kedai tu kemre yang saya nak. Memang sangat yakin bahawa itulah kemre yang terbaik dan akan ditakdirkan menjadi kemre kesayangan saya selepas ini. 

Pekerja kedai yang entertained saya masa itu adalah seorang lelaki jambu berbangsa cina. Beliau mengambil kemre display Sony CyberShot idaman saya tu dan kemre bertukar tangan...... Belum pun sempat saya belek sampai tembus kemre tu, lelaki tu kata.... 

"Youuu ahh... Kalo u nak beli kemre yang range harganya bawah 500, lebih baik u angkat ini kemre" *sambil menunjukkan kepada poster promosi yang memaparkan kemre Olympus berharga.... RM469 kot. Dah lupa dah plak harganya.

"Kenapa plak? Apa yang bagusnya kemre ni?"

"Kemre ni aahhh... Flash dia besar. Tengok ni;"





Saya tenung kemre Olympus tu... Ha ah kan... besar jugak kalau nak dibandingkan dengan Sony CyberShot yang ni;





Korang nampak tak? Beza kan?

Saya tak termakan lagi dengan pujuk rayu pekerja kedai tu. Saya tanya lagi, "Yang olympus ni berapa megapixels?"

"ooo... ini 14 megapixels. 5 kali zoom".


*Dalam hati "Eleh... 14 mp je. Takbest pun."


Pastu dia kata, nak beli kemre ni, megapixels tu tak penting. Pixels tu hanya untuk saiz gambar berbeza je. Then dia kata, biasanya kalo orang nak beli kemre, kena tengok jenama. Kena pilih jenama yang memang specialist kemre. Macam Canon, Nikon dan Olympus. Kalo setakat Sony tu dia kata, bukan specialist dalam bidang kemre. 

"Kalau u nak beli TV, i boleh suggest u beli TV Sony. Tapi untuk kemre, lebih baik u beli trusted brand maaa... Lagipun flash dia besar maaa"...

Last sekali saya pun termakan jugak dengan racun yang ditabur oleh mamat tu. Chisss.... Chiss se chiss...chissnya. Last sekali saya beli Olympus VG-170 tu hanya semata-mata sebab flash dia besar berbanding Sony Cyber Shot. Deng!

Lagi, dapat percuma 1 photobook 20 mukasurat. 8GB Memory card jenama Toshiba [penting ke jenama teww?? heheh], pastu dapat satu speck mata 3D sebab ada function yang boleh rakam gambar 3D pada kemre tu. Jadi, suka ke tak suka... saya dah beli pun. Huhu.... Bila dah amik gambar, test amik gambar, terpaksa la buat-buat suka dengan mutu gmbrnya... Sebab tak dapat nak compare la mana lebih baik. Sape ada kemre Sony Cyber Shot meh pinjam kejap. Nak compare kualiti gambar. Huhu... Sony Cyber Shot kuuuuuu.... Tak kesampaian.

03 September 2012

K a m e r a D i g i t a l I d a m a n S a y a

Sejahteralah ke atas kamu....

Memandangkan kamera digital Sony Cyber Shot saya telah dirompak semasa kejadian pecah rumah beberapa lama dulu, maka saya dah takde kamera dah. Kalo kemaruk sangat nak bergambar terpaksa le saya guna henfon yang megapixelsnya pun cap hayam je. Sob..sob.

Bila dah takde kemre tu, saya memang nak beli yang lain sebagai ganti. Yang baru itu nanti sudah pastilah Sony CyberShot juga. Itu je la yang menjadi idaman saya. Hehehe.. Janganlah kau menuduhku mempunyai piawaian yang bermutu rendah sebab dalam banyak-banyak brand camera, dalam banyak2 model keluaran, CyberShot cap hitik tu jugak yang saya berkenan. Ishh.. Apa nak jadi.

Kalau diikutkan hati, kamera idaman saya tentulah Digital Single-Lens Reflex. Mungkin Nikon atau Canon. Sekali dengan external flash dan external lenses pun saya nak beli. Baru la ada gaya potogeraper pofesyenel gitu. Tapi itu hanya mimpi di subuh sepi'e je. Saya sedar kewangan saya takat mana je buat masa sekarang ni, so kita mulakan dengan kamera biasa-biasa je dulu.Takyah nak duniawi sangat ye.

Agak lama tau, saya mengidam nak beli Sony Cyber Shot ni. Yang saya nak tu modelnya ialah DSC-W670. Rupa paras dia biasa-biasa je. Takde la lawa sangat. Harga pun tak mahal mana. Dalam RM499 je. Kira affordable la untuk insan-insan yang memilih kehidupan zuhud seperti saya ni. Eceywahh.. Zuhud la sangatt. Apa yang menyebabkan saya obsess sangat dengan CyberShot ni, ialah... sebab dia Sony. Huahuahua. Tak logik kan alasan? Tapi kalau orang yang kenal saya, mesti tau saya ni agak obsess dengan Sony. Kalo henfon tu, korang tak payah susah2 la nak promote brand lain yang canggih ke, sleek-design ke, function super advance ke, last-last saya mesti akan melting dengan Sony Ericsson Xperia jugak. Kuheh..kuheh. Identity kot. So, untuk camera pun sama la konsepnya. Lagipun bila baca review kat internet, mereka kata kemre ni baguih woo [bagi kategori yang setara]... 16.1 megapixels. 6 kali zoom. Lens dia tu plak Carl Zeis punye. Pastu function takyah citer la. Hehehe. Sebab yang penting brand tu je. 

2 minggu sebelum raya yang lalu... Saya dah pun beli kemre. Nak tahu saya beli kemre idaman ke tidok.... kena la tunggu ye ke episod yang akan datang. Peace yooo...




Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...