Iklan! Iklan! Sila Click!

12 September 2012

Abil Dan Gee Dari Pandangan Mata Seorang Isteri

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau orang lain mungkin tengah marathon tengok drama bersiri Adam dan Hawa, saya pulak dok marathon membaca blog Warkah Buat Isteri : From Abil To Fauziah. Gigih saya baca blog tu bermula dengan entry pertama yang telah ditulis pada April 2012. Sekarang baru sampai di archive bulan Jun 2012. Nak baca tu mudah. Nak baca dengan feeling dan faham perasaan Abil tu yang amik masa agak lama.

Bagi yang belum pernah dengar tentang mereka ini, siapa Abil? Apsal dia femes? Siapa Gee? Artis kah dia? Biar la saya brief secara ringkas je untuk orang-orang yang malas nak Google dimulai dengan pantun ini, ada ubi ada batas, ada batas belum tentu ada ubi. So next time kalo korang plak yang citer sesuatu benda tu, korang pun kena la jelaskan secara ringkas juga kat saya. Sebab saya pun pemalas jugak nak Google. Hehehe.

Abil adalah seorang suami. Gee [Fauziah] pula adalah seorang isteri [ok, takkan la Gee plak suami]. Berkahwin atas dasar suka sama suka semasa usia Abil 40thn dan Gee 35thn. Mereka tidak bercinta seperti remaja, hanya kenal dan suka. Kemudian bercinta secara serius selepas diijabkabulkan sebagai suami isteri. Selama 2 tahun bahagia mereka, kisah cinta yang sangat sweet, pujuk memujuk, manja memanjai... tiba la ke suatu hari yang tidak mungkin Abil lupakan sehingga akhir hayat pun...... Gee telah diserang asma. Semasa panik melihat keadaan isterinya yang sesak nafas, ayat terakhir Gee kepada Abil ialah, "panggil ambulan". Itu adalah ayat yang terakhir Abil dengar daripada Gee sehingga sekarang. Setelah beberapa hari berada di hospital, Gee masih di dalam keadaan yang tidak memberangsangkan doktor pula telah mengesahkan bahawa Gee telah disahkan mengalami kerosakan otak [brain damage]. Bermula saat itu, rutin kehidupan Abil berubah apabila beliau nekad untuk berhenti kerja semata-mata untuk menjaga isteri yang amat dicintainya walaupun isterinya langsung tidak dapat bergerak, wajah sudah berubah, berat badan telah susut dan tidak mungkin tidak lagi dapat memahami apa yang sedang dialaminya.

Okay. Enaf la sinopsis kisah Abil dan Gee. Saya ni kan cengeng. Bila baca blog Abil, bertambah la cengengnya saya. Kalo menangis plak menangis beriya yang berjurai-jurai airmata keluar. Sedih sangat tau... Ada 2 sebab saya sedih. Pertama sedih bila saya dapat gambarkan betapa perasaan rindu Abil kepada Gee. Korang pun mesti biasa rindukan seseorang kan? Bila kita rindu tu, kita rasa mcm nak dia ada di sisi. Nak dengar dia bercakap dengan kita nak bergurau senda, tapi bayangkan perasaan Abil yang rindukan Gee. Sedangkan Gee ada di depan mata. Tapi tak dapat lakukan semua kenangan indah dulu bersama. Maha Suci Allah. Sangat rindu rasanya.

Sebab yang kedua kesedihan saya pula ialah bila saya bayangkan perasaan Gee itu sendiri sebagai seorang isteri. Kita tahu beliau mengalami brain damage. Kita pun tak tahu sejauh mana ingatan dia, sejauh mana otaknya dapat berfungsi walaupun sedikit. Tapi daripada cerita Abil di dalam blognya... melalui respon yang telah diberikan oleh Gee.. Seolah-olah, Gee memahami apa yang dialaminya. Bila dia inginkan perhatian. Dia merajuk. Dia muram. Seperti dia ingat dan masih kenal Abil. Walaubagaimana pun, dia tidak dapat bertindak balas dengan begitu banyak untuk Abil. Itu yang membuatkan saya sedih. Sebagai contohnya semasa saya sakit. Sakit yang biasa-biasa je cam demam ke, atau sekarang ni morning sickness, kemudian suami saya jaga saya semasa sakit, dia juga yang membuat semua kerja rumah. Waktu itu saya memang rasa nak nangis. Sebab saya tak dapat nak lakukan semua tu untuk suami. Saya terharu sebab suami menjaga saya ketika sakit. Itu saya. Yang hanya sakit pening biasa-biasa je. Kalau Gee? Jika benarlah dia sedar dan faham apa yang terjadi, saya yakin dia tentu jauh berganda-ganda lagi sedih. Sedih dan dalam masa yang sama rasa terharu sebab mempunyai suami yang bertanggungjawab. Sedih sebab tidak dapat menghiburkan suami seperti selalu walaupun suami telah redha kepada dia dan hanya mengharapkan dia sihat sahaja.

Jadi itu la... apa yang saya rasa. Sayu sangat bila membaca kisah kerinduan Abil. Sedih juga bila membayangkan perasaan Gee pada ketika ini. Untuk Abil dan Gee... Saya doakan agar Allah memberikan yang terbaik untuk kamu berdua. Pasti ada perkara baik untuk kamu berdua nanti InsyaAllah. Maaf jika ada terkasar bahasa.

*jika Abil terbaca, saya cuma nak request untuk dia ceritakan, macamana serangan asma boleh jadi sangat serius sehingga brain boleh damage? Sungguh-sungguh nak tahu. Sbb ahli keluarga saya pun ramai yang ada asma. Atau doktor ada tersilap bagi ubat? Kalau tak keberatan ye. :)*

12 comments:

  1. Mengikut kata Abil (ini berbualan kakcik dengan Abil masa kakcik singgah ke rumahnya), walaupun otak Gee 'lumpuh' tapi hatinya masih berfungsi. InsyaAllah, Gee masih boleh respon pada sentuhan Abil.

    Gee memang menghidap lelah. Pada waktu serangan yang mengakibatkan brain damage itu, oksigen tidak lagi masuk ke otak. Bila dalam tempoh 3 minit (kalau kakcik tak silap), otak tidak menerima oksigen, ianya boleh menyebabkan otak gagal berfungsi. Begitulah lebihkurang.

    Sama2 kita doakan agar Allah SWT memberikan keajaiban buat Gee. Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kakcik di atas maklumat ini. Baru la saya tau. So, memang takleh main2 la kalo kena asma ni.

    ReplyDelete
  3. thanks Lyd sebab beri link tu, bolehlah saya baca nanti.

    saya juga turut terharu dengan kisah mereka...Moga Allah memberi yang terbaik buat mereka..

    ReplyDelete
  4. saya tau secara umum je kisah mereka. bila baca gini, berbaur rasa..sebak, terharu. boleh bygkan perasaannya.

    insyaallah dgn doa org ramai, si isteri mampu sembuh dan si suami terus tabah dan sabar. sungguh besar ganjaran akhirat bgnya.

    ReplyDelete
  5. Kisah mereka dah tersiar dlm muka depan akhbar Sinar Harian Ahad dan Isnin lepas (hari Ahad tajuknya kalau tak silap: "Aku Cinta Padanya"). Saya tak pasti sama ada suami atau isteri lain (termasuk saya) setabah Abil dlm menghadapi saat2 getir itu.

    Yg mendukacitakan ialah apabila Abil menyatakan dia menerima SMS kutukan krn mendedahkan kisah benar dlm blognya. Mereka menuduhnya menagih simpati dll..Saya pun tak paham mengapa ada org sekejam itu, bukannya nak simpati, mengutuk lagi. Kalau kena diri sendiri baru tau langit tinggi atau rendah...

    ReplyDelete
  6. Nita : Sama-sama. Saya berbesar hati untuk berkongsi kisah ini sbb pengorbanan tu boleh memberi inspirasi kepada ramai org.

    Ujie : Harap-harapnya begitulah. Mereka pun memang perlukan doa kita semua.

    JR : Itu la.. SMS kutukan tu memang saya paling tak faham. Kalau tak berada di tempat Abil, janganlah pertikaikan masalah orang lain. Tapi Abil sendiri kata dia maafkan orang2 tu, jadi kita pun doakan je la supaya org yg mengutuk tu akan diberi petunjuk oleh Allah.

    ReplyDelete
  7. salam akak.. lady baru meneroka blog uncle abil semalam.. lps satu entry kepada satu entry yang lain.. amat2 terharu dengan pengorbanan yang dilakukannya.. sukar tuk mendapatkan suami yg mcm ni.. sgt2 terasa.. trgt plak suami lady yng sanggup terima lady yang ade mslh spinal ni.. adakah beliau akan sesabar uncle abil.. huhuhuhuhu.. sangat2 bimbang.. :(..

    akak, lady skrg buat business fotografi, akak like page lady ek.. :) ni linknye..

    https://www.facebook.com/fathumohamadphotography

    kalau perlukan fotografer, akak pm lady ek.. hihihihi.. lady msh dalam permulaan, maka lady trm tuk kwsn trg ngn kelantan jerk.. nanti lehla lady kenal akak scr real..

    ReplyDelete
  8. Salam..uhk uhk uhk..saya pun dah baca blog Abil tuu..sedihh, nak nangiss..uhuk uhuk uhuk...Cian dia org kan.......hehehehehehe

    Thank you dari me n gee coz sudi share cita kita ni,,tq, tq yea..

    kakcik, tq tolong jelaskan,,we love u muah muah ( tu Dari GEE )..hehehe

    ReplyDelete
  9. lya dh lama ikuti kisah ni.. sjk dr mula dia bblog.. syukur krn dikurniakan suami y ikhlas bersamanya..maknanya mencintainya seadanya..mencintainya dari HATI..

    bila baca kisah ni teringat gak ketabahan fain menjaga & bersabar dgn lya smasa lya lumpuh.. tiap2 hari berkejar ke ofis, pastu t.hari balik utk mandikan lya & beri makan.. & sampai skarang, walaupon dh makin sihat (insyallah), fain still hantar & ambik lya kerja.. sejak 6 thn ni, lya dh x pnh memandu.... kdg2 rasa myusahkan dia... sbb tu lya nak sgt belajar balik bawak kereta.. tp, fain izinkan.. katanya "selagi abg ada, biar abg je y hantar ambik"... tp, itulah..sampai bila kan??

    eyh..termelaluk lak kisah lya.. huhu.. baru2 ni kisah ni masuk paper kan.. smoga allah merahmati diatas setiap kebaikan suaminya menjaga isterinya dgn penuh kesaaran & keihlasan..

    ReplyDelete
  10. LadyBird : InsyaAllah nanti akak join page Lady tu. Dan insyaAllah juga suatu hari nanti kita akan jumpa dan kenal. Mmg terharu kan baca kisah tu. Heheh.. lady siap panggil uncle abil, akak plak panggil nama je. Kekek.

    Abil Fikri : Sama-sama. Semalam dah tgk kat tv9 dalam berita.

    LyaAfrina : Ha ah kan.. saya pun terlupa yang Lya pernah alami pengalaman seumpama ni dulu. Beruntung juga Lya sbb ada suami yang betul2 ikhlas cintai Lya. Harapan saya semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada di dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  11. Kite dah lama tau psl blog ni sebelum digempar-gemburkan (betul ke ni). Memang sedih... kitepun gigih baca dari mule sampai abes entrynya satu hari suntuk (tipulah tu) Memang susah nak carik lelaki yg mcm dia tu. Allah ajelah yang balas pengorbanan dia di akhirat sok. Tp kt dunia ni pun Allah dh bg cam murah rezeki dia kan? Hmmm... Lyd, kite pun pesakit asma gak tau. Kalau nak tau, asma ni boleh bawak maut dalam masa 1 saat aje. Tapi apepun, Allah lebih mengetahui...
    My latest Entry :)
    Jamuan Ghayer Opis Tahun

    Ni

    ReplyDelete
  12. ada jugak baca pasal ni. cerita dia orang pun ada keluar dalam metro mac 2012.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...