Iklan! Iklan! Sila Click!

13 September 2012

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Sejahteralah ke atas kamu....

Rasanya semua blogger yang mempunyai akaun Nuffnang perasan tentang perubahan design layout dan template website Nuffnang. Design yang baru sudah tentulah lebih kontemporari dan nampak lebih sophisticated [amik hati kehkeh].

Kalau kamu perasan, sejak website Nuffnang berwajah baru, penggunaan nama lain bagi campaign [iklan] Nuffnang juga dah berubah. Kalau dulu, dipanggil Buffered Earning atau ringkasnya BE, sekarang ditukar menjadi CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ringkasannya CPUV. Panjang la sikit namanya berbanding BE. 

Apa Itu  CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns?
CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni sama saja konsepnya dengan Buffered Earning (BE).  Iaitu pengiklan membeli sejumlah nombor bagi Unique Visit di blog kamu. Campaign iklan itu akan berakhir apabila Unique Visit tersebut telah expired.

Cost-Per-Unique-Visit - This means that the advertiser purchases a number of unique visits from your blog. The ad campaign will end once the number of UV's have been expired.

Mengikut kefahaman saya, pengiklan pilih blog untuk iklankan campaign dia, lepas tu pengiklan akan membayar berdasarkan berapa jumlah Unique Visit yang blog kamu terima setiap hari. Lebih kurang macam dalam surat khabar, orang yang nak iklankan produk mereka dalam surat khabar kena bayar mengikut saiz iklan tu kan? Cuma untuk blog ni, dibayar berdasarkan berapa Unique Visits yang kamu ada. Macam sewa tapak iklan la gitu.

Kriteria yang diambil kira oleh pengiklan untuk memilih sesebuah blog itu untuk memasukkan iklan mereka ialah berdasarkan siapa audience blog kamu. Kalau blog tu banyak menceritakan tentang kecantikan dan pembacanya pula adalah wanita, mungkin pengiklan kosmetik yang berminat.

Bukan blogger yang tentukan sama ada dia layak dapat CPUV atau tidak, tetapi pengiklan yang pilih. Kalau nak tau beberapa tips untuk meninggikan peluang blog kamu mendapatkan CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ini, boleh rujuk kepada blog JIWASYAMSUL ini.

Ini contoh status earning bagi CPUV Campaigns saya. 


Nampak tak betapa lamanya nak mendapatkan Buffered Earning (BE) atau Cost-Per-Unique-Visit (CPUV) ni? Dari bulan May 2012, saya hanya berjaya mendapat singgit sebelas sen jewww.. Sob..sob.. [jgn tak bersyukur eh. Tu rezeki jugak ade faham?]. 

Memandangkan tajuk Buffered Earning tu dah bertukar, maka dah tentulah istilah untuk statusnya juga bertukar. Dulu masa BE rasanya mereka gunakan perkataan 'Buffered' jika sesuatu campaign tersebut telah berhenti dan kalo masih ada saya tak ingat dipanggil apa sebab tak pernah fokus pun dengan benda2 ni sebelum ni [haa.. patut le blog ko ni suam2 kuku je manjang. Takde kemajuan langsung.].


So, sekarang kalo campaign itu masih berjalan di blog kamu, status yang akan kelihatan ialah 'On Going' dan jika campaign telah berhenti, statusnya 'Credited'. Tengok le contoh gambar yang saya tepet tu. Itu CPUV saya la. Tak hebat pun mcm blogger otai. Sesuai la dengan kemalasan saya blogwalking serta malas update blog. Pastu contents blog ni pun bercampur aduk, ada ilmiah, ada lagho, ada bosan, ada yang menyeronokkan [ macama kinder joy]. Tapi kebanyakannya syok sendiri je punya cerita. Hahaha. Okay. Harap boleh faham penjelasan saya pasal CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni.

12 comments:

  1. Terima kasih. Barulah kakcik faham. :)

    ReplyDelete
  2. okla tu lyd..much better drpd saya yg tak penah dpt BE/CPUV tu. saya mmg tak mungkin dpt..sbb dgn sengaja cuma letak 1 drpd 3 ruangan ads.

    ReplyDelete
  3. FIeda : Thank you.

    KakCik : Kakcik lagi otai dari saya dalam dunia blog ni.

    Ujie : Saya pun tak fokus sgt, kebetulan je ternampak ada. So cerita la skit.

    ReplyDelete
  4. wah, jadi tambah menarik neh, coba aku pelajari untuk blog saya.

    ReplyDelete
  5. Lohhhh selama ni ghupenya maksud yg lebih tepat= sewa tapak ajew!!!?? Jenuh ku carik dalam kamus dewan tak jumpe (macam carik). Maseh la bg info ye sbb kalau tak gue pun kan pedulik pun menatang ni. Yg tau nak cek ade naik ke tadak pastu nak bising macamlah blog selalu ade visitor pun akaka.... *sedar dirik*

    ReplyDelete
  6. ooohhh... baru taw.. Ahlam pn dah lama xbuka akaun nuffning Ahlam...huhuhu

    ReplyDelete
  7. sekurang2nya ada drpd tak ada langsung. hehehe...

    ReplyDelete
  8. ooo..mcm tu rupanya. bagus info ni, terimakasih :D

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...