Iklan! Iklan! Sila Click!

25 September 2012

Mahar Wanita

Sejahteralah ke atas kamu....

Isu tentang mahar ini mula menjadi perhatian bila bertambahnya bilangan kes keruntuhan moral, penzinaan dan buang bayi. Dikatakan bahawa merendahkan mahar adalah salah satu jalan untuk mengelakkan zina. Rendah yang sepertimana? RM10? RM100? RM1000? Adakah dengan cara merendahkan mahar itu betul-betul boleh mengelakkan masalah sosial seperti yang didakwa?

Mahar atau mas kahwin saya hanya RM22.50, tunai. Itu amaun yang disarankan di negeri Pahang. Murah je kan? Tapi yang dimaksudkan supaya diturunkan tu mestilah bukan mas kahwin yang itu. Tetapi wang belanja hantaran. Yang main puluh-puluh ribu dah sekarang. Nak cari yang perempuan yang belanja hantarannya di bawah 10k zaman sekarang ni memang keajaiban alamlah tu. Padahal wang hantaran itu hanya adat Melayu. Dalam Islam tidak ada pula ditetapkan perihal wang hantaran untuk dibuat belanja tu. Inilah susahnya jadi kaum yang takkan hilang di dunia ni. Benda yang tidak ada, diada-adakan. Benda yang sepatutnya ada dihilang-hilangkan. Orang suruh ikut syariat Islam, dia ikut syariat Hindu. Lenkali, syariat Hindu, biarlah orang Hindu je yang ikut.

Dari Aisyah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara tanda-tanda berkah perempuan adalah mudah dilamar, murah maharnya, dan murah rahimnya.” (HR. Ahmad). Sumber.

Secara ikhlasnya saya katakan bahawa wang hantaran yang rendah memang memudahkan perkahwinan. Tetapi belum tentu akan dapat menyelesaikan masalah penzinaan dan buang bayi. Sebab bagi saya, orang yang buang bayi kerana telah berzina itu, bukan berzina kerana tidak mampu berkahwin, tetapi kerana memang TIDAK MAHU berkahwin. [Biasanya yang tak mau berkahwin ni lelaki yang nak ambil kesempatan. Perempuan biasanya selalu tak sabar nak kawen tapi terpaksa tunggu lelaki masuk meminang]. Kita boleh fikir la... Kalau seorang lelaki yang betul-betul nakkan seseorang wanita itu, kalaupun mereka telah berzina sehingga wanita itu melahirkan anak, lelaki itu pasti tetap akan bertanggungjawab. Tidak akan meninggalkan wanita itu menghadapi masalah tersebut sendirian. Selama ni, yang buang bayi tu biasanya wanita yang berkeseorangan. Yang tidak dapat kerjasama daripada lelaki yang menzinai dia. Cuma ada la beberapa kes yang lelaki tu sendiri tolong buang bayi luar nikah yang dilahirkan oleh teman wanitanya. Tapi sangat sedikit.

Bagi saya, kalau hubungan antara lelaki dan perempuan pada zaman sekarang ni terlampau bebas, tak kira la wang hantaran tu murah ke mahal, masalah sosial  dan penzinaan itu tetap akan ada. Jangan salah faham ek. Wang hantaran murah tu saya setuju. Tapi jangan la murah melampau. Agak-agak la. Biar pihak perempuan dapat buat kenduri walimah secara sederhana. Demi untuk menghebahkan perkahwinan tu jugak. Cuma, diantara 'wang hantaran mahal' dengan 'masalah sosial' itu sebenarnya tak berkait rapat pun. Kalau berkait pun setakat berkaitan sipi-sipi je. Masalah sosial perlu ditangani dengan kefahaman Islam tentang batas-batas pergaulan. 

Lelaki dan perempuan tu sendiri kena faham setakat mana mereka boleh bergaul. Mereka selalu kata, oleh sebab wang hantaran yang diminta oleh pihak perempuan terlalu tinggi, maka ini menggalakkan penzinaan sebab tak mampu berkahwin. Dah tu, kalau ikut betul-betul batas-batas pergaulan dalam Islam, berjumpa pun tidak, bertelefon pun hanya tentang perkara penting dan tidak bercakap perkara-perkara sia-sia... nak zina ikut mana? Ada rasa nak berzina juga ke? Tak mungkin terjadi kan? Sama ada wang hantaran itu rendah atau mahal. Tapi, kalo dah selalu berjumpa, mata bertentang mata, tangan bersentuhan, tersenggol dan segala ter..ter.. lagi.. walaupun wang hantaran tu hanya seposen pun, tetap juga ruang untuk berzina itu terbuka. Faham tak maksud saya?


25 comments:

  1. iyelah lyd. faktor hantaran bkn punca utama penzinaan. mcm lyd kata, kalo betul ikut syariat mmg takde jalan zina.

    kalo mmg dah mampu & setuju kawin pun, zina tetap terjadi sbb tak kawal pergaulan ikut syariat.

    zina jadi isu sbb byk anak luar nikah. tapi bila zina tak menghasilkan anak luar nikah..org terlepas pandang yg tu pun perlu dicegah.

    *sama ya dgn mas kawin saya (johor)..22.50!

    ReplyDelete
  2. good point lyd...setuju dengan entry nie...

    ReplyDelete
  3. entry menarik.. pergaulan yg bebas punya segalanya...dari zina, buang malah bunuh.

    ReplyDelete
  4. kalau duit mas kawin tu mmg tak de masalah kot kan... biasanya ler masih mampu.. tapi duit hantaran tu yg jenuh memikir kadang2 tu.. kalau dah yang mmg berduit.. bagi yg tak berduit banyak... tu la salah 1 faktornya..

    ReplyDelete
  5. Ujie : Kdg2 saya tgk org2 ni cuba nak nafikan apa yg sepatutnya dilakukan utk mencegah zina dan buang bayi. Pastu mula la bagi cdgn pelik2, sbb nak buktikan jugak bahawa hukum Allah itu tak sesuai utk zaman skrg.

    Mass : TQ Mass..

    Ema : Kita harap kita mampu mencegah. Paling tidak utk anak2 kita nanti kan?

    Jassnani : Duit hantaran tu la yg biasanya tak logik. Mas kawin tu mmg rendah je biasanya.

    ReplyDelete
  6. memang pergaulan bebas punca utama... bukan mas kawin ke... hantaran kee... kalau mengikut biologi bagi naluri seseorang perempuan dan lelaki pada peringkat awal baligh mereka lebih cenderung untuk berzina 9x ganda dari yang berumur 30 tahun dan ke atas... biasanya usia baligh perempuan lebih awal 3-5 tahun berbanding lelaki...

    masa inilah didikan agama sempurna perlu diterapkan sekuat2xnya...

    ReplyDelete
  7. apa2pun semuanya ats diri sendiri.kalau tau hukum Allah..insya Allah selamat

    ReplyDelete
  8. setuju.. orang suka mencari alasan.. supaya dia dapat apa yang dihajati.. kalau dah murah sangat macamanakan...

    ReplyDelete
  9. sy faham & sy setuju..=) takut dgn pergaulan bebas skang..mcm2 jd..kita trdedah dgn bala dri Allah swt..aduhh..

    ReplyDelete
  10. setuju ngan N3 ni, masalahnyer masyarakat kita hari ni masih lagi meletakkan hantaran yg mahal. Tapi bukan punca utama berlakunye masalah sosial, kena lakukan sesuatu dulu utk membendung gejala sosial ni dari berleluasa !

    ReplyDelete
  11. mslh sosial ni xde mengena ngan mahar pun sbnr nyer. kaitan dgn kegatalan & nafsu muda ada la. so girls out there, jaga la diri masing2 elok2. psl wang mahar tu, pandai2 fikir sendiri. yg nak kawen tu bkn bdk kecik pun kan, sampai x leh fikir sendiri.

    ReplyDelete
  12. pokok pngkal pada niat yg nak buat jahat tu...jgn jadikan alasan mahar tinggi or rendah...

    tpi mmg kdg2 jadi trend semua nak tinggi..ptt ikut kmampuan yg nak kawin...kdg2 org kita suka letak...yg ada degree 15K ke atas..sbb diploma jek dah 10K...pdhal baru jek dpt gaji pertama dah nk kawin..abis tpksa bhutang...pinjam bank sbb nk hantaran tinggi...
    dah kawin anak 3 pun hutang tak abis lagi..camne? huhu

    tepuk dada tanya iman..kawin kerana nk mnunjuk atau kerana Allah

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...betul tu faktor hantaran bukan penyebabnya perkara2 yg x diingini berlaku itu semua terpulang pada hati dan perinsip kitakan...;)

    ReplyDelete
  14. didikan agama tu penting..balik kepada fitrah..ni kes yang jauh dari agama dan tuhan la sebab jadi camni..hidup bertuhankan nafsu..

    #pasal hantaran kawin mahal ke apa ke soal no2..islam tu mudah..kita yang susahkan..

    ReplyDelete
  15. Lupa jwb soalan lyd..
    A'ah..saya dah lalui prosedur x-ray tu. terpaksa woo..

    ReplyDelete
  16. >>> pstt.. itu ler dik.. hari tu jalan2 blog walking kat blog sape tah.. tak ingat... dia tunjuk ada taman rusa/kancil kat taman tasik perdana.. mcm best.. tu yg nak bawa anak gi sana.. tapi masih lom jumpa taman tu.. next time nak cari lagi... siap leh masuk dlm taman tu main ngan rusa tu yg best..

    ReplyDelete
  17. kenapa pihak lelaki kena tanggung kenduri pihak perempuan (melalui wang hantaran berpuluh ribu)?

    Masing-masing punya anak masing-masing tanggung la kan? Bila pihak perempuan dah hantar pengantin perempuan masuk ke rumah pihak lelaki, barulah lepas hak mak bapak perempuan tu kan?

    kalaulah masing2 tanggung, rasa-rasanya wang hantaran tak lah sampai berpuluh ribu...kan?

    ReplyDelete
  18. pucuk pangkalnye nafsu kita la...kalau pandai kawal...insyaAllah selamat :)

    Mas kahwin sy pun murah je...hantaran pun sesederhana mungkin takdelah mcm org zaman skrg puluh2 ribu segala...huhu

    ReplyDelete
  19. Kazman/Sue : yang peringkat awal baligh ni la yang paling ramai pregnant luar nikah. Cuma tak masuk dalam surat khabar je.

    Pen Biru : Ye betul. Kalau boleh, dari rumah dah dikuatkan akidah anak.

    Cho Zila : Ye kan. Kalo dah murah sangat nanti timbul plak isu lain. Isu isteri diabaikan selepas kawen yang sekarang ni pun dah banyak berlaku.

    MakweKintan : Kita takut. Ini pun dah zaman kita. Zaman anak2 kita nanti, nauzubillah. Mohon dipelihara oleh Allah.


    Kesuma Angsana : Itu la.. Kalo nak kata pasal hantaran mahal yang menyebabkan seks luar nikah, abih yang budak skolah bawah umur tu, takkan le sbb hantaran tinggi jugak? Skolah lagi kan.

    Aswadz : Mmg Aswadz. Kalo betul-betul nak kawen, pasti ada jalannya. Allah tentu akan tolong. Ini kalo dah mmg tak berniat nak kawen, itu masalah dia.


    Sisdee : Yang buat loan sebab nak cukupkan hantaran tu lagi la haru. Anak 6 pun belum tentu habis bayar lagi. Tambahan lagi dgn utang keta dan rumah plak lepas dah kawen. Kalau semua pihak faham agama, semua masalah hantaran tinggi ni takkan timbul.


    Maszull : Ye mama. Bergantung kepada couple tu sendiri. Masing-masing perlu tau tanggungjawab masing2 kepada keluarga, tanggung jawab nak menjaga nama baik keluarga.

    YM Bundle : Ha ah bundle. Setuju dgn komen ni. Islam tu mudah. Tapi org Melayu Islam ni suka susahkan. Atau pun option kedua, mereka ambil mudah terus. Kawen nak gempak2. Kdg2 anak dah okay nak sederhana, tapi parents plak yg tanak kalah. Payah betul.


    Ujie : Sakit ke? Takpe la. Asalkan selamat ujie.

    Jassnani : INgatkan kat jepun je ada. Nanti insyaAllah nak pergi jugak la bila anak dah lahir. Tapi masuk mesti mahal.

    Nizam Ariff : Sepatutnya mmg pihak lelaki tak perlu tanggung kenduri pihak perempuan. Cuma ikut budi bicara la nak bantu ke tak kan. Kan nanti mak pompuan tu akan jadi mak mentua dia jugak. So, tolong la apa2 yang mampu. Tapi kalo sampai melampau nak berpuluh ribu sebab nak bertanding dengan jiran, majlis siapa lagi gempak pastu mintak pihak lelaki tanggung, itu tak patut la. Sian la kat lelaki. Mereka pun baru nak mulakan kehidupan.


    Mrs R : Mmg sepatutnya macam tu la Mrs R. Duit hantaran saya pun lebih rendah daripada harga pasaran sekarang. Benda2 macam tu bukan org ingat pun bila majlis dah selesai. itu kita sendiri je yang nak syok sendiri kalo hantran mahal pun.

    ReplyDelete
  20. Faham dan setuju...Yang penting asas agama dlm diri individu tu sendiri yg perlu diteapkan...

    ReplyDelete
  21. lya setuju dgn kata awk....
    walaupun wang hantaran murah... kes ni mmg xkan bkesudahan.. kebanyakan kes ni berlaku kerana nafsu.. masing2 masih belajar... & sah2 xde komitmen lg berumah tangga.. tp oleh krn nafsu memuncak..tu lah tjadinyer kes zina ni.. x mgira usia sebnarnya.. tua+muda.... x mgira pngkat atau darjat... semuanya drp HATI & akal fikiran....

    ** tba2 lya terasa sgt2 beruntung bkahwin d usia y muda.. sekurangnya.. dpt elakkan zina.. & alhamdulillah.. dipermudahkan segala urusan & dgn wang hantaran y x membebankan...

    ReplyDelete
  22. Yg mendukacitakan kes zina yg masuk paper dan TV tu kebanyakannya muka Melayu. Bila Melayu dah sahlah Islam, walaupun Islam melarang segala pelakuan itu...

    ReplyDelete
  23. Paham che'egu! Reason dia bukan pasal duit bagai sebenarnya. Pokonya kalau iman dan amalan cetek, sume yang dilarang Allh SWT tu memang tak rasa berdosa pun bile nak membuatnya. Renung-renungkan dan selamat beramallll!
    My latest Entry :)
    WW: Alhamdulillah! Saya OK!

    ReplyDelete
  24. hawa nafsu yang tak terkawal sebenarnya. wang hantaran tu untuk support majlis. unless kalau dah banyak duit sangat boleh la simpan wang hantaran tu dan duit utk majlis guna duit lain. mcm saya duit hantaran mmg guna untuk majlis kawin. tak ada pun utk saya kecuali mas kahwin.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...