Skip to main content

Nose Pack

Sejahteralah ke atas kamu....

Ini namanya adalah Nose Pack. Pernah dengar Pore Pack daripada Biore? Ye, konsepnya sama. Cuma bentuknya berbeza. Kalau Pore Pack datangnya di dalam bentuk pelekat untuk ditampalkan di hidung, Nose Pack ini pula berbentuk pekatan berwarna putih yang apabila kering akan menjadi seperti plastik yang elastik. Kalau siapa biasa skodeng orang buat kerja paip, benda ni bila dah kering sebijik akan jadi mcm pita warna putih yang orang buat ikat paip tu.


Cara nak pakai Nose Pack ni, ambil dalam amaun 3 titik letakkan pada jari kemudian ratakan di sekeliling hidung yang ada black atau white heads. Pakai macam pakai masker tu ye. Bila dah kering, boleh tanggalkan masker nose pack tu daripada hidung. Nanti akan kelihatan blackheads yang bermastautin di sekitar lobang hidungmu. Kalau saya, kurang banyak sangat hasil tuaian blackheads saya tak tau le napa. 

Tapi awas! Achtung! Bila nama dia dah Nose Pack, korang jangan buat kreatif plak nak pegi tepet seluruh muka. Kalo tidak, tanggung le sendiri azabnya nak peel off masker tu daripada muka. Sebab muka kita ni penuh dgn bulu2 halus yang kita tak nampak. Bila masker tu ditarik bersama bulu2 tu, mak aihhhh.... 'lazat' tak terperi je rasanya. Huuhuhuhu... *ini pengalaman saya sendiri ye.

Nose pack ini murah je harganya. Di Daiso IOI Mall Puchong harganya hanyalah RM5. [Barang2 kat Daiso memang semua RM5 pun. nak buat cemana kan?]. Produk daripada Nippon/Ni-hon.

Comments

  1. mcm best jgk..slalu guna yg biore pore pack tu je...blh try yg ni plak kan =)

    ReplyDelete
  2. wah best juga kalau cuba ni

    ReplyDelete
  3. wahh..nak sikit..kalau tau suh ngah bawa masa open house sabtu ari tu

    *cis kedekut nak beli sendiri

    ReplyDelete
  4. ecece... ni promote nose pack ke promote gmbr kat blkg tu? hehehe...

    ReplyDelete
  5. sori awk..lme x dtg sini..kekangan masa nk hadap blog..huhu..

    wah..bgus ni.. lya pnh pakai y masker muka kaler hitam tu.. natural pack..beli on9 smpai rm15... huhu..padahal kalo beli kt kdai dia just rm5 je kan.. mmg azab la time cabut.. mgalir air mata ni

    ReplyDelete
  6. bila Lyd ckp sakit masa nak tanggalkn..takut la nk try. saya ni penakut sakit.

    ReplyDelete
  7. Wahhh nanti nak cube kat pak ustad punye dagulah! Nak tengok dia rasa lazat tak taim tarik tu ngeh, ngeh, ngeh... (Biniku gengster)
    My latest Entry :)
    Nak renovate rumah? Camno?

    ReplyDelete
  8. boley try nieh..harga murah..so ok lah..daripada beli memahal..tapi ta menjadi sangat..hehe..

    Thanks

    ReplyDelete
  9. Hheee, lama tak bermasker macam ni, hidung pun dah macam tak tertanggung dengan black/white ni :)

    ReplyDelete
  10. Karukord : Boleh..boleh..

    Kak Chik : Hehehe... nak mancungkan idong kena guna silikon.

    Vanilla & Kesuma Angsana : Agak best la bagi produk yg berharga RM5.

    Ina : Nanti balik kampung la aku bagi ko. Muka ko ada black heads ke? Aku tgk mcm takdok je.

    Ahlam : Menarik jugak awak. Boleh la try.

    Aswadz : Alamak.. dia tau plak saya nak promote gmbr belakang tu.

    ReplyDelete
  11. Pen Biru : Best jugak awak

    Mama Ema : Boleh la awk try nanti.

    Lya : Ha ah, sebab tu takleh letak kat satu muka. Kena letak kat hidung je. *takpe awk, saya tau awk bz.

    Khairul : Abg dah pun komen. Heheh..

    YM Bundle : Kedai tu ada banyak cawangan lagi. Kat 1 utama ada. Jusco taman maluri. Nanti ko check kat sini ;http://trailsshoppers.blogspot.com/2012/01/new-daiso-jusco-taman-maluri-daiso.html

    Nafisa81 : Tak jadi apa pun kalo letak kat ketiak. Sebab dia tak mencabut bulu pun. Bulu muka yg halus tu pun tak tertanggal pun. HUhu.

    Ujie : Kalo letak kat hidung tak la sakit pun. Yg sakit tu seluruh muka.

    Farah Deeb : Bini pak ustad gangster betul ni. Hahah.

    Nurhafizah Hussain : Ha ah awk. Betul tu. Lagi pun yg ni takde la side effect apa pun. Dia terus kering dan kita peel off je.

    Myra Jay : Haa.. sesuai la tu kalo awk nak try. Heheh.

    ReplyDelete
  12. Sal Ya : Boleh, kalo betul2 nak nanti saya belikan bila pergi 101 mall. Hehe.

    ReplyDelete
  13. Bab nak tarik dari hidung tu tak tahan.... konfirm sakit :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya