Iklan! Iklan! Sila Click!

14 September 2012

Emas

Sejahteralah ke atas kamu...

10 tahun dulu harga seekor kambing ialah RM200, harga bagi 5grams emas pun RM200. Kita pun ada duit kertas berjumlah RM200.

Jadi, kalau dengan 5grams emas, kita boleh beli seekor kambing gurun. Dengan duit kertas RM200 pun kita boleh beli seekor kambing jugak pada masa tu. Betul?

Okay, cuba kita bayangkan kita simpan emas 5grams dan duit kertas RM200 tu sampai sekarang. [jangan kira pertukaran design duit kertas tu la ye. Kalo gitu mmg confirm la tak laku duit kertas tu.]. 

Sekarang tahun 2012 ni, katakan harga seekor kambing = RM1000. Harga 5 grams emas  juga sudah meningkat = RM1000. Tapi duit kertas kita tadi, masih RM200. Betul kan? So, nampaknya... emas masih tetap bernilai walaupun 10 tahun berlalu. Sedangkan duit kertas? Dah susut nilainya sebanyak RM800. 

Saya cuba nak kongsi dengan kamu, tentang betapa pentingnya kita mengumpul aset emas di zaman sekarang ni. Sebab nilai duit kertas semakin lama semakin jatuh. Walaupun jumlah duit tu ada banyak keping, malah kalau ada selori sekali pun, tapi nilainya rendah berbanding selori emas heheh. Mungkin pada satu masa, nilai tu langsung tiada. So, kalo ada banyak duit simpanan, belilah emas. Memang la simpan emas bahye. Banyak risiko kena rompak atau sebagainya. Tapi pandai-pandai la kita sorok.
Tengok ni org Zimbabwe. Duit 100 billion hanya boleh beli telur 3 biji je. Jangan perasan sangat yang Malaysia takkan jadi cenggini walaupun kita ada perdana menteri yang bijaksana.

Ni persediaan kita untuk menghadapi zaman gelap satu masa nanti. Di mana pada waktu itu, duit kertas dah tak laku, dan org hanya terima emas di dalam urusan berjual beli. Semalam, kawan saya update harga emas terkini, 1 gram = RM205 utk emas 999.9(24karat) dan RM195 untuk emas 916(22karat). Dijangkakan, harga bagi 1 gram emas akan meningkat sekurang-kurangnya RM400 ke atas dalam setahun 2 ni.

Pompuan-pompuan yang suka beli barang mahal-mahal, kasut mahal, henbek mahal, pinggan mahal, baju mahal dan semua mahal-mahal, pekata tukar minat tu untuk beli emas. Sebab nanti, baju mahal tu kalo jual pun, takkan meningkat punya harganya. Itu pun kalo laku la dijual. Sapa yang tak mampu nak beli emas, boleh mula kumpulkan perak [silver] yang telah dijadikan dirham. 1 dirham buat masa ini harganya dalam RM26 camtu. 

Itu je la... Tak faham angkat tangan.

*sape nak tau lebih lanjut cara-cara untuk kumpul aset emas dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, boleh tinggalkan email kat komen, nanti saya cerita. Takde keuntungan apa2 pun utk saya tau. Cuma nak kongsi je sesama umat Islam.

21 comments:

  1. ada gak terfikir ..tp x tau cara mana yg baik.. idea???

    ReplyDelete
  2. Kyo : Cara mana tu maksud kyo yang mana? Cara buka akaun saham emas atau beli emas fizikal ke? Kalau mcm tu, saya prefer awak beli emas fizikal. Sebab emas tu kita nampak. Dan kalo buka akaun emas tu, angka itu hanya tercetak di kertas [buku bank]. Dah hampir sama konsepnya dgn duit kertas la kan? Kalo nak tau cemana, nnt saya email awak. Saya share cemana teknik2nya. Jgn risau, saya tak jual apa2 pun dan bukan MLM jugak. hanya nak share dgn kawan2. Tapi takmo citer panjang2 kat blog takut org tak baca pun. Nnt bagi email address saya jelaskan.

    ReplyDelete
  3. betul2..aritu beli gelang tangan baby baru rm 480....tau2 nak upgrade gelang tu dh jd 560 padahal x smpai sebulan beli....

    ReplyDelete
  4. KA pown beli sikit2 juga , byk2 kan kena berzakat lah pulak hehehe

    ReplyDelete
  5. haa.. blh2.. email me bedoh_joyah@yahoo.com.my

    thanks lyd (:

    ReplyDelete
  6. saya tak berapa suka brg emas, tp dah mula beli sbg memperingati sesuatu dan sbg awasan (kot sesak2 boleh gadai!).

    tp kalo nk gadai/jual balik tu kena pndai kira2..harga jual susut 30% (kalo tak silap) ikut harga semasa emas. so, emas berbaloi utk simpanan jngka pnjng.

    *teringin nk beli dinar emas kelantan.

    ReplyDelete
  7. Kikin : Haa. kan? Itu kalo simpan lagi lama tu, lagi la mahal.

    Kesuma Angsana : Itu la dia.. Heheh. Nanti kena zakat.

    Ujie : Saya pun tak berapa suka barang kemas, sebab tu la saya tinggalkan dekat rumah ari tu, then bila tinggal kat umah, kena rompak la plak umah tu. Adui..

    Mama Ema : Simpan pun kena simpan betul2 sorok. Pencuri kalo dah masuk dlm umah, pandai je dia cari.

    ReplyDelete
  8. lyd..email aku lyd..emas fizikal tu better emas perhiasan ke emas jongkong2 tu?

    ReplyDelete
  9. aidabdullatif : aku sebenarnya... err..er.. aku takde email address ko. Kuheh2. Ce ko bagi email address ko kat sini. Jgn malu2.

    ReplyDelete
  10. woot woot...ni hah ..aidabdulatif@gmail.com

    ReplyDelete
  11. betol tu ...setuju sangat,dari beli brg2 mahai lain baik beli emas..
    ingat tak kisah ciksu pasai gelang yg hilang tu..hari tu ada pegi tanya kat kedai yg beli ..sekali harga nya skrg 2x ganda..beli 2007 skrg 2012..tp tu la bukn rezeki..

    lyd sehat...=)

    ReplyDelete
  12. ya betul tu simpan emas... memang cepat naik... bulan lepas rugi tak beli emas sebab masa tu antara harga yg terendah juga kan...

    ReplyDelete
  13. menarik perbandingan harga kmbg dgn emas n duit tu k.lyd..mmg lama2 nt xmustahil duit da xpakai kan..kne menyimpan dinar@dirham selow2 ni nampaknya..

    ReplyDelete
  14. aku pun mmg ada planning nak beli emas nih.

    ReplyDelete
  15. betul kak. better simpan emas. satu masa nanti, benda tu akan bantu kita gak.

    ReplyDelete
  16. lyd email la saya ye. nak tahu jugak ni.

    nuranisalya@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Betul tu, lebih baik beli emas fizikal dari emas dlm bentuk saham yg sebahgaiannya ada unsur penipuan. Kalau utk simpanan masa depan pula elok emas disimpan di bank ia lebih selamat dan ada insuran...

    ReplyDelete
  18. Asben myra pun buat pelaburan emas secara kecil2an sekarang ni..
    Bukan pe demi masa depan kan :D

    ReplyDelete
  19. nk tnya di mana ada dijual dirham. di bank komersial ada dijual ke?.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...