Iklan! Iklan! Sila Click!

31 May 2010

Creative Cutlery : Sudu Garfu Unik dan Menarik

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saja-saja nak share, rekaan menarik bagi sudu dan garfu (Cutlery)











30 May 2010

Big Fish Moment With Pizza Hut

Kisah Yang Tak Tipu..Sila baca sehingga habis. Menarik ni.

23 Mei 2010. Ahad.
Pagi itu saya bangun daripada tidur dengan perasaan yang sungguh tenang dan tenteram. Rasa gembira memenuhi setiap ruang di dalam hati saya. Saya tahu saya bermimpikan sesuatu pada malamnya. Mimpi yang telah mempengaruhi mood saya menjadi bahagia. Cuma..... Saya tidak dapat mengingati walau secebis pun tentang mimpi tersebut.

Saya melakukan rutin setiap hujung minggu saya seperti minggu-minggu lalu juga. Mempersiapkan apa-apa yang perlu. Dan yang penting, segalanya dilakukan dengan hati yang gembira. Kesan daripada mimpi indah yang tidak ketahuan itu.

Sehingga waktu petang, apabila saya dan housemate saya [Atul] mulai merasa lapar dan telah bermuafakat membawa berkat untuk malas masak dan maka kami bercadang mahu makan di luar. Selepas bersiap-siaga (cekonon macam nak pegi berperang, perang asid perut dgn makanan yang bakal kami makan nanti.. ngeh..ngeh..), kami menuju ke PJ Old Town. Nak cuba tengok apa ada kat sana. Kami sengaja memilih tempat yang aman makmur damai sejahtera itu, sebab tempat tu tidak begitu crowded.

Masih tidak dapat mencari tempat makan yang kami idamkan, walaupun kami pusing punya pusing, punya pusing, punya pusing, punya pusing.... dengan perasaan lapar yang semakin menguasai saya dan Atul. Arghh... Laparnyaaaa.....
Tiba-tiba otak saya seperti teringat perasaan yang sama macam dalam mimpi saya semalam..... Iaitu ..... Perasaan seolah-olah saya tersesat dalam keadaan lapar dan mencari-cari tempat untuk berteduh dan makan.

Kemudian, saya seperti telah ternampak satu tempat yang sesuai, yang saya cari-cari sejak tadi. Saya memandang Atul dan saya tahu dia juga nampak apa yang saya nampak. Jeng jeng jeng... Sudah tentulah tempat yang Lida suka, Atul setuju iaitu :-

Sudah semestinya PIZZA HUT!!

Lagi sekali ingatan saya dapat mengimbas mimpi indah saya semalam... Semasa sesat dan lapar, saya bertemu dgn sebuah istana yang indah.... Sama perasaannya seperti hari itu, semasa saya lapar dan ternampak Restoran Pizza Hut.


Perut kami dah menyanyi lagu Makyong, jadi apa lagi, sapppppp... terus belok masuk, parking kereta dan terus naik tangga nak masuk PizzaHut. Sungguh gelojoh. Tapi yang penting, sempat bergambar depan pintu masuk.

Saya semakin dapat mengingati mimpi saya. Perasaan semasa melangkah masuk ke istana sama seperti semasa saya ingin memasuki Restoran Pizza Hut. Ada pengawal. Cuma di Pizza Hut, pengawalnya adalah gambar di papan iklan ;

Masuk je Pizza, terus kami buat pesanan macam orang yang dah tertidur dalam gua selama 300 tahun dan terjaga lalu lapar dan beli makanan dengan banyaknya...;

2 Mangkuk Salad [Kalau kongsi, tak cukup. Kekeke]













2 Mangkuk Soup Of The Day



4 Pieces Sweet Spicy Wings



3 Gelas Minuman....



Pelakon Tambahan : Garlic Bread Stick *Yang dicelup ke dalam Mushroom Soup...nyum..nyum....Sungguh lazat, bukan sekali.. tapi berkali-kali.


Dan... Pelakon Utama pada hari itu adalah ...... Sudah semestinya Pizza Raja Ikan yang dinanti-nantikan.....




Wajah manusia yang menikmati keenakan sup...(Atul dan Sup)


(Lida dan Pizza)





Lepas dah ambil gambar, dan tiada pizza yang tinggal lagi di dalam tray, saya browse semula gmbr yang Atul ambil tadi sambil makan, barulah saya perasan bahawa saya makan guna tangan kiri. Haa... itu la dia... Salida ni, bila dan gelojoh sangat, sampai makan pun guna tangan kiri. Ishh.Ishh... Ishh... Jatuh reputasi saya sebagai seorang wanita yang berkaliber. Hihi. Tapi nak buat macamana lagi kan... Dah terlepas. Kalau nak ulang ambil gambar nanti mesti dah tak feel seperti kali pertama menikmati Pizza Raja Ikan tu.

Kalau nak tahu, kali pertama saya makan Pizza tu, barulah saya dapat ingat semua mimpi bahagia saya malam semalam. Rupa-rupanya saya bermimpi makan yang enak-enak di Istana bersama seorang raja yang tidak saya kenali. Hidangan sewaktu itu pula adalah ikan-ikan yang segar dan besar yang sangat enak. Yang anehnya, perasaan makan di dalam mimpi itu, sama seperti semasa makan Pizza Raja Ikan. Enaknya... Tidak terkata. Itu la istimewanya pizza yang dibuat oleh Pizza Hut. Sungguh bercitarasa tinggi. Seperti hidangan di istana. Dengan limpahan keju, doh yang lembut dan lazat, ikan yang terasa kesegarannya, krim yang menyelerakan dan diseimbangkan dengan potongan nenas yang mengecurkan air liur...

Pengalaman saya, makan pizza Raja Ikan di Pizza Hut, seperti mimpi menjadi kenyataan. Jumlah yang kami makan pada petang itu adalah RM57.30 hanya untuk 2 orang makan. Yey! Kenyang!

28 May 2010

Traffic Reports

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Signal
Saya tak faham kenapa pengguna-pengguna jalanraya begitu berat tulang untuk memberi signal jika ingin menukar lorong atau masuk simpang. Nak jimat bateri keta ke woii??!! Apa dia sangka, org lain dapat baca fikiran dia mcm status kat Facebook? Dia ingat bila dia fikir je nak tukar lane, tetiba pengguna-pengguna jalanraya yang lain terus je dapat visi tentang hajat dia tu? Saya dengan tegasnya nak bgtau kat sini, sesape yang memandu, dan tak beri signal masa nak tukar lane atau masuk simpang, memang adalah seorang manusia yang biadap dan tak hormat pengguna yang lain! Muktamad!

Polis Traffik
Penatnyer tangan polis traffic bagi signal untuk 'terus bergerak' sbb tak berhenti2 dia goyang tangan dia. Kalo ada satu alat yang bleh gerak mcm tangan polis traffic, bukankah lebih bijak, mudah dan tak penat...

26 May 2010

Hati Masih Terharu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Saya sungguh bertuah. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang baik. Sungguh terharu rasanya bile saya mintak tolong, dengan mudahnya saya dapat pertolongan, walaupon org tu tak dpt benefit apa-apa pon daripada saya.

Heheheh.. Ni nak citer pasal apa ni sbenarnya? Cuba cerita jelas2 skit. Kasi org faham.

Ok, mcm ni... Saya ni bleh dikatakan sbg 'pompuan lembik yang takleh harap' ~kadang2 blur pon ader. Selalu nak kena minta tolong org lain utk bantu saya buat sesuatu. Dan segala puji bagi Allah kerana Dia telah menjadikan saya seorang yang bertuah. Tiap kali saya perlukan pertolongan, mesti ader jalan penyelesaian yang tidak disangka-sangka yg Dia sediakan utk saya.

Kalo saya nak senaraikan di sini, akan jadi 'Over Quota' la entry ni nanti. Tapi sebagai contoh; masa kereta saya rosak, buat onar kat mana2, pasti akan ader org yang entah dari mana dtg, hulurkan bantuan dan pergi begitu sahaja. Biasanya saya hanya sempat ucapkan tima kasih. Tak sempat nak puji2.

Kat ofis pun sama. Kwn2 saya kat ofis, mmg senang utk saya mintak tolong. Cthnyer baru kejap tadi, saya minta tolong Mi utk explain pasal Wireless. Dgn rela hati dia naik ke tingkat 23 utk ke tempat saya. Lepas explained, dia email plak image workflow wireless setup tu yg dia lukis sendiri. Terharu betul saya. Byk lagi kebaikan dia pada saya. Salah satunyer pasal dia hantar saya ke parking masa saya shift malam dulu. Dia akan pastikan saya masuk keta dgn selamatnya baru dia blah. Huu.. Baik betul. Anak sapaaaa ni...

Alfir plak walaupun menyakitkan hati bila mintak tolong dia, *sbb dia selalu jawab "taknakkkkkk.." sambil buat muka berlagak, mata pandang ceiling.. tapi selalunya dia buat jugak sampai setel. Cth mcm installation PC RM10 yg saya beli masa SSM migrate to new building dulu. Saya sampai dah siap nak upah org lain dah utk buat installation tu... Tetiba slow2 je tolong install dgn percuma. Kalo nak sebut sorang2, mmg patah le jari saya nak taip. Semua la mmg best. Kalo pasal keja, paling suka mintak tolong dgn Acul, Spenda Bocor, Bro, Sifu, Kakak Chomel, Zu dan OrgKgBaru. Bulat pun sama. Tp Bulat, lebih kepada tolong pasal keta yg buat onar.

Yg lain2 tu, saya susah nak bagi nama samaran. Hehehe. Tp tolong menolong mmg budaya kita la. Yang paling suspen skali dulu, masa saya dah tersilap update satu table kat database sampai seluruh data dlm sistem semua bertukar dan efek kat SSM seluruh Malaysia. Masa tu semua kawan2 bagi support dan suh saya bertenang. Bleh dikatakan dierang semua faham mcmn perasaan saya. Zu, GamGam, Sifu, Chipon, Fid,dan semua la.. Kecuali sorang je. Muehehehe... Yg tu sorang je yg bagi reaksi seolah-olah saya buat tu dgn sengaja. Kehkeh. Tapi takper.. Dah selamat pon skrg. Dan saya pon dah kena buang daerah skrg [tukar unit], so.. selesai la kot. Kekeke.

25 May 2010

Cerita Tentang Kucing dan Baka Keturunannya

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Sementara tunggu report yg saya run ni complete, biar la saya citer skit tentang perkara yang saya suka dgn perasaan yg sungguh mendalam. Iaitu tentang kucing; haiwan peliharaan yang comel dan manja dan comel dan manja dan suka guling2 kat pasir lepas mandi. [Kalo kat kampung la. Kucing kampung ni kan nakal skit].

Baka kucing yang betul2 asli ada dalam lebih kurang 30 jenis. Kalo kira dalam senarai kat Wikipedia, ada 27 jenis yang betul2 natural. Maksudnya natural kat sini ialah yang belum dikacukkan lagi baka tu. Saya malas la nak senaraikan semua jenis baka kucing kat sini. Tapi cuma nak highlight beberapa jenis baka je.

1. Zaman dulu-dulu, saya suka kucing baka 'Scottish Fold'. Kucing baka ni, muka dia mcm burung hantu skit. Telinga kecik dan menghala ke depan dan muka kucing baka ni mcm bersegi skit.

Mengada-ngada kan kucing2 ni. Muka gedik.. Eeii... Geram saya tgk.
.....................................................................................

2. Satu lagi baka kucing yang saya suka ialah 'Siberian'. Kucing ni kalo pegi pameran kucing, besar dia .... mak aaaiii.... Rasa mcm tak pecaya je dia tu sbenarnya kucing. Besar douh... Nak tgk muka dia canner? Haa... Begini yer tuan-puan;

Alamak, tak jelas yer? Ader satu je la plak gmbr Tengku Siberia ni. Sorry ye. Lain kali saya masukkan gmbr dia byk2. [Sorry naik lorry!]
.....................................................................................

3. Pastu sejenis lagi baka kucing besar yang saya suka, ialah 'Norwegian'. Tapi yg ni besar dan hensem skit. Kalo dia betina pun kira hensem gak la.


.....................................................................................

4. Kemudian, baka Birman. Baka ni lebih kurang je dgn Burmese. Sbb asal dari tempat yg sama. [Tgk nama pun dah tau dr Burma.] Spesis ni biasanya ada 2 warna je. Sama ada putih + perang. Atau Putih + Kelabu. Dan biasanya juga, muka, ekor, 4 kaki dia yg berwarna dan badan lak warna putih. TOmel nyer...


.....................................................................................

5. Baka yang paling disukai ramai plak ialah 'Persian'. Sbb bulu tebal, ekor plak kembang, manja lebih walaupun kadang2 lembab.

.....................................................................................

6.
Cuba teka baka apa ni? Hehehehe... Mesti kamu semua, mcm tau, tapi tak tau kan? Kekeke... Asal usul kucing ni dari Mesir. Di panggil 'Abyssinian'.
.....................................................................................

7. Dan yang terakhir skali dalam senarai ni, ialah baka kucing 'Sphinx'. Kucing ni nampak mcm togel jek kan? Skali pandang, mcm hanjing Chihuahua [ala..yg Paris Hilton bagi umah banglo kat anjing dia tu]. Tapi dia sebenarnya ader bulu. Cuma bulu-bulu dia halus dan pendek. Kucing ni pun berasal dari Mesir. Dan tak sesuai tinggal di negara sejuk. Sbb penebat haba dia takder. Errm.. Tgk pon dah tau kan?

.....................................................................................


Sebelum menamatkan karangan ni, boleh saya uji kefahaman kamu? Hehehehe... Cuba teka, kucing yg di bawah ini daripada baka apa?

Sila tinggalkan jawapan anda di 'Penambah Perisa'. TQ.


Sebenarnya Nak Cakap Dalam Hati Je....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Saya selalu terlepas cakap. Kdg2 apa yang saya nak cakap tu, saya cuma nak cakap dalam hati je, tapi tetiba laju je kuar kat mulut.

Semalam, dalam kul 4.30 ptg, saya tinggal sorang2 je kat area work station saya. Pakai headphone, pasang lagu Black Eyed Peas - Meet Me Halfway. Pastu saya nampak Senior Manager saya [boss] kemas brg dan kuar dari bilik dia dgn notebook dia mcm gaya nak balik dah. Padahal blum time lagi. [Time balik kat ofis ni jam 5.15 ptg]Then, saya terlintas kat dalam hati 'awal balik....', tapi rupa-rupanya statement tu terkeluar dari mulut saya. Huhu.. Saya nampak boss saya pandang ke belakang lepas saya cakap tu. Tapi saya sengih je la kat dia.

Dlm 10 minit lepas tu, ader sorang ofismate saya, GamGam dtg kat saya dan ckp sambil gelak2; "kuang hajar punyer anak buah. boleh dia sound boss dia macam tu..". Saya mcm "errkk..... ko dgr ke aku ckp td?". GamGam kata "Abih? Ko ingat ko ckp slow ke tadi?!!". Pastu baru saya teringat yg saya pakai headphone. Kehkeh... GamGam sambung lagi "Sampai terlanggar-langgar dinding boss ko tadi kena sound macam tu dgn anak buah"... Hahahahahahahaha.... Cacat betul perangai saya ni.

...................

Pagi ni... Senior Manager saya dtg kat tempat saya sambil sengih2, dia tanya saya "semalam u ckp apa?".... Saya mcm dah tak mampu nak jawab dgn kata-kata sbb saya tau perangai sarkastik saya tu mmg takleh nak cover lagi. Jadi, saya hanya mampu tersengih gak dgn gigi kapak yg berterabur ni... Pastu boss saya terus je bgtau "takder, semalam tu i nak pegi seminar, bla, bla, bla"... beriya dia explain pastu aku terus pangkah "en Z, yang semalam tu saya gurau je". Then dia jawab "Ye lah... I tau".

Saya tak tau la En Z dendam dgn saya ke tidak. Tapi lepas tu dia tanya saya bila nak buat sesi Brown Bag tentang Kursus Multimedia yang saya hadiri selama 5 hari di INTAN baru-baru ni, dan dia bagi satu projek kat saya utk buat interaktif form bagi puclic request statistik atau senarai syarikat dan perniagaan secara online. Kehkeh... Peace...

24 May 2010

Macamana Nak Kaya?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sedang buntu memikirkan.... Macamana nak jadi kaya ni? Ada sesape tau?

Nak bisnes... tapi tak tau nak bisnes apa.
Nak jual barang pon tak reti.
Kalo reti pon, tak tau nak jual apa.
Kalo tau nak jual apa pon, tak confident bleh laku ke tak...

Nak jual servis, tak der kemahiran.
Nak jahit baju. tak reti jahit baju.
Nak bwk bas skolah, tak reti bwk bas.
Nak develop website, takde kepakaran plak.

Nak jual kek?
Nak jual cookies?
Jual baju?
Jual buku?
Jual kosmetik?
Join MLM?


Arghh..... Stresss.... Jadi penyanyi kang suara tak sedap. Nak jadi pembaca berita lak, gigi berterabur.

Adehhh... Canner nak kaya ni. Nak kaya! Nak kaya! Tolong beri jawapan. Beri idea.

20 May 2010

I'm An Animal... Whoopss... Animals Lover... :p

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Ni semua salah kuda laut! Sbb saya nak cari gmbr dia la yang saya terjumpa mcm2 lagik gmbr2 sea creatures yang menarik. Ohh... Saya ni walaupon gorjes dan elegant like an elephant, tapi i love animals you see. Saya sgt-sgt suka dgn haiwan. Haiwan sgt comel. [Ala..tomel..tomel..]. Yang paling saya suka of cos la cats but not included Cat Steven ye. Hehehe... [Ceh, galok plak ckp bahasa rojak ni. Mcm geli2 je nak baca bahasa berterabur ni.]

Binatang2 buas pon saya anggap comel. Mmg comel le sbb saya tgk dlm TV je. Kalo jumpa betul2, face to face, eyes to eyes..... jawabnyer, sekian dulu la riwayat hidup saya.... huhu.. Smlm masa tgh dudok saje2 kat umah, sempat gak saya tgk National Geographic kat TV1. Citer pasal mak beruang ajar anak beruang tangkap ikan Salmon dari sebuah sungai di Alaska. [Tuan-Puan sekalian... Ikan Salmon adalah sejenis ikan sungai. Tapi yang pasti, ikan Salmon takder kat Sungai Lembing. Sbb sungai yang suhu sejuk2 je dia duduk. Kalo ader, dah tentu muka saya la yg akan jadi nelayan air tawar utk tangkap ikan Salmon utk dibuat Sushi. Takyah susah2 gi Sushi King.*Bleh tahan gak berlagaknyer ikan Salmon ni yer.]

Tapi kali ni saya nak cerita pasal..... Sea creature. One of the deadliest sea creature in the world goes to...... [drum please...].... BOX JELLYFISH atau kalo diterjemah secara naifnya ke dlm bahasa Melayu dgn menggunakan suara Sponge Bob akan bermaksud 'Ikan Agar-agar Kotak'. Atau pon dlm bahasa Melayu yang bertamadun skit dipanggil 'Obor-obor Kotak'. Ni gambor dia [utk sesaper yang nak berkenalan];


Cantikkan makhluk ni? Ader lampu2. Nasib baik dia takleh idop kat darat. Kalo tidak, bertambah pupus la dia sbb tiap kali raya, manusia akan tangkap kaum kerabat obor-obor kotak ni dlm sepuloh ekor, utk gantung kat depan umah. Buat lampu raya. Kalo omputih plak, gantung dia kat pokok krismas.

Haa... Tapi... Cantik dilihat jangan disentuh. Once broken, consider sold [ceh..takder kena-mengena]. Kalo nak masuk bilik yg berkedalaman 7 kaki ke bawah tu awal skit, bleh la gak nak pegang, buat topi letak atas kepala. Obor-obor ni termasuk dlm kategori paling beracun skali di donia. Lebih beracun drpd stokin yg dah 6 tahun tak basuh dan dibawa berjalan kaki di atas jalan raya tanpa kasut. Racun dia ni... Kalo kena skit je kat kulit manusia, bleh terus menyerang jantung, nervous system dan kulit. Kemudian kamu pon akan mati.

Tapi jgn risau... Obor-obor kotak ni tak de kat persisiran pantai. Dia dok kat laut dlm je. Sbb tu dia ader lampu raya kat badan. Ngeh..ngeh..ngeh..

Merepek Betul..


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Baca Harian Metro Online tadi. Salah satu berita pelik yang dipaparkan dlm tu, ialah tentang sorang pompuan yg minum air rebusan kuda laut utk dapatkan suara merdu seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. [Sbb selalu pergi audition tapi asyik kena rejek.~Dah kalo suara tak sedap. Takat nyanyi karaoke je, ramai lagi org kat Malaysia ni bleh.]. Last2, duit lesap [sbb bayar kat Tok Moh], dan tekak pon sakit.

*Tergamak dierang ni rebus kuda laut yang comel ni... Ish..ish..ish...

Aiii...Ramai betul org nak jadi penyanyi skrg ni. Semua audition pertandingan menyanyi, bukan main berpusu2 org dtg unutk audition. Kalo buka kelas mengaji Al-Quran, wp secara percuma, mesti yg dtg hanya 10 org. Pastu makin lama makin susut jumlah tu. Confirm punyer. Malaysia kan Boleh?

19 May 2010

After Office Hour

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Lepas abis waktu ofis semalam, saya turun ke lobby bersama Org Kg Baru. Masa tgh ramai2 serbu Touch Point utk swipe access card saya, ader sorang staff lelaki SSM dari Division lain tegur saya 'Hai'... Then saya dgn otometiknyer jawab 'haiiiiii...' dgn nada miang + gedik giler vavi. Padahal tak sengaja pon nak kuarkan intonasi mcm tu, tapi ntah mcm mana TER jugak.

Kemudian, dgn selambanya Org Kg Baru gelakkan saya. Ceh. Kacang luperkan kulit sungguh! Grrr...!@#$%^&**().

Mazda2 Sudah Ada Di Pasaran Malaysia!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Untuk makluman kepada sesiapa yang berangan nak beli keta... Vroommm....vroommmm....
MAZDA 2 SEDAN & HATCHBACK NOW IN MALAYSIA – RM79,859.50 – RM85,189.50. Ini adalah strategi Mazda untuk compete dgn TOyota Vios dan Honda City. Yeah... I'm Nissan Crazy!!!! *Ceh, takder kena-mengena.



Kalo tak caya sangat... Sila la lawati link yang saya sertakan di bawah ini....

http://kereta.info/mazda-2-sedan-hatchback-now-in-malaysia-rm79859-50-rm85189-50/

18 May 2010

Takdir Dari Sudut Yang Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Saya pernah membaca buku yang bertajuk 'Keabadian Masa dan Hakikat Takdir' hasil tulisan Harun Yahya*. Dalam buku tu, dia ceritakan tentang bagaimana manusia menilai masa menggunakan persepsi-persepsi tertentu. Menurut beliau, kita menganggap masa dalam hidup kita adalah 24 jam = sehari. Sedangkan dunia ini luas. Di planet2 lain, sehari mungkin = 1000 jam. Contohnya, sehari di planet Utarid = setahun di bumi. Jadi itu adalah salah 1 contoh persepsi manusia tentang masa.

Cuba kamu fikir dari sudut yang berbeza tentang takdir. Bagaimana jika saya katakan bahawa seluruh hidup kita ni sebenarnya sudah selesai. Dan takdir hidup kita sudah berlaku dgn lengkapnya. Di mana, kesudahan hidup kita sudah pon tertulis dan berada di dalam tangan Allah. Hanya... Kita je yang tak tau apa kesudahan hidup kita. [Sorry housemate... Ko mesti malas nak baca entry ni sbb ari tu aku dah bincang dgn ko pasal ni... kehkeh..].

Oleh sebab kita hidup di bumi, masa yg kita lalui adalah mengikut putaran bumi pada paksi nya sendiri utk melengkapkan sehari. Dan jika saya katakan, waktu yg kita lalui skrg ini telahpun selesai di sisi Allah. Ok, cuba renungkan ... Peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa di mana Nabi Muhammad di angkat ke langit dan melihat nasib umat baginda yg ditempatkan di syurga dan neraka mengikut prestasi masing² semasa hidup di dunia. Semua yg diseksa dpt dilihat dgn jelas. Seolah² keputusannya sudah ada di tangan Allah. Hanya kita, manusia sahaja yang belum tau nasib masing².

Sama juga dgn deja vu. Deja vu adalah sesuatu perkara yang berlaku pada kamu yang kamu berperasaan seperti 'eh...aku macam dah penah alami je benda ni'. [bukan Deja Moss yer. Dia tu Hajah Deja Moss. kekeke.]. Biasanya, kita dah penah mimpi perkara yang berlaku tu. Sbb tu kita rasa mcm dah penah lalui. Jadi, seolahnya... kita mimpi perkara yang bakal berlaku pada kita. Sedangkan, mungkinkah perkara tersebut sebenarnya telah berlaku dan hanya Allah yang tau? Wallahu a'lam.

Penurut pandangan Harun Yahya lagi, [dia bagi contoh sebenarnya] katakan ader seseorang disahkan menghidap penyakit barah tahap kronik. Dan dijangkakan hanya bleh idop sebulan je lagi. Dan dia strong. Dia lawan penyakit dia. Dan akhirnyer dia selamat. Penyakit dia sembuh. Kalo mcm tu, adakah dikatakan yang dia mengubah takdir dia? Atau sebenarnya memang takdirnya dia akan terus hidup?

Bukan maksud saya utk membuatkan kamu berfikir bahawa, 'abih tu... kalo takdir dah lengkap, tertulis semuanya... kenapa lagi Allah suruh berdoa? Kenapa aku perlu berusaha untuk berjaya?'. Manusia ni kan dijadikan oleh Allah semata-mata untuk menyembah-Nya. Allah tidak menyuruh hamba-hambaNya berputus asa. Jadi, berusaha lah jika berusaha itu juga termasuk dlm takdir kamu. Jadi, kamu ditakdirkan 'berusaha untuk berjaya'. Pon bleh jadi gak kan?

Ala... yelah..yela... Dah pening la tu. Heheheh... Ok la saya berenti dulu. Jgn tuduh saya sesat plak. Ini adalah pendangan tentang takdir, dari sudut berbeza. Itu sahaja.

* Harun Yahya - Penulis Islam yg berasal dari Ankara. Tau tak Ankara tu letaknya kat mana? Hehehe... kat Turki. [Ader kawan saya pandai ckp 'Turki'.~ kakak chomel kot nickname dia.hahahah]. Buku² yg dia tulis kebanyakannya adalah tentang agama dan sains. Dan telah diterjemahkan ke 20 bahasa.

17 May 2010

Tip-tip Membeli-belah : Yey! Beli Baju Baru

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Membeli-belah. Lepas beli, kiter blah.

Seronoknya membeli-blah. Nak-nak time duit tgh berkepuk. Tambahan plak bila ada byk masa lapang nak buat pilihan terbaik bg membeli brg2 yg kita dah lama kempunan nak beli. Wah... Syiokk...

Nak membeli blah takder masalah. Duit kamu. Harta kamu. So, sukati la nak spend byk mana pun. Tapi kalo nak shopping baju/pakaian... Kat sini saya ader beberapa pedoman utk kamu supaya kamu tak membazir tak tentu hala;

Tips membeli pakaian baru!

1. Kalo bleh, cuba elakkan daripada membeli terlalu byk baju dlm masa sehari. Mcm la esok dah kiamat. Mentang-mentang duit berkepuk, kamu belasah beli baju sampai 20 pasang pada hari yang sama. Seelok-eloknya, sehari beli 1 je. Kalo dah tak dpt tahan sgt, baru la beli 2. Bukan apa... Membeli terlalu banyak baju dlm satu masa, bermakna anda tidak memberikan hak yang adil terhadap baju-baju tersebut. [Baju pon ader hak keadilan ke??? Hehehe]. Sepatutnya baju baru perlu dapat extra attention dari kita. Kena pakai dan syg dia lebih. Tapi kalo ader 20 baju baru, nnt susah nak beri attention. Ingat! Pakaian baru kamu berhak mempunyai nasib yg lebih baik. Ngeee...

2. Semasa membeli-blah, jangan lupa.... Fesyen adalah satu proses perubahan. Maksudnyer, walau canner fofuler skali pon sesuatu fesyen tu waktu kamu membeli-blah, fesyen tu akan berubah esok lusa. Jadi, kalo kamu memang teringin sangat nak memiliki pakaian dgn fesyen terkini pada waktu tu, jgn plak kamu beli pakaian untuk tukar isi perut seluruh almari kamu dgn fesyen tu je semata-mata. Nnt mana tau fesyen dah berubah, kamu nak kena tukar lagi skali isi kandungan almari kamu dgn fesyen selepasnya? Huhh... Bankrupt tokey sabun. [Contohnyer fesyen kaftan. Atau baju bareback yg popular skrg. Tapi esok lusa blum tentu lagi akan popular.]

3. JANGAN benarkan sesiapa pon mempengaruhi anda dalam membuat pilihan tentang pakaian mana yang perlu kamu beli. Tak kira la org yang tersayang, atau kawan baik kamu sendiri. Kamu beli je apa yg kamu suka. Kecuali la kalo kamu sendiri yg minta pendapat. Tp kalo kamu tak minta pendapat pun, org lain tetiba nak kata 'eh, naper pilih kaler purple? Kan warna hijau serindit ni lagi cantik?'. Well.... this is your outfit, after all. Jadi, pedulikan mereka yg dengki dgn pilihan kamu.

4. Tip yg ke-4 ni takder kaitan sgt dgn membeli belah. Saja nak menyelit kat sini. Hahahah. Sunglasses memang nampak stylo kan? Sungguh cool bila kita pakai sunglasses. TAPI.... Pastikan kita hanya pakai sunglasses di kwsn outdoor sahaja. Kalo pakai sunglasses indoor.... owhhh.... mengharukan. Nampak pelik dan tak logik. Sbb dah nama pun 'SUN' glasses. Nak halang dr matahari je Kak Bedah oii... Yang ko pakai masa tgh bershopping dlm shopping complex tu apa ke hei?.......

5. Kalo nak shopping baju, lebih afdal rasanya jika kamu memakai pakaian yang berbutang di depan supaya senang kamu nak try byk2 baju. Dan bagi pompuan yang tak pakai tudung, style rambut utk hari itu, buat la se simple yang boleh. Dan yang bertudung plak, takyah le nak pakai tudung belit2 semasa nak bershopping baju[then siap buat reben lagi, then last skali tudung tu nampak mcm balung ayam ]. Nnt tak la serabut sgt nak belit tudung setiap kali tukar2 baju kat byk2 kedai. Ye dok?

6. Last skali, beli la baju yang betul2 berbaloi. Jgn beli yang mahal, tapi tak selesa dipakai, kemudian terus biar je jadi anak tiri kat dlm almari tu. Kan dah rugi.

Ok... Itu aje la buat masa ni. Ader byk lagi tips yang ingin saya kongsikan. Tapi lain kali la... Ader urusan penting nak buat ni. Good luck with your shopping spree.

Tak Reti Dowwww.... *Ayat trademark Alfir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Selalu dengar kan ayat tu? Ayat yang diakhiri dgn perkataan 'dow' atau 'douh' atau ada juga yg sebut 'dol'. Dari mana asal usul perkataan tu sebenarnya ye? Apa maksudnya perkataan tu?

Secara jujurnya, saya pun selalu gak sebut perkataan. Tp bergantung kepada dgn siapa saya bercakap la. Yang saya tau, apa yg saya selalu sebut ialah 'douh'. Nama manja bagi 'bodoh' tapi bukan bermaksud org yg saya tujukan ayat tu adalah bodoh. Tu hanya pelengkap ayat nak kasi nampak poyo + konon2 cool.

Yang org selalu sebut 'dol' plak, saya tak pasti apa maksud sebenarnya. Mungkin maksudnyer mcm panggil Sarep Dol, samseng Kg Dusun kot.

Tapi tahukah kamu, dlm bahasa Arab, ada juga perkataan 'dhol'. Maksud 'dhol' adalah 'bingung'. Atau maksud 'dhol' di dalam surah Al Fatihah adalah 'sesat'. (Waladhollin. Amin.).

Dlm bahasa Hindi pula, dhol tu adalah intruments muzikal (percussion) untuk muzik tradisional mereka. COntohnyer untuk irama bhangra.

Jadi, sekianlah cerita tentang dhol. Walaupun takder motif.

16 May 2010

Suhu. Panas. Sejuk. Panas.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Panas betul hari ni. Pasang kipas maximum pon masih lagi rasa berkuap liang roma saya. Air-cond? Oh... Belum pasang air-conditioner lagi la kat rumah.

Dua hari lepas. Di Lab Multimedia Intan Bukit Kiara.
~ Semua peserta kursus Multimedia Authoring merungut dgn suhu sejuk yang tak logik kat lab tu. Biler dah tgk muka sorang² anak murid dia dah purple tahan sejuk, lecturer pon tanya... 'Ada apa² masalah ke?'. Pastu ramai² jawab 'Sejuk sangat la Mr Burn...'...................


Mr Burn jawab : Ye... Takper la kalo sejuk. Harap² bleh bersabar la yer. Tapi, kita bersyukur la ye sbb kiter tinggal kat Malaysia. Kalo tinggal kat Kutub Utara sana lagi kesian. Lagi sejuk. Jadi, kesimpulannya tempat ni belum cukup sejuk berbanding dgn Kutub Utara.

Students : Grrr... *Tahan sejuk sambil tahan geram dan tahan gelak, sbb jawapan Mr Burn tah hapa².

15 May 2010

Penanda Aras Bahawa Kamu Sudah Gemoks!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Berikut adalah tanda-tanda yang kamu benar² telah meningkatkan tahap lemak tepu di badan anda;

1. Bila orang yang selalu tgk kamu bertanya, 'awk dah berisi skit yer skrg?'. Pastu esoknyer, org yang sama jugak tanya, 'berapa berat awk skrg?', then lusa dia jugak yang tanya, 'senang hati ke skrg? Nmpk sihat je..'.. So, maksudnyer, kamu perlu faham bhw maksud tersirat dia adalah 'beb... serius la ko nampak gemuk skrg. Aku tgk daging ko mcm diternak-ternak jek. Makin lumayan gitu.'

2. Bila jeans yang kamu beli masa zaman putus cinta dulu, [dgn saiz paling kecik, pastu siap kena alter lagi kat pinggang] tetiba je membuatkan kamu rasa cam semput bila pakai jeans tu. Waktu tu mgkn tak sedar diri lagi dan berkata dlm hati 'eh, kenapa aku ader mslh penafasan ni? Ni mesti resdung ni. Hidung dah takleh bekalkan oksigen yang mencukupi utk paru-paru aku. Huhh.. Kena pegi buat rawatan resdung kat Melaka ni.] Padahal... sedar le diri sket wei... Kamu dah gemuk la tu.

3. Bila menu harian kamu asyik berulang pada jenis makanan yang sama je. Coklat. Coklat. Err... Coklat. Then Coklat. Pastu kek icing yg tebal. Then ice-cream. Pastu looping la menu tu utk 2 bulan. Maka, tak payah timbang berat pon dah tau mmg berat dah naik. [huuu... tapi coklat best. Terutamanyer KitKat Chunkie. Dan cake. Dan cheesecake Pistachio by ZEN. Dan ice cream. huuu... TIm kayy ahhh??!!]

4. Bila tiba-tiba kamu rasa langkah kamu berat semasa berjalan. Hati tertanya-tanya, 'Adakah aku tidak sihat? Badan aku makin lemah ni, mesti sbb aku demam. Tp.... suhu badan tak panas pun. Selera makan tak kurang pon. Kenapa yer? Apa terjadi?'. Haa... Lagi nak tanye. TU maksudnyer, peha kamu dah makin berisi. Biler berjalan peha berlaga dan memperlahankan langkah kamu. Jadi, jgn ragu² untuk turunkan semula berat badan kamu. Ngeee...

5. Nak sambung lagi. Tp dah ngantuk. Esok nak bgn awal. Utk jumpa En Stormpong. Dan kalo nak tau, 4 perkara di atas adalah berkenaan diri aku sendiri. Tak melibatkan org lain pon. Kehkeh.. Aku dah makin gomuts.

Peace.

Malaysia Boleh!

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.....

Berita-berita kemajuan rakyat Malaysia pada hari Isnin 10 Mei 2010. [Ni baru sehari punyer, blum amik seminggu atau sebulan atau setahun].

Yang dlm '[]' dan bertulisan Italic tu, adalah pendapat personal Lyd. Harap makngah.

Wanita HIV meningkat
KUALA LUMPUR: “Jumlah wanita yang menghidap HIV dikesan semakin meningkat apabila 15 orang daripada 1,000 wanita dikesan menghidap penyakit itu,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.
Lagi.. [Ini hanya jumlah yang dikesan. Berapa ramai plak yang tak dikesan??]

Pengunjung lari panik
GEORGETOWN: “Saya ingatkan mengalami tekanan darah tinggi semula apabila kepala seperti berpusing dan pening seketika,” kata pekerja pusat beli-belah Prangin Mall, Noor Asmarane Mawi, di sini, yang merasai gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia, petang semalam.
Lagi.. [Wp tak dikira sbg salah sesiapa, tp gempa bumi makin kerap berlaku ni. Apa cerita? Takkan saje² je gempa berlaku tanpa ader sbrg sebab ye tak? Hanya Allah yang tau.]

20 pelajar bergaduh hadapi tindakan tegas
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Sentul yang ‘bertempur’ ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat baru-baru ini, hingga menyebabkan lebih lima pelajar cedera.
Lagi.. [Ntah hapa2 la budak² zaman skrg ni. Seolah-olah hidup dierang seperti tujuannya utk bergaduh, melepak, berhibur dan menghabiskan duit mak bapak. Sigghhh..]

Rejam madu
KOTA BHARU: Pelik apabila seorang isteri muda tergamak menyerang madunya dengan membaling batu hingga menyebabkan kecederaan di kaki hanya disebabkan cemburu buta.
Lagi..[Terlampau marah la ni sampai dah takleh control dan dikuasai emosi. Kalo dia baling batu, dia ingat laki dia akan insaf kot? Jgn harap. Skrg ni nafsu dah diletakkan no 1 di atas kepala.]


5 kali hamil luar nikah
JOHOR BAHRU: Ketika jutaan wanita di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Ibu bersama insan tersayang, seorang wanita yang sering diperalat lelaki baru dikenali hingga pernah melahirkan empat anak luar nikah, kini menaruh simpati terhadap sebuah rumah perlindungan ibu mengandung untuk melahirkan anak kelimanya.
Lagi.. [Kalo sekali, bleh la dikatakan diperalatkan lelaki. Kalo dah sampai 5 kali? Errm... No komen la... ]

Siasat mangsa tembak
SEREMBAN: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bapa remaja berusia 17 tahun yang menyatakan anaknya turut dipukul selain cedera ditembak ketika cuba melarikan diri menunggang motosikal sebaik dikejar polis di Jalan Seremban-Jelebu di sini, awal pagi kelmarin.
Lagi.. [Semuanyer baran dan nak mempertahankan ego masing². Budak yg kena pukul tu anggap yg polis takkan berani nak tembak, polis plak bengang biler org awam dah tak takut polis wp polis ader pistol. Bg aku, 2-2 salah. Apsal nak lari kalo tak salah? Canner polis tu nak tau org tu salah ke tidak kalo polis tahan, tanak berenti. Tak bg kerjasama saper suruh?]


Samun guna lori bapa
ALOR STAR: Seorang remaja sanggup menggunakan lori syarikat bapa bekerja untuk merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Kelang Lama, Kulim, bersama tiga rakannya, awal pagi semalam.
Lagi.. [Anak jadi mcm ni sebab apa yer? Kurang pendidikan? Atau genetik? Atau perangai buruk tu dipengaruhi oleh makanan yang mak ayah dia beri dia makan?]

Mama...mama! nie akak, akak nak mama tolong akak
BANGI: “Mama...mama! nie akak, akak nak mama tlg (tolong) akak,” itu khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar Siti Rahayu Mohd Shamsudin, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Reko, Kajang kepada ibunya, Rohana Abdul Rahim, 38, selepas laporan kehilangannya disiarkan Buletin 1.30 TV3, petang kelmarin.
Lagi.. [Dah mcm movie. Senang² je buat jenayah. Nak culik anak org. Nk rampas duit org. Nak tembak org. Seolah² mereka ni tak takut kepada sesiapa pun. Kan?]


Gadai nyawa cekup peragut
BUTTERWORTH: Bagaikan aksi dalam filem, dua lelaki mempertaruhkan nyawa mengejar seorang peragut bermotosikal sejauh 15 kilometer sebelum memberkasnya dengan bantuan orang ramai. dekat Titi Timbul, Teluk Air Tawar, di sini, semalam.
Lagi.. [Untuk berita penuh, sila baca sendiri di link yang saya pastekan di bwh entry ini.]

Doa Hari Ibu tanpa anak kesayangan
KUALA LUMPUR: Tidak seperti ibu lain yang dapat meraikan sambutan Hari Ibu bersama anak masing-masing, Elis Syuhaila Mokhtar, 35, masih lagi ternanti-nanti kepulangan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 7, yang dilarikan bekas suaminya 15 bulan lalu.
Lagi.. [Haaa... Kawen lagi dgn mat salleh. Opps... Dah jodoh dia. Tak baik marah dia. Hehehe..]


Parah dibelasah kakak, kekasih
AMPANG: Hanya kerana ditegur supaya tidak membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah, seorang kakak dan kekasihnya yang juga warga asing berusia lewat 20-an membelasah adiknya itu di sebuah pangsapuri disewa mereka di Pandan Perdana di sini, baru-baru ini.
Lagi.. [Seks! Seks! Seks! Takde keja lain.]


Lagak selamba bongkar penjenayah sorok pistol
KUALA LUMPUR: Lagak selamba dua lelaki berusia lewat 20-an yang cuba mengelak sebaik bertembung dengan sekumpulan anggota polis tidak berjaya sebelum ditahan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Lambreta, kelmarin.
Lagi.. [*Eh, Lambreta pon ader kuarkan pistol gak ek? Ingat kan kuar motor je.]


Cari pekerja jumpa mayat
SHAH ALAM: Dua penyelia sebuah kilang yang ingin mencari seorang pekerjanya yang ponteng kerja beberapa hari lalu di rumah pekerja itu di Jalan Pegaga U12/5, dekat sini terkejut apabila menemui mayat seorang pengawal keselamatan berlumuran darah dipercayai dibunuh, semalam.
Lagi.. [It's ok... This is Malaysia la bro... Bunuh-bunuh tu perkara biasa jek. kalo kita bengang dgn org, kiter bunuh jek dia. Abih citer. Polis bukan dpt tangkap pon. MUahahahahahahha...*Gelak penjahat. ~Siapa la yg nak membanteras jenayah ni supaya org tak berani pun nak buat jenayah? Aku nak. Tapi aku tak mampu nak lakukan sorang²]


*Di copy-paste daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Arkib?myday=Monday§ion=Setempat

14 May 2010

Dalam Tempurung Kepala Lyd The Lead

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blogku ini......


Nuffnang :
~ Dlm akaun saya di Nuffnang hanya ader RM0.25. Huuu... Tak cemerlang pon blog saya ni. Tak dpt sambutan pon. Arrghhh... Rasa down. Tapi saya tetap akan mengepos entry baru kat blog ni. Biar la saya tulis, saya cerita, saya baca sendiri. Wink!

Pekerjaan Paling Susah Di Malaysia
~ Pd pendapat peribadi saya, pekerjaan yang paling susah di Malaysia ialah.... Ahli Sukan. Lebih² lagi bagi sukan-sukan yang popular, seperti bola dan badminton atau takraw. Atau pon jadi ahli kontinjen Malaysia utk ke temasya sukan yang glamer² seperti ; Sukan Sea, Sukan Komanwel atau Olimpik [Olimpik jarang skit la, sbb masa ujian kelayakan pun biasanya dah kantoi].
~Sebab? Sebabnya.... Biler ko kalah, ko akan dikeji, dikutuk, dihina sbb menghabiskan duit kerajaan tapi tak beri sumbangan pun kepada negara. Kata-kata nista seperti; "Boleh blah!","Main mcm pondan!", "Sia-sia je ko lahir ke dunia. Daripada kecik tanak mampusss... Dah besar, main bekbinten pon kalah"! [yg ni saya reka jek. Tak penah la plak sy dgr org maki wakil Malaysia mcm ni. Sama ader org² Malaysia baik dan sopan, atau dunia saya hanya dikelilingi org² yg baik shj, saya pon tak pasti.]
~Kalo main kat tempat lawan, pastu kalah, akan kena kutuk. "Apa laa... tak reti main, lebih baik berenti jek. Keja pejabat la lagi baek woiii".

Pastu kalo menang kat tempat sendiri nanti kena kutuk gak "Eleh... Menang kat tempat sendiri, buat pe nak bangga. Nampak sgt jaguh kampung. Kat tempat senirik je bleh menang. Kalo pegi tempat org, kalah gak. Piiraaa mabok".[walaupun kadar kutukan agak rendah, tp still kena kutuk].

Dan yg paling teruk kena kutuk kalo kalah kat tempat sendiri. "Hoiii!! Main kat tempat sendiri pon kalah ke?? Kalo setakat nak amik tempat corot tu, lebih baik bagi aku je yg main. Pegang reket pun mcm pegang sikat. Lembab! Cis! Kayu! Tiang letrik! Longkang! ~!@#$%^&*()!". *Silap², dgn saya-saya skali tumpang kutuk. Terutamanya kalo balik kampung, jumpa abg saya, then saya collaborate dgn dia kutuk pasukan Malaysia. Ngeeee... Seronotnyer mengutuk public figure. [Selain ahli sukan, artis pon selalu gak kiterang kutuk. Hahaha. Mmg dasar kuat mengutuk.]

Jadi, kesimpulannya.... Saya mmg taknak jadi ahli sukan negara Malaysia. [Abih kalo aku nak jadi ahli sukan pon, ingat layak ke? Hah? Hah? Lompat bintang 10 kali pon dah rasa semput seperti berbasikal naik bukit sejauh 58km. Naik tangga 3 tingkat pon dah rasa mcm nak pecah jantung. Ingat layak ke?? Keh.keh.Dah tentu la tak layak walaupun aku nangis merayu² kuar airmata sirap kat Misbun Sidek utk jadi pemain badminton wanita.].


Dan bagi sesape yang bercite² nak jadi ahli sukan negara plak, sila latih telinga anda utk mendengar ayat² longkang dr rakyat Malaysia dan latih hati anda utk tahan emosi jiwa luka parah menerima kata² setajam air limau yg diperah di atas luka. Huhhh... Ntah le korang paham ke tidak dgn ayat saya ni. Itu ajeeee..... Peace..

13 May 2010

Kalo Kamu Nak Tau...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini.....

Smlm, kawan saya cerita.... Ader sorang kwn dia yg keja dalam bidang logistik yg selalu dpt projek utk angkat sampah di sekitar KL ni, citer kat dia mcm ni.... "Sebenarnya..... Hurrrmmmm [sila tarik nafas dalam² and be ready...] kalo nak dikirakan berapa banyaknyer kes yang dia boleh laporkan kepada polis berdasarkan apa yang dia jumpa masa angkut sampah... jawapannya ~memang dah tak terkira!~ Terlalu byk. Jumpa tangan. Jumpa kaki. Jumpa anggota badan. Jumpa bayi. Yang reput. Yang masih elok."
*ayat sebenar telah diolah oleh saya utk diringkaskan dan disesuaikan dgn Salida Di Alam Maya ni.

Dah mcm Astro. Macam-macam adaaaaa..... Itu pun hanya sebahagian yang dia jumpa. Yang dia nampak. Yang dah reput, atau yang 'cover baeekkkk punyer' tak termasuk lagi. Helloooo.... Ni cerita kat Malaysia tauuu. Negara yg kamu tinggal ni. Bukan negara org lain. Bukan kat Singapore, atau Denmark [ceh, mentang² skuad badminton negara menang dgn Denmark. Sajer nak menyelit nama Denmark. hoh hoh hoh].

Ye la... Kamu mmg la tak kisah ye tak. Sbb yg mati kena bunuh tu bkn sedara-mara kamu pun. Bkn pula keluarga kamu atau kawan² kamu. Dan yg paling dekat, diri kamu sendiri.. Betul tak? So, takyah la kamu fikirkan sgt. Kan? Malaysia nak jadi apa pon, biarlah.. Asalkan kamu, keluarga kamu, kwn² kamu dan org² penting di sekeliling kamu SELAMAT.

Bleh ke fikir mcm tu? Tak selfish ke kita ni? Dan kalo kita tak selfish, mana buktinya? Apa usaha kita utk memastikan semua tu tak terjadi kat org² kesayangan kita? Pendapat saya.... Lebih baik kiter mencegah. Drpd mengubati. Jom la... Sama² fikirkan ye sahabats. Fikir la tentang anak² kamu. Adik² kamu. Anak² saudara kamu. Yg akan jadi generasi akan dtg. Fikir canner nak cegah semua jenayah, maksiat, dah masalah Soooo.... SIAL kat Malaysia ni. Fikirkan supaya satu hari nnt, kita boleh jamin biler anak kiter kuar umah pagi, dan pulang ke rumah dgn selamatnyer pada ptg hari. Ok? Peace.

Haa... Lupa Lak Nak Citer.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.

Siang tadi : Di lab Multimedia INTAN Bukit Kiara. PC kwn sebelah meja saya, yg tinggal di Kg Baru ader masalah OS corrupt. Jd, dia panggil technician kat INTAN tu utk repair. Maksudnyer technician tu dok seblah saya sementara tunggu installation yg dia buat tu siap.[Dia format PC tu dan re-installed semula]. Org Kg Baru tu plak terpaksa pindah meja belakang. Borak punyer borak dgn mamat technician tu, last skali sebelum saya keluar utk coffee break, dia sempat tanya 'Umo berapa?'. Sy tanpa ragu² terus jwb 'tige puloh'. Pastu saya dgr dia ckp 'mak aiiiii'. Hahahahah... Cis... Kononnya nak ngorat aku pastu tak jadi la tu konon. Bleh bla.

Malam ni : Di suatu area rahsia.Saya sungguh gembira seolah-olah saya dah berjumpa semula dgn abg kembar saya yang terpisah dgn saya sejak kecik yang hanya bleh dipastikan melalui kesan seterika kat perut dia. [Sbb saya pun ader kesan seterika tu]. Ngeeee... Nak lari mana??!!! Betul kan?

12 May 2010

Umor Dah 30... Tapi Kenapa Tak Kawen Lagi?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Umor dah 30. Tapi kenapa tak kawen lagi?

Jawapan baik bercampur redha : Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan takdir setiap hamba²Nya dan hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk saya. InsyaAllah, kalau jodoh saya sampai nanti, saya kawen la dgn Datuk Paduka.

Jawapan baik bercampur tak pasrah : Takper la... Maybe ni balasan untuk saya... Sebab saya jahat sangat, maka Allah beri balasan kepada saya masa kat dunia lagi, supaya kat akhirat tak kena balasan dah. Dan Allah nak uji saya supaya saya jadi sorang wanita gorjes yang seterong.




Jawapan jahat + bosan nak jawab + malas nak layan : Woi! Ikot suke haku la nak kawen lambat ke cepat! Bukan haku mintak duit ringgit ko pon utk sara hidop aku!

Tapi....

Jawapan yang paling jujur ialah..... : Sbenornye, saya mmg sangat memilih. Jadi, sbb tu la saya belum kawen. Muahahahahah. Kriteria lelaki pojaan saya ialah ;

1) Hensem. ~ Takper... Lelaki hensem ramai. Tak susah nak carik pon..[Mmg kriteria yg tak sedor diri. Sbb diri aku bukan cantik pon. Cuma gorjes je skit. Tapi nak org hensem. Hahahahah]
2. Single ~ Erm... Lelaki single dan hensem pon ramai. Takder masalah pon untuk saya carik. [Huhh...bleh tahan gak over-confidentnyer haku ni]
3.Komunikasi Berkesan [Bak kata kawan saya Lawang] ~ Biasanya biler sampai kat sini dah terganggu skit... Walaupon dia lelaki hensem. Single. Tp kalo dia buat lawak saya tak faham, dan biler saya bergurau dia ingat saya serius, dan kalo saya takleh nak kongsi minat saya pada kucing dgn dia dan dia pon takleh kongsi favorite food dia dgn saya... Erm... Leceh la. So, drpd saya berpura-pura bahagia, lebih baik saya rentikan je. Tapi ok lagi. Kalo cuba, masih ada harapan.
4.Pendapatan yang menjamin saya bleh shopping tanpa menghabiskan duit saya~ Yang ni sebagai bonus jek. Tp mesti la ader pendapatan tetap. Saya tak berani nak kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. Nnt dah ader anak, sy tanak anak saya hidup susah. Tapi kriteria ni saya rasa ramai je lelaki yg ader. Dan last but very important....
5.Beriman dan berpegang kepada jalan Allah ~ Dan syarat inilah yang selalu kantoi. Saya mcm sgt terganggu kalo sy kawan dgn lelaki yg tak pentingkan agama. Sbb hati saya ni sgt lemah. Iman saya sgt mudah goyah. Dan saya cepat putus asa. Jd, saya sgt perlukan lelaki yg bleh jaga saya dgn cara Islam. Dpt bimbing saya. Dan dpt tegur saya kalo saya buat salah. Yang bleh mrh saya kalo saya lewat bgn solat subuh. Yg tau hukum halal dan haram... Yg sabar dgn kedegilan saya. Tapi mana ader dah lelaki mcm tu skrg. kalo ader pon, laki org. Takpun tunang org. Takpun bf org.

Jgn salah paham. Sy tak bermaksud yg saya tunggu lelaki yg sempurna. Mereka tak wujud pon, saya tau. Tp setidak²nyer yg ke-5 tu pon dah cukup. Jadi? Lebih baik saya bersendirian sehingga sampai jodoh saya,supaya hati tak sakit dan tak menyakitkan hati org. Kalo saya bleh relax dan bertenang utk hidup sendirian... Ngaper plak org² yg selalu tanya 'biler nak kawen?' tu takleh relax? At least saya tak nyusahkan sesaper. Ye dok?

Emosi plak post ni. Heheheh... Sorry. Syok sendiri lagi. Ari tu janji tanak jadikan blog ni sebagai 'blog syiok sendiri' tapi tak sengaja plak syiok sendiri.

11 May 2010

Bukannya Tak Boleh... Tapi............

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini......

Saya nak tanya sket ni. [Errm...tapi jwpn kamu, saya tak dpt dgr pon kan? Takper.. jwb je dlm hati]. Katakan kamu tgh hang out kat shopping complex, then tetibe dtg sorang lelaki yg kamu tak kenal [atau pompuan, jika kamu yg membaca blog ini adalah seorang lelaki] dtg kepada kamu, hulur tangan untuk bersalam dgn kamu sambil berkata 'hai...saya Ismail'. Apa yg akan kamu lakukan? Mesti kamu takkan sambut tangan dia utk bersalam kan? Ye.. Saya pun akan bereaksi yang sama. Dah la tak kenal. Nak salam plak tu. Bukan muhrim plak tu....

Semalam saya gi tgk wyg dgn housemate saya. Citer The Losers. Tiketnyer jam 9.15mlm di MidValley. Tapi biasaler, kalo dah mula berkubang kat umah, mesti bertolak-tolak nak bersiap. Saya suh hmate saya bersiap. Dia plak suh saya balik. Sorang² mmg berat punggung nak gerak pegi bersiap. Ngeee.... [Bergossip sambil bermalas-malasan kat umah mmg syahdu rasanya.]

Dan seperti yang disangka, mmg kami sampai lewat ke MidValley. 15 minit lewat. Tapi takper... Buat selamba jek. Baru le reggae skit kan? Seat yang hmate saya pilih lak tgh², belakang skali.[Dia yg beli tiket : secara online]. So, biler dah masuk dlm panggung tu, terpaksa le kacau daun org² yg dah mula nak kusyuk tgk movie tu. Sbb dah start pon. Kejar-mengejar dan tembak² pastu helikopter meletup². Huhh... Sungguh dahsyat intro nyer.

Bila dah duduk kat seat kiterang, tetiba lelaki yg duduk sebelah saya, hulur tangan kepada saya tanda ingin bersalam dgn saya, sambil berkata "Hai, saya Ismail". Saya mcm terkujat... Otak pun blurrrr plak masa tu, tak tau nak respon canner dan secara reflek saya hulur tangan saya, bersalam dgn dia dan saya ckp "saya Salida".. Huuuuu.... Nyesalnyer saya sbb bg respon camtu.

Dan sepanjang movie tu saya SUNGGUH tak selesa sbb lelaki tu macam menyondongkan fizikal dia ke arah saya. Dan biler saya gelak, dia mcm support gelak saya tu dr tepi. Very annoyed me. Dan saya cuba sebaik mungkin utk buat donno je la.. malas nak serabut otak, sbb saya hanya nak rehatkan² fikiran, tgk movie dgn tenang. Dan hasilnyer, saya berjaya ignore ke'menyampah'an saya tu sehingga movie abih.[Walaupon badan saya dah sakit sbb saya terpaksa menyondongkan badan saya ke arah hmate saya utk menjauhkan diri dari lelaki tu]

Dah habis movie, selepas saya tgk lelaki tu gerak keluar dari barisan seat tu, baru lah saya keluar dr seat. Pastu keluar panggung. Biasa ler saya... Lepas abih tgk movie, saya mesti nak jadi pengulas filem yg tak berlesen, berbincang pasal movie tu dgn hmate saya. Tapi ntah dari mana datang, tetiba lelaki tadi muncul lagi kat sebelah saya dan tanya "Nak balik dgn apa Salida? Tinggal kat mana?". Aduhhh... Takut plak saya. Pastu bleh tak saya pandang dia sekilas, dan tak buat reaksi muka apa² then saya terus sambung mengulas filem tu dgn hmate saya. Seolah² mcm takder sesape pun kat sekeliling saya tu.

Agaknya sebab dia malu, then dia pun terus blah, jalan laju, turun escalator. Saya hanya mengikut dia dgn pandangan mata je. Fizikal dia, rendah², badan bulat² skit, pakai spek tebal. Muka dia mmg 0% sama dgn Quino. [Maksudnya tak hensem la]. Dia pakai t-shirt, tucked-in dgn jeans dan kasut penuh. Mmg tak menarik la. Hahahah... Jahat betul. Tapi tak kira la dia hensem ke, dia hodoh ke, yg penting kelakuan dia tu yg menjadi fokus saya. Yg membuatkan saya saspen. Walaupon saya ader rasa skit bersalah sbb memalukan dia di khalayak ramai. Yelah... Saya bersangka baik la kan... Mungkin dia berniat utk cari kenalan. Mungkin dia tak ramai kawan. Sbb semalam pun dia sorang je. Tapi... Cara dia tu agak creepy.

Balik umah... sebelum tido, saya call En Stormpong. {Yeahhh.... Dpt kredit free selama 7 hari la katakan.. Bleh la saya telefon org dgn sesuka hatinyer dan bersembang lama²..hehehe].

Saya nyanyi lagu 'Underneath Pokok Kelapak' kt En Stormpong sebelum saya citerkan hal yg berlaku kat saya dgn Ismail tu. Dan hasilnyer, saya telah menerima 4 guni leteran dari En Stormpong. Huhu... Dia sungguh bengang sbb saya tak pandai jaga diri. Dia kata kalo org tu buat ilmu pukau masa salam dgn saya dan buat jahat kat saya, canner dia nak jawab kat Pakcik Man nnt sbb dia gagal jaga saya. huuu... Terharu walaupon bengang kena marah.

















Keterangan gambar : En Stormpong Yang Sedang Marah.




Lepas dah kena marah tu, baru le saya fikir.... Bahaya jugak kan? Sbb zaman skrg ni mcm² cara org nak buat jahat. Dan En Stormpong kata, jgn ingat muka lelaki tu 'nerd' so dia takder potensi sebagai org jahat.

Saya harap, kwn² yg membaca tulisan ini, akan lebih berhati² dan bersedia kot² mengalami situasi yg sama dgn saya ni. So, kalo menghadapi hal macam ni, saya harap kamu dah tau apa yg patut kamu lakukan. Ok? Sentiasalah berhati-hati yer.... ai lerp yu ol...

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...