Iklan! Iklan! Sila Click!

18 May 2010

Takdir Dari Sudut Yang Berbeza

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Saya pernah membaca buku yang bertajuk 'Keabadian Masa dan Hakikat Takdir' hasil tulisan Harun Yahya*. Dalam buku tu, dia ceritakan tentang bagaimana manusia menilai masa menggunakan persepsi-persepsi tertentu. Menurut beliau, kita menganggap masa dalam hidup kita adalah 24 jam = sehari. Sedangkan dunia ini luas. Di planet2 lain, sehari mungkin = 1000 jam. Contohnya, sehari di planet Utarid = setahun di bumi. Jadi itu adalah salah 1 contoh persepsi manusia tentang masa.

Cuba kamu fikir dari sudut yang berbeza tentang takdir. Bagaimana jika saya katakan bahawa seluruh hidup kita ni sebenarnya sudah selesai. Dan takdir hidup kita sudah berlaku dgn lengkapnya. Di mana, kesudahan hidup kita sudah pon tertulis dan berada di dalam tangan Allah. Hanya... Kita je yang tak tau apa kesudahan hidup kita. [Sorry housemate... Ko mesti malas nak baca entry ni sbb ari tu aku dah bincang dgn ko pasal ni... kehkeh..].

Oleh sebab kita hidup di bumi, masa yg kita lalui adalah mengikut putaran bumi pada paksi nya sendiri utk melengkapkan sehari. Dan jika saya katakan, waktu yg kita lalui skrg ini telahpun selesai di sisi Allah. Ok, cuba renungkan ... Peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa di mana Nabi Muhammad di angkat ke langit dan melihat nasib umat baginda yg ditempatkan di syurga dan neraka mengikut prestasi masing² semasa hidup di dunia. Semua yg diseksa dpt dilihat dgn jelas. Seolah² keputusannya sudah ada di tangan Allah. Hanya kita, manusia sahaja yang belum tau nasib masing².

Sama juga dgn deja vu. Deja vu adalah sesuatu perkara yang berlaku pada kamu yang kamu berperasaan seperti 'eh...aku macam dah penah alami je benda ni'. [bukan Deja Moss yer. Dia tu Hajah Deja Moss. kekeke.]. Biasanya, kita dah penah mimpi perkara yang berlaku tu. Sbb tu kita rasa mcm dah penah lalui. Jadi, seolahnya... kita mimpi perkara yang bakal berlaku pada kita. Sedangkan, mungkinkah perkara tersebut sebenarnya telah berlaku dan hanya Allah yang tau? Wallahu a'lam.

Penurut pandangan Harun Yahya lagi, [dia bagi contoh sebenarnya] katakan ader seseorang disahkan menghidap penyakit barah tahap kronik. Dan dijangkakan hanya bleh idop sebulan je lagi. Dan dia strong. Dia lawan penyakit dia. Dan akhirnyer dia selamat. Penyakit dia sembuh. Kalo mcm tu, adakah dikatakan yang dia mengubah takdir dia? Atau sebenarnya memang takdirnya dia akan terus hidup?

Bukan maksud saya utk membuatkan kamu berfikir bahawa, 'abih tu... kalo takdir dah lengkap, tertulis semuanya... kenapa lagi Allah suruh berdoa? Kenapa aku perlu berusaha untuk berjaya?'. Manusia ni kan dijadikan oleh Allah semata-mata untuk menyembah-Nya. Allah tidak menyuruh hamba-hambaNya berputus asa. Jadi, berusaha lah jika berusaha itu juga termasuk dlm takdir kamu. Jadi, kamu ditakdirkan 'berusaha untuk berjaya'. Pon bleh jadi gak kan?

Ala... yelah..yela... Dah pening la tu. Heheheh... Ok la saya berenti dulu. Jgn tuduh saya sesat plak. Ini adalah pendangan tentang takdir, dari sudut berbeza. Itu sahaja.

* Harun Yahya - Penulis Islam yg berasal dari Ankara. Tau tak Ankara tu letaknya kat mana? Hehehe... kat Turki. [Ader kawan saya pandai ckp 'Turki'.~ kakak chomel kot nickname dia.hahahah]. Buku² yg dia tulis kebanyakannya adalah tentang agama dan sains. Dan telah diterjemahkan ke 20 bahasa.

2 comments:

  1. hahaha turki turki (suara mesti halus, baru jadi)

    ReplyDelete
  2. Haa... Kan betul saya ckp. Dia pandai ckp Turki...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...