Iklan! Iklan! Sila Click!

25 May 2010

Cerita Tentang Kucing dan Baka Keturunannya

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini...

Sementara tunggu report yg saya run ni complete, biar la saya citer skit tentang perkara yang saya suka dgn perasaan yg sungguh mendalam. Iaitu tentang kucing; haiwan peliharaan yang comel dan manja dan comel dan manja dan suka guling2 kat pasir lepas mandi. [Kalo kat kampung la. Kucing kampung ni kan nakal skit].

Baka kucing yang betul2 asli ada dalam lebih kurang 30 jenis. Kalo kira dalam senarai kat Wikipedia, ada 27 jenis yang betul2 natural. Maksudnya natural kat sini ialah yang belum dikacukkan lagi baka tu. Saya malas la nak senaraikan semua jenis baka kucing kat sini. Tapi cuma nak highlight beberapa jenis baka je.

1. Zaman dulu-dulu, saya suka kucing baka 'Scottish Fold'. Kucing baka ni, muka dia mcm burung hantu skit. Telinga kecik dan menghala ke depan dan muka kucing baka ni mcm bersegi skit.

Mengada-ngada kan kucing2 ni. Muka gedik.. Eeii... Geram saya tgk.
.....................................................................................

2. Satu lagi baka kucing yang saya suka ialah 'Siberian'. Kucing ni kalo pegi pameran kucing, besar dia .... mak aaaiii.... Rasa mcm tak pecaya je dia tu sbenarnya kucing. Besar douh... Nak tgk muka dia canner? Haa... Begini yer tuan-puan;

Alamak, tak jelas yer? Ader satu je la plak gmbr Tengku Siberia ni. Sorry ye. Lain kali saya masukkan gmbr dia byk2. [Sorry naik lorry!]
.....................................................................................

3. Pastu sejenis lagi baka kucing besar yang saya suka, ialah 'Norwegian'. Tapi yg ni besar dan hensem skit. Kalo dia betina pun kira hensem gak la.


.....................................................................................

4. Kemudian, baka Birman. Baka ni lebih kurang je dgn Burmese. Sbb asal dari tempat yg sama. [Tgk nama pun dah tau dr Burma.] Spesis ni biasanya ada 2 warna je. Sama ada putih + perang. Atau Putih + Kelabu. Dan biasanya juga, muka, ekor, 4 kaki dia yg berwarna dan badan lak warna putih. TOmel nyer...


.....................................................................................

5. Baka yang paling disukai ramai plak ialah 'Persian'. Sbb bulu tebal, ekor plak kembang, manja lebih walaupun kadang2 lembab.

.....................................................................................

6.
Cuba teka baka apa ni? Hehehehe... Mesti kamu semua, mcm tau, tapi tak tau kan? Kekeke... Asal usul kucing ni dari Mesir. Di panggil 'Abyssinian'.
.....................................................................................

7. Dan yang terakhir skali dalam senarai ni, ialah baka kucing 'Sphinx'. Kucing ni nampak mcm togel jek kan? Skali pandang, mcm hanjing Chihuahua [ala..yg Paris Hilton bagi umah banglo kat anjing dia tu]. Tapi dia sebenarnya ader bulu. Cuma bulu-bulu dia halus dan pendek. Kucing ni pun berasal dari Mesir. Dan tak sesuai tinggal di negara sejuk. Sbb penebat haba dia takder. Errm.. Tgk pon dah tau kan?

.....................................................................................


Sebelum menamatkan karangan ni, boleh saya uji kefahaman kamu? Hehehehe... Cuba teka, kucing yg di bawah ini daripada baka apa?

Sila tinggalkan jawapan anda di 'Penambah Perisa'. TQ.


1 comment:

  1. Kucing tu dah la wat muka seposen, pastu ader plak taik lalat tak hidong. ngeh..ngeh..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...