Iklan! Iklan! Sila Click!

25 May 2010

Sebenarnya Nak Cakap Dalam Hati Je....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Saya selalu terlepas cakap. Kdg2 apa yang saya nak cakap tu, saya cuma nak cakap dalam hati je, tapi tetiba laju je kuar kat mulut.

Semalam, dalam kul 4.30 ptg, saya tinggal sorang2 je kat area work station saya. Pakai headphone, pasang lagu Black Eyed Peas - Meet Me Halfway. Pastu saya nampak Senior Manager saya [boss] kemas brg dan kuar dari bilik dia dgn notebook dia mcm gaya nak balik dah. Padahal blum time lagi. [Time balik kat ofis ni jam 5.15 ptg]Then, saya terlintas kat dalam hati 'awal balik....', tapi rupa-rupanya statement tu terkeluar dari mulut saya. Huhu.. Saya nampak boss saya pandang ke belakang lepas saya cakap tu. Tapi saya sengih je la kat dia.

Dlm 10 minit lepas tu, ader sorang ofismate saya, GamGam dtg kat saya dan ckp sambil gelak2; "kuang hajar punyer anak buah. boleh dia sound boss dia macam tu..". Saya mcm "errkk..... ko dgr ke aku ckp td?". GamGam kata "Abih? Ko ingat ko ckp slow ke tadi?!!". Pastu baru saya teringat yg saya pakai headphone. Kehkeh... GamGam sambung lagi "Sampai terlanggar-langgar dinding boss ko tadi kena sound macam tu dgn anak buah"... Hahahahahahahaha.... Cacat betul perangai saya ni.

...................

Pagi ni... Senior Manager saya dtg kat tempat saya sambil sengih2, dia tanya saya "semalam u ckp apa?".... Saya mcm dah tak mampu nak jawab dgn kata-kata sbb saya tau perangai sarkastik saya tu mmg takleh nak cover lagi. Jadi, saya hanya mampu tersengih gak dgn gigi kapak yg berterabur ni... Pastu boss saya terus je bgtau "takder, semalam tu i nak pegi seminar, bla, bla, bla"... beriya dia explain pastu aku terus pangkah "en Z, yang semalam tu saya gurau je". Then dia jawab "Ye lah... I tau".

Saya tak tau la En Z dendam dgn saya ke tidak. Tapi lepas tu dia tanya saya bila nak buat sesi Brown Bag tentang Kursus Multimedia yang saya hadiri selama 5 hari di INTAN baru-baru ni, dan dia bagi satu projek kat saya utk buat interaktif form bagi puclic request statistik atau senarai syarikat dan perniagaan secara online. Kehkeh... Peace...

3 comments:

  1. hahaha agaknya takleh tido dia semalam sebab pikir apa balasan untuk anak buah dia tu

    ReplyDelete
  2. hahaha aku pun mcm ko salida. lg truk aku penah ckp mcm tu kat General Manager. Aku benornye nak ckp dlm ati, dia balik kul 4. pehtu tanpa sengaja aku ckp, "Capt dah nak balik? baru kul 4 nie" huhuhu ya ampunnn. since then klu dia nak balik awal musti dia kata "i kluar awal arini, ada meeting" huhuhu

    ReplyDelete
  3. kakak chomel : haah.. tu la agaknyer yg sampai kuar project canggih tu.
    Suhana : Eh, tak sangka ader gak org yg sama spesis dgn aku. Kekeke... Tp ko lg berani. Dgn GM. Aku setakat SM je la.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...