Skip to main content

Malaysia Boleh!

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini.....

Berita-berita kemajuan rakyat Malaysia pada hari Isnin 10 Mei 2010. [Ni baru sehari punyer, blum amik seminggu atau sebulan atau setahun].

Yang dlm '[]' dan bertulisan Italic tu, adalah pendapat personal Lyd. Harap makngah.

Wanita HIV meningkat
KUALA LUMPUR: “Jumlah wanita yang menghidap HIV dikesan semakin meningkat apabila 15 orang daripada 1,000 wanita dikesan menghidap penyakit itu,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.
Lagi.. [Ini hanya jumlah yang dikesan. Berapa ramai plak yang tak dikesan??]

Pengunjung lari panik
GEORGETOWN: “Saya ingatkan mengalami tekanan darah tinggi semula apabila kepala seperti berpusing dan pening seketika,” kata pekerja pusat beli-belah Prangin Mall, Noor Asmarane Mawi, di sini, yang merasai gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter di Utara Sumatera, Indonesia, petang semalam.
Lagi.. [Wp tak dikira sbg salah sesiapa, tp gempa bumi makin kerap berlaku ni. Apa cerita? Takkan saje² je gempa berlaku tanpa ader sbrg sebab ye tak? Hanya Allah yang tau.]

20 pelajar bergaduh hadapi tindakan tegas
KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap sekumpulan lebih 20 pelajar sebuah sekolah menengah di Sentul yang ‘bertempur’ ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat baru-baru ini, hingga menyebabkan lebih lima pelajar cedera.
Lagi.. [Ntah hapa2 la budak² zaman skrg ni. Seolah-olah hidup dierang seperti tujuannya utk bergaduh, melepak, berhibur dan menghabiskan duit mak bapak. Sigghhh..]

Rejam madu
KOTA BHARU: Pelik apabila seorang isteri muda tergamak menyerang madunya dengan membaling batu hingga menyebabkan kecederaan di kaki hanya disebabkan cemburu buta.
Lagi..[Terlampau marah la ni sampai dah takleh control dan dikuasai emosi. Kalo dia baling batu, dia ingat laki dia akan insaf kot? Jgn harap. Skrg ni nafsu dah diletakkan no 1 di atas kepala.]


5 kali hamil luar nikah
JOHOR BAHRU: Ketika jutaan wanita di seluruh dunia meraikan sambutan Hari Ibu bersama insan tersayang, seorang wanita yang sering diperalat lelaki baru dikenali hingga pernah melahirkan empat anak luar nikah, kini menaruh simpati terhadap sebuah rumah perlindungan ibu mengandung untuk melahirkan anak kelimanya.
Lagi.. [Kalo sekali, bleh la dikatakan diperalatkan lelaki. Kalo dah sampai 5 kali? Errm... No komen la... ]

Siasat mangsa tembak
SEREMBAN: Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan bapa remaja berusia 17 tahun yang menyatakan anaknya turut dipukul selain cedera ditembak ketika cuba melarikan diri menunggang motosikal sebaik dikejar polis di Jalan Seremban-Jelebu di sini, awal pagi kelmarin.
Lagi.. [Semuanyer baran dan nak mempertahankan ego masing². Budak yg kena pukul tu anggap yg polis takkan berani nak tembak, polis plak bengang biler org awam dah tak takut polis wp polis ader pistol. Bg aku, 2-2 salah. Apsal nak lari kalo tak salah? Canner polis tu nak tau org tu salah ke tidak kalo polis tahan, tanak berenti. Tak bg kerjasama saper suruh?]


Samun guna lori bapa
ALOR STAR: Seorang remaja sanggup menggunakan lori syarikat bapa bekerja untuk merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Kelang Lama, Kulim, bersama tiga rakannya, awal pagi semalam.
Lagi.. [Anak jadi mcm ni sebab apa yer? Kurang pendidikan? Atau genetik? Atau perangai buruk tu dipengaruhi oleh makanan yang mak ayah dia beri dia makan?]

Mama...mama! nie akak, akak nak mama tolong akak
BANGI: “Mama...mama! nie akak, akak nak mama tlg (tolong) akak,” itu khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar Siti Rahayu Mohd Shamsudin, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Reko, Kajang kepada ibunya, Rohana Abdul Rahim, 38, selepas laporan kehilangannya disiarkan Buletin 1.30 TV3, petang kelmarin.
Lagi.. [Dah mcm movie. Senang² je buat jenayah. Nak culik anak org. Nk rampas duit org. Nak tembak org. Seolah² mereka ni tak takut kepada sesiapa pun. Kan?]


Gadai nyawa cekup peragut
BUTTERWORTH: Bagaikan aksi dalam filem, dua lelaki mempertaruhkan nyawa mengejar seorang peragut bermotosikal sejauh 15 kilometer sebelum memberkasnya dengan bantuan orang ramai. dekat Titi Timbul, Teluk Air Tawar, di sini, semalam.
Lagi.. [Untuk berita penuh, sila baca sendiri di link yang saya pastekan di bwh entry ini.]

Doa Hari Ibu tanpa anak kesayangan
KUALA LUMPUR: Tidak seperti ibu lain yang dapat meraikan sambutan Hari Ibu bersama anak masing-masing, Elis Syuhaila Mokhtar, 35, masih lagi ternanti-nanti kepulangan semula anaknya, Ferris Mokhtar Van De Ven, 7, yang dilarikan bekas suaminya 15 bulan lalu.
Lagi.. [Haaa... Kawen lagi dgn mat salleh. Opps... Dah jodoh dia. Tak baik marah dia. Hehehe..]


Parah dibelasah kakak, kekasih
AMPANG: Hanya kerana ditegur supaya tidak membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah, seorang kakak dan kekasihnya yang juga warga asing berusia lewat 20-an membelasah adiknya itu di sebuah pangsapuri disewa mereka di Pandan Perdana di sini, baru-baru ini.
Lagi.. [Seks! Seks! Seks! Takde keja lain.]


Lagak selamba bongkar penjenayah sorok pistol
KUALA LUMPUR: Lagak selamba dua lelaki berusia lewat 20-an yang cuba mengelak sebaik bertembung dengan sekumpulan anggota polis tidak berjaya sebelum ditahan kerana memiliki sepucuk pistol jenis Lambreta, kelmarin.
Lagi.. [*Eh, Lambreta pon ader kuarkan pistol gak ek? Ingat kan kuar motor je.]


Cari pekerja jumpa mayat
SHAH ALAM: Dua penyelia sebuah kilang yang ingin mencari seorang pekerjanya yang ponteng kerja beberapa hari lalu di rumah pekerja itu di Jalan Pegaga U12/5, dekat sini terkejut apabila menemui mayat seorang pengawal keselamatan berlumuran darah dipercayai dibunuh, semalam.
Lagi.. [It's ok... This is Malaysia la bro... Bunuh-bunuh tu perkara biasa jek. kalo kita bengang dgn org, kiter bunuh jek dia. Abih citer. Polis bukan dpt tangkap pon. MUahahahahahahha...*Gelak penjahat. ~Siapa la yg nak membanteras jenayah ni supaya org tak berani pun nak buat jenayah? Aku nak. Tapi aku tak mampu nak lakukan sorang²]


*Di copy-paste daripada
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Arkib?myday=Monday§ion=Setempat

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya