Iklan! Iklan! Sila Click!

15 May 2010

Penanda Aras Bahawa Kamu Sudah Gemoks!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Berikut adalah tanda-tanda yang kamu benar² telah meningkatkan tahap lemak tepu di badan anda;

1. Bila orang yang selalu tgk kamu bertanya, 'awk dah berisi skit yer skrg?'. Pastu esoknyer, org yang sama jugak tanya, 'berapa berat awk skrg?', then lusa dia jugak yang tanya, 'senang hati ke skrg? Nmpk sihat je..'.. So, maksudnyer, kamu perlu faham bhw maksud tersirat dia adalah 'beb... serius la ko nampak gemuk skrg. Aku tgk daging ko mcm diternak-ternak jek. Makin lumayan gitu.'

2. Bila jeans yang kamu beli masa zaman putus cinta dulu, [dgn saiz paling kecik, pastu siap kena alter lagi kat pinggang] tetiba je membuatkan kamu rasa cam semput bila pakai jeans tu. Waktu tu mgkn tak sedar diri lagi dan berkata dlm hati 'eh, kenapa aku ader mslh penafasan ni? Ni mesti resdung ni. Hidung dah takleh bekalkan oksigen yang mencukupi utk paru-paru aku. Huhh.. Kena pegi buat rawatan resdung kat Melaka ni.] Padahal... sedar le diri sket wei... Kamu dah gemuk la tu.

3. Bila menu harian kamu asyik berulang pada jenis makanan yang sama je. Coklat. Coklat. Err... Coklat. Then Coklat. Pastu kek icing yg tebal. Then ice-cream. Pastu looping la menu tu utk 2 bulan. Maka, tak payah timbang berat pon dah tau mmg berat dah naik. [huuu... tapi coklat best. Terutamanyer KitKat Chunkie. Dan cake. Dan cheesecake Pistachio by ZEN. Dan ice cream. huuu... TIm kayy ahhh??!!]

4. Bila tiba-tiba kamu rasa langkah kamu berat semasa berjalan. Hati tertanya-tanya, 'Adakah aku tidak sihat? Badan aku makin lemah ni, mesti sbb aku demam. Tp.... suhu badan tak panas pun. Selera makan tak kurang pon. Kenapa yer? Apa terjadi?'. Haa... Lagi nak tanye. TU maksudnyer, peha kamu dah makin berisi. Biler berjalan peha berlaga dan memperlahankan langkah kamu. Jadi, jgn ragu² untuk turunkan semula berat badan kamu. Ngeee...

5. Nak sambung lagi. Tp dah ngantuk. Esok nak bgn awal. Utk jumpa En Stormpong. Dan kalo nak tau, 4 perkara di atas adalah berkenaan diri aku sendiri. Tak melibatkan org lain pon. Kehkeh.. Aku dah makin gomuts.

Peace.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...