Iklan! Iklan! Sila Click!

28 November 2012

Sugar Sugar Sugar

Sejahteralah ke atas kamu....

Sowi eberibadi. Nak citer lagi pasal mama buyungzzz... Takpe, saya tau korang penyabar. Kan?

Semalam saya citer pasal TAKUT kena amik darah. Sampaikan next appointment saya tak datang sebab takut kena amik darah lagi. Tapi sebenarnya itu bukan satu-satunya sebab saya tak hadir appointment tu. Satu sebab lagi ialah, appointment yang seterusnya tu sepatutnya saya kena minum air gula. Air gula yang 'dinanti-nantikan' oleh semua ibu mengandung. Heheh.

Saya ni masa awal-awal bengandung dulu kan ada alahan yang agak teruk [saya rasa teruk. Orang lain kata tak teruk sangat]. Saya kan langsung takleh tak boleh nak makan. Makan je muntah. Syarat kalau nak minum air gula tu plak, kena puasa [separuh hari je], pagi-pagi datang klinik dan minum air gula masa perut kosong. Korang bayangkan le. Saya ni minum air kosong pun muntah. Ini plak nak minum air yang pelik tu. [Saya tak pernah tau cemana keadaannya air gula tu, tapi menurut kawan2 yang dah penah minum, mereka kata memang tak sedap giler air gula tu.]. Saya memang cemas la nak minum air gula tu. Penyudahnya... saya memang tak datang terus temujanji tu.

Kenapa saya kena minum air gula? Haaa. Ini la akibatnya bila kita jujur. Kat buku pink tu, ada ruangan untuk maklumat sejarah kesihatan ibu dan bapa. Sama ada ibu dan bapa ada darah tinggi, kencing manis. Saya ni kan jujur.... Saya pegi tanda 'ada'. Hehehehe... Yelah... tak baik menipu kan? Dah la mengandung. Ada anak dalam perut. Takkan nak ajar diri sendiri buat perangai tak elok. Nanti anak ikut perangai suka menipu tu karang, pastu mula la marah kat anak. Padahal perangai tu dia warisi daripada mama. 

Bila nurse tu dah tengok ada sejarah keluarga yang ada diabetes, itu yang saya kena buat test minum air gula tu. Jiwa kacau betul. Padahal saya dah berapa kali explain, mak abah saya ada diabetes masa dah tua ni. Masa muda2 dulu takde pun. Tapi ada derang kesah? Takdeee..... Apa-apapun takyah nak banyak cakap la Lydi, sebab ko bukan pergi appointment tu pun. Memang tak minum pun air gula tu.

Kusangkakan kurus sampai ke tua, rupanya gemuk di tengah umur..... Bila saya pergi klinik panel, doktor rujuk buku pink tu jugak. Maka dia pun nampak jugak la maklumat ibu dan bapa. Maka dia pun set appointment untuk saya minum air gula kat klinik panel plak. Deng! Kali ni rasanya macam dah takleh nak jadi runaway bride dah. Kalo tidak, lambat laun satu hari nanti memang kena minum jugak. Cuma kali ni saya lebih bersedia sebab saya dah takde alahan. Dah tak muntah2. Jadi, saya dah tak takut la nak minum air gula. 

Cam biasa... kena puasa daripada kul 12 malam sampai pagi. Saya pegi klinik tu. Then, inilah air gula yang dihidangkan kepada saya....


Bila saya nampak botol tu, saya dah rasa lega skit. Sebab nampak macam tak seteruk yang disangka. BIla minum... ermmm.... agak sedap. Hahaha.. Rasa macam 100plus. Air ni ada gas [karbonated]. Pastu ada rasa masam-masam skit. Yang ini air gula jenama CarboTest. Dibuat dikilang siap-siap untuk test gula pesakit kencing manis. Jadi, kepada sesiapa yang takut kena minum air gula kat klinik kerajaan, bleh la amik test tu kat klinik swasta. Dierang bagi air gula sedap punya. 

Ujian ni, mula-mula sebelum dia bagi minum air CarboTest ni, dia amik darah saya dulu kat jari. Test kat alat tu, keputusannya 4.5[sebelum makan]. Lepas minum air gula tu... Dia suruh saya datang semula selepas 2 jam untuk buat test darah lagi sekali. Dalam masa 2 jam tu takleh makan lagi. So, sementara nak tunggu 2 jam tu saya pegi Mydin Kuantan beli ubat nyamuk dan makanan kucing [Friskies] untuk Pu gemuk. Pedooh sungguh pegi Mydin pagi-pagi buta kul 9.30 pagi. Lepas gi Mydin, terus pegi Taman Gelora untuk lepak-lepak dalam keta melayan pening sebab masa perut kosong tadi kena minum air gula. 

Lepas 2 jam, saya pegi semula ke klinik tu, dan test darah lagi sekali. Resultnya 7.1. Doktor kata ada tinggi sikit. Tapi dia kata, "awak balik ni, awak buat-buat tak nampak je la result ni.". Maksudnya macam walaupun terlebih sikit bacaan gula saya, tapi takde masalah pun. Saya rasa kalo kat klinik kerajaan kena bacaan dia 6 ke bawah kot. [Tak sure sangat]. 

Itu je la kisah yang tak menarik pasal kena minum air gula ni. Jangan serik baca blog saya. :D



27 November 2012

Takut

Sejahteralah ke atas kamu...

Perkara yang paling saya cemas dan kecut perut sekarang ni ialah bila kena amik darah kat lengan  masa buat pregnancy check-up. Saya ni dah la memang penakut jarum suntikan. Tapi kalau dengan jarum jahit saya okay plak, setakat nak jahit lembu felt tu takde masalah punya.

Kisahnya macam ni. Pertama kali saya buat pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan kerajaan ialah di Taman Medan, Jalan Dato' Harun. Nak buat buku merah kata kauuuu... Actually tak merah la sgt warna buku tu. Buku pink sebenarnya. Saya ni bukan tau pun apa yang patut saya buat masa mula-mula dapat tau saya bengandung, tapi tanya kawan2, mereka yang suggest pegi buat buku merah kat klinik kerajaan. Nanti apa-apa hal, just in case kehamilan saya bermasalah dan saya decide nak bersalin kat klinik kerajaan, mereka akan terima kalau ada buku fing karer teww. 

Masa pergi klinik kesihatan tu usia kandungan saya 7 minggu, mula-mula kena register sebab 1st time datang situ. Lepas tu, dia amik ukuran berat dan tinggi semua. Pastu dia suh kencim dan amik darah. Kencim mesti la takde masalah sbb dah tiap2 hari buat. Cuma masalahnya toilet kotor dan berbau hanceng. Tapi bila part nak amik darah tu.... saya dah mula panic at the disco. Saya berdoa agar darah diambil kat jari je macam nak test gula tu. Kehkeh. Tapi jangan harap la kan? Darah yang mereka nak amik tu untuk buat berbagai-bagai ujian, antaranya Hepatitis, jenis darah, hemoglobin darah dan ntah hape ke benda la. So, perlulah amik banyak.

Apa yang membuatkan saya serik, masa amik darah tu mula2 nurse cucuk belah kanan, darah langsung tak keluar. Nurse tu pump in, pump out picagari tu utk kuarkan darah, tetap tak kuar. Dia tersalah cucuk agaknya. Pastu dia tukar plak ke belah kiri. Darah kuar tapi kuar pun macam tak laju. At least ada la jugak. Nurse tu cakap saya tak banyak buat keja berat ni, sebab tu salur darah pun tak nampak. Ntah2 sebab aku gemuk masa tu. Last sekali dpt le jugak satu picagari penuh darah saya walaupun dengan penuh kesukaran. Sakit tu tidak la sakit mana. Cuma saya rasa sangat2 seriau masa tengok darah tu.. Lepas tu ingatkan dah setel. Bila kuar result urine test, ada darah plak pada urine. So, kena amik darah lagi sekali kat lengan untuk test masalah buah pinggang plak. Huuwaaa.... Tim kay ahhhhh??!! Lagi sekali darah saya kena amik dengan gaya yang sama macam cara tadi jugak. Memang aku serik wei.

Bila dah selesai urusan kat klinik tu, saya terus dah tak datang-datang dah klinik tu untuk buat pemeriksaan rutin bulanan seterusnya sebab takut kena amik darah lagi. Sampai le usia kandungan saya 4 bulan, baru saya pegi klinik panel, klinik biasa je untuk buat pemeriksaan kandungan. Bawak buku pink tu suruh orang kat klinik panel tu update. Result darah saya pun saya tak tau. Menurut kata orang yang berpengalaman, kalau ujian darah ada masalah apa-apa mereka akan call. Tapi takde call pun, so saya consider takde problem la tu. Hahah. Sebab tu saya tak pegi amik result.

Bila pegi buat check up kat klinik panel.... doktor kat situ plak nak buat ujian darah lagi sekali. Sebab kan yang lama tu tak tau result. So, lagi sekali kena amik darah kat lengan. Tapi kali ni doktor tu expert, darah tu keluar dgn mudah je. Alhamdulillah. Itu bulan lepas. Masa kandungan 5 bulan. 

Semalam, saya pegi buat check up lagi sekali. Nak tau result blood test tu. Sekali doktor kata result darah saya hilang. Darah tu pun ntah hilang ke mana. [Jangan nanti DNA darah aku tu disalah gunakan oleh penjenayah sudah. Nauzubillah]. Huuwaa... Pastu darah saya kena amik lagi sekali... Sampai hati derang hilangkan darah saya. Dan yang semalam tu, doktor lain plak... Bukan doktor yang sama yang amik darah saya bulan lepas. Doktor ni tak pandai jugak amik darah. Huhu. Mula dia cari urat kat belah kanan tak jumpa. Pastu dia carik kat belah kiri. Then sama la macam nurse yang kat klinik kerajaan tu amik. Darah antara kuar dan tak keluar je walaupun dia pump in and out syringe tu. Huuuhuuu... Fobianya aku rasa. Nasib tak pengsan. Loya tau tak bila tengok darah tu masuk dalam syringe. Dah la warna pekat.

23 November 2012

ParaBella Umbrella IceCream

Assalamualaikum... kum apa kombat. Bat apa Batman..

Saya sepatutnya takleh makan pedas. Tapi semalam saya byk makan makanan pedas. Pastu mula la rasa cam ada kebakaran dalam perut. Tu la kesannya kalo dah ada gastrik. Huuu...

Balik ofis petang semalam, singgah kedai sebab nak beli tempe dgn halia.
Tempe yang telah siap dipotong sebelum disira pedas. Sukaaaa sangat tempe...

Ternampak peti eskem. Gi ushar dekat-dekat. Ternampak plak eskem jagung. Ahahhhh!! Ini la koko yang dicari-cari. Saya sebenarnya dah lama teringin nak makan eskem perisa jagung. Tapi eskem jagung susah plak nak ditemui. *yang sebenarnya tak cari pun.* Tetiba semalam bila nampak eskem jagung, terus menggelupur nak beli.



Aiskrim ni tajuk dia ParaBella - Umbrella. Nama yang tak biasa didengari. Nampak packaging nya agak comel. Saya amik saiz kecik. Beratnya 473ml. Bila bayar, tengok-tengok harganya RM6.50. Mahallll... [Mahal bagi kategori yang sama la. Cuma eskem biasa je. Bukannya ada kacang pun atau coklat sauce ke, caramel ke.] Huhu. Sebab eskem Nestle yang 1 liter yg seumpama itu pun lebih kurang harga cenggitu. Tapi takpe la. Dah beli. Jangan nak mengungkit. Yang penting sedap jugak eskemni walaupun nama dia macam nak dekat dengan parabola. Kalau pasang kat umah boleh dapat siaran Indonesia, Thailand dan Singapore.





ParaBella Ni Keluaran Mana?
Kalau nak tau, ini adalah produk keluaran bumiputera rockers 100%. Malaysia punya. Of cos la Malaysia kan. Dah nama pun bumiputera. Takkan bumiputera Ostolia plak. Buat masa ni, mereka baru mengeluarkan 3 produk;

Untuk maklumat lanjut, kalau nak tau siapa CEO dan Pengarah syarikat, silalah ke EsEsEm untuk membeli maklumat syarikat website rasmi mereka : ParaBella IceCream


*jangan mu kata aku kedekut sebab aku kata eskem ni mahal, sedangkan tutti frutti bleh plak beli. Tutti frutti tu lain. Dia ada topping yg macam-macam dan boleh taruk sendiri.*

22 November 2012

Amalan Semasa Hamil

Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu mengandung perlu menjaga diri mereka sama ada dari segi kesihatan fizikal ataupun kesihatan rohani demi memberi pengaruh yang baik kepada anak yang dikandungnya. Apa yang saya nak sentuh di sini ialah tentang kesihatan rohani seorang ibu. Apa makanan jiwa seorang ibu yang hamil.

Sangat biasa kita dengar tentang amalan membaca surah tertentu daripada Al Quran yang dapat memberi manfaat kepada bayi. Biasanya kita disarankan untuk membaca Surah Maryam jika mahukan anak perempuan. Baca Surah Yusuf untuk mendapatkan anak lelaki dan anak yang cantik rupa parasnya. Membaca Surah Luqman jika ingin mendapatkan anak yang bijaksana dan cerdas akalnya. Dan beberapa lagi surah yang lain yang mempunyai manfaat tersendiri jika kerap diamalkan. Diantaranya;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin. 

Maklumat ini didapati daripada Blog Keibubapaan.

Saya ada juga mengamalkan surah-surah tersebut, tetapi saya lebih fokuskan membaca terjemahan surah-surah tersebut selain mendengar bacaan di dalam bahasa asal. Saya cuba mencari kaitan kenapa surah-surah ini mempunyai manfaat terhadap ibu mengandung seperti yang dinyatakan oleh orang selama ini.

Surah Maryam :- 

Fakta 1 : Di dalam surah Maryam ada menceritakan tentang kisah Nabi Zakariya, Nabi Yahya, banyak tentang Nabi Isa, sedikit kisah Nabi Ibrahim serta anak-anaknya, Nabi Ismail dan Nabi Ishaq serta cucunya Nabi Yaakub. Ada juga menyebut nama Nabi Nuh, Nabi Idris, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Fakta 2 : Nama 'Allah' di dalam surah ini banyak  disebut menggunakan nama 'Ar Rahman'.

Fakta 3 : Surah Maryam ada menceritakan tentang saat-saat Maryam melahirkan anaknya dan merasa kesakitan seorang diri. Juga dugaan Maryam berdepan dengan masyarakat kerana melahirkan anak tanpa bapa. Mungkin kerana itu ada kaitannya membaca Surah Maryam bagi memudahkan bersalin.

Fakta 4 : Ciri nabi-nabi yang telah disebutkan di dalam Surah Maryam ini boleh dikatakan semuanya sama iaitu 'menyuruh mendirikan solat dan memberi zakat'. Jadi maknanya... semua kebaikan bagi seorang umat Islam itu harus bermula dengan solat dan zakat. 


Okay... Cukup la Surah Maryam je dulu. Next time jika diizinkan Allah, saya akan ceritakan pula beberapa fakta tentang surah-surah lain pula.

Surah yang paling kerap saya baca dan tadabbur sewaktu mengandung ini ialah Surah Muhammad, Surah Al Insaan dan Surah ArRahman. Saya pun tidak pasti kenapa. Tetapi hati tergerak untuk selalu membaca surah-surah tersebut.

21 November 2012

Siakap Steam Nenas dan Pra-Membeli Belah Barangan Bayi

Sejahteralah ke atas kamu....


Siakap Steam Nenas
Semalam saya rajin. Pegi kedai, nampak ikan siakap yang saiz kecik, terus beli. Dalam kepala otak terkonfius nak masak Siakap 3 Rasa atau Siakap Steam. Saya pilih 3 rasa. Singgah kedai buah beli nenas potong-potong. Bila sampai umah, rasa cam 'rajin' sangat nak potong cili kering, rendam dan blend. Tetiba menu bertukar. Nak buat Siakap Steam je. Sebab senang sket. Dah tu, alang-alang dah ada nenas, saya masukkan je la dalam ikan stim tu. 

Saya tak letak perahan jus lemon kukus grill panggang Chef Michael pun. Bila siap ikan tu... perghhh... memang sedap. Rasa nenas tu dapat tutup hanyir ikan. Pastu air nenas tu meresap ke dalam isi ikan. Sangat sedap. [Boleh ke aku syok sendiri yang masakan aku sedap? Muahahaha.]. Resepinya sama je macam ikan steam biasa, tapi gantikan perahan limau dengan nenas.


Pra Membeli Belah Barangan Kelengkapan Bayi
Sebelum kita membeli kemudian kita belah daripada situ, kita haruslah membuat senarai barang-barang yang ingin dibeli. Saya ada post status di FB semalam dan bertanya pendapat kawan-kawan, bila waktu yang sesuai untuk saya beli barang-barang baby. Mereka sepakat jawab bila usia kandungan 5 dan 6 bulan. Maknanya, inilah waktunya untuk saya mula membeli belah barangan bayi. Menurut mereka, bila kandungan dan sarat, takut saya tak larat. Dan bila kandungan masuk 7 bulan tu dah kena bersedia sebab anything boleh berlaku [maksudnya bersalin awal]. 

Saya dah buat list. Senarai barangan bayi yang saya imagine yang bakal saya perlukan untuk anak saya nanti. Memang kalau Google lagi senang untuk dapatkan senarai ni. Tapi saya pun tak faham dengan diri saya ni. Saya lagi suka perah otak fikirkan sendiri. Beragas betul. Sape rajin nak tengok, tengok la list yang saya buat ni. Ngeh-ngeh.

Berikut adalah senarai barangan keperluan untuk bayi dan keperluan ibu selepas melahirkan; [*adik = nick name untuk anak saya]






Kalau tengok list ni, ada banyak benda yang saya nak buat sendiri. Saya memang mengada. Masa buat preparation untuk kawen dulu pun saya mengada nak buat sendiri. Padahal kalau beli lagi la senang, murah dan sudah tentu kecantikannya lebih terserlah. Tapi dah memang perangai saya mengada-ngada, nak buat canner kan? Perasaan bila buat sendiri tu macam lebih puas dan rasa macam dah berusaha keras. Sampaikan kalau sempat, sarung tangan baby [baby mitten] pun saya nak jahit sendiri. Seronoknyaaaa....

20 November 2012

Lima Bulan Dan 3 Minggu

Sejahteralah ke atas kamu...

Kembali kita ke entry yang disukai ramai iaitu kisah perkembangan kehamilan saya. [Kena positif walaupun hakikat sebenarnya berlawanan dengan ayat pertama ni. Ngeee.].

Tendangan Padu
Sejak masuk bulan ke 5, saya dah mula rasa movement dalam perut saya. Kebanyakan kalinya, saya akan mengekek-ngekek ketawa bila rasa anak saya bergerak. Tak tau nak explain cemana perasaannya bila rasa ada pergerakan dalam perut. Pastu kadang2 nampak ada gelombang dalam perut. Kelakar tau. Rasa tak sangka pun ada. Biasanya dia bergerak kalau saya baring terlentang atau tukar posisi baring. Baikkan dia. Punya la supportive dengan setiap pergerakan mama dia. So, dia yang cuba sesuaikan diri dia dgn mama. Mulia la hati anak mama ni. 


Pundi
Bila kandungan dah makin besar, memang normal kandungan tu akan menekan pundi kencing. So, sekarang saya memang akan kerap buang air kecil. Kalau dulu saya kerap berulang-alik ke toilet untuk bluwek, sekarang kerap buang air kecil plak. Apa-apapun berulang alik kerana nak kencing jauh lebih saya rela daripada muntah. So, kerap pun takde hal punya.


Perut
Satu lagi kesan biasa kalau kandungan dan makin besar ialah perut akan terhimpit. Jadi saya dah mula takleh makan banyak. Nampaknya, seperti sebulan je saya betul-betul boleh makan banyak ari tu. Morning sickness sampai 4 bulan. Pastu okay kejap. Now dan nak masuk 6 bulan, gastrik dan loya datang balik. Tapi tak seteruk yang masa awal-awal tu. Syukur alhamdulillah. Jangan nak merungut sangat ye. Okay..okay.. baiklah.. saya tak merungut. Saya bersyukur. Perut saya tak berapa membesar sangat. Orang yang tengok selalunya akan kata tak nampak pun perut. Tapi kat rumah, saya selalu kena gelak dengan suami saya bila dia tengok perut saya bulat. Chess. Sampai hati dia.

 
Nafsu Serakah.
Amboi.. tajuk. Hehehe. Masa awal-awal dulu, bau suami pun takleh. Sekarang alhamdulillah nafsu dah kembali normal, dah boleh tergedik-gedik dengan suami seperti selalu. Takpe, saya tau dia mesti suka.


Work-Out.
Saya tengok satu video exercise untuk wanita pregnant di YouTube. [saya tak boikot YouTube. Boo diri sendiri!]. Saya agak terperanjat bila tengok pompuan yang peknen 8 bulan boleh menari Zumba dengan penuh 'naik syehhh'. Cergas giler dia. Tetiba rasa tercabar sebab saya ni baru je 5 bulan, tapi lembabnya mengalahkan singa laut. Jadi, saya mengambik keputusan, untuk mula ber'exercise' dengan lebih gigih lagi mulai sekarang. Minggu lepas saya mulakan dengan berjalan 3 pusingan sekeliling taman dengan suami. Tapi takleh buat mendadak sangat la kan. Kena mula sikit demi sikit la kan? Kan? [Alasan orang 'rajin'].

Itu je la.. buat masa ini.

19 November 2012

Tutti Frutti Diganti Tong Pak Fu

Sejahteralah ke atas kamu....

Di antara MidValley Megamall dengan IOI Mall Puchong, saya lebih suka memilih untuk pergi ke IOI Mall. Dulu memang la apa-apa skit MidValley. Nak jumpa kawan kat MidValley. Nak beli barang kat MidValley. Nak tgk wayang pun kat MidValley. Sikit-sikit MidValley. Dah itu je tempat yang paling dekat yang saya paling senang nak pegi [alaaa.. kata je la ko buta jalan. Tak reti pegi tempat lain selain MidValley & TheMall, itu pun sebab ofis dulu kat TheMall. Muah hah hah!!]. Tapi sekarang sudah tukarrrlah. Dah lagi suka pegi IOI Mall sebab tempat tu walaupun sesak cemana pun, tidak merimaskan. Sebab laluan kat dalam tu luas berbanding MidValley. Lampu pun cerah. Tak macam lampu ala-ala cozy kat MidValley. Lemas je rasa. Yang penting IOI Mall ada Tutti Frutti. Itu je sebab dia yang paling utama. Lagipun IOI Mall ada banyak pintu yang kita boleh parking kereta dekat dengan kedai yang kita nak pegi. Kalo nak makan Sushi King, takyah masuk dalam Mall, boleh park betul2 depan Sushi King pastu jalan 4 langkah je, terus sampai kedai.

Itu hari, saya pegi IOI Mall sebab nak makan eskem [bajet comel] Tuddi Fruddi [slang Liyana Jasmay skit]. Memang dah plan nak park keta kat luar IOI yang paling dekat dgn premis TF tu, so, takyah le nak kena lalu banyak-banyak kedai. Kebetulan premis TF dekat dengan pintu. Tetiba bila dah masuk, tengok tutup plak. Dah takde dah signboard Tutti Frutti pada premis tu. Yang ada cuma iklan 'Tong Pak Fu Akan Dibuka' pada roller-shutter premis tu. Apa jadi dengan Tutti Frutti IOI Mall? Dengar cerita staff JCo Donuts, Tutti Frutti tu dah berpindah premis ke IOI Boulevard, tempat yang bapakkkk susah nak masuk cari parking dan tak berapa mesra-keluarga untuk aktiviti beriadah.

Apa pulak Tong Pak Fu ni? Ada gambar makanan jugak pada roller-shutter tu. Makanan-makanan dalam mangkuk yang nampak macam sedap je. Dia tulis kat situ jugak, "Tong Pak Fu, Hongkong Desserts".


Gambar dari : CleverMUnkey

Gambar dari : Babe In The City
Itulah diantara gambar-gambar desserts yang saya ambil daripada Google. Nampak sedapkan? Menurut blog-blog yang saya baca, yang berlapis-lapis tu namanya adalah 'Snowy + [nama perisa tertentu]'. Contoh yang kaler kuning tu Snowy Manggo. Lebih kurang cam eskem jugak kot? Pastu ada buah longan dengan sagu. Tak tau le cemana rasa dia. Saya belum pernah makan. Tak tau boleh makan ke tidak ni. Kot-kot ada letak lemak babi ke kan. Mana le tau. Heheh. Dah nama pun dtg daripada Hong Kong.

Tong Pak Fu ni baru je tembus pasaran Malaysia. Baru 2,3 bulan lepas ada kontroversi pasal Tong Pak Fu ni. Kontroversi yang dimulai oleh jurucakap mereka iaitu salah seorang personaliti TV Hong Kong bernama So Sze Wong yang dah kondem makanan Malaysia semasa nak promote Tong Pak Fu ni di Malaysia. Dia kata [di dalam bahasa Mandarin] yang makanan Malaysia ni 'lousy' dan 'hard to eat'. Tak tau le makanan apa yang dia dah try tu. Atau pun dia memang dilahirkan dengan kebolehan yang terhad untuk menikmati makanan berbagai bangsa so sebab tu dia kata gitu. Lagi, dia kata, makanan Hong Kong yang mereka perkenalkan itu akan dapat menggantikan kelemahan makanan Malaysia ni. Syok sendiri je statement tu.

Ramai orang-orang Cina Malaysia yang sentap dengan kenyataan dia ni. Saya pun sentap walaupun saya Melayu. So, mereka berpakat untuk boikot Tong Pak Fu ni. So, Tong Pak Fu Hong Kong dah tamatkan kontrak So Sze Wong tu sebagai jurucakap mereka. Sekarang ni rasanya masih ada yang boikot dan ada yang tak boikot Tong Pak Fu. See? Orang Cina pun sensitif jugak kalau orang mengutuk Malaysia. Dan mereka pun memboikot. Cemana plak dengan kita orang Islam yang tak sensitif bila Islam dihina? Taknak boikot ke?

16 November 2012

Si Burung Kecil Dengan Api

Sejahteralah ke atas kamu....

DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu...

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”...... sumber Caca Marba


Saya cuba membayangkan burung tu. Mesti comel giler. Dah la kecik, pastu bawak air guna paruh dia yang dah tentu-tentu sangat la kecik. Tapi walaupun dia kecik, jiwanya besar. 

Dah tu, cuba la fikir pulak... apa usaha yang sudah kita buat untuk membantu saudara seIslam kita di Gaza? Astagfirullah al azim... Bukan saya nak mengata orang lain la... Tapi diri saya sendiri sebenarnya. Rasanya hanya doa. Tapi cukupkah usaha saya tu?

Orang ajak boikot produk Israel, tapi saya takla fokus sangat dengan kempen tu. Bukan sebab nak membantu Israel sangat. Dan bukan juga sebab tak de perasaan kasihan belas kepada saudara seIslam yang bermati-matian mempertahankan tanah tumpah darah mereka... Tapi rasa susah nak boikot semua. 

Setakat nak boikot McDonald, memang perkara mudah. Apa la sangat kalo tak makan burger Mekdi. Starbuck pun kalau nak diboikot memang kacang je. Tapi produk Nestle? Agak susah rasanya [bagi saya la]. Kalau produk Nestle tu hanya Kit Kat je, takde masalah. Hakikatnya, banyak produk yang kita makan hari-harian adalah keluaran Nestle... Milo, Maggi, Nescafe, Nestum, Cornflakes dan banyak lagi la. Macam Danone dan Kraft pulak, biskut Oreo dan Jacobs termasuk produk keluaran Kraft. Serta product keluaran Johnson & Johnson. Dan yang paling payah nak boikot... ialah IBM [tu okay lagi] dan INTEL. Processor computer korang pun memang kebanyakannya Intel. Dah tu cemana?

Mungkin pendapat saya ini begitu dangkal bagi orang yang bersungguh-sungguh memboikot. Saya tak pulak kata salah memboikot. Saya hormati dan saya setuju usaha mereka kalau nak dibandingkan dengan saya yg tak mampu nak boikot semua ni. Bagi saya macam ni la... Meh la kita berusaha, walaupun sedikit. InsyaAllah usaha kita yg sedikit tu juga Allah akan nilai nanti. Usaha tu, terpulanglah. Nak boikot berapa jenis produk, produk mana satu, kita yang pilih. Ikut kemampuan masing-masing.

*berfikir sejenak :- Berapa lama dan berapa kali dah Israel buat macam ni pada umat Islam di Gaza? Menyerang kawasan awam dan membunuh banyak nyawa orang awam? Berapa kali pulak kita bersemangat dengan kempen boikot ini kemudian semangat mula pudar bila Israel dah berhenti menyerang? Berapa kali semua ni berlaku over and over again? Tapi Israel tetap je menyerang bila-bila mereka rasa nak serang kan? So, nampaknya tak selesai pun masalah ni.... selagi kita tidak ada seorang khalifah yang membela umat Islam keseluruhannya.

15 November 2012

Hijau

Sejahteralah ke atas kamu...

Hijau tak semestinya PAS. Saya suka hijau selain warna feveret saya purple. Saya ni kan romantik. Mestilah minat purple... ahakkzzz... [gelak Maria Elena sebentar bersama Kit Kat].

Jika kita ini cukup bertuah dah dipilih untuk menjadi ahli syurga, pakaian kita di syurga nanti adalah sutera halus yang berwarna hijau. Dan sutera tebal yang juga warnanya hijau. Maknanya warna hijau itu warna pakaian di syurga.

Kemudian... andainya kita masuk syurga, kita akan diberi minum menggunakan gelas/cawan yang diperbuat daripada perak. Warnanya jernih seperti kaca sehingga kamu akan menyangkakannya adalah kaca. Tapi sebenarnya ia adalah perak. Hebat kan?

Salah satu minuman di syurga dipanggil 'kafur'. Jangan ko samakan dengan air kapur barus plak. Namanya 'Kafur' berasal dari salah satu mata air di syurga. Warnanya putih, baunya harum dan rasanya enak. Kalau kita nak imagine, takkan dapat imagine pun. Kalau nak tau cemana rasanya, kita kenalah masuk syurga dulu.. Huhu... Tiket untuk masuk ke syurga pastilah bukan murah.

Di syurga... kita akan dilayani oleh pelayan-pelayan yang sangat indah paras mereka. Sehinggakan kamu melihat mereka seperti seperti mutiara yang bertaburan. MasyaAllah. Indahnya...

Itu jelah entry kali ni. Jom berusaha ke syurga. Jom masuk syurga. 

*Salah satu surah yang menceritakan nikmat syurga ialah Surah yang ke 76, Surah Al-Insaan. Baca terjemahannya. InsyaAllah insaf, paling tidak pun sekejap.



14 November 2012

Karektor Anak

Sejahteralah ke atas kamu...

Jimmy Kimmel adalah mengendali sebuah talk show. Dia mintak parents [penonton] utk prank anak sendiri pastu rakam. Itu untuk tengok macamana reaksi anak-anak tu bila dapat tahu sesuatu perkara unexpected. Dalam challenge kali ni ialah tentang cemana reaksi anak-anak bila parents bagitau yang semua candy mereka utk Halloween dah habis dimakan. Dan satu lagi, Jimmy Kimmel suruh parents bagi hadiah yang tak logik untuk hadiah krismas anak mereka. [2 tugasan berbeza]

Respon yang normal dan kita pun dah tau, ramai anak-anak yang menangis bila dapat tahu yang candy derang dah kena makan. Ye lah.. Mestilah frust. Setahun hanya sekali je ada peluang. Pastu mak ayah plak pegi mentekedarah semua candy yg mereka nanti-nantikan. Saya rasa kalau korang buat prank tu kat anak-anak korang [yang ada anak], pasti respon yang sama jugak daripada mereka. Anak-anak yang dirakam tu umur mereka daripada 3 ke 7 tahun kot. Memang lawak ah tengok reaksi anak-anak tu. Pastu comel. Yang kecik comel la bila terus nangis berguling masa dapat tau berita buruk tu. 

Sebenarnya... ada respon yang menarik perhatian saya... Ada diantara anak-anak2 tu walaupun kecik lagi tapi menerima berita tu dengan tenang walaupun muka dia nampak kecewa. Tapi dia tak mengamuk marahkan mak dia. Cuma dia mintak mak dia janji, tahun depan jangan buat lagi. Tabah gile budak pompuan tu. [Ada beberapa orang jugak yang reaksi mereka sangat matang dan tenang walaupun mereka kecik]

Persoalan saya... cemana mak derang didik derang sampai jadi begitu 'cool' bila menerima berita yang mengecewakan, tak sama seperti anak-anak lain yang tipikalnya akan mengamuk dan menangis. Cemana mak ayah derang boleh asah attitude derang untuk masih bersopan walaupun terima kegagalan? Ada anak  yang campak hadiah yang parents derang bagi tu. [mmg merepek pun hadiah yang mak ayah derang bagi. Ada yang bagi botol cordial. Ada yang yg bagi sandwich yang dah dimakan separuh siap ada kesan gigit.Tapi hadiah2 tu memang melampau mengarut.], tapi yang jenis cool.... siap boleh gembira lagi dgn hadiah yang mereka dapat walaupun ntah apa-apa je hadiah tu.

So kawan-kawan bloggers, yang ada anak atau ada anak saudara atau ada pengalaman tentang cara-cara nak membentuk karektor anak-anak boleh kongsi dengan saya cara-cara yang korang tau tu? Preparation la ni konon. Heheh.


Sape boleh access YouTube, boleh cuba search 'Jimmy Kimmel' dan pilih video yang bertajuk "YouTube Challenge - I Told My Kid I Ate All Their Halloween Candy Again". Video ni sangat menarik bagi saya.




*Saya tahu kebanyakan readers saya, tak boleh access YouTube sama ada sebab kena blocked atau sebab line internet terlampau slow sebab saya pun salah seorang yang tak boleh access YouTube tu guna network ofis. 


12 November 2012

Batuk Wanita Mengandung Sensitif Makanan Tertentu

Sejahteralah ke atas kamu...


MC Sebab .......
Wanita mengandung yang dimaksudkan dah tentu tak lain tak bukan, ialah diri saya sendiri. Eheh. Minggu lepas start hari Rabu, saya MC sampai hari Jumaat. Sebab batuk. Dengar macam lekeh je penyakit batuk ni. Tapi haddoiii... nak menanggungnya... mesti enak tak terkata. Saya rasa tak pernah saya batuk seteruk ni sebelum ini. Mula-mula pergi klinik dapat MC 1 hari je. Esoknya masih tak okay, suami saya je pergi extend MC kena cas RM35. Lusa pun tak okay lagi saya pergi klinik lagi sekali utk extend MC. Kena cas lagi RM35. Tapi takpe. Insurans cover. So sorry sebab saya tak jenguk belog nkorang. Sabtu Ahad pun masih lagi teruk. Hari ni masih batuk cuma tinggal sisa-sisa je.


Sensitif
Sebenarnya nak cerita punca batuk tu. Tak tau la ye ke tak. Ini saya punya teori je. Hari Selasa tu, saya pegi makan Yong Tao Foo kat KL Festival Mall waktu tengahari. Yong Tao Foo dia sedap la jugak. Makan dengan kuah kari. Cuma masalahnya minyak dia perghhh... berladung bak kata orang Pahang. Haihhh.

Nampak bukti minyak berlanarrr??? [kata orang ganu]. Ketam ni comel kan? Siap ada mata 2 titik. Kehkeh. 

Lepas balik semula ke ofis, saya dah start batuk-batuk. Rasa macam batuk yang normal je. Sampai umah, saya pegi tambah plak makan Durian Crepe.. Ohh.. sedapnya.....

Haa.. sedap tu sedap la... sampai je waktu Maghrib, saya terus batuk tak berhenti-henti. Siap muntah balik Durian Crepe. Sebenarnya saya rasa saya takleh makan Durian Crepe tu la waktu pregnant ni. Ini bukan kali pertama. Masa mula-mula ari tu, lepas suami saya beli.. saya makan kemudian perut reject jugak.

Pastu ingat tak saya pernah post pasal Garret Popcorn tak berapa lama dulu? Yang itu pun, saya makan... esoknya terus MC jugak sebab demam. 

Jadi, menurut teori saya..... waktu mengandung ni, perut saya sensitif sangat dengan makanan tertentu. To be specific, makanan yang contains high preservatives. Yang ada bahan-bahan pengawet berlebihan[Durian Crepe mungkin], yang ada pewarna berlebihan [macam garret popcorn perisa cheese tu..] dan bahan-bahan perasa yang berlebihan macam Yong Tao Foo tu. Sistem badan saya yang suci ni seperti tak dapat terima benda-benda pelik. Ye la, alahan dah lama berlalu. Sekarang saya dah tak alahan. Tapi kalau makan benda2 yang pelik-pelik je ingredients dia, memang berlaga la dalam perut. 



Solution

Cam kambeng je konon-konon nak bagi solution. Heheh. Masa saya tak sihat tu, seperti yang dijangka terjadi, tewas sekali lagi... menambahkan duka yang sedia adaa..... woooo.... Ok..ok.. serius. Seperti yang telah dijangka, tabiat pemakanan pun dah jadi huru hara semula. Tak selera makan. Tak tau nak makan apa. Yang mampu saya makan hanya bubur nasik yang plain je. Pastu telur dadar.. Bowringggg... Tapi cukuplah, asalkan mengenyangkan sudah la. Bukan setakat saya je yang kena makan camtu, suami sekali saya drag makan macam tu. Nasib dia la kan. Hihi.. [sorry my love]

Alhamdulillah. Kenyamsss...

Pastu, untuk batuk plak.... saya google punya google punya google... Jumpa le petua rahsia perubatan kuno Roman untuk merawat batuk secara tradisional... Ceh, aku propa je. Tak tau ada kaitan dengan orang Rom ke dak. Main petik je ni. Ini adalah susu panas yang dimasukkan halia dan dicampur madu. Menurut website tersebut, combination begini boleh menggalakkan sistem ketahanan badan [antibody]. Susu ni saya guna susu UHT Dutch Lady, Full Cream plak tu. [Cemana la tak gemuk nko nih. Nama Lydi, tapi debab!]. Pastu masukkan seketul halia, masak dalam periuk. Lepas dah panas, masukkan dalam cawan then campur madu. Minum la masa panas-panas.. Fuhhh... memang refreshing. *saya  ni kekampungan terlebih... so, susu tepung memang saya takleh 'gi' sangat.*

Susu panas letak halia dan madu. Sedap.
Esok lusa nak try guna cengkih plak letak madu. Pastu cinnamon. Yey!  Gembira tak bertempat! Yey!

06 November 2012

Apa Rasa Cempedak Crepe?

Sejahteralah ke atas kamu...

Durian crepe yang baru je femes di alam maya dan alam realiti sekarang, sudah lama saya tak makan. Mula-mula saya cuba makanan ni di Sweet Chat, Mid Valley. Puan Atul yang ajar. Kat sweet chat harganya agak mahal. Sepiring ada 3 ketul harganya dah lupa la. Tapi mahal pun takpe sebab puas hati tau.

Camgini la kaedah hidangannya kalau di Sweet Chat. Tapi kat Sweet Chat namanya bukan Durian Crepe, tapi Durian Pancake. Durian Pancake kat Sweet Chat ni dia punya crepe tu kering skit.


Ada satu tempat lagi yang jual Durian Crepe ni dalam MidValley, di LG di laluan di antara The Gardens dengan MidValley. Dekat je dengan Big Apple Donuts. So, kalau ada sesape teringin, boleh le cari kat situ tanpa segan silu. Yang ini murah sikit harganya. Dalam datu pek ada 6 ketul harganya RM10. Jadi harganya dalam RM1.70 seketul.

Tempat jualnya bukanlah kedai atau cafe, hanya booth kecil yang ada satu almari kaca. Kadang-kadang ada juga Cempedak Crepe. Cempedak Crepe ni rasa dia memang marvelous, sesuai untuk orang yang suka makan cempedak. Sedap nak mamposss. Rasanya seperti cempedak yang original. Jika ingin yang lebih original, tanamlah cempedak sendiri, tunggu berbuah, peram sampai masak dan belah cempedak itu sebelum dimakan.
Yang ini crepe dia nampak moist lagi. Tapi rasa dia tak berbeza pun.

Warna bagi Durian Crepe adalah kuning. Untuk Cempedak Crepe berwarna oren dan satu lagi, Manggo Crepe berwarna hijau. Cempedak Crepe tu bukan sepanjang masa ada. Kena tunggu musim cempedak la ye. 



Durian Crepe ni, di dalamnya ada cream yang rasanya lemak, dilapisi dengan isi durian yang pure jugak [mungkin dah letak pengawet la kan? Kalau tidak tak mungkin boleh tahan lama. Durian ni kan manja skit. Silap-silap bleh jadi Tempoyak Crepe]. Kemudian 2 watak utama itu dibalut dengan selapis lempeng nipis yang tak rasa apa pun. Tawar-tawar sirap orang kawen gitew...

Manggo Crepe murah skit. 6 ketul RM8. Sorry ye, gambar Cempedak Crepe takde sebab semalam takde stok. Dah sebulan tak jual. Kena tggu musim dia baru ada.


Crepes ni semua sebenarnya sangat sesuai utk orang yang pemalas macam saya. Kuheh kuheh. Bayangkan kita makan durian yang rasanya memang pure durian, tapi tak perlu bergelumang dengan duri-duri tajam durian dan tak perlu deal with biji durian. Sumbat seketul durian crepe memang dah cukup utk memberi keenakan rasa durian. Tapi tak sesuai la kalo nak makan ramai-ramai. Boleh jatuh muflis kita Halim.



Ini takde kaitan dengan segala nenet moyang crepe. Ini rambutan khas untuk si pemalas macam saya. Potong siap2, pastu makan guna sudu. Welcome to paradise. Balik kampung, bapak mertua tolong hiris rambutan. Saya tolong jugak. Tolong habiskan. Hahaha.       









05 November 2012

Tipikal Sangat Lah!

Sejahteralah ke atas kamu...

Sejak lama saya perhatikan, orang-orang di sekeliling saya [orang Melayu la khususnya], setiap kali hujan turun........ mereka akan nyanyikan lagu Sudirman bertajuk Hujan. Sebab lagu itu bermula dengan lirik, "Hujan yang turun bagaikan mutiara"... Ini bukan setakat nyanyian saje, malahan asal hujan je, status kat facebook pun menaipkan lirik lagu itu juga.

Next, kalau ada sesuatu yang berlaku yang melibatkan hati dan perasaan tapi yang tidak terlampau melukakan perasaan, contohnya ada kawan dia terlupa nak ajak dia makan ke, atau kakak terlupa beli roti yang dia kirim ke... mesti nak nyanyi lagu Spring, "Sampai hatiiiiii kau pergi tanpa pedulikan ku lagi...."

Akhir sekali, bila nak beri salam dalam keadaan yang santai atau dalam keadaan yang terasa 'macam bagus', ataupun mungkin beri salam setelah rasa bosan banyak kali salam tak berjawab, pasti akan ada yang menyanyi lagu kumpulan Rabbani, Assalamualaikum.... Liriknya macam ni, "Assalamualaikum... Salam sejahtera, kepada anda semua m,oga bahagia.."
 
Korang perasan tak? Korang ada buat tak? Muahahaha... Tipikal sangat kan?

Saya takde la marah. Kalau tulis dalam blog dan komen pom pang pong pang, tak beerti marah hokey. Cuma nak highlight je pasal sesuatu benda tu dan nak tau sama ada benda tu saya sorang je perasan atau orang lain pun perasan jugeks. Okay. Pendek je kan entry ni?

03 November 2012

Confinement

Sejahteralah ke atas kamu....

Confinement

Memandangkan saya dah tak punyai mak lagi, nanti insyaAllah saya akan berpantang selepas bersalin di rumah ibu mertua ku... Bersyukur sebab masih ada ibu yang sudi untuk jaga saya berpantang. Kalau nak berpantang sorang-sorang kang, memang takde namanya pantang la nanti. Semuanya saya langgar je. Hehe. Maklum la. I ni kan urban.[urban sangatttt].

Dengar ceritanya, melalui pengalaman adik ipar saya yang gorjes lagi menawan itewww [Ina, aku puji ko nih. Sila bangga.], kalau ibu jaga waktu berpantang memang tiptop. Pemakanan memang terjaga. Ikan bakar je. Takde goreng2. Itu mungkin takde masalah untuk saya. Sayur pun takleh sebarangan. Then barut kena pakai yang sampai lutut punya. Hehehe. Cemasnya bila aku nak berak nanti. Semuanya saya rasa agak bagus pakej yang ditawarkan oleh ibu. Kuang asam punya menantu, dia ingat ni pakej apa??!! Pastu kena pakai pupur jambu batu kat dahi. Agak comel jugak bila saya dengar. Tapi ada saya kisah? Saya pakai je semuanya nanti. Betul-betul nak ikut pantang ni demi kesihatan dan demi suami hensem yang tercinta. Ecececeh. Pengsan 6 kali suami saya kalo dia dgr saya puji dia hensem kat blog. Nanti mesti dia kata, apa ni syg puji-puji ai kat blog. Malu la nanti org baca. Puji depan ai je cukup la...

Ari tu masa balik raya haji, ibu ada cerita pasal orang lain berpantang yang tanak jaga pantang. Asyik nak makan macam-macam. Pastu ibu kata, "Ibu dah pesan kat Ina dulu masa dia berpantang, awak ni Na... masa berpantang ni tak payah nak LAPAR sangat. Nak makan macam-macam. Tahan-tahan la dulu semua keinginan nak makan tu. Nanti lepas 3 bulan makan la apa benda pun yang awak nak makan. Yang penting masa berpantang ni jangan nak LAPAR sangat.". Ina memang confirm la patuh cakap ibu. Lagipun dia memang jenis yang tak makan banyak. Kehkeh. Hasilnya, tengok la Ina sekarang. Anak 2 perut kempis je. [Kalo korang tak kenal Ina, takpe la. Bayangkan je la ke'selim'an dia macam Anzalna.].Tak macam kakak ipar dia ni langsung. Mengandung pun belum, orang asyik tanya berapa bulan kandungan. *memang wajar tempeleng diri sendiri selepas menempeleng orang bertanya itu sebanyak 800 kali.*. Sekarang nasib baik dah peknen, so tak la susah sangat aku nak menjawab kalo org tanya aku peknen berapa bulan. Terus boleh otometik jawab dengan konfiden, "5 bulan". Takyah susah2 nak lempang orang lagi 800 kali.

Memang saya faham la kata-kata ibu tu. Sambil dia bercerita, dia mungkin berpesan juga kepada saya secara tak langsung. Maknanya sekarang.... time berpantang saya jangan ngada2 nak makan macam-macam. Nanti stress plak ibu nak jaga saya. InsyaAllah rasanya saya mampu untuk mengikut pantang dengan berdisiplin. Kalau tidak, sia-sia je jadi menantu polis pencen. Kuhehkuheh.

02 November 2012

Di Alam Rahim, Kecil

Sejahteralah ke atas kamu.....

Di Alam Rahim
Sewaktu arwah mak saya mengandungkan saya, usia beliau ialah 39 tahun. Waktu itu hidup susah. Arwah mak bekerja di ladang getah. Jadi, no wonder la kalau saya ni lebih hitam daripada adik-beradik perempuan saya yang lain. Kulit saya macam kulit abang-abang saya. Eh, ntah-ntah saya ni anak lelaki kot? Hotak hangggg!!! Waktu itu, arwah mak kata, alahan yang beliau alami adalah paling teruk berbanding mengandungkan anak-anak lain. Takpe. Saya tau bukan sebab saya special ke apa, tapi sebab waktu tu mak saya dah berusia. Hehehe. [Lagi tanak mengaku yang aku ni budak itam muka masam yang degil bawak masalah. Chessss!]. Alahan mak saya sewaktu mengandungi saya, dia langsung tak boleh makan apa-apa. Macam saya alahan, ada jugak benda yang saya boleh makan. Buah, susu masih boleh. Tapi mak saya langsung tak boleh. Nasik pun tak boleh bau. 

Setiap hari kena pegi keja kat ladang, yang hanya dia boleh terima ialah air kosong yang diletakkan di dalam tiub aiskrim kampung. Itu pun satu tiub je sehari daripada pagi sampai ke pagi esoknya pulak. Hanya itu. Ubat-ubat hospital memang langsung takde makan la walaupun dapat. Susu Anmum jauh sekali. Inikan pulak Folic Acid ke, Obimin ke segala mak gajah vitamin. Tak ada ye tuan puan sekelian. So, dari mana datangnya nutrisi untuk saya?? Juga kecerdasan akal fikiran yang saya ada sekarang [pang! pang! pang! tempeleng back to back] datang daripada mana? Sel-sel otak saya berhubung tanpa perlu minum susu Anmum? Ajaib bukan? Yang penting, mak saya melahirkan saya dengan mudah. Alhamdulillah. Menurut arwah mak saya, 8 kali beliau bersalin, 8-8 mudah beranak. Itu mungkin kerana petua mudah bersalin yang arwah atok saya[ayah kepada abah saya @ bapak mertua arwah mak saya] turunkan kepada mak saya. Petua mudah bersalin tu biarlah saya simpan je. Kang kalo citer nanti org tak percaya pulak. Terutamanya orang-orang moden zaman sekarang kan? Peace \/




Kecil
Arwah mak saya kata, saya masa kecil tak nakal. Serius tak nakal langsung. Tapi DEGIL giler viva. So, mana lebih elok antara nakal dengan degil? Kalau nakal macam Adam Mukhriz, kalau degil macam Ain Hawani. Haaa.. Pilih..pilih... Petanda yang seseorang anak tu ada potensi degil ialah kalau pusaran rambut dia ada lebih daripada satu. Pusar rambut saya ada 2 tau. Satu kat belah kiri, satu belah kanan. Jauh-jauh. Bukan sebelah menyebelah pun. Itu org kata mmg degil tahap kambing gurun dah tu. Kalo yang pusar rambut 2 tapi dekat2 tu degil sikit je. 

Petunjuk kedegilan yang lain ialah telinga cegeng. Cegeng ni bukan capang tau. Capang tu kalau telinga tu besar cam telinga gajah. Tapi cegeng plak telinga tajam macam telinga orang bunian dalam cite The Lord Of The Cincin. Cuma takde la setajam itu. Lebih kurang cam telinga Dian Sastrowardoyo macam ni;

Walaupun wajahku tidak seiras, asalkan telinga seiras dengan Dian pun dah cukup lah. Sob..sob... mcm la mulia sgt si Dian ni ye tak? Hehehe.


Okay. Tu je. Bai.

01 November 2012

Ini Kisah Makan : Kelantan Delights.

Sejahteralah ke atas kamu...

Petang itu saya ke Klinik Bakti di Sooka Sentral. Selsema dan demam. Selesai urusan di klinik, perut pulak rasa lapar nak mampsss... Nak beli makanan kat food court, nampak cam dah tutup dah. Kalo nak kirim dgn suami saya nanti lambat plak makanan tu tiba. Sedangkan saya dah lapar secara kronik dah masa tu. Nak beli kat area Pantai Dalam tu plak rasa macam dah jemu sangat dah nak makan kat situ. 

Oleh sebab saya malas nak fikir, saya terus singgah Kelantan Delights kat tingkat 1 Sooka Sentral tu. Rasa nak makan tom yam. Walaupun dah tau mesti mahal, saya bajet mahal tomyam tu dalam RM9.90 dan kalau nak beli nasik goreng dalam RM7.90 macam tu. 

Pastu masuk, tengok menu then saya terus je berkata, "mahal giler". Tapi cakap dalam hati jek la. Huhu... Oleh sebab dah masuk, order jugak la. Actually, ini kali ke 2 saya makan kat situ. Tapi dah lupa range harga dia cemana sebab tu saya selambe je masuk. Ataupun mungkin sebelum ni, masa saya pergi kali pertama tu, saya tak berkira sangat kalau nak makan mahal-mahal. Agaknya sebab saya belum pandai menghargai duit dan belum rasa bersalah nak makan mahal-mahal sedangkan tempat murah ada. Nanti kena soal di akhirat nanti pengsan nak jawab. Huhu.

Saya order Nasi Goreng Kampung dan Tom Yam Campur. Niat nak beli sekali untuk suami terpaksa la dibatalkan [malas masak], memandangkan harga yang dah macam tu. Nanti balik umah kena tazkirah dengan suami. Huhu.

Sorry jugak sebab gambar makanannya tak ada. Saya cuma take away. Tak kuasa la nak makan kat situ sorang-sorang je [actually berdua dengan anak dalam kandungan. Heheh.]. Sampai umah tanpa berlengah lagi, terus je makan tak sempat nak amik gambar ye. 

Nasi Goreng Kampung tu, diberikan sekali dengan 2 ekor udang goreng celup tepung, telur mata dan kerabu mangga. Jadi, harga RM19 tu bagi saya agak okay la. Cuma nasi dia seciput je. Nak kongsi dengan husband pun memang tak cukup. Tom Yam Campur plak memang boleh buat saya naik hangin. Isi yang boleh dimakan hanya 2 ekor udang yang saiznya hanya besar sikit je daripada kuman. Pastu sotong pun yang besar sikit jugak daripada kunang-kunang yang dah dipotong 4 bahagian [okay mmg aku propa, tapi boleh bayangkan la saiz dia kecik je]. Cauliflower beberapa ketui, carrot pun beberapa ketul. Pastu isi ayam 4 ketul. Yang lain, daun limau purut. Yang pastinya bawang besar sebenarnya adalah watak utama dalam drama tom yam campur tu. Setambun nkau. Girlfren dia plak serai. Pun setambun jugak. So, tomyam tu saya memang tak puas hati la. Mahal yang bagi saya takde point pun nak buat mahal. Tapi sebab dah beli, saya makan le jugak sampai habish.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...