Iklan! Iklan! Sila Click!

15 November 2012

Hijau

Sejahteralah ke atas kamu...

Hijau tak semestinya PAS. Saya suka hijau selain warna feveret saya purple. Saya ni kan romantik. Mestilah minat purple... ahakkzzz... [gelak Maria Elena sebentar bersama Kit Kat].

Jika kita ini cukup bertuah dah dipilih untuk menjadi ahli syurga, pakaian kita di syurga nanti adalah sutera halus yang berwarna hijau. Dan sutera tebal yang juga warnanya hijau. Maknanya warna hijau itu warna pakaian di syurga.

Kemudian... andainya kita masuk syurga, kita akan diberi minum menggunakan gelas/cawan yang diperbuat daripada perak. Warnanya jernih seperti kaca sehingga kamu akan menyangkakannya adalah kaca. Tapi sebenarnya ia adalah perak. Hebat kan?

Salah satu minuman di syurga dipanggil 'kafur'. Jangan ko samakan dengan air kapur barus plak. Namanya 'Kafur' berasal dari salah satu mata air di syurga. Warnanya putih, baunya harum dan rasanya enak. Kalau kita nak imagine, takkan dapat imagine pun. Kalau nak tau cemana rasanya, kita kenalah masuk syurga dulu.. Huhu... Tiket untuk masuk ke syurga pastilah bukan murah.

Di syurga... kita akan dilayani oleh pelayan-pelayan yang sangat indah paras mereka. Sehinggakan kamu melihat mereka seperti seperti mutiara yang bertaburan. MasyaAllah. Indahnya...

Itu jelah entry kali ni. Jom berusaha ke syurga. Jom masuk syurga. 

*Salah satu surah yang menceritakan nikmat syurga ialah Surah yang ke 76, Surah Al-Insaan. Baca terjemahannya. InsyaAllah insaf, paling tidak pun sekejap.



16 comments:

  1. Indah bila lyd bila baca surah al insan nie..tambah2 paham makna & dengar bacaan dr mishaari rashid..rs indah sungguh pembayangan syurga itu..

    ReplyDelete
  2. berusaha ke jannah...

    syurga itu sahal tapi begitu manis... :)

    ReplyDelete
  3. Indahnya syurga tapi sayang ramai yg hendak ke syurga tpi melakukan perbuatan maksiat @ mengingkari perintah ALLAH..

    ReplyDelete
  4. bila baca keindahan syurga...hati tersentuh sangat2 ingin merasainya...sabar ...masanya akan tiba...Insya Allah...moga ramai berebut-rebut ingin ke syurga...kerana dunia semakin hari semakin tua pada mereka yang sedar...

    ReplyDelete
  5. Insaf..slalunya sekejap. itu masalahnya.

    Entri santai yg penuh makna! LIKE!

    ReplyDelete

  6. Beberapa tahun dulu saya kerja di sebuah negeri yg ketua negerinya sangat tak suka warna hijau hingga mengarahkan bangunan kerajaan di negeri itu tak diwarnakan dgn warna hijau...

    ReplyDelete
  7. Kalu ustat cerita tentang syurga,
    part yang paling gua syok skali adelah masa cerita tentang bidaidari.

    Hik hik.

    Gua ni pon belom kawin lagi. Paham-paham la ye.

    Selamat berjaya, ya awak..

    LOLAR,

    Aziri
    Editor of totallymejah

    p/s: apa sangatlah Neelofa tu kalau nak dibandingkan dgn awek-awek kat syurga nu , kan?

    ReplyDelete
  8. untuk orang tgk mabuk2 macam koi ni...yg paling berkait rapat dgn tajuk entry aok yelah...'muntah hijau'..hehe

    ReplyDelete
  9. Patutlah penyayang dan kiut yang amat Lyd nieh...minat purple rupanya (eceh..nak cakap diri sendiri pon cenggitu la tu!)

    Thanks Lyd...something yang senang nak dihadam tapi bukan senang utk dipraktikkan. Harap sama2 lah kita.

    *hijau ada yang cantik juga. Gabung dgn purple pon boleh aje*

    ReplyDelete
  10. aku minat pink la lyd..comel tak?hahaha

    ReplyDelete
  11. ya Allah nikmatnya masuk syurga ni... huhuhu

    sy xbrape minat tapi baju sy byk plk kaler hijau... hehehehe

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...