Iklan! Iklan! Sila Click!

16 November 2012

Si Burung Kecil Dengan Api

Sejahteralah ke atas kamu....

DI DALAM TAFSIR IBNU KATHIR, ada diceritakan mengenai seekor burung kecil yang cuba memadam api, yang membakar Nabi Ibrahim a.s... Sesungguhnya tatkala Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi, cuba memadamkan api tersebut, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…

SEEKOR burung kecil terbang, mengisi air dalam paruhnya, lalu menyiram ke atas api yang membakar... Perbuatan itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu mereka menegur burung itu.... Bagi mereka perbuatan burung itu yang mengambil air dengan paruh yang kecil, lalu menyiram ke atas unggun api yang besar itu, hanyalah perbuatan sia-sia, kerana api yang membakar Nabi Ibrahim terlalu besar dan marak menyala, pasti sahaja takkan terpadam dengan air yang disiramkan itu...

TETAPI burung itu menjawab dengan penuh keyakinan ‘‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi AKU LEBIH TAKUT KEPADA ALLAH, KERANA ALLAH AKAN MENYOAL AKU NANTI , apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak”...... sumber Caca Marba


Saya cuba membayangkan burung tu. Mesti comel giler. Dah la kecik, pastu bawak air guna paruh dia yang dah tentu-tentu sangat la kecik. Tapi walaupun dia kecik, jiwanya besar. 

Dah tu, cuba la fikir pulak... apa usaha yang sudah kita buat untuk membantu saudara seIslam kita di Gaza? Astagfirullah al azim... Bukan saya nak mengata orang lain la... Tapi diri saya sendiri sebenarnya. Rasanya hanya doa. Tapi cukupkah usaha saya tu?

Orang ajak boikot produk Israel, tapi saya takla fokus sangat dengan kempen tu. Bukan sebab nak membantu Israel sangat. Dan bukan juga sebab tak de perasaan kasihan belas kepada saudara seIslam yang bermati-matian mempertahankan tanah tumpah darah mereka... Tapi rasa susah nak boikot semua. 

Setakat nak boikot McDonald, memang perkara mudah. Apa la sangat kalo tak makan burger Mekdi. Starbuck pun kalau nak diboikot memang kacang je. Tapi produk Nestle? Agak susah rasanya [bagi saya la]. Kalau produk Nestle tu hanya Kit Kat je, takde masalah. Hakikatnya, banyak produk yang kita makan hari-harian adalah keluaran Nestle... Milo, Maggi, Nescafe, Nestum, Cornflakes dan banyak lagi la. Macam Danone dan Kraft pulak, biskut Oreo dan Jacobs termasuk produk keluaran Kraft. Serta product keluaran Johnson & Johnson. Dan yang paling payah nak boikot... ialah IBM [tu okay lagi] dan INTEL. Processor computer korang pun memang kebanyakannya Intel. Dah tu cemana?

Mungkin pendapat saya ini begitu dangkal bagi orang yang bersungguh-sungguh memboikot. Saya tak pulak kata salah memboikot. Saya hormati dan saya setuju usaha mereka kalau nak dibandingkan dengan saya yg tak mampu nak boikot semua ni. Bagi saya macam ni la... Meh la kita berusaha, walaupun sedikit. InsyaAllah usaha kita yg sedikit tu juga Allah akan nilai nanti. Usaha tu, terpulanglah. Nak boikot berapa jenis produk, produk mana satu, kita yang pilih. Ikut kemampuan masing-masing.

*berfikir sejenak :- Berapa lama dan berapa kali dah Israel buat macam ni pada umat Islam di Gaza? Menyerang kawasan awam dan membunuh banyak nyawa orang awam? Berapa kali pulak kita bersemangat dengan kempen boikot ini kemudian semangat mula pudar bila Israel dah berhenti menyerang? Berapa kali semua ni berlaku over and over again? Tapi Israel tetap je menyerang bila-bila mereka rasa nak serang kan? So, nampaknya tak selesai pun masalah ni.... selagi kita tidak ada seorang khalifah yang membela umat Islam keseluruhannya.

15 comments:

  1. assalamualaikum lyd...marilah kita doakn mereka2 di sana...:)

    ReplyDelete
  2. Yups..apa pun berdoa kan Allah supaya dye (Allah) lindungi kita smua Amin..

    ReplyDelete
  3. Itulah saja yg dpt kita lakukan..memboikot, berdemo dan mengutuk. Berdemo dan mengutuk memang sia-sia, sebab Israel tak dengar pun suara kita. Memboikot jika dilakukan semua org Islam memang ada kesan dari segi ekonomi.

    Apa yg terbaik mungkin dengan berdoa, berharap Allah akan membantu umatNya. Itulah yg terbaik kot...Tak kan nak bawa senjata pergi ke Israel seperti beberapa kerat pejuang-pejuang dari Malaysia dulu yg bawa senjata ke Afghanistan utk menentang komunis Russia. Tapi pejuang2 Islam ini bila balik ke Malaysia kena tangkap dan dibuang ke penjara Kamunting kerana dituduh berkawan dengan Taliban..Kalau ada org Malaysia yg berjuang dgn org Palestin memerangi Israel mungkin akan menerima nasib yg sama??

    ReplyDelete
  4. bila bab-bab memboikot ni, aku akan tengok pasaraya Mydeen....mungkin dia tampal sesuatu pada produk2 terpilih...

    ReplyDelete
  5. Biar kita jadi orang kecil yang berjiwa BESAR..
    dari menjadi orang besar yang BERJIWA KECIL...

    ReplyDelete
  6. cerita yang bawak banyak kesedaran.

    p/s: yup. dgr pun drpd org kedai. rasanya tak msuk paper kot sbb ada yang mati. nnt blh jadik rusuhan pulak. skg ni polis dok berkawal je...

    ReplyDelete
  7. bagus sgt cite yg lyd share, relate dgn apa yg berlaku skrg.

    sbnrnya saya pun rasa susah, sbb blm biasa. tapi kita cuba sikit2..lama2 jadi biasa. Tinggalkan satu persatu.

    ReplyDelete
  8. So, nampaknya tak selesai pun masalah ni.... selagi kita tidak ada seorang khalifah yang membela umat Islam keseluruhannya. saya sangat setuju dengan kalimat ini

    ReplyDelete
  9. setuju dgn pndapat akak.. susah nak boikot... tapi kita buatlh setakat kita mampu... saya rasa trharu melihat umat islam di kelantan buat solat hajat prdana mohon pertolongan Allah buat umat islam di GAZA.. itu jgk salah satu usaha...

    ReplyDelete
  10. Sedih dengan nasib mereka. Lebih2 lagi pada anak2 kecil yg x berdosa :-(

    ReplyDelete
  11. yeap. mcm burung tu. kita cuba apa yang kita mampu. me myself using lots of loreal product. T__T

    Klau boikot mcd starbuck n all anytime

    ReplyDelete
  12. Sha bukan tak sokong boikot tp kadang2 org lupa yang di syarikat2 begini ada saudara2 kita yang bekerja.

    Contohnya saya :)

    Danone, Starbucks dan Bank Dunia.

    Salahkah? Haramkah duit yg Sha beri pada ibu bapa? Jadi kalau diboikot pula...boikot org spt kami jugakah?

    Pada saya, dari boikot, baik bina. Dr roboh, baik tegakkan.

    Ada alternatif, ceritalah boikot.
    Kalau tidak, sumbangkan apa yang patut. Bina semula keluarga mereka. Bina semula rumah mereka. Bina semula kekuatan mereka. Bina teguh iman kita.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  13. tu la pasainya..
    alang2 nak boikot jangan biarkan semua barang2 tu menembusi pasaran Malaysia..habis citer.boleh kew kerajaan Malaysia buat mcm tu ?

    kita tak guna org lain guna..so sama je..bab boikot memboikot ni ...
    tepuk dada tanya hati

    ReplyDelete
  14. Kita boikot setakat termampu..
    Sama macam Lyd, produk Nestle cam susah sikit..

    Pasaran Nestle besar.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...