Iklan! Iklan! Sila Click!

22 November 2012

Amalan Semasa Hamil

Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu mengandung perlu menjaga diri mereka sama ada dari segi kesihatan fizikal ataupun kesihatan rohani demi memberi pengaruh yang baik kepada anak yang dikandungnya. Apa yang saya nak sentuh di sini ialah tentang kesihatan rohani seorang ibu. Apa makanan jiwa seorang ibu yang hamil.

Sangat biasa kita dengar tentang amalan membaca surah tertentu daripada Al Quran yang dapat memberi manfaat kepada bayi. Biasanya kita disarankan untuk membaca Surah Maryam jika mahukan anak perempuan. Baca Surah Yusuf untuk mendapatkan anak lelaki dan anak yang cantik rupa parasnya. Membaca Surah Luqman jika ingin mendapatkan anak yang bijaksana dan cerdas akalnya. Dan beberapa lagi surah yang lain yang mempunyai manfaat tersendiri jika kerap diamalkan. Diantaranya;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin. 

Maklumat ini didapati daripada Blog Keibubapaan.

Saya ada juga mengamalkan surah-surah tersebut, tetapi saya lebih fokuskan membaca terjemahan surah-surah tersebut selain mendengar bacaan di dalam bahasa asal. Saya cuba mencari kaitan kenapa surah-surah ini mempunyai manfaat terhadap ibu mengandung seperti yang dinyatakan oleh orang selama ini.

Surah Maryam :- 

Fakta 1 : Di dalam surah Maryam ada menceritakan tentang kisah Nabi Zakariya, Nabi Yahya, banyak tentang Nabi Isa, sedikit kisah Nabi Ibrahim serta anak-anaknya, Nabi Ismail dan Nabi Ishaq serta cucunya Nabi Yaakub. Ada juga menyebut nama Nabi Nuh, Nabi Idris, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Fakta 2 : Nama 'Allah' di dalam surah ini banyak  disebut menggunakan nama 'Ar Rahman'.

Fakta 3 : Surah Maryam ada menceritakan tentang saat-saat Maryam melahirkan anaknya dan merasa kesakitan seorang diri. Juga dugaan Maryam berdepan dengan masyarakat kerana melahirkan anak tanpa bapa. Mungkin kerana itu ada kaitannya membaca Surah Maryam bagi memudahkan bersalin.

Fakta 4 : Ciri nabi-nabi yang telah disebutkan di dalam Surah Maryam ini boleh dikatakan semuanya sama iaitu 'menyuruh mendirikan solat dan memberi zakat'. Jadi maknanya... semua kebaikan bagi seorang umat Islam itu harus bermula dengan solat dan zakat. 


Okay... Cukup la Surah Maryam je dulu. Next time jika diizinkan Allah, saya akan ceritakan pula beberapa fakta tentang surah-surah lain pula.

Surah yang paling kerap saya baca dan tadabbur sewaktu mengandung ini ialah Surah Muhammad, Surah Al Insaan dan Surah ArRahman. Saya pun tidak pasti kenapa. Tetapi hati tergerak untuk selalu membaca surah-surah tersebut.

25 comments:

  1. bagus amalan nie kalo diamalkan sentiasa..sy amalkan baca al quran satu juzuk, insyaAllah niat tue nak khatam sblm baby lahir..harap2 bejaya..

    ReplyDelete
  2. Salam Lyd...
    bercerita ttg amalan..mengingatkan saya ttg slownya amalan sy pd ketika ini disebabkan cepat letih tak dpt nak mengaji lebih sgt...
    surah maryam memudahkan bersalin, ya diceritakan dlmnya bagaimana maryam bersalin ..namun jika waktu bersalin nanti menghadapi kesusahan wpun tlh amalkan surah nie jgn cepat buat penilaian..kerana semua tuh ujian Allah...
    Yang paling bagus ialah sewaktu hamil ibu menghafal quran (30juz mungkin).. kerana anak dlm kandungan juga akan belajar secara tak langsung...

    ReplyDelete
  3. Tak semesti masa hamil je..
    Sepanjang jadi mama/ibu ni mmg kena rajin baca supaya anak2 membesar dengan baik. Walaupun peluang selalu tipis nak duk lelama atas sejadah..hhmm

    *peringatan utk diri sendiri gak ni. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. masa pregnant memang kena banyak jaga... jaga makan, jaga minum, jaga diri, jaga hati.... insyaALLAH, baby akan dapat semuanya.... :)... take care....

    ReplyDelete
  5. yup amln yg bgus.. lgi bgus jika teruskn amln ni wpun x pgnt kn.. nice sharing.. :)

    ReplyDelete
  6. Bila dah jadi ibu bapa ada ayat2 tertentu utk ditiupkan ke telinga anak2 ketika mereka tidur agar hati mereka lembut dan sentiasa mengingati Alllah....

    ReplyDelete
  7. insyaALLAH.. mempraktikkan dari baby dalam kandungan 5 bulan.. sbb time tu baby dah boleh dengar kita.. pelan2 ajar dia dan bercakap yang baik2 dengan dia.. insyaALLAH.. surah2 yg menjadi amalan sewaktu mengandung ni..

    ReplyDelete
  8. Nice sharingg kak lyd :)
    bnyk ilmu pengatahuan ENTRY KAK LYD SKRNG NI ;)

    ReplyDelete
  9. Bagus, bagus. Teruskan amalan Lyd even lepas beranak dan ade seangkatan pasukan bolasepak sok nanti tau. Kite dulu rajin baca surah Maryam ngan Yusuf je sebab mase tu 2 surah ni je ade dalam buku amalan semasa mengandung. Tak patut kan publishedkan buku tu sebelum abes penulis tu wat kajian ngan surah-surah lain haha.. (salahkan org lain tetiba)

    ReplyDelete
  10. bagus... bagus...
    berdoa agar anak dari kalangan ruh yang baik-baik, bila dah masuk ruh doa dapat jasad yang baik-baik, lepas tu berdoa sifat yang baik-baik...

    ReplyDelete
  11. Insya Allah Lyd bakal dpt anak yg soleh..bertuah dia dpt ibu yg sgt prihatin dari segala aspek. :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum lyd....bagus n3 ni buat bakal ibu2 semoga mendpt anak yg soleh n solehan....:)

    P/s n3 yg mama post tu adalah n3 berbayar lyd tu yg kena buat mcm tu...promosi utk com Imanpuri tu.....

    ReplyDelete
  13. masa ngandung tak pernah baca surah2 tertentu..saya baca je satu quran tu sampai habis..lepas maghrib mengaji,tiap2 hari ngaji la..tak de amalkan surah2 tertentu..masa ngandung maisara pun sama jugak..

    ReplyDelete
  14. hi akak...apa khabar?
    terima kasih sebab kongsi artikel ni...baca baca sebelum tido...hehe :)

    and terima kasih jugak kerana sudi berkongsi pendapat untuk post yang terbaru tu...panjang betul hujah akak...saya suka mendengar pendapat yang lain... :)

    thanks again!
    :)
    clive

    ReplyDelete
  15. Memang amalan yang baik untuk Ibu2 mengandung..

    Moga dipermudahkan segalanya ye.

    ReplyDelete
  16. masa mengandung memang kalau boleh nak praktik semuanyer.. maalumler akakni kalau mengandung banyak masalah.. masatuler semua amalan baik nak diamalkan..

    ReplyDelete
  17. masa anak pertama buat jugak...masa anak ke 3 ni...mengejar budak2 aje dah semput

    ReplyDelete
  18. amalan yan baik. bukan utk anak je tapi utk parents jugak adanya.

    ReplyDelete
  19. Good input. Sha pernah baca ada satu artikel nieh kata, "Eh, kenapa hanya surah Yusuf aje?" Katanya nak anak yg rupawan. Tapi jawapan tu dikaunter balik dgn "Kalau indah tapi pendek akal, susah juga."

    Terima kasih dan tahniah Lyd sbb cover semua:)

    ReplyDelete
  20. mmg bagus kalau jadi satu amalan harian spjg kehamilan !

    ReplyDelete
  21. Terimakasih..
    Tambah lagi ilmu tok hari ni

    ReplyDelete
  22. Banyak surah2 yang boleh dibaca waktu preggie..pendek kata khatam kan quran tu lagi elok waktu ngandung ni..Insya Allah anak canti akhlaknya..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...