Iklan! Iklan! Sila Click!

19 November 2012

Tutti Frutti Diganti Tong Pak Fu

Sejahteralah ke atas kamu....

Di antara MidValley Megamall dengan IOI Mall Puchong, saya lebih suka memilih untuk pergi ke IOI Mall. Dulu memang la apa-apa skit MidValley. Nak jumpa kawan kat MidValley. Nak beli barang kat MidValley. Nak tgk wayang pun kat MidValley. Sikit-sikit MidValley. Dah itu je tempat yang paling dekat yang saya paling senang nak pegi [alaaa.. kata je la ko buta jalan. Tak reti pegi tempat lain selain MidValley & TheMall, itu pun sebab ofis dulu kat TheMall. Muah hah hah!!]. Tapi sekarang sudah tukarrrlah. Dah lagi suka pegi IOI Mall sebab tempat tu walaupun sesak cemana pun, tidak merimaskan. Sebab laluan kat dalam tu luas berbanding MidValley. Lampu pun cerah. Tak macam lampu ala-ala cozy kat MidValley. Lemas je rasa. Yang penting IOI Mall ada Tutti Frutti. Itu je sebab dia yang paling utama. Lagipun IOI Mall ada banyak pintu yang kita boleh parking kereta dekat dengan kedai yang kita nak pegi. Kalo nak makan Sushi King, takyah masuk dalam Mall, boleh park betul2 depan Sushi King pastu jalan 4 langkah je, terus sampai kedai.

Itu hari, saya pegi IOI Mall sebab nak makan eskem [bajet comel] Tuddi Fruddi [slang Liyana Jasmay skit]. Memang dah plan nak park keta kat luar IOI yang paling dekat dgn premis TF tu, so, takyah le nak kena lalu banyak-banyak kedai. Kebetulan premis TF dekat dengan pintu. Tetiba bila dah masuk, tengok tutup plak. Dah takde dah signboard Tutti Frutti pada premis tu. Yang ada cuma iklan 'Tong Pak Fu Akan Dibuka' pada roller-shutter premis tu. Apa jadi dengan Tutti Frutti IOI Mall? Dengar cerita staff JCo Donuts, Tutti Frutti tu dah berpindah premis ke IOI Boulevard, tempat yang bapakkkk susah nak masuk cari parking dan tak berapa mesra-keluarga untuk aktiviti beriadah.

Apa pulak Tong Pak Fu ni? Ada gambar makanan jugak pada roller-shutter tu. Makanan-makanan dalam mangkuk yang nampak macam sedap je. Dia tulis kat situ jugak, "Tong Pak Fu, Hongkong Desserts".


Gambar dari : CleverMUnkey

Gambar dari : Babe In The City
Itulah diantara gambar-gambar desserts yang saya ambil daripada Google. Nampak sedapkan? Menurut blog-blog yang saya baca, yang berlapis-lapis tu namanya adalah 'Snowy + [nama perisa tertentu]'. Contoh yang kaler kuning tu Snowy Manggo. Lebih kurang cam eskem jugak kot? Pastu ada buah longan dengan sagu. Tak tau le cemana rasa dia. Saya belum pernah makan. Tak tau boleh makan ke tidak ni. Kot-kot ada letak lemak babi ke kan. Mana le tau. Heheh. Dah nama pun dtg daripada Hong Kong.

Tong Pak Fu ni baru je tembus pasaran Malaysia. Baru 2,3 bulan lepas ada kontroversi pasal Tong Pak Fu ni. Kontroversi yang dimulai oleh jurucakap mereka iaitu salah seorang personaliti TV Hong Kong bernama So Sze Wong yang dah kondem makanan Malaysia semasa nak promote Tong Pak Fu ni di Malaysia. Dia kata [di dalam bahasa Mandarin] yang makanan Malaysia ni 'lousy' dan 'hard to eat'. Tak tau le makanan apa yang dia dah try tu. Atau pun dia memang dilahirkan dengan kebolehan yang terhad untuk menikmati makanan berbagai bangsa so sebab tu dia kata gitu. Lagi, dia kata, makanan Hong Kong yang mereka perkenalkan itu akan dapat menggantikan kelemahan makanan Malaysia ni. Syok sendiri je statement tu.

Ramai orang-orang Cina Malaysia yang sentap dengan kenyataan dia ni. Saya pun sentap walaupun saya Melayu. So, mereka berpakat untuk boikot Tong Pak Fu ni. So, Tong Pak Fu Hong Kong dah tamatkan kontrak So Sze Wong tu sebagai jurucakap mereka. Sekarang ni rasanya masih ada yang boikot dan ada yang tak boikot Tong Pak Fu. See? Orang Cina pun sensitif jugak kalau orang mengutuk Malaysia. Dan mereka pun memboikot. Cemana plak dengan kita orang Islam yang tak sensitif bila Islam dihina? Taknak boikot ke?

36 comments:

  1. pagi tadi mcd tawarkan breakfast free utk 1000 pelanggan pertama..aku boikot tau!! (sebenarnya aku lupa nak singgah)

    ReplyDelete
  2. Hamboiii... tak agak2 statement dia, ya?

    ReplyDelete
  3. hmmmm...sebab mulut badan binasa kan..dlu opis dekat ngan IOI mall tuh..so hari jumaat selalu gak gie lepak situ..2 jam break kan...

    ReplyDelete
  4. 1st time dengaq nama menu ni, desert ye.. Ingatkan makanan heavy macam mee ke laksa macam tu :)



    p/s: Pisau tu tahan lama, asal jangan digunakan untuk potong bawang, MJ dah guna dalam 6bulan lebih macam tu, masih kekal tajam :)

    ReplyDelete
  5. Tong Pak Fu, namanyapun tak selera nak sebut.hehehe

    ReplyDelete
  6. dekat ke ngan IOI? kalau camni leh kita together2 kot2 ade rezeki nak jumpa ke? hehehe..
    ape yg namanya TONG tu.. memandai je dia kata malaysia tak cukup makanan? hampok pale dia.. or tembak dia sedas.. dengar pun cam hangat je hati.. geram gak.. sungguh pun dia tu kata utk org bukan melayu.. aishhh.. tok sah dok makan la TONG tu.. dah namanya eskrem.. ada gelatin.. so kalau yg dah datang dari benua dia.. mesti lah dia ada letak mende2 yg dia suka.. mintak jauhkan minat nak makan TONG tu.. tutti fruiti tu ada belakangggggg boulevard IOI tu.. sebelah ngan JM beriani kot.. area depan2 tu mmg teruk parking.. tapi area belakang tu leh parking gak kot.. tapi saya tak penah ler.. hikhikhik.. so far lom penah try tuddi fruidi tu..

    ReplyDelete
  7. saya sokong... mungkin jurucakap yg tah sapetu mempunyai kebolehan terhad untuk makan.... sangat tak pleksibel lidah dan tekak dia... ce rasa sambal belacan...ce rasa... kalau tak terer, memang tak lepaslah ujian sambal belacan... *tiba tiba tersasar topic ke sambal belacan... sori... hehehehe*

    ReplyDelete
  8. tk pernah dengr lak makanan nie hehehe... macam2 lah...

    ReplyDelete
  9. Sy tak biasa dgn IOI Mall. Penah pegi tapi tak in la pulak. Heee. Dulu ms bujang, selalu je ke Midvalley. Ms bujang mmg duduk menyewa dkt2 situ. La ni bila dah duduk Sunway, Sunway Pyramid je la yg selesa. Takde tmpt len. Balik2 Pyramid. Hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Kat Empire ni ade Tong Pak Fu..
    Dessert paling pames ialah Durian Dessert :) Semerbak setingkat shopping complex ngan bau durian dia..

    Durian tetap yg paling pames..hihi

    ReplyDelete
  11. aku kalo aiskrim yang ada buah mmg aku tak makan..haha..
    apa lgi boikot la..haha

    ReplyDelete
  12. boikot.. boikot..
    betoilertu TF dah tutup.. tapi yang boulevardtu dah lamapun der... mungkin nak kurangkan kosler tutup salah satu..

    ReplyDelete
  13. tak pernah dgr..malah tk pernah pergi pun ioi Mall tu..hehe

    ReplyDelete
  14. Saya boikot Andrew Zimmens kerana dia Yahudi yang kutuk durian Malaysia. Tp boikot saya ada asas lah. Memang ada video dia kutuk durian tu dekat TLC 707 Bizarre Food.

    Bukan sekadar spekulasi:)

    ReplyDelete
  15. Encik H : Wahhh... Lajunye amik no! Tahniah 1st. Heheh. Ala... setakat free mc egg tu. Apa la sgt. Kecik je pun.

    Kakcik : Itu la pasai. Sedap dia je komen camtu.

    UmmuAidan : Best kalo ofis dekat dgn shopping kompleks. Mmg hari jumaat la paling best sbb rehat lama.

    kesuma angsana : ha ah KA. Mcm2 makanan yg org reka sekarang.

    Liya Hanif : Saya pun baru je dgr pasal Tong Pak Fu ni. Sebelum ni pun tak tau gak.

    Faraherda : Sunway Pyramid saya jarang pergi. Tapi agak menarik jugak kalau pergi situ. Cuma tak berapa hafal kedai2 dalam tu. Sbb tu jadi tak berapa reti.

    MamaVogue : Itu la..penah tgk kawan saya post gmbr tengah makan tong pak fu pun kat empire la. So, awk penah try tak? Sedap ke tak?

    Bahrain : Eskrem yg ada buah la sedap. Dulu masa kecik mesti ko makan eskem pop je kan? Heheh.

    Cho Zila : Dah lama ke? Hihi.. Salah information la saya ni. So, yg dekat IOI tu dah tutup terus la kot.

    Ema : Kawasan ema jauh kot drpd IOI. Sebab tu tak tau. Dulu akak pun tak perasan pun ada IOI ni.

    Cheryna : Andrew Zimmen tu saya ada tgk jugak yg dia kutuk durian tu. Mmg rasa terhina jgk sbb dia yg penah makan katak, dan segala benda jijik, tiba2 dia bg anugerah paling disgusting kat durian. Padahal kita sikit punya gemor makan durian. Baik Anthony Bourdain skit kan?

    Myra Jay : Best jugak kalau tahan. Boleh la beli nanti.

    Nita : Kan? Nama dia memang mencurigakan je bunyinya.

    Hasrina : Tak tau le rasa dia yummy ke tidak.

    Jassnani : Ye ke TF yg kat boulevard tu dah lama? Aiseh, ingatkan dah berpindah. Rupanya tutup cawangan la ye.

    desperate mama : Rasanya tu kalo bawak lalu sambal belacan kat tepi dia pun dah boleh dapat penyakit paru-paru berair kalo gitu gayanya dia tu. Sbb kebolehan dia kan terhad. Heheh.

    ReplyDelete
  16. xpernah dgr n tahu sal makanan ni...huhuhu eee geram lak pasa si pengkritik 2 sesedap mulut dia jer yer...huhuhuhu

    dlm gambar nampak sedap...hurmmm xnak cubaklah boikot dia...hahaha(sib baik kat penang nih xde jumpe lg...hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahlam : org biadab mmg gitu kalo bg komen. Tak fikir pasal org dh. Hehe. Selamat la kt penang xde. Kalo tak abis la kedai tu kena serang dgn ahlam.

      Ratu hatiku : kan? Nampak sedap je. Sy pun tliur gak nk try.

      Nizam ariff : tp susah nk cari eskem perisa mangga *alasan.

      Izzah : tau takpe. Org melayu susah nk bsatu.

      Ujie : mmg nama tak komersil langsung.

      Lya afrina : itu la lya. Org Islam ramai yg buat endah tak endah je.

      Ym bundle : aku dok dekat2 jln klang lama. Dkt je dgn puchong boh. Wei, kepsi tu saham dia dimiliki jcorp. So, aku rasa boleh kot kalo ko nk mkn.

      JR : hahaha. Tak penah dgr la pak tongku. Cemana rupa dia?

      Delete
  17. beli se tapaware eskrem mangga... buat sendiri.... sama je rasanya kan?

    ReplyDelete
  18. Bagus kn kaum cina,mmg sepakat...yg kita2 ni stakat free seketul berger tu je sggup beratur 4 km...xde rasa sensitif lgsung bila kita dihina...nauzubillah...mntak jauh drp trgolong dlm golongan ni...

    ReplyDelete
  19. Nama tong pak fu ni mcm tak menaikkan selera je lah..

    *komen jujur :)

    ReplyDelete
  20. pnh dgr psl restoran ni.. tp x pnh ambik pusing.. ermmm, itulah.. sedangkan bangsa cina pon boleh boikot bila org perlekehkan makanan Malaysia kt..

    xkan kt y islam leh rileks aje bila islam diperkotak katikkan..

    ReplyDelete
  21. ko tinggal kat mane sampai ke IOI mall plak ko mencapap..

    aku nak makan kepsi.tapi pikirkan gaza aku puasa la kejap makan kepsi tu..kelakar betul aku tngok org2 beratur panjang nak makan beger pree mekdi pagi tadi..haha..

    ReplyDelete
  22. Nama Tong Pak Fu tak glamer langsung kan?? Kuih Melayu pak tongku pernah dengar tak? Mungkin kuih pak tongku lebih sedap dari tong pak fu...?

    ReplyDelete
  23. Msia sememangnya surga mkanan... papepun kena pastkan status halal tu dulu la kan ;)

    ReplyDelete
  24. acaner nak boikot ..minggu lepas dah balon mcfloat..huhu


    kan dah kena tamat kontrak..cakap tak agak2..tau ler jurucakap pon..;D

    ReplyDelete
  25. mmg nmpk sedap.. dan nmpk MAHALLL... hehe, nak boikot gak, tp klu FREE.. tak jadi laa boikot.. ahaks!!

    ReplyDelete
  26. Na baru 1st time taw pasal ni hihihi *ketinggalan zamna kau Na!

    ReplyDelete
  27. alang2 dah dtg blog sis read post disini.

    ReplyDelete
  28. Tutti Frutti memang dah takde kat IoI Mall..


    dannnn..

    apa benda plak Tong Pak Fu nie?..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...