Iklan! Iklan! Sila Click!

26 February 2012

Saya Dah Tau Kenapa Telefon Saya Hilang Dalam Rumah




Sejahteralah ke atas kamu...



Mula-mula sekali yang hilang ialah iPod Shuffle saya. Tapi masa tu saya cuma anggap saya tersalah letak kat mana-mana. Atau hilang sebab tercicir ke. Saya abaikan sajalah. Lepas tu... Dah lama lepas ipod hilang, saya pun dah lupa. Sampai la tepon saya rosak baru-baru ni, saya cari tepon lama yg saya letak di rak sebelah TV. Nak pakai tepon lama la kononnya. Tapi takdok. Suami kata dia tak usik pun henfon tu. Abih kalo dia tak usik, saya pun tak usik menatang toyol mana plak yang usik?!

Perkara macam ni, biasa lah. Pasti akan disulami dengan kebetulan-kebetulan yang terjadi lepas tu. Macam saya, lepas tu kebetulan jugak saya terperasan kat dalam laci yang saya simpan cotton buds iaitu sejenis pengorek telinga [mcm la korang tak tau, melampau aku nih], camera Sony Cyber Shot saya takde. Saya ingat paling last suami saya letak dalam laci tu lepas dia kata camera tu rosak. Saya pun memang langsung tak perasan sejak bila camera tu takde. Saya selalu buka laci tu untuk amik cotton bud. Fine, korang dah tau saya selalu korek tinger. Kehkeh.

Suami saya tetap dengan pendirian dia yang menganggap kiterang misplace barang-barang tu. Suami saya tu rajin dia lain macam sikit. Dia pun mula mencari segenap ceruk dalam rumah kami. Sampai dalam beg balik kampung dan dalam kotak vacuum cleaner pun dia cari. Dasat laki aku. Haha. Tapi memang tak ada. Aik... ini sudah magic. Saya pun mula la buat speku. Ntah-ntah umah kita ni ada toyol masuk. Sebab kami tak rasa umah kami tu ada org boleh masuk. Ikut mana kalau ye pun.Dia check tingkap sliding kat dapur kunci. Check semua tingkap lain pun macam okay je. Ajaib. Ajaib.

Pagi semalam, [Sabtu] saya pun mula tergerak hati nak check barang kemas saya. Bukan banyak pun. Cuma rantai tangan hadiah perkahwinan, cincin tunang dan cincin yang mak saya hadiahkan masa bujang dulu. Pastu lagi 2 rantai tangan emas yang saya beli masa bujang jugak dulu. Confirmed. Tak ada. Bila dah tengok barang kemas tak ada tu baru le pucat muka sorang-sorang, [muka suami dan muka saya]. Suami saya check lagi sekali tingkap dapur. Dia buka sliding window then dia try tolak grill yang selama ni berkunci dengan mangga yang memang kuncinya dah lama hilang masa tuan rumah duduk lagi. Tetiba gril tu bleh terbuka begitu mudah. Kunci dengan mangga tu dah takde. Besi grill tempat pegang kunci tu dah berlubang macam menggunakan alatan welding.

Haaa... lepas tu baru la suami saya percaya yang rumah kami tu ada orang masuk. Sebelum ni saya cakap ada orang yang masuk rumah mencuri dia tak percaya.

Pencuri welding untuk tanggalkan kunci daripada grill...


Inilah kunci dgn mangga sekali tertanggal daripada grill tu.


Suami saya kederat sorang-sorang mencocok lock baru ni kat grill. Harap-harap selamat la untuk sementara. Tuan rumah suh cari orang tukar gril tu, nanti claim. Tengok la. Kalau jumpa orang yang bleh pasang grill tu kiterang tukar la.


Kami sendiri pun tak perasan sejak bila orang dah mula masuk umah kami. Sebab rumah tak bersepah pun. CUma ada sekali saya terperasan cawan hiasan yang saya letak di tingkat tengah rak sebelah TV [rak ni sebelah kanan plak, yg letak henfon tu seblah kiri] beralih ke tingkat paling atas. Saya terus je tanya suami saya, ngape dia alih cawan tu. Dia kata dia tak alih pun. So, saya abaikan je. Alih la balik tengah2 rak. Itu semua tak memberi idea langsung bahawa ada orang dah masuk rumah kami. Suami saya lepas tu sedar jugak MP3 player dia pun hilang. Yang paling bengong sekali pencuri ni, gunting warna biru yang saya beli kat IKEA yang saya simpan dalam laci baju pun dia nak kelepet. Ada la tu nak guna buat pecah umah orang lain plak tu. Shaun the sheep punya perompak!

24 February 2012

Kisah Ambil Henfon Di The Gardens.

Sejahteralah ke atas kamu...

Petang semalam saya ke The Gardens untuk amik henfon saya yang saya hantar repair sebab terkenan penyakit sawan khinzir. Masa tengah tunggu technician repair, saya tunggu di dalam kedai dan duduk di kerusi pelanggan. Kemudian ada sorang lelaki Indian bersama sorang pompuan masuk dalam kedai tu. Saya hanya pandang sekilas je la. Pastu teruskan berangan dan fikir macam-macam.

Bila dah bosan duduk, saya bangun untuk berlegar2 dalam kedai tu, tengok display henfon yang ada kat situ. Lelaki Indian tu sudah pergi pada waktu saya bangun tu. Selang beberapa minit selepas itu, Lelaki itu muncul semula dan memberi greeting kepada saya. Saya ingat dia tertinggal barang, atau nak mintak tolong apa ke, tapi rupa-rupanya dia kata dia admirer saya. Dia kata masa dia masuk kedai tadi, dia asyik perhatikan saya dan saya kelihatan menarik. Jadi dia nak berkenalan. Motif???
*pompuan yang bersama lelaki tu adalah kawan dia.

Saya cuak jugak. Beraninya dia. Dia mintak no tepon so saya bagi je la. Sebab dia kata dia hanya nak berkawan. Saya ok je. Pastu dia tanya saya tak balik kampung ke? So, time ni la saya boleh selit nama suami saya biar dia tau saya dah kawen. Lepas dia tau saya dah kawen tu dia macam relax je, saya pun relax jugak la kan. Tapi tengahari tadi dia call. Saya tak save no dia. Sebab masa dia miskol nombor saya semalam, tepon saya under repair. So, saya takde henfon. Dah tu tadi bila saya tengok no yang tak dikenali, saya jawab la. Ingatkan kawan2 mana. Sekali dia daaa.. Nama dia Chandran. Saya pun layan le dia bersembang. Pastu sempat dia tanya, suami saya tak marah ke? Dia mintak saya jangan beritahu husband saya sebab dia takut timbul masalah plak nanti. So, saya terus terang je la dengan dia, pagi2 tadi saya dah beritahu suami saya. Suami saya tak kata apa2 pun, cuma dia macam tak percaya je ada jugak orang cenggitu. Heheh.

Dalam hati saya terfikir[dulu la dalam hati, skrg dah cerita kat blog dah keluar hati la kot], ntah-ntah dia nak recruit aku jadi seorang keldai. Iaitu keldai dadah. Huhu. Bahaya ni. Oooww... lupa. Semalam saya pergi sendiri je ke The Gardens. Sebab suami saya belum balik lagi daripada ofis waktu tu. Lagipon kalo nak tunggu dia, lambat la plok kena pergi on weekend. Org nak pakai henfon ni cepat. Pasni rasa mcm tak berani la nak pergi mall sorang-sorang. (*bajet cam pompuan cantik la plak heheh).

Ni bukan kali pertama. Dulu pernah, dalam wayang... ada sorang lelaki tu hulur tangan nak berkenalan dengan saya. Saya lagi la cuaknya. Lelaki tu namanya ISmail. Masa tu saya belum kawen lagi. Bertunang pun belum. Tapi bila cerita kat En Stormpong, berbakul-bakul saya kena ceramah. Walaupun cuma kawan, tapi dia dah rasa macam bertanggungjawab jaga saya sebab kiterang sekampung. Acekonon la time tu. Eleh.. sebenarnya sebab suka kat saya kan? Hehehe.

Cerita Ini Bosan, Jangan Menyesal

Sejahteralah ke atas kamu...

Di satu pagi yang indah, sepasang suami dan isteri baru sahaja mencelikkan mata mereka. Si suami memandang isterinya dan berkata, "Sayang tau tak bila bangun ni nanti ai nak buat apa"?

Si isteri turut memandang suaminya seraya berkata, "tau... you nak makan pisang cicah dengan asam boi kan"?

Si suami terus je rasa impress, "eh mana syg tau? Syg boleh baca fikiran ai la".

"You r my husband remember"?, kata si isteri.


...............


Itu perbualan saya dengan suami saya beberapa hari lepas. Kedengarannya memang agak melampau. Makan pisang pun nak cicah asam boi. Macamana saya boleh tau apa yang dia fikir? Sebab sebelum tidur malam tu, kami sama-sama jadi kreatif makan pisang cicah asam boi. So, bila bangun tidur tu saya kata nak bangun untuk rebus sayur dan sosej dan buat scramble egg utk sarapan, dia terus je bersemangat nak bangun jugak. saya dah boleh agak mesti ada apa2 yang dia nak buat ni.

Ada apa dengan asam boi? Errm... Imbas kembali. ini kisahnya pada awal Februari yang lalu. Kami ke Kemaman untuk meminang anak dara Kemaman untuk anak saudara lelaki saya, Waqiudin. On the way balik tu kami perasan banyak sangat orang jual jambu potong kat tepi jalan. Takleh tahan, kami singgah la beli. Saya dengan husband saya siap beli RM4. Maksudnya ada 8 ketul. Seketul 50sen. Makan 2 org je sambil drive. Dah sampai umah, petang tu kami kena pegi ke Terengganu lagi sekali sebab suami saya ada taklimat Kayu Gaharu kat Dungun. So, lalu lagi sekali jalan yang sama. So, singgah lagi beli. Sambil makan sambil puji, ooohhh.. sedapnya.. sedapnyaa... Jambu tu dah kupas kulit, pastu kena rendam dalam ais. Rasanya sejuk-sejuk pastu combination dengan asam boi yang manis tu sedap sangat. Lepas daripada itu la kiterang jadi ketagih sangat dengan asam boi. Air jambu tu plak kalau yang biasa hanya letak gula, tapi kalo special akan ditambah asam boi.

So, kalau mengikut teori penaakulan mantik:

1) Air jambu biasa tanpa asam boi
2) Air jambu special ada asam boi

Kesimpulan : asam boi adalah special


Sejak itu, kami ni bila berjalan ke mana-mana, mesti mata akan jadi macam mata predator. Pandai je detect kalau ada jambu. Jambu potong kat Kuantan tak berapa best sebab derang tak guna asam boi yg best tu. Asam boi yang biasa punya, kalau dah terkena jambu yang basah tu, warnanya akan bertukar jadi hitam. Tapi asam boi special tu warnanya putih. Mungkin banyak gula kot. Yang kat kemaman la jugak sedap. Macam jambu 555 tu. Perghhh... Muahhh, cium jari. Bila dah beli, sambil suami drive sambil makan jambu. Healthy kan lifestyle kiterang? Kiterang makan buah-buahan sebagai snek tau. Heheh. Padahal asam boi tu je dah tak healthy.

Kami ada perjanjian tentang makan... Memandangkan kami sama-sama suka makan, so kami dah sepakat untuk kontrol makan masa kat KL. Tapi kiterang boleh makan dengan sewenang-wenangnya bila balik kampung. So, takyah la nak control makan kalau ibu mertua masak kan? Nanti kecik hati perut saya kalau nampak makanan sedap homemade lagi, tapi tak dimakannya. Tak patut...tak patuttt.. Sebab itu la keluar perjanjian macam tu. Suka sangat la suami saya. Boleh la dia makan banyak. Makin rajin la kiterang balik kampung nampaknya lepas ni kan?

Suami saya siap beli serbuk tu bawak balik rumah. Mahal jugak. Satu bekas plastik sebesar yang orang letak sos nasik ayam tu harganya RM3.50. Oleh sebab takde jambu, kami makan je la dengan apa-apa yang ada. Kebetulan hanya pisang je yang ada di rumah, makan le pisang dengan asam boi. Sampaikan sayur rebus yang saya rebus untuk sarapan pun kami makan dengan asam boi yang sepatutnya letak black pepper dan mayonaise. Hahaha. Layannn...

Gambar dari sini : Fiza Nordin

23 February 2012

Seronok Ke Pergi Shopping Mall?

Sejahteralah ke atas kamu...

Telefon saya rosak sebenarnya. Baru je sebulan pakai. Mula-mula dah rasa macam rosak tu, saya bawak pergi LowYatt. Tempat beli henfon tu. Itu pun dah rasa macam lemah semangat bila fikir area situ dah la super crowded. Hujung minggu plak. Super extra crowded la jawabnya. Walau cemanapun kami [saya dgn Mr Stormpong] akhirnya sampai jugek ke LowYat. Baru je rasa nak bangga sebab walaupun dalam keadaan yang malas, tapi sampai jugak ke dunia gadjet Malaysia ni, orang kat kedai tu kata nak repair kena hantar kat pusat service dia. Bukan kat tempat beli. Demmit! Bila baca addresses yang tersenarai dalam warranty card tu, nasib baik ada service center yang dekat dengan rumah iaitu The Gardens. Alemakkk.. Lecehnya. Another shopping mall. Yuck!

Saya pun tak faham kenapa, lepas kahwin saya rasa sangat liat + leceh nak ke shopping mall. Padahal The Gardens tu dari rumah saya, jalan kaki pun bleh sampai [sampai memang boleh sampai tapi tak tau la berapa lama amik masa nak jalan kaki tu kan]. Dulu masa bujang, rasanya sangat kerap saya menziarah peniaga-peniaga berjaya kat MidValley tu. Kadang-kadang pergi IkEA, sometimes pergi One Utama, Pavillion, The Gardens dan seumpamanya. Midvalley plak dah memang dalam poket la, selok belok dia memang dah hafal. Suami saya sampai panggil saya hamba MidValley. Ada ke patut. Ishh..ish..


Hari ni, nak pergi amik henfon. Kat The Gardens. Kisahnya henfon tu dah habis warranty sebab orang tu dapat detect yang fon tu jatuh. Heheheh. Aiseh.. tak jadi la trick korik saya nak memperdayakan service center tu. Saya ni mana la pernah pakai semat fon sebelum ni. Fon lama saya dulu hanyalah stupid fon je. Tak masuk dalam category semat fon pun. So, jatuh 800 kali pun masih lagi boleh kenyit-kenyit mata kat saya sambil berkata, "it's okay, i'm alright, i'm alright". Tepon lama tu nampak macam jambu, kaler pun pink, nampak lemah je tapi sebenarnya lasak jugak. Hampir nak setaraf dengan Nokia 3310 dah ni. Jatuh bersepai, tercabut battery pun, masih je elok.

Alih-alih sekarang, bila beli semat fon sebulan je pakai dah rosak. Pakai sebulan pun dah banyak kali jatuh. Mana tidaknya, saya pegang henfon macam pegang anak ular. Tak grab sungguh-sungguh pun. Sebab tu la beliau asyik jatuh. [Sayang henfon ni kena la guna kata ganti nama yang lebih hormat untuk beliau. ecey.]. Semat fon ni sensitip sangat. Ai tak suka la berkawan dengan henfon yang sensitip macam yu ni. Yu membuatkan i rasa terkongkong. Susah i nak bergurau kasar dengan yu. Itu bukan jiwa ai yu know? Eeiii... Tension plak. Dah tu, bila warranty dah tamat, maka kena la bayar.

Henfon apa yang rosak tu? Hehehe... bukan la semat mana pun. Xperia Mini je.
Saya ni kan fanatic Sony Ericsson. Orang lain dah pergi ke galaksi dengan Samsung Galaxy berapa SSSSS ntah, dengan iPhone 5 [belum keluar, insyaAllah akan datang hehe], BlekBerrak atau HTC. Tapi saya tetap setia dengan Coni Elikcen, aku masih settiya, namun kesabaranku ada battasnya. Henfon lama ialah flip fon Sony Ericsson Z610i. [*itu gambar yang kat atas tu siap ada watermark 'ah kong.net.'. So, korang pun tau la saya kelepet gmbr ni dari mana kan?]. Sekarang henfon lama tu dah hilang. Ntah kat mana saya letak. Tapi agak pelik sebab last saya letak di rak sebelah TV, tapi tak ada. Suami saya kata, dia pun tak main pun dengan henfon tu. Bukan henfon lama tu je hilang. Camera Sony Cybershot saya pom hilang. Ada toyol ke masuk dalam rumah kiterang? Ish.. Seram plak rasanya. Pastu iPod saya pun hilang gak, tapi dah lama. Saya plak bila dah hilang tu, bleh je buat tak tau. Tak menggelupur plak nak cari. Sama ada saya ini seorang yang (a) Memang penyabar orangnya, atau; (b) saya pemalas. Sila pilih. Konfem ramai yang jawab B. Hahah.

Ok... Berbalik kepada kisah malas nak pergi shopping mall tadi... haaa. cenggitu la kisahnya. Saya malas nak gi shopping mall sebab bising, ramai orang, sesak pastu makan pun nak kena berebut. Kalo dok umah kan aman. Relax je makan bleh bertambah kalau tak cukup. Hehehe. *makan je ko fikir kan Lyd?

*Bukan ke saya kat dlm entry sebelum ni, nak update blog 2 hari sekali? Hah. Nampaknya saya berbohong.

Saya Dah Buat Keputusan...

Sejahteralah ke atas kamu...

Haram terima menantu yang tak solat. Bak kata Ustaz Azhar Idrus. Ramai yang pedih jiwa ni kang.



Click la gambar ni kalau rajin untuk besarkan..

Dengan ini, saya decide untuk update blog 2 hari sekali. Sebab saya malas. Kalau ada info terlebih tu, mungkin terlebih rajin.

21 February 2012

Oo... Begitu Rupanya

Sejahteralah ke atas kamu..

Kalau saya tak update blog dengan new entry, sebenarnya traffic ke blog saya sama je. Masih sikit itu juga. So, lebih baik saya tak update kalau tujuan saya update blog hanya utk tinggikan traffic. Lagipun, saya perasan, kalo saya lama tak update blog, entry terakhir tu akan lebih banyak komen daripada entry biasa.

Next, nak citer pasal Sejuta Money Drop. Rancangan kuiz kat Astro Ria yang dikendalikan oleh Dato AC Mizal tu. Saya kan.... bila tengok rancangan tu, selalu je saya rasa macam kalau saya la yang masuk rancangan tu, mesti dah dapat dah RM1juta tu. Kadang-kadang rasa hangin je bila soalan-soalan yang ditanya tu padahalnya macam pengetahuan am je tapi peserta tu tak tau. Contoh soalan yang simple tapi peserta tak boleh jawab, "Di manakah letaknya Tasik Kenyir"?. Pilihan jawapan A. Perak B. Perlis C. Terengganu D. Sarawak. Rasanya fakta ni, sejak sekolah rendah lagi dah belajar kan? Kalau tak belajar pun, mcm Tasik Kenyir ni popular ke apa sebab tasik ni ialah tasik terbesar di Malaysia *eh ye ke? Atau Tasik Chini? Huhu.. Tak tau plak.. Rasa macam tak logik je orang Malaysia tak tau. Takkan la tak tau Tasik Kenyir ni terletak di Perak???!!!! Hehehe.. Ok.. just kidding. Tasik Kenyir letaknya di Terengganu ok...

Sorry... Sorry.. Saya bukan bermaksud yang saya ni pandai bijaksana genius apa semua sampai nak kutuk-kutuk orang lain. Saya faham, ada benda yang orang lain tau, saya tak tahu juga. Mungkin kebetulan je apa yang saya tahu tu, orang lain tak tau walaupun perkara tu hanya perkara kecik a piece of cake je bagi saya, tapi bagi orang lain itu adalah sangat susah.

Sebenarnya apa yang saya fikirkan, bukan tentang banyak ke tidak ilmu pengetahuan am yang kamu ada untuk menang sejuta ringgit melesia tu. Tapi sebenarnya.... itu semua bergantung kepada berapa rezeki yang Allah dah tentukan untuk kamu. Saya memang boleh cakap yang kalau saya masuk rancangan Money Drop tu, saya akan menang sejuta ringgit sebab semua soalan yang diberikan tu saya tau jawab dan kalau saya tak tau pun, mesti suami saya tau. TAPI... TAPI..TAPI.... saya pasti kalau saya betul-betul masuk rancangan tu, soalan-soalan yang keluar mesti soalan yang saya tak tau dan suami saya pun mungkin tak tau, tapi orang lain iaitu penonton yang tau. SEBAB.... Allah yang tentukan berapa banyak rezeki kita. Dan Allah dah tentukan berapa banyak soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh peserta-peserta yang masuk Sejuta Money Drop tu.

Kalau cerita pasal rezeki ni, memang berkajang-kajang pak malau kajang berlipat pun tak habis-habis. Semuanya adalah misteri Allah. Contohnya, saya selalunya bila dapat bonus tahunan, time tu jugak la kereta saya rosak dan perlu dihantar ke workshop untuk dibaiki. Sudahnya RM1000 terbang. Kalau bonus dapat RM3000, tinggal la RM2000 je. So sebenarnya apa yang saya tak nampak adalah, rezeki saya sebenarnya hanyalah RM2000 sahaja. Satu lagi contoh... Dulu masa mula-mula kawen, saya ada buat part time job. Sampai satu masa, saya terpaksa berhenti di atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Mula-mula rasa risau sebab dengan kerja tu, saya ada extra money yang agak membantu kehidupan saya dan suami. Tapi, oleh sebab jumlah rezeki untuk saya dan suami memang telah ditentukan oleh Allah, selepas saya berhenti, elaun untuk suami saya pula telah naik sebanyak yang hampir sama dengan gaji part time tu. Jadi, tak mengubah apa-apa pun. Rezeki saya dan suami tetap sebanyak itu. Indah sungguh perancangan Allah betul tak?

Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini.... Walaupun mungkin kita hilang sumber pendapatan tertentu yang kita rasa macam, "adoiii... mati lah aku kali ni... macamana nak cover semua perbelanjaan hidup aku ni....", tapi kalau kita yakin dengan rezeki Allah, pasti akan adalah sumber rezeki lain yang Allah akan bentangkan depan mata kita untuk cover semua keperluan kita. Ingat ye... KEPERLUAN. Bukan KEINGINAN.

16 February 2012

Tidak Di Ruangan Komen


Sejahteralah ke atas kamu...

Ramai orang yang menganggap, bila mereka berbahas dan mengeluarkan hujah-hujah di ruangan comment terhadap sesuatu isu panas, maka mereka sedang berjuang mempertahankan agama dan mereka 'lebih Islam' daripada orang lain yang tak memberi komen atau orang yang memberi komen neutral.[Ini termasuk FB, YouTube, blog, Twitter etc]

Contoh. Ini Contoh ye... Semalam komen saya di salah satu video di YouTube bertajuk Najib vs Sultan Brunei (hudud)ISU HUDUD. Saya meninggalkan komen seperti ini;

TOlong la wei, click gambar tu kalau tak nampak. Free je saya share ni.

Sebab saya dengar Sultan Brunei bercakap menggunakan bahasa yang tak baku. Rasa curious je. Bukan ada apa-apa pun.


Lepas tu, ada pulak yang acekononnya 'pembela agama' balas komen saya tu;


Tak pasal-pasal je dia ni. Bila masa plak aku kata aku tak amik tau hal hudud ni? Siap gunakan capital letters lagi tu untuk perkataan ISLAM.


Saya tak faham apa motif komen mamat yang sengal macam nickname yang dia guna tu. Bila saya komen tentang sesuatu yang takde kaitan dengan isu tu, tak bermakna saya tak ambik tau tentang benda tu. Perlu ke semua orang memberi komen emo kat ruangan komen sebegitu dan berdebat berdegar-degar siap dengan maki hamun macam yang kebanyakan orang buat tu? Kadang-kadang saya pelik, cara dia cakap tu macam dia sorang je yang memperjuangkan agama Islam dan sedang nak menegakkan agama, tapi bahasa yang digunakan tu langsung tak berpandukan apa yang Islam mahukan daripada penganutnya. Ko dah la bercakap pasal Islam, pastu ko guna nickname yang sedang memaki orang lain. Apa ni??!! Kalo cenggini la attitude seorang pembela agama, rasanya diperingkat ujibakat lagi ko dah tersingkir. Itu belum lagi ditugaskan angkat senjata pergi berperang. Jangan nak kata suruh pergi berperang la... Kalau suruh pergi kuliah agama setiap malam pun belum tentu sanggup. So, takyah cakap banyak.

Saya yakin, kebanyakan orang-orang yang macam 'dia sorang lah yang paling Islam kat muka bumi ni' memberi komen bagai nak rak berdebat kat dalam ruangan komen semata-mata tu apabila kat dunia realiti dia tak berjasa apa-apa pun terhadap agama. Kalau mereka betul-betul berjuang menegakkan kebenaran, dah tentu masalah kat Malaysia ni dah lama selesai. Tapi ada ke? Mana ada perubahan apa-apa pun kan?

Saya tak kisah dia nak komen apa-apa pun. Nak memberi fakta apa pun. Tapi komen tu biarlah yang beradab. Lebih-lebih lagi jika orang tu membawa nama "ISLAM" semasa komen. Dan kalau orang yang komen tak menyokong apa yang ditulis tu, tak perlu kot nak terus kondem. Ko bukan tau pun apa orang lain fikir. Ko bukan tau pun orang tu secara realiti telah menyumbangkan apa terhadap agama. Mungkin tak semua orang suka mengkecoh-kecohkan prinsip dan pendapat mereka dengan cara yang tak dapat mengubah apa-apa pun. Beri komen panjang lebar tu dapat mengubah keadaan ke? Kalau nak ubah keadaan, pergi nasihat sendiri orang yang kamu tak puashati tu depan-depan. Tak perlu kutuk-kutuk atau maki-maki di tempat yang tak memberi faedah tu. Tak berani kan?

Perbezaan Dang Suria Dulu Dan Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu...


Dulu, saya minat sangat Dang Suria ni. Sebab dia comel sangat. Dalam gambar ni, korang boleh tengok part bibir dia. Dulu bibir kecik je. Sekarang dah kena sengat tebuan. Sian plak. Sekali imbas nampak macam Kak Nita. Bentuk muka yg dulu kecik sekarang besar tu takyah fikir la. Dah berusia memang la akan nampak gemuk. Macam saya la jugak. Tapi takkan dengan bibir sekali naik jadi tebal kalaupun gemuk. Tak faham.



Entry ni saya buat sebab banyak sangat keyword search mencari Dang Suria Zainurdin dulu dan kini. Nak tengok sangat gambar atau rupa Dang Suria sekarang di tahun 2012 ni, nah amik. Ni yang terbaru la dalam rancangan On Air.

Gambar ni dikelepet daripada You Tube.

15 February 2012

Beberapa Yang Ringkas

Sejahteralah ke atas kamu...

RIngkas 1 :

Setiap hari saya masak nasik utk suami saya untuk dia bawak bekal pergi ofis esok harinya. Kalau saya masak malam ni, bekal tu utk tengahari esok. Dia tak makan nasik di rumah. Hanya untuk bawak bekal. Semalam, on the way balik rumah, saya singgah beli ikan nak masak asam pedas. Sampai rumah terus bersilat nak siapkan asam pedas dan sawi goreng. Dalam jam 7 lebih sebelum orang azan Maghrib selesai masak. Pagi ini.... tetiba baru saya teringat yang saya masak lauk je semalam. Aku lupa nak masak nasik. Heheh. Makanya... Pandai2 le beli ye suami..



Ringkas 2 :

Kat area KL Sentral ni sangat banyak zebra cross untuk pejalan kaki. Ada sekali tu, masa saya berhentikan kereta untuk beri laluan kepada pejalan kaki, saya ternampak ada sorang bangla/pakistan/nepal/taktau bangsa apa tengah lintas jalan sambil menundukkan badan dan tangan ke depan macam cara kita berjalan depan orang yg lebih tua sebagai tanda hormat. Dalam hati saya, 'sopan gila nko ni baiya'. Ada jugak org cenggitu.

14 February 2012

Lelaki Kacak Itu

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu masa dulu, ada seorang lelaki kacak berbangsa Arab bernama Sinan. Beliau adalah salah seorang Gabenor Parsi [Iran] yang ditugaskan di Kota Basrah [Iraq]. Beliau tinggal di istana mewah di pinggir Sungai Euphrates bersama anak-anak dan isterinya. Salah seorang anaknya bernama Suhayb. Suhayb adalah seorang anak yang berambut perang kekuningan dan berkulit putih maka otometiknya beliau termasuk di dalam kategori lelaki kacak. Lelaki-lelaki kacak lain, sila jangan jeles ye. Atau lelaki yang tak kacak, jangan kecik hati. Walaupun kamu bukan lelaki kacak, asalkan kamu baik, itu dah cukup untuk menjadikan kamu lelaki kacak.

Pada suatu hari, ibu Suhayb membawanya bersantai di sebuah kampung bernama Ath Tani bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Tetapi pada hari yang malang itu, perkampungan Ath Tani telah diserang oleh tentera Byzantine [Rom] dan membunuh kebanyakan rakyat yang tidak berdosa termasuk ahli keluarga Suhayb. Suhayb yang hanya berusia 5 tahun telah dibawa pergi oleh tentera Byzantine bersama tahanan-tahanan yang lain ke Rom. Korang mesti tau kan, bahawa Rom dan Parsi ni memang musuh tradisi. Lepas perang-perang, lepas tu perang. Tu je la keja derang. Apa nak jadi neh. Haihh..

Suhayb ni apabila dibawa ke Rom beliau telah dipasarkan sebagai hamba di pasaran hamba-hamba Byzantine. Bermula daripada saat itu, beliau telah menjadi hamba kepada seorang demi seorang yang lain. Ish.. sadis.. Walaun dbeliau hamba, tetpia beliau masih seorang lelaki yang kacak. Sepanjang beliau menjadi hamba di Rom, beliau membesar dengan mempelajari bahasa Rom sehinggakan beliau sendiri terlupa bahasa Arab. Dah la lelaki kacak, pandai cakap Rom plak tu. Huhu.  Setelah banyak kali bertukar tuan, akhirnya Suhayb telah dibeli oleh seorang pedagang Arab yang bernama Abdullah bin Jad'an. Maka kembalilah Suhayb ke tempat asal ayahnya iaitu Makkah. Di Makkah, beliau dikenali sebagai Suhayb Ar Rumi bermaksud [orang Rom] kerana fizikalnya, kulit putih dan rambutnya serta bahasa pertuturannya pelat bahasa Greek, wow... mesti la seorang lelaki yg kacak. Semasa menjadi hamba kepada Abdullah ibn Jad'an, beliau banyak belajar ilmu berniaga dengan tuannya sehingga akhirnya beliau dimerdekakan kerana Abdullah melihat kerajinan dan keikhlasan Suhayb dalam bekerja.

Suhayb bekerja dengan gigih dan akhirnya menjadi seorang lelaki kacak yang kaya di Makkah. Dah la kacak, kaya plak tu. Hartanya begitu banyak merupakan emas dan perak. Apabila Suhayb mendengar berita tentang kemunculan utusan Allah, Nabi Muhammad SAW, beliau juga turut tertarik hati untuk mendengar sendiri kata-kata daripada Nabi. Beliau bersama-sama Ammar juga lelaki kacak,[anak kepada Yassir dan Sumayyah, iaitu salah seorang daripada 5 orang wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah], menyelinap masuk ke rumah Arqam bin Abi Arqam demi bertemu Rasulullah. Mereka berdua terus beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila Rasulullah mula berhijrah menuju ke Madinah, Suhayb adalah termasuk di kalangan orang-orang yang memberi bai'ah untuk bersama-sama berhijrah bersama Nabi ke Madinah. Kumpulan itu menyusul Nabi selepas keberangkatan Nabi. Semasa ingin keluar daripada Kota Makkah, berita tentang keinginan Suhayb untuk keluar bersama-sama Nabi Muhammad itu diketahui oleh kafir Quraisy, maka pengawal Quraisy pun menghalang beliau kerana mereka bimbang Suhayb membawa bersama harta kekayaannya. Sedangkan Suhayb terus sahaja bersetuju untuk memberikan KESELURUHAN hartanya kepada pengawal tadi asal sahaja beliau dibenarkan keluar daripada Makkah untuk bersama Rasulullah.


Apa yang saya nak tunjukkan di sini betapa si lelaki kacak Suhayb percaya kepada yang ghaib. Seperti yang dinyatakan di dalam surah Al Baqarah ayat 3, yang bermaksud : (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Memang la hidup kita ni, akan dilanda dengan berbagai-bagai ujian. Berita-berita atau khabar2 angin yang kita dengar terutamanya tentang nasib dan masa depan kita, mungkin boleh membuatkan hati runsing. Semua orang pun akan runsing. Tapi bila runsing atau susah hati, lebih-lebih lagi tentang rezeki.... kita tenangkanlah hati kita dengan mengambil iktibar daripada kisah-kisah para Nabi-nabi dan para sabahat-sahabat. Sedikit sebanyak, akan membuatkan hati menjadi lebih lega jika kamu orang-orang yang berakal dan mahu mengambil pelajaran.

Contoh daripada kisah Suhayb ini... Beliau berani mengambil risiko untuk meninggalkan SEMUA hartanya tanpa mengambil sedikit pun dan pergi ke tempat baru yang langsung tiada saudara-mara. Masa depannya, beliau sendiri pun tak tahu lagi bagaimana. Apa yang akan beliau makan? Di mana beliau akan tidur. Semuanya tidak diketahui. Tapi oleh kerana betapa yakinnya beliau terhadap Allah, beliau berani mengambil risiko. Dan jika tidak silap, Suhayb ini apabila berada di Madinah, beliau boleh mulakan perniagaan baru dan berjaya lebih lagi daripada di Makkah dan menjadi dermawan di sana. Semuanya di atas keyakinan dan usaha.

Kalau diikutkan, beliau sendiri belum tahu jalan yang akan beliau tempuhi. Tapi apabila tibanya beliau di Madinah, Allah sendiri telah menunjukkan jalan untuk Suhayb supaya beliau berjaya mendapatkan semula harta yang telah hilang tu.

Mungkin ada yang akan kata, zaman dulu lain... Zaman dulu kalau tak ada duit, tak ada sape pun heran. Atau zaman dulu lain... Suhayb bersama Nabi. Nabi ada mukjizat. Boleh mohon apa-apa daripada Allah dan dimakbulkan. Tapi itu bukan pointnya. MUkjizat Nabi, dan kejayaan perjuangan Nabi satu masa dulu, hanya diketahui oleh kita yang sudah lebih 1400 tahun selepas hijrah ni. Suhayb si lelaki kacak ni dan sahabat2nya yang berbai'ah itu langsung tidak tahu. Hanya berbekalkan keimanan dan ketakwaan sahaja.

Saya pernah terbaca tentang kisah Abu Hurairah menyimpan sebijik tamar untuk bekalannya pada hari esok kemudian ditegur oleh Nabi, kerana baginda berkata, seolah-olah Abu Hurairah tidak yakin dengan Allah yang akan memberikannya rezeki pada esok harinya. Simpan sebiji kurma je pun kena tegur. Kita? Dalam fridge tu, simpan untuk stok sebulan. Erm.. don't know what to say la. Sebab sendiri pun buat kan. Heheh.

Jadi untuk sesiapa yang mendengar berita-berita sedih, atau khabar-khabar angin.... bertenang. Tunggu sehingga berita itu benar2 disahkan benar, baru fikir apa tindakan seterusnya dan yang paling pasti, tiba masanya nanti, Allah yang akan tunjukkan jalan kepada kita semua. Perlu yakin kepada Allah.

Apa benda la yang sekejap lelaki kacak, sekejap lelaki kacak ni ye? Hehehe... Penting sangat ke ayat lelaki kacak tu sampai nak ulang banyak kali. Lelaki, tak kira la dari segi rupanya seperti lelaki kacak atau tidak, yang paling penting dan membuatkan seseorang lelaki itu kacak adalah sikap dan perangainya. Bukan rupa semata-mata. Untuk apa jadi lelaki kacak kalau perangai buruk, tak redha dan bersyukur kepada Allah. Tapi kalau jadi lelaki kacak seperti Suhayb ini lagi bagus.

pusat sumber mengelepet dari :

Mohamad Azhan

Islamiska


Okay itu kisah tentang lelaki kacak Suhayb. Ada ramai lagi lelaki kacak yang menjadi sahabat Nabi seperti Mush'ab bin Umair, Abu Bakar As Siddiq dan lain-lain. Malah Nabi sendiri adalah lelaki kacak yang paling terkacak among the lelaki kacak. Heheh.. Berapa banyak lelaki kacak daaaaa....

You Tube Meleret

Sejahteralah ke atas kamu...

Tengok You Tube ni sama seperti kita bersembang meleret-leret dengan kawan-kawan kita. Mula-mula cerita pasal anak demam, lepas tu pasal hospital, pasal udara bersih, pasal jenayah, masuk pasal Rosmah Mansor skit, pasal rancangan Nona last sekali berakhir dengan resepi sotong celup tepung.

Sebabnya, kalo tengok YouTube, mula-mula nak tengok pasal benda lain, tapi yang keluar list kat seblah tu macam-macam yang menarik kita pun click. Lepas click yang tu, keluar lagi senarai video lain kat seblah tu dengan macam-macam tajuk yang tak berkaitan pun. Contohnya, saya buka You Tube, search lagu Terukir Di Bintang by Yuna. Pastu click pasal birthday party Izara, then saya click plak interview Sazzy Falak, lepas tu baby serina, then gambar anak Rita Rudaini, lepas tu video Anak Kembar Ziana pastu last-last baru saya tersedar, "apa kena mengena lagu Terukir bintang tadi dengan gambar anak2 artis ni plak"?

Sama jugak kalau saya cari tutorial nak jahit felt craft di You Tube. Last sekali kang tetiba tersedar saya tengah tengok video Britney Spears. Dem!

13 February 2012

Selfish Itu Pentingkan Diri Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu...

Pagi tadi masa on the way nak ke ofis, saya nampak ada sorang lelaki dengan motosikalnya yang terbaring, terhincut-hincut berjalan untuk mengambil seliparnya yang tertanggal di atas jalan. Motosikalnya yang terbaring tu, betul-betul melintang di tengah jalan menyebabkan kereta-kereta yang bertentang dengan arah laluan saya tu tak bergerak. Tapi kereta yang paling depan sebelum motosikal yang jatuh tu, tak keluar pun untuk tolong abang yang jatuh tu. Pastu dia tunggu dengan buat muka bosan. Wajah pemandu kereta yang buat muka bosan tu saya nampak jelas sebab dia juga menurunkan cermin tingkapnya seperti saya. Bila kereta saya melepasi keretanya, terus dia memotong lelaki yang jatuh moto tu.

Saya nak tolong, tapi saya nak tolong apa? Nak tolong angkat moto, saya tak larat punya. Sebab saya nak alihkan moto yang tak jatuh pun tak larat. Ye. Saya memang insan yang lemah. Dan manja. Ngee. Lagipun saya dari arah yang bertentangan.

cenggini la lebih kurangnya lakaran kejadian tu. Sorry la lukisan macam sampah.


Tapi... pemandu kereta yang paling depan tu? Erm, mungkin dia ada masalah yang tersendiri kenapa dia tak tolong. Jadi saya tak mau komen pasal dia tak tolong tu. CUma, saya hanya bayangkan jika saya di tempat pemandu kereta yang buat muka bosan tu.... mungkin saya juga tak tolong kot. Bukan sebab malas atau hati terlebih kering, tapi ada rasa fobia dengan jenayah.

Saya rasa kadang-kadang kerana modus operandi jenayah yang dah semakin bervariasi menyebabkan semua orang semakin suka menjual ikan tanpa perlu ke pasar. Kita sampai terlalu takut nak tolong orang sebab selalu sangat keluar dalam surat khabar atau daripada sebaran email tentang cara-cara rompakan yang kita sendiri tak sangka-sangka pun. Dah tu cemana? Kalau tak tolong menolong nanti orang kata pentingkan diri sendiri. Kalau tolong nanti maknanya kita berdepan dengan risiko sama ada dapat pahala tolong orang atau dapa bala kena rompak. Huhu.. menakutkan.

Apa-apa pun, berserah diri kepada Allah itulah yang lebih baik. Kalau rasa nak tolong, tak perlu takut. Allah pasti akan lindungi.

11 February 2012

Contoh Kraf Felt Haiwan Rusa, Lembu dan Panda

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya ni masih baru dalam bidang felt craft. Design ni pun saya kelepet daripada crafter lain jugak. Sesiapa nak dptkan idea untuk jahit felt berbentuk haiwan, boleh guna design ni.

Contoh design felt panda.


Ini adalah contoh design felt craft deer.



Contoh design felt lembu - cow felt design

10 February 2012

Tanah Kubur Siapa?

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya selalu tengok siri Tanah Kubur yang Nasir Bilal Khan berlakon jadi penggali kubur tu. Cuma yang saya peliknya, kenapa orang-orang kampung dia tu ramai sangat yang bermasalah? Kehkeh. Semua yang dia tanam tu semuanya ada balasan yang biasanya balasan seksaan kubur la. Lepas mati tu keluar ular la kat kubur, mayat berulat la, muka hitam legam la, macam-macam. Yang dapat balasan baik ari tu sekali je saya pernah tengok, watak makcik yang dilakonkan oleh RUminah Sidek [mak Adlin Aman] jadi orang beriman sampai keluar cahaya dari dahi dia lepas tu cahaya yang bersinar tu boleh membutakan mata 2 orang suami isteri yang pedajalkan dia masa hidup. Gila hebat. Kalah Harry Potter ni.
Pastu suara Nasir Bilal Khan dalam cerita tu plak macam dibuat-buat 'serak-serak basah' pastu mcm suara keluar tak keluar je. Macam ala-ala cool gitu. Poyo je. Heheh.

Itu je la.. Hobi saya kot komplen benda-benda yang saya tengok dalam TV. Hehe.

Di Kuantan Pun Mahal Jugak

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak tau la kot-kot ni semua perasaan saya je. Tapi saya rasa kos hidup kat Kuantan agak tinggi. Sebab makanan kat Kuantan agak mahal kadang-kadang lebih mahal daripada di KL. KL pun ada tempat la mahal. Area KL Sentral confirm la mahal. Nasik goreng USA pun dah RM7.90. Tak masuk air lagi. Sebab tu selalunya saya hanya telan air liur je. Ok. Propa. MInum air kosong je kat ofis. Nasib baik la saya ni memang spesis gajah, suka minum air kosong je. Kalo spesis kuda kang, minum arak plak. Berdosa. Eh, apa daaa aku merapok ni.

Ari tu abang saya beli chempedak goreng kat Kuantan [tak pasti plak kat area mana], harganya RM1 sebijik. Kat KL pun masih lagi 50sen sebijik. Kalo cempedak yang kurus-kurus tu plak boleh la dapat RM1 3 ulas. Cempedak la katakan... Mehei. Susah-susah sangat lepas ni goreng buah rambutan la plak kalo dah cempedak mehei sangat. Hinss...

Pastu, saya beli jambu kat Jalan Pekan, seketul yang potong lapan punya pun harganya singgit. Biasanya orang jual 50sen je. Nak je saya tanya akak yang jual tu, amboiii... singgit satu, akak bila nak naik haji ni?

Suami saya plak masa outstation kat Kuantan [mengada betul orang Kuantan yang dok KL, pastu kena outstation kat kampung halaman.] Whad a joke?*sila baca dengan pelat bahasa Urdu*. Masa tu suami saya pegi makan kat satu kedai ni, bertiga. Tiga-tiga orang makan nasik dengan satu lauk dan sayur. Pastu air teh o suam, teh o ais. Kena bayar RM30 untuk 3 orang makan. Bukan tempat makan ekslusif pun. Kedai tepi jalan yang tobat pun buruk.

Kalau food court yang kat bawah Kuantan Centre Point tu plak, lagi mahal daripada makanan kat food court The Mall. Ishh.. Nim yang saya tak faham nim.. Terengganu jugak yang bagus. Murah je makanan kat sana. Sedap pun sedap. Puas hati la jugak perasaannya.

Tapi tak tau la kot-kot ni hanya perasaan saya je. Silalah pertahankan Kuantan bandar palma tu kalau saya tersalah ye anyone. Heh heh. Peace.

09 February 2012

Siapa Sebenarnya Orang Fakir?


Sejahteralah ke atas kamu....

Seni mengarang saya makin lama makin tumpul. Dah seminggu tak tulis entry baru, otak pun dah makin lemah. Nak susun ayat pun dah tak pandai. Saya bercuti sejak hari Wilayah pada 1 Februari minggu lepas, sampai la semalam 8 Februari baru masuk ofis. Melampau cuti bapak lama. Dah macam cuti bersalin. Tapi seronok la cuti, *padahal 2 hari pertama tu tak sihat, terlantar je atas sofa. Konon2 amik cuti lama nak jahit felt craft. Tapi jarum pun tak larat nak angkat, inikan pula sebiji mata palsu doll.

Straight to the point. Biasa dengar orang mengajak kita bersedekah kepada fakir miskin? Saya selalu menyangka orang fakir itu adalah orang yang miskin hina, tak ada harta yang merempat bawah jambatan sebatang kara. Tapi... dalam Al Quran memberi penerangan bahawa orang fakir itu adalah begini;

Haaa... Nampak? Orang fakir itu adalah orang yang berjihad ke jalan Allah. Bukannya orang miskin seperti yang kita sangka selama ni. Orang fakir ni, orang lain tidak akan tau kesusahan mereka. Orang lain sangka mereka kaya kerana mereka tidak menunjukkan kesusahan mereka.

08 February 2012

On Air : Jangan Ingat Bila Kita Berkata Jujur, Kita Cool

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya agak kureng berkenan dengan komen-komen negative pengacara-pengacara rancangan 'Fashion Police' tentang pakaian atau dress bintang-bintang Hollywood semasa Red Carpet tak kira la untuk anugerah atau function apa-apa pun. Komen dierang tu seolah-olah pendapat mereka je yang betul dan fesyen mereka je la yang paling cantik dan perfect. Fashion Police ni ada 4 org pengacara, Joan Rivers, Giuliana Rancic, Kelly Osbourne dan George Kotsiopoulos


Mesti korang kata, kalo dah benci sape suruh tengok kan? Tukar la channel lain. Habis kalau saya tak tengok, macamana saya nak cari idea nak tulis entry baru. Benda-benda mcm ni la yang beri idea untuk penulis professional macam saya [tolonggg jangan ludah], menulis sesuatu isu siap dengan contoh.

Ok, enough pasal Fashion Police yang tak membina minda tu. Ni nak usik sikit pasal rancangan realiti terbaru kat Astro Ria, "On Air". Rancangan tu nak cari bakat baru dalam bidang pengacaraan. Juri tetapnya Aznil dan Suhaimi Sulaiman. Then mereka akan jemput juri undangan yang berlainan setiap minggu. Saya pun tak pasti rancangan ni bermula bila. Tapi saya baru tengok minggu ni. Pengacara undangannya ialah PUAN SERI MUKA Dang Suria. Amboi, bila plak dia dapat pangkat Puan Seri kan?

Memang la, tak dinafikan... orang yang masuk TV ni perlulah cantik jelita gorjes stunning amazing and what so ever the h*ll. Tapi tak perlula dengan biadabnya juri beri komen tentang paras rupa peserta ujibakat dengan alasan yang acekononnya 'jujur'. Itu kurang hajar namanya. Dan saya juga boleh nampak sendiri betapa orang-orang yang pergi ujibakat, tak kira la untuk rancangan apa sekali pun, ada yang memang bersifat 'tak sedar diri' pun. Bakat dah la ke alam barzakh, rupa pun suam-suam milo tapi walau apapun keadaan peserta tu, juri tetap tak ada hak nak kondem muka, rupa atau fizikal peserta tu.

Apsal la yang saya marah sangat ni kan? Kekeke... Takde la... Dang Suria tu... [baca dengan nada mengadu], dia boleh kata peserta tu tak hensem, nanti kalau peserta tu jadi pengacara, penonton akan tukar channel. Ada sorang lagi peserta perempuan yang badan berisi, kena suruh balik, kuruskan badan kemudian bila dan slim dah cantik baru datang semula ujibakat. Korang bayangkan le apa perasaan korang kalo kena komen macam tu, dalam rancangan yang disiarkan di seluruh Malaysia. Kalau ye pun Dang Suria rasa diri dia cantik sangat dan rasa macam orang tak tukar channel sebab kejelitaan dirinya [yang sebenarnya salah sama sekali], dia tak payah la umumkan apa yang dia rasa. Simpan sendiri je la. Orang yang tak cantik tapi berbakat tu, tak semestinya kena jadi pengacara TV. Jadi penyampai radio pun okay apa.

Bagi saya, berkata jujur atau memberi komen yang membina tu boleh. Tapi pastikan komen jujur itu komen membina terhadap sesuatu perkara yang boleh di improve seperti suara perlahan minta dikuatkan, intonasi mendatar minta dipelbagaikan, atau gaya kaku supaya nampak hidup. Itu semua boleh diterima sebab semua tu boleh diubah kalo banyak berlatih. Tapi rupa? Fizikal pendek atau tinggi? Hensem ke tak hensem? Cantik atau hodoh? Semua itu bukan pilihan orang tu. Allah dah jadikan dia begitu maka orang lain tak ada hak untuk mempersoalkan.

Pesanan untuk Dang Suria jika dia membaca : kalau saya tengok awak pun saya rasa nak tukar channel, tapi awak masih jadi pengacara kan? Jadi, muhasabah, kalau tak cukup muhasarawak dan mohabbatein le diri sendiri.

Cara Nak Atasi Tumit Pecah, Tapi Malas Nak Sapu Losyen

Sejahteralah ke atas kamu.....


Sila maklum bahawa maksud ‘tumit pecah’ di sini adalah disebabkan rekahan kulit kerana sel kulit mati yang terlalu tebal dan bukannya tumit pecah sebab terpijak kulit durian atau dipukul gangster di bahagian tumit [ada ke gangster belasah orang kat tumit? Kehkeh.].

Rasanya ramai orang pernah mengalami hujung tumit yang merekah, mungkin kerana kulit terlampau kering atau sebab banyak pijak tempat keras tanpa melapik tapak kaki. Ayat contohnya, pijak lantai simen, tak pakai selipar tumit kaki pun terbelah. Lagi pun bila kulit tapak kaki kering, mudah bacteria nak singgah menginap dalam pakej berkerja sambil bercuti kat tumit kaki tu. Bila dah ada bacteria tu, makin la bertambah ngeri rupa tapak kaki kamu nanti.

Saya mengaku, kadang2 ada time tumit saya pun ada rekahan jugak. Tapi saya ni memang super malas nak bergelumang dengan losyen. Kalau beli losyen, masa mula-mula beli je bersemangat besi waja aluminium nak sapu. Sebab baru dapat kan, memang macam tu. Tapi bila dah lama-lama, memang takde la nak layan losyen2 ni. Saya ni memang tak suka dengan rutin-rutin harian seperti sapu losyen, pakai krim, pakai itu, pakai ini. Tapi saya berdoa agar, semoga satu hari nanti saya akan menjadi rajin. Amin.


Kalau dah macam tu punya malas, jadi macamana saya nak menghilangkan rekahan pada tumit? Caranya senang saje. Saya beli seketul pumice stone ataupun bila telah dimelayukan dipanggil batu pumis. Harganya murah je, tak sampai pun RM4. Boleh pakai berkali-kali, tak habis, tak reput, tak hancur tapi mungkin akan hilang kalau terjatuh dalam lubang jamban. So, setiap kali mandi, masa nak sabun tapak kaki tu, gonyoh @ sental la tumit dengan batu pumis ni. Elok la pakai masa mandi-manda, sebab waktu tu tapak kaki basah dah kematu tu semua dah lembut terkena air. Bile sental tu, keluar la semua sel kulit yang dah meninggal dunia tu. Lagipun setiap hari saya mandi kan. Jadi kalo saya buat pun, dah termasuk dalam aturcara mandi, tak la rasa terikat dengan komitmen dan jadi beban. Tapi ko jangan kata ko mandi pun seminggu sekali. Yang tu memang tak dapat tolong la nak selesaikan masalah tumit pecah ko tu.

So, itu je la tips Kak Nona untuk hari ini.
*kak nona = watak mak hayam yang dilakonkan oleh Sheila Rosli dalam drama yang Diana Daniel berlakon baru-baru ni.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...