Skip to main content

Di Kuantan Pun Mahal Jugak

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tak tau la kot-kot ni semua perasaan saya je. Tapi saya rasa kos hidup kat Kuantan agak tinggi. Sebab makanan kat Kuantan agak mahal kadang-kadang lebih mahal daripada di KL. KL pun ada tempat la mahal. Area KL Sentral confirm la mahal. Nasik goreng USA pun dah RM7.90. Tak masuk air lagi. Sebab tu selalunya saya hanya telan air liur je. Ok. Propa. MInum air kosong je kat ofis. Nasib baik la saya ni memang spesis gajah, suka minum air kosong je. Kalo spesis kuda kang, minum arak plak. Berdosa. Eh, apa daaa aku merapok ni.

Ari tu abang saya beli chempedak goreng kat Kuantan [tak pasti plak kat area mana], harganya RM1 sebijik. Kat KL pun masih lagi 50sen sebijik. Kalo cempedak yang kurus-kurus tu plak boleh la dapat RM1 3 ulas. Cempedak la katakan... Mehei. Susah-susah sangat lepas ni goreng buah rambutan la plak kalo dah cempedak mehei sangat. Hinss...

Pastu, saya beli jambu kat Jalan Pekan, seketul yang potong lapan punya pun harganya singgit. Biasanya orang jual 50sen je. Nak je saya tanya akak yang jual tu, amboiii... singgit satu, akak bila nak naik haji ni?

Suami saya plak masa outstation kat Kuantan [mengada betul orang Kuantan yang dok KL, pastu kena outstation kat kampung halaman.] Whad a joke?*sila baca dengan pelat bahasa Urdu*. Masa tu suami saya pegi makan kat satu kedai ni, bertiga. Tiga-tiga orang makan nasik dengan satu lauk dan sayur. Pastu air teh o suam, teh o ais. Kena bayar RM30 untuk 3 orang makan. Bukan tempat makan ekslusif pun. Kedai tepi jalan yang tobat pun buruk.

Kalau food court yang kat bawah Kuantan Centre Point tu plak, lagi mahal daripada makanan kat food court The Mall. Ishh.. Nim yang saya tak faham nim.. Terengganu jugak yang bagus. Murah je makanan kat sana. Sedap pun sedap. Puas hati la jugak perasaannya.

Tapi tak tau la kot-kot ni hanya perasaan saya je. Silalah pertahankan Kuantan bandar palma tu kalau saya tersalah ye anyone. Heh heh. Peace.

Comments

  1. kos sara hidup kat kuantan memang tinggi .. kalah bndar yang bertaraf bandaraya ..tapi cola separuh je ..

    ReplyDelete
  2. mmg mahal pun..5 tahun sy duk kuantan tu dlu...lbh baik mntk duk kedah atau kelantan...brg murah...phg ni brg cekik drh...hehe...ktuk ngeri sndiri aku...^__^

    ReplyDelete
  3. aku pon dah terkena
    cempedak goreng kat pasar malam 5 ketui = RM3..ape ke heiii..
    aku rasa bagus gak cadangan ko tu..buat rambutan goreng..kihkih

    ReplyDelete
  4. salam;
    Kat Sarawak ni,bandar di bahagian Utara seperti Bintulu,Miri dan Lawas kos hidupnya pun tinggi berbanding bandar2 di bahagian lain di Sarawak..

    ReplyDelete
  5. kalau goreng rambutan rs cempedak sedap jugak ek..

    ReplyDelete
  6. memang mhl tahap cipan pun, kunun2 nampak urban la jual mhl2, emosi pulak aku, ni yg maleh nk komen ni

    ReplyDelete
  7. mahal nya....tobat tak pegi dah next time kan...

    saya terjah dan follow awak
    jom join GA ni, hadiah lumayan..

    http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/02/intanberlians-first-giveaway.html

    ReplyDelete
  8. yup its true...memang mahal..hampir 3 tahun stay di sana...hrga utk makan ja around 7.90 xtmasuk minum lagi...pi mai pi mai seploh hengget sorg makan...kalo kat tempat sendiri rm 10 bleh makan utk 2 org...

    ReplyDelete
  9. Yang murah kat kuantan ni gaji je, yang lain harga macam sial!!

    ReplyDelete
  10. Sapa yang memandai-mandai jual barang mahal-mahal nie ???? Syokk sendiri ke ??

    ReplyDelete
  11. saya org kuantan,memang saya akui kuantan makanan memang mahal,sebab barang mentah mahal,saya pelik betul,bandar kecik jer pastu peduduk otak penuh dengan negetif hahahah,baru ni pergi perak rumah adik,terkejut saya beli lauk... sayur kangkung,daging masak kicap dan sotong masak pedas..cuma RM10 je(bapok murah),banyak siap boleh sambung makan esok..kalau kat kuantan beli cam tu,mesti harga dah Rm25 atau lebih,,tolong lah org yg bertanggungjawab plszzz pantau..pelik sangat...megalahkan bandar besar.
    kalau ikutkan hati... bom kuantan pastu bangunkan balik hahahahahahh.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  14. HOMESTAY MURAH DI KUANTAN ( 013-3604802 )..adalah .Ustaz Homestay Kuantan...... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....penginapan malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan penginapan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 semalam....TERIMA KASIH kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w