Skip to main content

Kisah Ambil Henfon Di The Gardens.

Sejahteralah ke atas kamu...

Petang semalam saya ke The Gardens untuk amik henfon saya yang saya hantar repair sebab terkenan penyakit sawan khinzir. Masa tengah tunggu technician repair, saya tunggu di dalam kedai dan duduk di kerusi pelanggan. Kemudian ada sorang lelaki Indian bersama sorang pompuan masuk dalam kedai tu. Saya hanya pandang sekilas je la. Pastu teruskan berangan dan fikir macam-macam.

Bila dah bosan duduk, saya bangun untuk berlegar2 dalam kedai tu, tengok display henfon yang ada kat situ. Lelaki Indian tu sudah pergi pada waktu saya bangun tu. Selang beberapa minit selepas itu, Lelaki itu muncul semula dan memberi greeting kepada saya. Saya ingat dia tertinggal barang, atau nak mintak tolong apa ke, tapi rupa-rupanya dia kata dia admirer saya. Dia kata masa dia masuk kedai tadi, dia asyik perhatikan saya dan saya kelihatan menarik. Jadi dia nak berkenalan. Motif???
*pompuan yang bersama lelaki tu adalah kawan dia.

Saya cuak jugak. Beraninya dia. Dia mintak no tepon so saya bagi je la. Sebab dia kata dia hanya nak berkawan. Saya ok je. Pastu dia tanya saya tak balik kampung ke? So, time ni la saya boleh selit nama suami saya biar dia tau saya dah kawen. Lepas dia tau saya dah kawen tu dia macam relax je, saya pun relax jugak la kan. Tapi tengahari tadi dia call. Saya tak save no dia. Sebab masa dia miskol nombor saya semalam, tepon saya under repair. So, saya takde henfon. Dah tu tadi bila saya tengok no yang tak dikenali, saya jawab la. Ingatkan kawan2 mana. Sekali dia daaa.. Nama dia Chandran. Saya pun layan le dia bersembang. Pastu sempat dia tanya, suami saya tak marah ke? Dia mintak saya jangan beritahu husband saya sebab dia takut timbul masalah plak nanti. So, saya terus terang je la dengan dia, pagi2 tadi saya dah beritahu suami saya. Suami saya tak kata apa2 pun, cuma dia macam tak percaya je ada jugak orang cenggitu. Heheh.

Dalam hati saya terfikir[dulu la dalam hati, skrg dah cerita kat blog dah keluar hati la kot], ntah-ntah dia nak recruit aku jadi seorang keldai. Iaitu keldai dadah. Huhu. Bahaya ni. Oooww... lupa. Semalam saya pergi sendiri je ke The Gardens. Sebab suami saya belum balik lagi daripada ofis waktu tu. Lagipon kalo nak tunggu dia, lambat la plok kena pergi on weekend. Org nak pakai henfon ni cepat. Pasni rasa mcm tak berani la nak pergi mall sorang-sorang. (*bajet cam pompuan cantik la plak heheh).

Ni bukan kali pertama. Dulu pernah, dalam wayang... ada sorang lelaki tu hulur tangan nak berkenalan dengan saya. Saya lagi la cuaknya. Lelaki tu namanya ISmail. Masa tu saya belum kawen lagi. Bertunang pun belum. Tapi bila cerita kat En Stormpong, berbakul-bakul saya kena ceramah. Walaupun cuma kawan, tapi dia dah rasa macam bertanggungjawab jaga saya sebab kiterang sekampung. Acekonon la time tu. Eleh.. sebenarnya sebab suka kat saya kan? Hehehe.

Comments

  1. wah akk dah kawen pon masih ada peminat tau. best lak tu husband akk sporting :)

    ReplyDelete
  2. Ooo.. itu bukan minat tu. Saiko kot. Huhu. Seram plak bila ingat.

    ReplyDelete
  3. Bahaya btol skarang.Mcm2jd.So nk pcy org tu ikhlas atau x,mmg susah.Eloklah ignore je.Kang xpasal2tmbul mslh lain

    ReplyDelete
  4. yg ko pi bg no tepon betul tu pahalll.kan hp ko tgh baiki..*dusyy* len kali bg no tepon ko yg pernah ko pakai suatu masa dahulu...

    ReplyDelete
  5. ni mesti lawa lg kan...bergetah u awwww....^__^

    ReplyDelete
  6. ooo rasa cam dah komen..mana poieeee ek

    ReplyDelete
  7. Isteri saya ada satu pengalaman ngeri dgn lelaki tak dikenali. Hari yg lang tu saya tak dpt ambilnya kat ofis krn saya ada miting. Saya minta dia naik bas. Dlm bas dia duduk di kerusi dua dari belakang. Tiba2 dia dengar suara lelaki berbisik di belakangnya. Bila dia toleh seorang lelaki India sdg tersengih kpd nya sambil menunjukkan 'anu' nya yg hitam legam kpd isteri saya. Isteri saya menjerit dan lari ke depan memberitahu pemandu bas...

    Eh, komen saya ni panjang sangat...boleh buat satu entri la pula...

    ReplyDelete
  8. Isteri saya ada satu pengalaman ngeri dgn lelaki tak dikenali. Hari yg malang tu saya tak dpt ambilnya kat ofis krn saya ada miting. Saya minta dia naik bas. Dlm bas dia duduk di kerusi dua dari belakang. Tiba2 dia dengar suara lelaki berbisik di belakangnya. Bila dia toleh seorang lelaki India sdg tersengih kpd nya sambil menunjukkan 'anu' nya yg hitam legam kpd isteri saya. Isteri saya menjerit dan lari ke depan memberitahu pemandu bas...

    Eh, komen saya ni panjang sangat...boleh buat satu entri la pula...

    ReplyDelete
  9. Hati2 lyd. Mudah2an niatnya baik. :)

    ReplyDelete
  10. PenBiru : Rasa mcm nak ignore jugak.

    QuTaQ : Ha ah kan... Aku baru tersedar aku ni agak lembab berfikir. Ngape aku tak terfikir nak beri no palsu kat dia.. Arghh.. Demmit.

    Makwe Kintan : Oohh.. Tidak sama sekali. Saya mana pernah cantik. Huhu. Biasa2 je. Skrg tambahan lagi dah gomut.. Huhu.

    KakIna : Alaa... komen la lagi sekali. Nak baca jgk apa pendapat agak..

    JR : Oowhh.. Wife awk jumpa flasher? Mmg geli. Flasher dulu selalu ada kat hostel skolah menengah.

    asmara : Mekasih kerana mengingatkan. Saya pun rasa saya perlu berhati-hati.

    ReplyDelete
  11. at least husben tau. kalau jadik apa-apa pun senang. next time no tipon kena simpan sendiri je dan utk org2 yg kita kenal sbb org2 yg kita tak kenal ni mcm2 ragam ada.

    ReplyDelete
  12. anisalya : ye la.. saya pun memang transparent dgn hasben. Tak sorok apa2. Senang nanti takde salah faham.

    ReplyDelete
  13. kalau saya..mau kena ceramah berbakul dgn suami. mesti tak bg pegi mana2 sendiri lps tu. marah betul dia kalau saya layan sms/call dari mana2 lelaki.

    btw..hati2. lelaki biasanya nak berkawan dgn prmpn dah kawin sbb ada 'sesuatu'.

    ReplyDelete
  14. Kalo cakap dah kawen pon dia kol jugak pastu pesan jangan bagitau asben; sudah terang lagi bersuluh la orang tu ada niat tak baik..

    ReplyDelete
  15. Ujie : Biasanya suami sy pun akan beri ceramah berbakul. Tapi kali ni dia relax je. Ntah2 chandran tu kwn dia kot, cuma nak uji sy. Ok. merepek.

    Mrs Nury : TU la awak. Saya pun rasa dia ada niat tak baik. Tapi buat masa ni dia dah takde call. So, just ignore je la.

    Diana : Saya dh baca dah kisah eija adik awk tu. Serius jgk saiko pakcik tu.

    ReplyDelete
  16. dahsyatla jalan sorg2 ni.. lps ni xyhla layan sape2 nk berkenalan.. huhu.. haru nanti..

    ReplyDelete
  17. bahaya la u ...len kali jgn la kasi no phone...ciksu penah skali masa keje dolu.india juga admirer..saya just suka layan sembang j cz dia manager sya..kang kata sombong plak kan..
    alih2 mana dia dapt no phone sy pon tak tau..dia call ajak saya g dinner u...hhuuuu..lepas tu terus ignore.kebetulan dapt tukar department lain..lega...

    ReplyDelete
  18. bahaya la u ...len kali jgn la kasi no phone...ciksu penah skali masa keje dolu.india juga admirer..saya just suka layan sembang j cz dia manager sya..kang kata sombong plak kan..
    alih2 mana dia dapt no phone sy pon tak tau..dia call ajak saya g dinner u...hhuuuu..lepas tu terus ignore.kebetulan dapt tukar department lain..lega...

    ReplyDelete
  19. bahaya la u ...len kali jgn la kasi no phone...ciksu penah skali masa keje dolu.india juga admirer..saya just suka layan sembang j cz dia manager sya..kang kata sombong plak kan..
    alih2 mana dia dapt no phone sy pon tak tau..dia call ajak saya g dinner u...hhuuuu..lepas tu terus ignore.kebetulan dapt tukar department lain..lega...

    ReplyDelete
  20. bahaya la u ...len kali jgn la kasi no phone...ciksu penah skali masa keje dolu.india juga admirer..saya just suka layan sembang j cz dia manager sya..kang kata sombong plak kan..
    alih2 mana dia dapt no phone sy pon tak tau..dia call ajak saya g dinner u...hhuuuu..lepas tu terus ignore.kebetulan dapt tukar department lain..lega...

    ReplyDelete
  21. biz member, Ed Bankos' personal invitation, I invite you to check out the site. There are alternatives to having a skin tag froze, burned or cut off. You will find that your custom shapes are now available from the shape menu when you have the Custom Shape Tools selected.

    my blog post :: warts skin tags *fourhourworkweek.com*

    ReplyDelete
  22. Thank you for every other excellent post. The place else may anyone get
    that type of info in such a perfect manner of writing?
    I've a presentation subsequent week, and I'm on the look for such
    information.

    Look into my website - asthma symptoms ()

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w