Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Saya Dah Tau Kenapa Telefon Saya Hilang Dalam Rumah

Sejahteralah ke atas kamu... Mula-mula sekali yang hilang ialah iPod Shuffle saya. Tapi masa tu saya cuma anggap saya tersalah letak kat mana-mana. Atau hilang sebab tercicir ke. Saya abaikan sajalah. Lepas tu... Dah lama lepas ipod hilang, saya pun dah lupa. Sampai la tepon saya rosak baru-baru ni, saya cari tepon lama yg saya letak di rak sebelah TV. Nak pakai tepon lama la kononnya. Tapi takdok. Suami kata dia tak usik pun henfon tu. Abih kalo dia tak usik, saya pun tak usik menatang toyol mana plak yang usik?! Perkara macam ni, biasa lah. Pasti akan disulami dengan kebetulan-kebetulan yang terjadi lepas tu. Macam saya, lepas tu kebetulan jugak saya terperasan kat dalam laci yang saya simpan cotton buds iaitu sejenis pengorek telinga [mcm la korang tak tau, melampau aku nih], camera Sony Cyber Shot saya takde. Saya ingat paling last suami saya letak dalam laci tu lepas dia kata camera tu rosak. Saya pun memang langsung tak perasan sejak bila camera tu takde. Saya selalu buka laci tu

Kisah Ambil Henfon Di The Gardens.

Sejahteralah ke atas kamu... Petang semalam saya ke The Gardens untuk amik henfon saya yang saya hantar repair sebab terkenan penyakit sawan khinzir. Masa tengah tunggu technician repair, saya tunggu di dalam kedai dan duduk di kerusi pelanggan. Kemudian ada sorang lelaki Indian bersama sorang pompuan masuk dalam kedai tu. Saya hanya pandang sekilas je la. Pastu teruskan berangan dan fikir macam-macam. Bila dah bosan duduk, saya bangun untuk berlegar2 dalam kedai tu, tengok display henfon yang ada kat situ. Lelaki Indian tu sudah pergi pada waktu saya bangun tu. Selang beberapa minit selepas itu, Lelaki itu muncul semula dan memberi greeting kepada saya. Saya ingat dia tertinggal barang, atau nak mintak tolong apa ke, tapi rupa-rupanya dia kata dia admirer saya. Dia kata masa dia masuk kedai tadi, dia asyik perhatikan saya dan saya kelihatan menarik. Jadi dia nak berkenalan. Motif??? *pompuan yang bersama lelaki tu adalah kawan dia. Saya cuak jugak. Beraninya dia. Dia mintak no tepon s

Cerita Ini Bosan, Jangan Menyesal

Sejahteralah ke atas kamu... Di satu pagi yang indah, sepasang suami dan isteri baru sahaja mencelikkan mata mereka. Si suami memandang isterinya dan berkata, "Sayang tau tak bila bangun ni nanti ai nak buat apa"? Si isteri turut memandang suaminya seraya berkata, "tau... you nak makan pisang cicah dengan asam boi kan"? Si suami terus je rasa impress, "eh mana syg tau? Syg boleh baca fikiran ai la". "You r my husband remember"?, kata si isteri. ............... Itu perbualan saya dengan suami saya beberapa hari lepas. Kedengarannya memang agak melampau. Makan pisang pun nak cicah asam boi. Macamana saya boleh tau apa yang dia fikir? Sebab sebelum tidur malam tu, kami sama-sama jadi kreatif makan pisang cicah asam boi. So, bila bangun tidur tu saya kata nak bangun untuk rebus sayur dan sosej dan buat scramble egg utk sarapan, dia terus je bersemangat nak bangun jugak. saya dah boleh agak mesti ada apa2 yang dia nak buat ni. Ada apa dengan asam boi?

Seronok Ke Pergi Shopping Mall?

Sejahteralah ke atas kamu... Telefon saya rosak sebenarnya. Baru je sebulan pakai. Mula-mula dah rasa macam rosak tu, saya bawak pergi LowYatt. Tempat beli henfon tu. Itu pun dah rasa macam lemah semangat bila fikir area situ dah la super crowded. Hujung minggu plak. Super extra crowded la jawabnya. Walau cemanapun kami [saya dgn Mr Stormpong] akhirnya sampai jugek ke LowYat. Baru je rasa nak bangga sebab walaupun dalam keadaan yang malas, tapi sampai jugak ke dunia gadjet Malaysia ni, orang kat kedai tu kata nak repair kena hantar kat pusat service dia. Bukan kat tempat beli. Demmit! Bila baca addresses yang tersenarai dalam warranty card tu, nasib baik ada service center yang dekat dengan rumah iaitu The Gardens. Alemakkk.. Lecehnya. Another shopping mall. Yuck! Saya pun tak faham kenapa, lepas kahwin saya rasa sangat liat + leceh nak ke shopping mall. Padahal The Gardens tu dari rumah saya, jalan kaki pun bleh sampai [sampai memang boleh sampai tapi tak tau la berapa lama amik masa

Saya Dah Buat Keputusan...

Sejahteralah ke atas kamu... Haram terima menantu yang tak solat. Bak kata Ustaz Azhar Idrus. Ramai yang pedih jiwa ni kang. Click la gambar ni kalau rajin untuk besarkan.. Dengan ini, saya decide untuk update blog 2 hari sekali. Sebab saya malas. Kalau ada info terlebih tu, mungkin terlebih rajin.

WW : Run Out Of Ideas, Now What?

Oo... Begitu Rupanya

Sejahteralah ke atas kamu.. Kalau saya tak update blog dengan new entry, sebenarnya traffic ke blog saya sama je. Masih sikit itu juga. So, lebih baik saya tak update kalau tujuan saya update blog hanya utk tinggikan traffic. Lagipun, saya perasan, kalo saya lama tak update blog, entry terakhir tu akan lebih banyak komen daripada entry biasa. Next, nak citer pasal Sejuta Money Drop. Rancangan kuiz kat Astro Ria yang dikendalikan oleh Dato AC Mizal tu. Saya kan.... bila tengok rancangan tu, selalu je saya rasa macam kalau saya la yang masuk rancangan tu, mesti dah dapat dah RM1juta tu. Kadang-kadang rasa hangin je bila soalan-soalan yang ditanya tu padahalnya macam pengetahuan am je tapi peserta tu tak tau. Contoh soalan yang simple tapi peserta tak boleh jawab, "Di manakah letaknya Tasik Kenyir"?. Pilihan jawapan A. Perak B. Perlis C. Terengganu D. Sarawak. Rasanya fakta ni, sejak sekolah rendah lagi dah belajar kan? Kalau tak belajar pun, mcm Tasik Kenyir ni popular ke ap

Tidak Di Ruangan Komen

Sejahteralah ke atas kamu... Ramai orang yang menganggap, bila mereka berbahas dan mengeluarkan hujah-hujah di ruangan comment terhadap sesuatu isu panas, maka mereka sedang berjuang mempertahankan agama dan mereka 'lebih Islam' daripada orang lain yang tak memberi komen atau orang yang memberi komen neutral.[Ini termasuk FB, YouTube, blog, Twitter etc] Contoh. Ini Contoh ye... Semalam komen saya di salah satu video di YouTube bertajuk Najib vs Sultan Brunei (hudud)ISU HUDUD. Saya meninggalkan komen seperti ini; TOlong la wei, click gambar tu kalau tak nampak. Free je saya share ni. Sebab saya dengar Sultan Brunei bercakap menggunakan bahasa yang tak baku. Rasa curious je. Bukan ada apa-apa pun. Lepas tu, ada pulak yang acekononnya 'pembela agama' balas komen saya tu; Tak pasal-pasal je dia ni. Bila masa plak aku kata aku tak amik tau hal hudud ni? Siap gunakan capital letters lagi tu untuk perkataan ISLAM. Saya tak faham apa motif komen mamat yang sengal macam nicknam

Perbezaan Dang Suria Dulu Dan Sekarang

Sejahteralah ke atas kamu... Dulu, saya minat sangat Dang Suria ni. Sebab dia comel sangat. Dalam gambar ni, korang boleh tengok part bibir dia. Dulu bibir kecik je. Sekarang dah kena sengat tebuan. Sian plak. Sekali imbas nampak macam Kak Nita. Bentuk muka yg dulu kecik sekarang besar tu takyah fikir la. Dah berusia memang la akan nampak gemuk. Macam saya la jugak. Tapi takkan dengan bibir sekali naik jadi tebal kalaupun gemuk. Tak faham. Entry ni saya buat sebab banyak sangat keyword search mencari Dang Suria Zainurdin dulu dan kini. Nak tengok sangat gambar atau rupa Dang Suria sekarang di tahun 2012 ni, nah amik. Ni yang terbaru la dalam rancangan On Air. Gambar ni dikelepet daripada You Tube.

Beberapa Yang Ringkas

Sejahteralah ke atas kamu... RIngkas 1 : Setiap hari saya masak nasik utk suami saya untuk dia bawak bekal pergi ofis esok harinya. Kalau saya masak malam ni, bekal tu utk tengahari esok. Dia tak makan nasik di rumah. Hanya untuk bawak bekal. Semalam, on the way balik rumah, saya singgah beli ikan nak masak asam pedas. Sampai rumah terus bersilat nak siapkan asam pedas dan sawi goreng. Dalam jam 7 lebih sebelum orang azan Maghrib selesai masak. Pagi ini.... tetiba baru saya teringat yang saya masak lauk je semalam. Aku lupa nak masak nasik. Heheh. Makanya... Pandai2 le beli ye suami.. Ringkas 2 : Kat area KL Sentral ni sangat banyak zebra cross untuk pejalan kaki. Ada sekali tu, masa saya berhentikan kereta untuk beri laluan kepada pejalan kaki, saya ternampak ada sorang bangla/pakistan/nepal/taktau bangsa apa tengah lintas jalan sambil menundukkan badan dan tangan ke depan macam cara kita berjalan depan orang yg lebih tua sebagai tanda hormat. Dalam hati saya, 'sopan gila nko ni b

Lelaki Kacak Itu

Sejahteralah ke atas kamu... Satu masa dulu, ada seorang lelaki kacak berbangsa Arab bernama Sinan. Beliau adalah salah seorang Gabenor Parsi [Iran] yang ditugaskan di Kota Basrah [Iraq]. Beliau tinggal di istana mewah di pinggir Sungai Euphrates bersama anak-anak dan isterinya. Salah seorang anaknya bernama Suhayb. Suhayb adalah seorang anak yang berambut perang kekuningan dan berkulit putih maka otometiknya beliau termasuk di dalam kategori lelaki kacak. Lelaki-lelaki kacak lain, sila jangan jeles ye. Atau lelaki yang tak kacak, jangan kecik hati. Walaupun kamu bukan lelaki kacak, asalkan kamu baik, itu dah cukup untuk menjadikan kamu lelaki kacak. Pada suatu hari, ibu Suhayb membawanya bersantai di sebuah kampung bernama Ath Tani bersama beberapa ahli keluarga yang lain. Tetapi pada hari yang malang itu, perkampungan Ath Tani telah diserang oleh tentera Byzantine [Rom] dan membunuh kebanyakan rakyat yang tidak berdosa termasuk ahli keluarga Suhayb. Suhayb yang hanya berusia 5

You Tube Meleret

Sejahteralah ke atas kamu... Tengok You Tube ni sama seperti kita bersembang meleret-leret dengan kawan-kawan kita. Mula-mula cerita pasal anak demam, lepas tu pasal hospital, pasal udara bersih, pasal jenayah, masuk pasal Rosmah Mansor skit, pasal rancangan Nona last sekali berakhir dengan resepi sotong celup tepung. Sebabnya, kalo tengok YouTube, mula-mula nak tengok pasal benda lain, tapi yang keluar list kat seblah tu macam-macam yang menarik kita pun click. Lepas click yang tu, keluar lagi senarai video lain kat seblah tu dengan macam-macam tajuk yang tak berkaitan pun. Contohnya, saya buka You Tube, search lagu Terukir Di Bintang by Yuna. Pastu click pasal birthday party Izara, then saya click plak interview Sazzy Falak, lepas tu baby serina, then gambar anak Rita Rudaini, lepas tu video Anak Kembar Ziana pastu last-last baru saya tersedar, "apa kena mengena lagu Terukir bintang tadi dengan gambar anak2 artis ni plak"? Sama jugak kalau saya cari tutorial nak jahit felt

Selfish Itu Pentingkan Diri Sendiri

Sejahteralah ke atas kamu... Pagi tadi masa on the way nak ke ofis, saya nampak ada sorang lelaki dengan motosikalnya yang terbaring, terhincut-hincut berjalan untuk mengambil seliparnya yang tertanggal di atas jalan. Motosikalnya yang terbaring tu, betul-betul melintang di tengah jalan menyebabkan kereta-kereta yang bertentang dengan arah laluan saya tu tak bergerak. Tapi kereta yang paling depan sebelum motosikal yang jatuh tu, tak keluar pun untuk tolong abang yang jatuh tu. Pastu dia tunggu dengan buat muka bosan. Wajah pemandu kereta yang buat muka bosan tu saya nampak jelas sebab dia juga menurunkan cermin tingkapnya seperti saya. Bila kereta saya melepasi keretanya, terus dia memotong lelaki yang jatuh moto tu. Saya nak tolong, tapi saya nak tolong apa? Nak tolong angkat moto, saya tak larat punya. Sebab saya nak alihkan moto yang tak jatuh pun tak larat. Ye. Saya memang insan yang lemah. Dan manja. Ngee. Lagipun saya dari arah yang bertentangan. cenggini la lebih kurangnya laka

Contoh Kraf Felt Haiwan Rusa, Lembu dan Panda

Sejahteralah ke atas kamu.... Saya ni masih baru dalam bidang felt craft. Design ni pun saya kelepet daripada crafter lain jugak. Sesiapa nak dptkan idea untuk jahit felt berbentuk haiwan, boleh guna design ni. Contoh design felt panda. Ini adalah contoh design felt craft deer. Contoh design felt lembu - cow felt design

Tanah Kubur Siapa?

Sejahteralah ke atas kamu... Saya selalu tengok siri Tanah Kubur yang Nasir Bilal Khan berlakon jadi penggali kubur tu. Cuma yang saya peliknya, kenapa orang-orang kampung dia tu ramai sangat yang bermasalah? Kehkeh. Semua yang dia tanam tu semuanya ada balasan yang biasanya balasan seksaan kubur la. Lepas mati tu keluar ular la kat kubur, mayat berulat la, muka hitam legam la, macam-macam. Yang dapat balasan baik ari tu sekali je saya pernah tengok, watak makcik yang dilakonkan oleh RUminah Sidek [mak Adlin Aman] jadi orang beriman sampai keluar cahaya dari dahi dia lepas tu cahaya yang bersinar tu boleh membutakan mata 2 orang suami isteri yang pedajalkan dia masa hidup. Gila hebat. Kalah Harry Potter ni. Pastu suara Nasir Bilal Khan dalam cerita tu plak macam dibuat-buat 'serak-serak basah' pastu mcm suara keluar tak keluar je. Macam ala-ala cool gitu. Poyo je. Heheh. Itu je la.. Hobi saya kot komplen benda-benda yang saya tengok dalam TV. Hehe.

Di Kuantan Pun Mahal Jugak

Sejahteralah ke atas kamu... Saya tak tau la kot-kot ni semua perasaan saya je. Tapi saya rasa kos hidup kat Kuantan agak tinggi. Sebab makanan kat Kuantan agak mahal kadang-kadang lebih mahal daripada di KL. KL pun ada tempat la mahal. Area KL Sentral confirm la mahal. Nasik goreng USA pun dah RM7.90. Tak masuk air lagi. Sebab tu selalunya saya hanya telan air liur je. Ok. Propa. MInum air kosong je kat ofis. Nasib baik la saya ni memang spesis gajah, suka minum air kosong je. Kalo spesis kuda kang, minum arak plak. Berdosa. Eh, apa daaa aku merapok ni. Ari tu abang saya beli chempedak goreng kat Kuantan [tak pasti plak kat area mana], harganya RM1 sebijik. Kat KL pun masih lagi 50sen sebijik. Kalo cempedak yang kurus-kurus tu plak boleh la dapat RM1 3 ulas. Cempedak la katakan... Mehei. Susah-susah sangat lepas ni goreng buah rambutan la plak kalo dah cempedak mehei sangat. Hinss... Pastu, saya beli jambu kat Jalan Pekan, seketul yang potong lapan punya pun harganya singgit. Biasanya

Siapa Sebenarnya Orang Fakir?

Sejahteralah ke atas kamu.... Seni mengarang saya makin lama makin tumpul. Dah seminggu tak tulis entry baru, otak pun dah makin lemah. Nak susun ayat pun dah tak pandai. Saya bercuti sejak hari Wilayah pada 1 Februari minggu lepas, sampai la semalam 8 Februari baru masuk ofis. Melampau cuti bapak lama. Dah macam cuti bersalin. Tapi seronok la cuti, *padahal 2 hari pertama tu tak sihat, terlantar je atas sofa. Konon2 amik cuti lama nak jahit felt craft. Tapi jarum pun tak larat nak angkat, inikan pula sebiji mata palsu doll. Straight to the point. Biasa dengar orang mengajak kita bersedekah kepada fakir miskin? Saya selalu menyangka orang fakir itu adalah orang yang miskin hina, tak ada harta yang merempat bawah jambatan sebatang kara. Tapi... dalam Al Quran memberi penerangan bahawa orang fakir itu adalah begini; Haaa... Nampak? Orang fakir itu adalah orang yang berjihad ke jalan Allah. Bukannya orang miskin seperti yang kita sangka selama ni. Orang fakir ni, orang lai

On Air : Jangan Ingat Bila Kita Berkata Jujur, Kita Cool

Sejahteralah ke atas kamu... Saya agak kureng berkenan dengan komen-komen negative pengacara-pengacara rancangan 'Fashion Police' tentang pakaian atau dress bintang-bintang Hollywood semasa Red Carpet tak kira la untuk anugerah atau function apa-apa pun. Komen dierang tu seolah-olah pendapat mereka je yang betul dan fesyen mereka je la yang paling cantik dan perfect. Fashion Police ni ada 4 org pengacara, Joan Rivers, Giuliana Rancic, Kelly Osbourne dan George Kotsiopoulos Mesti korang kata, kalo dah benci sape suruh tengok kan? Tukar la channel lain. Habis kalau saya tak tengok, macamana saya nak cari idea nak tulis entry baru. Benda-benda mcm ni la yang beri idea untuk penulis professional macam saya [tolonggg jangan ludah], menulis sesuatu isu siap dengan contoh. Ok, enough pasal Fashion Police yang tak membina minda tu. Ni nak usik sikit pasal rancangan realiti terbaru kat Astro Ria, "On Air". Rancangan tu nak cari bakat baru dalam bidang pengacaraan. Juri tetapny

Cara Nak Atasi Tumit Pecah, Tapi Malas Nak Sapu Losyen

Sejahteralah ke atas kamu..... Sila maklum bahawa maksud ‘tumit pecah’ di sini adalah disebabkan rekahan kulit kerana sel kulit mati yang terlalu tebal dan bukannya tumit pecah sebab terpijak kulit durian atau dipukul gangster di bahagian tumit [ada ke gangster belasah orang kat tumit? Kehkeh.]. Rasanya ramai orang pernah mengalami hujung tumit yang merekah, mungkin kerana kulit terlampau kering atau sebab banyak pijak tempat keras tanpa melapik tapak kaki. Ayat contohnya, pijak lantai simen, tak pakai selipar tumit kaki pun terbelah. Lagi pun bila kulit tapak kaki kering, mudah bacteria nak singgah menginap dalam pakej berkerja sambil bercuti kat tumit kaki tu. Bila dah ada bacteria tu, makin la bertambah ngeri rupa tapak kaki kamu nanti. Saya mengaku, kadang2 ada time tumit saya pun ada rekahan jugak. Tapi saya ni memang super malas nak bergelumang dengan losyen. Kalau beli losyen, masa mula-mula beli je bersemangat besi waja aluminium nak sapu. Sebab baru dapat kan, memang macam tu.