Iklan! Iklan! Sila Click!

31 December 2012

Wordless Monday : Rupa Paras Cantik Belum Tentu Baik

Sejahteralah ke atas kamu...

Oklah.. Saya tipu je. Entry ni bukan wordless pun. Saya tak reti nak buat entry dengan gambar semata-mata tanpa penjelasan. Bekas guru Bahse Melesia Tahun 2 kat skolah kebangsaan cenggini la gayenya. 




Epal daripada USA ni saya beli di pasaraya. Beli sebijik je sebab terpesona sangat tengok warnanya yang bersinar-sinar macam gigi atuk dalam iklan ubat gigi Safi. Warna pun merah cantik je. Nampak cam manis giler. Masa nak beli tu dapat bayangkan rasanya yang juicy, crunchy and full of apple taste. Wahh... Over plak.

Bila balik umah, nasib baik tergerak hati nak kikis kulit epal ni. Kalo tidak, saya cuma nak belah 2, sebelah bagi suami, sebelah saya makan. Sebab selama ni memang saya tau pada kulit epal atau buah-buahan biasa disaluti dengan lilin. Cuma biasanya kalo saya kikis, takde la setebal ni. Ini paling tebal lilin yang saya penah jumpa setakat ni. Kalau tak silap, fungsi lilin yang membaluti buah ni adalah untuk memberi rupa yang berkilau dan nampak fresh. Lagi satu untuk menghalang lalat buah daripada menyengat buah tu. Kalo lalat buah dah sengat buah itu yang buah jadi buruk.Jadi kalo ada lilin ni akan terpelihara la buah tu daripada sengatan lalat buah durjana itu.

Ini kalo termakan ni, dah sama macam ko makan mee segera tapi tak buang air rebusan pertama mee segera tu. Lilin jugaklah yang terkandung pada mee segera tu supaya mee tu tak melekat-lekat. Nanti bila dah masuk dalam perut, korang ingat tak kesian ke kat buah pinggang korang nak proses lilin tu? Kesian hokey. Kesian. Bleh rosak buah pinggang mu itew.  So, next time, kalo beli buah-buahan, silalah rajin kupaskan kulitnya ye. Walaupun macam saya ni, saya suka rasa kulit buah tu, tapi demi kesihatan, let go je la kulit tu. Apa la sangat.

29 December 2012

Kepala Angin : Episode 1 - Offer

Sejahteralah ke atas kamu....

Beberapa puluh tahun dulu, saya ke Kuantan Parade. Niatnya nak tukar kanta speck mata saya. Kanta lama dah makin tak nampak bila pakai. Masa tu saya nak survey dari kedai ke kedai bersama sorang ofismate. 

Kami hampir tiba di satu kedai cermin mata ni.... Dari jauh kami dah nampak ada sorang pekerja kedai tu berdiri di depan kedai dia untuk welcome orang yang lalu lalang depan kedai tu, mungkin juga untuk tarik minat pelanggan supaya masuk ke kedainya. Saya dan kawan saya dah berkira-kira nak masuk kedai tu..




Bila kami baru nak masuk kedai tu, pekerja yang tunggu kat luar tadi terus cakap kepada kami, "Ada offer". Pastu kan.... Saya dengan kawan saya boleh plak rasa sakit hati sebab dia cakap ayat 'ada offer' tu. Apa dia ingat kiterang ni nak masuk kedai yang ada offer je ke? Dia ingat kita takde duit ke nak beli speck mata tu sampai nak bagitau awal-awal yang kedai dia ada offer?? Pastu terus kiterang tak jadi masuk kedai tu. Hahaha.. Melampau tak saya punya kepala angin zaman dulu-dulu? Kekeke.

Seriously bila saya fikir balik, apa masalahnya mamat tu nak bgtau kedai dia ada offer. Dan apa salahnya kedai dia buat offer kan? Memang sangat-sangat bagus sebenarnya. Tapi oleh sebab masa tu saya dengan kawan saya memang kepala angin, poyo tak bertempat, sanggup kiterang tak beli kat situ. Itu kenangan la. Sekarang dah takde la sikap berlagak tak tentu pasal tu.


28 December 2012

Betul Ke Dara Ni?

Sejahteralah ke atas kamu....



Baru beli sebotol Virgin Coconut Oil daripada Tanamera. Harga sebotol RM34. Sengaja tanak beli dengan set sebab set bersalin nak beli lambat skit sebab takde tempat nak simpan. Barang2 baby pun belum kemas lagi elok-elok dalam drawer dia.

Bermula malam ni, VCO ini akan dimakan sesudu malam, sesudu pagi. Selain itu, boleh disapu dibahagian 'tempat keluar baby' untuk melembutkan kawasan itewww... ahakzzz...ahakzz...

27 December 2012

Hadiah

Sejahteralah ke atas kamu....

Hadiah yang orang beri, tak kira apapun... kita mesti menghargainya. Walaupun benda tu adalah benda yang kita langsung tak perlukan atau memang dah ada ramai orang berikan kepada kita. Contohnya.... Hadiah semasa perkahwinan saya dulu, saya dapat 3 rice cooker. Satu saya guna. Satu dah beri kepada anak buah saya. Satu lagi masih ada dalam simpanan tak tau nak buat apa. Jadi dah jadi sikit pembaziran di situ. Ini bukan rungutan ye. Cuma nak buka minda je. Saya tak kisah pun dapat hadiah apa-apa jua asalkan tak membebankan orang lain. Lagi afdhol kalau hadiah tu saya boleh gunakan dalam kehidupan harian saya. Malahan saya dah pesan kepada kawan-kawan saya, kalau tak bagi hadiah masa wedding saya pun takpe, asalkan derang datang majlis perkahwinan saya. 

Eh, keciknya adiah.

Saya selalu je pening bila nak beri hadiah kepada orang. Sebab takut benda tu dia dah ada. Saya sebenarnya suka jika dapat berikan sesuatu yang orang tu betul-betul perlukan, supaya tidaklah pemberian itu akan jadi pembaziran. Kang kalo kita bagi dia kipas angin sempena perkahwinan dia, kita rasa hadiah kita tu dah abis kretif dah.. tapi sebenarnya kat umah dia kipas angin dah ada 12 ketul. Termasuk yg kita bagi tu dah jadi 13 ketul. Kan ke membazir? Jadi pendekatan yang saya pilih ialah bertanya kepada orang tu... apa yang dia perlukan dan saya akan cuba dapatkan selagi barangan itu sesuai dengan budget saya. Tapi tak ramai yang berfikiran terbuka nak bagitau kita apa yang mereka mahukan. Bagi kebanyakan orang terutamanya kaum Melayu, perkara ini tidak manis. Tidak manis meminta-minta. Ramai juga yang sukakan surprise. Biasanya mereka akan jawab, bagi je apa-apa. So, kalau dah jawab cenggitu, kita pun takleh nak bantu la kan. Mungkin semua benda dia dah ada kot atau semua benda dia masih belum ada.

Tapi saya, kalo orang tanya saya apa benda yang saya perlukan atau biasanya orang akan tanya, "apa benda yang ko belum ada"?, saya selambe je akan jawab dengan jujur. Yang penting bukan saya meminta-minta. Dan yang penting jugak, barang tu saya betul-betul perlukan. Dan yang penting lagi skali, tak membazirkan duit orang yang beri tu. Dapat jugak saya manfaatkan hadiah yang dia belikan kepada saya tu. Dia beli barang tu dengan duit. Secara tak langsung, saya dpt menfaatkan duit yang dia susah payah spend untuk beli hadiah tu.  Sekali lagi saya nak bagi contoh masa wedding saya dulu. Biasanya ofis saya akan buat collection untuk staff yang baru kawen. So, kawan-kawan yang rapat dengan saya terus je tanya... apa barang umah yang saya masih belum ada. Saya pun apa lagi... direct je la cakap peti sejuk. Tapi saya tak de plak mengharapkan derang akan beri peti sejuk sebab peti sejuk kan mahal. Apa yang mereka buat, mereka buat collection, dapat sejumlah duit.... then mereka bagi semua duit tu kat saya dan mereka suruh saya pegi beli sendiri peti sejuk tu. Kalau saya nak yang mahal, tambah le duit sendiri. Saya sendiri pun tak kisah dengan cara begitu. Bagi saya lebih praktikal dan dapat memudahkan semua orang. Tak payah nak surprise2 sangat. Tak payah nak rahsia-rahsiakan harga ke apa. Kan senang? Saya pun dapat gunakan hadiah yang mereka bagi tu semaksimum mungkin. 

Korang plak rasa cemana? Sesuai ke tidak kita bertanya kepada orang... apa yang dia perlukan? Atau sesuai atau tidak kita berterus terang kepada kawan-kawan kita, apa yang kita betul2 perlukan sebagai hadiah?[itu pun kalo orang tanya la...] Kalau ada yang bagi jawapan nak 'kereta' atau 'rumah' tu elok kita lempang je. Lepas lempang tu kita tengking dia skali dengan soalan, "ko ingat aku ni ayah farid kamil?? Ko ingat aku mampu nak bagi adiah keta BMW kat ko???!!". ~okay, contoh tu over.

26 December 2012

Deep Feeling.

Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai orang kata saya ni 'blur'. Ada banyak sebab kenapa mereka kata saya blur. Salah satunya mungkin kerana saya selalu lambat faham sesuatu benda, atau lebih tepat... saya faham tapi saya melukiskan seribu lakaran kekeliruan di wajah, membuatkan orang menyangkakan yang saya tak faham. Jika alasan kedua yang menyebabkan mereka menganggap saya begitu, maknanya lakonan saya agak menjadi. [ayat cover line]

Itu jika orang lain yang rasa saya blur. Sedangkan saya sendiri tahu saya memang blur. Perasaan saya selalu lambat untuk feel sesuatu perkara yang orang lain biasanya akan excited atau nervous, atau takut. Contohnya driving test sewaktu saya ingin dapatkan lesen  memandu beberapa tahun dulu. Waktu ujian, fikiran saya kosong. Saya tak rasa takut gagal, atau tak rasa pun nak lulus. Perasaan saya berada di skala tengah. Begitu juga semasa bertunang. Sewaktu tiba masa ibu mertua ingin menyarungkan cincin, saya takde pun rasa nervous atau segan-segan untuk keluar dari bilik berjalan ke ruang tamu untuk menyerahkan jari manis ke tangan ibu. Malahan saya boleh berjalan ke ruang tamu seorang diri tanpa diiringi ahli keluarga. [Itu bukan gelojoh hokey]. Sehinggakan pada waktu saya berkahwin, kakak ipar sudah berpesan awal-awal, nanti waktu orang nak sarung cincin, "jangan ko pergi meluru sorang-sorang ke tengah ruang tamu tu. Tunggu orang iring baru pergi". Hehehe...

Kenapa saya nak ceritakan semua perkara yang dah berlalu tu? Inilah yang ingin saya ceritakan. Perasaan saya bila mengandung. Boleh dikatakan apabila saya tahu yang ada satu jiwa sedang struggle untuk hidup di dalam rahim saya, saya happy... tapi bukanlah perasaan excited. Saya pun tak tahu kenapa. Bukan sebab saya tidak mahu anak. Sudah tentu saya ingin mempunyai penguat cinta di antara saya dan suami. Namun, apa yang saya rasa dgn kehadiran satu nyawa di dalam rahim saya hanya biasa-biasa sahaja. Bila saya dah mula alahan pun, saya tetap rasa biasa-biasa jugak walaupun sebenarnya memang tak larat nak menanggung alahan morning sickness tu. Bukan setakat morning, evening, day and night sickness juga boleh dikatakan. Bila tak tahan, saya hanya laluinya sahaja dengan tabah. Apabila morning sickness berlalu, saya bersyukur dan rasa lega. Juga tanpa rasa excited nak makan macam-macam. Mengidam pun tak ada. Semuanya biasa-biasa je.

Bila kandungan saya semakin besar, saya masih lagi tiada rasa excited tu. Kedengaran agak kejam. Tapi lagi sekali ingin saya jelaskan bahawa, saya bukan tidak happy. Cuma saya tidak se'excited' orang lain yang mengalami pengalaman yang sama. Saya biasa-biasa sahaja. Suami saya pun biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana kami 'terlebih' rasional [sebenarnya poyo. kehkeh.]dan kami rasakan anak ini hanya pinjaman daripada Allah. Tugas kami hanya melahirkan anak ini dan beri didikan sebaik mungkin untuk anak ini supaya dia menjadi hamba Allah yang taat, mengikut kehendak Allah. Bukan mengikut kehendak kami. Itu yang kami rasa menjadi penyebab kenapa kami tidak begitu excited.

2 hari sebelum ini. saya rasa tidak selesa yang amat pada bahagian perut sebelah kanan. Rasa senak dan rasa anak saya hanya duduk di sebelah kanan sahaja. Pergerakannya pun hanya di bahagian situ. Rasa senak itu disulami sekali dengan rasa sakit belakang, sakit tulang punggung. Sakit tu mungkin sebab saya travel jauh dari KL ke Kuantan 4 hari lepas. 2 hari lepas pula semasa Kuantan dilanda banjir kilat pada masa tu kereta saya terperangkap di dalam kesesakan lalulintas di bandar Kuantan dalam cubaan untuk mengelakkan banjir itu. Lama duduk dalam kereta. Risaunya hati saya hanya diluahkan kepada suami dan hanya Allah yang tahu hati saya pada waktu itu. Walaupun saya tiada rasa excited, tapi saya sayang anak ini, dan saya rasa bertanggungjawab untuk menjaganya sejak dia di alam rahim lagi. Semalam, anak yang di dalam kandungan saya ini genap berusia 28 minggu atau 7 bulan. Saya telah menjalani ujian Ultra Sound untuk kali ke4 terhadap kandungan saya.........

Alhamdulillah, anak saya sihat. Perkembangannya setara dengan usia kandungan. Air ketuban normal. Uri berada di depan bermaksud normal. Berat sekarang 1.1 kg sebesar kubis panjang [kubis cina]. Walaupun jantinanya masih lagi samar-samar, mula-mula doktor kata kemungkinan besar dia perempuan, tapi selepas doktor scan lagi doktor kata dia tukar plak pendapat mula-mula tadi. Doktor kata 60% mungkin lelaki. Yang membuatkan susah nak tengok jantinanya, sebab kedudukan anak saya. Masa scan kandungan 5 bulan dulu dia duduk macam bersujud. Memang tak nampak la jantinanya. So, tunggu untuk scan masa kandungan 6 bulan, dia duduk melintang pastu kaki lurus. Tak nampak lagi. Semalam bila usia kandungan 7 bulan, kedudukan dia kepala di bawah, kaki ke atas, tapi dia boleh lunjurkan kaki plak dalam perut mama ni. Jadi tak dapat jugakla nampak dengan jelas. 

Dan semalam.... bila tengok keadaan anak saya semuanya okay, normal tak ada masalah.... malah dia pun sangat aktif menggerak-gerakkan kaki dan tangannya semasa doktor scan, di hati saya baru muncul perasaan excited yang saya nanti-nantikan selama ini. Ya Allah, terharunya rasa. Dia membesar dengan baik [walaupun dia agak berahsia tentang jantina dia]. Hati saya berbunga-bunga, rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan. Mungkin sebab sebelum ni walaupun dia berada di dalam rahim saya, saya tak dapat rasa connection dengan dia sebab dia kecik lagi, quickening pun belum dapat rasa dengan kerap dan kuat. Tapi semalam bila tengok saiz dia dah makin besar serta tindakbalas dia, saya dapat rasakan connection itu semakin kuat. Tambahan pula saya selalu mimpi dia lahir dan saya bermain-main dengannya. Lagi la rasa tak sabar nak tunggu dia lahir. Gerakan dia pun semakin kuat dapat saya rasakan. 

Jadi nampaknya, saya ni memang slow la orangnya. Perasaan excited ini hanya muncul setelah kandungan 7 bulan. Sangat lambat berbanding orang lain. Tapi nervous juga bila memikirkan keadaan masa bersalin nanti. Mohon Allah permudahkan semuanya. Amin..

18 December 2012

Menongkah Arus : Water Birth

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau saya buat keputusan untuk bersalin sendiri di rumah menggunakan teknik water birth, tanpa bantuan midwife, tanpa bantuan pegawai perubatan dan tanpa pengawasan mesin-mesin perubatan, agak-agaknya kena buang keluarga tak? Heheh.

Ahad lepas, seorang sahabat saya dah berjaya melahirkan anak menggunakan teknik ini. Sendirian bersama suami di rumah mereka. Bayi lelaki mereka seberat 2.95kg. Sihat walafiat. Saya yang mendengar berita itu terus je terkagum sampai sekarang. Bukan tak biasa dengar orang putih beranak sendiri kat umah. Kat Malaysia pun dah mula menular melahirkan anak secara semulajadi ni. Cuma sebelum ni saya tak feel sangat sebab saya bukan kenal pun orang yang ceritakan tentang mereka lahirkan anak secara water birth ni. Tapi bila member saya sendiri yang lalui pengalaman ni dengan berjaya serta selamat, maka 99 kali ganda saya kagum. Memang berani dan nekad la korang. Actually yang kawan saya tu suami dia. Isterinya saya hanya kenal gitu-gitu je. Yang pasti, suami isteri memang saling sapot menyapot biki antara satu sama lain. 

Walaupun naluri saya sebagai seorang manusia [eceh] sangat ingin mencuba bersalin se'natural' yang boleh. Baru la thrill kan? Ha ah... memang thrill. Padahal saya ni bapak le penakut. Nak kena amik darah pun mentakuti. Inikan pula memberanakkannya sendiri. Kekuatan dan nekad tu takde rasanya dalam diri saya. Kalo saya mengalami sensorang contraction dalam masa yang lama, mesti saya dah panik. Tak dapat saya bayangkan kalo kena handle tu semua sendirian dengan Mat Azghul je di sisi. Panic room la jadinya nanti. Macam kawan saya tu, mereka memang dah pergi kursus untuk lahirkan anak secara water birth tu selama 2 bulan. Mereka dan diajar cemana nak handle situasi genting, cemana nak tenangkan fikiran even control penafasan. Maksudnya mereka dan well-prepared, bukan zero knowledge tentang teknik2 tu semua. Lagipun yang paling penting, tentulah Allah melindungi mereka. Semuanya dengan izin Allah jua.

Padahalnya kalau kita berfikir.... masa zaman kuno sebelum adanya bidan yang belajar ilmu kebidanan, dan sebelum adanya doktor serta peralatan canggih dulu.... cemana wanita bersalin? Sorang-sorang jugak kan? Takde ubat apa pun. Kawan saya kata, isteri dia mengandung  memang cara oldskool. Langsung tak makan ubat atau supplement yang disyorkan oleh doktor. Dia makan macam biasa je. No chemicals was taken. Alhamdulillah anaknya sihat. 

Apa yang ada di dalam dunia perubatan sekarang ni, saya nampak lebih kepada perniagaan dan keuntungan. Kalo Cesarian bleh buat untung. Kalo suntik epidural pun buat untung untuk hospital. Suntik itu ini semuanya akan cas duit pada pesakit. Pendek kata, ibu yang mengandung akan serahkan diri sepenuhnya kepada doktor yang merawat. Yelah.. dah sebab kita kan tak tau pasal perubatan. Mestilah percaya kat doktor.Media pula memainkan peranan. Mereka boleh mengeluarkan berita melalui media iklan untuk menyampaikan 'kebaikan-kebaikan' ubat mereka. Mereka juga menyebarkan iklan tentang 'kesan sampingan JIKA TAK AMBIL ubat mereka'. Itu yang keluar statement, kalau kamu tak makan vitamin tertentu,  anak boleh jadi begitu, boleh jadi begini. Siapa tak cemas kalo those experts dah kata gitu. Kata-kata menakutkan yg dah macam ugutan.


Sedangkan pada zaman nabi-nabi dulu, mana la ada ubat-ubat tu semua. Semua nutrisi diambil daripada sumber semulajadi. Takde pun Folic Acid, Obimin, DHA, AHA segala jenis. Tapi tengok la anak-anak orang zaman dahulu, bijak-bijak. Menghafal Al-Quran dan mempunyai daya ingatan yang super hebat seperti 4 Imam besar kita, Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Yang menerajui bidang Matematik, Sains dan Astrology seperti Khwarizmi, Al Biruni, Avicenna [Ibnu Sina], Al Khindi dan ramai lagi ilmuwan Islam. Apa yang mak-mak mereka makan ye? 

Sape berani bersalin sendiri mcm kawan saya tu?

14 December 2012

Saya. Hari Ini.

Sejahteralah ke atas kamu...

Tudung aku kaler merah tak matching dgn corak baju. Ni sebab malas nak cari tudung purple.

Saje nak tunjuk perut. Usia kandungan 26 minggu. Bersamaan 6 bulan 2 minggu.

Bila perut dah makin besar ni, dugaannya ialah bila asyik nak buang air kecik je. Lepas tu kalo kat umah plak, yang ada hanya tandas cangkung. Memang seksa nak mencangkung dengan perut kembung. Itu baru je besar ni. Kalo dah 7,8 bulan nanti ntah cemana nak mencangkung. Mengandung ni memang sangat mencabar. Sebab tu la.... Allah kurniakan kebolehan mengandung tu kepada wanita ye tak? Kalo lelaki la yang mengandung, rasanya tak ramai sangat bayi yang sempat lahir. Mesti ramai yang gugurkan kandungan sebab tak tahan alahan, tak tahan beban yang dibawa. Lelaki kan aktif, suka bersukan. Cemana nak main futsal kalo mengandung? Kan? Kan? Sama jugak macam Allah kurniakan kuasa untuk menjatuhkan talak kepada kaum lelaki. Kalo pompuan la yang ada kuasa jatuhkan talak tu, memang ramai le lelaki jadi duda. Pastu pagi cerai, petang kang nak baik balik. Kan? Kan? Percaturan Allah itu sungguh cantik kan? Allah tahu kat kesabaran wanita kat bahagian mana, dan Allah juga tahu kesabaran lelaki tu kat bahagian mana. Lelaki dan wanita sama-sama ada sifat sabar yang berbeza.

13 December 2012

Perbandingan Set Bersalin, Harga dan Fungsi

Sejahteralah ke atas kamu....

Mana la saya tau set bersalin yang mana satu lagi bagus. Tanya ibu, ibu kata beli je set yang dah siap. Biasanya dah lengkap. Kawan-kawan ada yang suggest Nona Roguy dan Tropical Herbs. Eh, korang sorry la kalo sejak kebelakangan ni saya asyik post entry yang berkenaan mengandung, beranak, barang-barang bayi, breast pump dan segala yang berunsurkan nursing and parenting. Bajet mcm wanita beranak 8 dah kan. 

Saya ni tak lain hanyalah sebab nervous. Takut tak sempat buat preparation dengan selengkapnya. Risau ada yang terkurang. Jadi sebab tu saya beriya sangat mencari dan mengGoogle. Excited tu satu hal la. Tapi excited tu saya biasa-biasa je. Itu pun sebab mengambil nasihat yang lebih tua supaya dalam apa-apa perkara pun, don't be over excited. Eh, org tua yang bagi nasihat tu omputih ke? Kehkeh. 

Kat sini saya dah buat list dan perbandingan di antara beberapa produk atau set bersalin yang popular dalam bidang kebidanan melayu dan moden seperti Set Bersalin Tanamera, Set Bersalin Nona Roguy, Set Bersalin Sendayu Tinggi, Set Bersalin Tropical Herbs keluaran Amway, Set Bersalin Atika's Beauty, Set Bersalin Ibu Halimah dan Leesa Formula. Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin dan masih confuse kuasa 27 nak pilih set bersalin mana, semoga senarai yang saya buat ini dapat menjadi pedoman.



Setakat ni, perbandingan yang saya buat, ada beberapa yang saya dah shortlisted. Pilihan utama ialah Tanamera. Kedua, Tropikal Herbs. Ketiga Nona Roguy dan keempat Leesa Formula. Final decision belum dibuat. Kenapa Tanamera? Saya rasa sebab dalam kesemua produk yang saya search kat atas ni, testimoni tentang Tanamera yang paling banyak. Feedback yang saya baca semuanya positif dan barangannya agak convenience dengan kerajinan dan keperluan saya. Tropical Herbs pun hampir nak sama dengan konsep Tanamera. Bercirikan berpantang cara moden. 

Berpantang ni, mengikut kefahaman saya, fungsinya yang paling utama ialah :

  1. Untuk memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan berada di dalam keadaan yang baik selepas bersalin. - Jadi, kenalah cari cara/produk yang boleh mengembalikan kesihatan rahim dengan baik. Sebab itu orang makan jamu. Fungsi jamu untuk mengecutkan semula rahim yang kembang. Kalau ada produk selain jamu yang boleh menawarkan fungsi yang sama, maka boleh la cuba. 
  2. Memulihkan 'luka' atau 'koyakan' selepas melahirkan - Selepas bersalin, wanita akan luka di bahagian 'tettt' mereka. Bila berpantang, kita akan kena duduk sopan-sopan, jalan slow-slow supaya luka tu cepat baik. Ni semua untuk masa depan jugak. Perlu jaga betul-betul supaya rumahtangga kamu aman sentosa. Jadi, untuk mencari set bersalin, cari la set yang mempunyai produk untuk memulihkan luka luaran dan luka dalaman [jika melahirkan dengan cara pembedahan]. 
  3. Demi memulihkan kecantikan badan, kekempisan perut dan kembali ke bentuk badan asal Seperti sebelum mengandung. - Cari la produk yang boleh membantu menurunkan berat badan dan memulihkan bentuk badan kita dengan berkesan. Itu yang orang guna bengkung dan ubat tampal-tampal kat perut supaya perut cepat kempis.
  4. Supaya dapat menghilangkan stress dan mengelakkan 'gile meroyan'. - Itu yang orang gunakan pilis iaitu ubat utk tampal kat dahi tu. Ini optional. Ada yang relax je tak pakai. Tapi kalo pakai orang kata rasa ringan je kepala. Menurut orang yang dah bersalin, bila lepas bersalin, kita akan selalu rasa sakit kepala.


Itulah diantara sebab kenapa kita perlu berpantang. So, kalau nak mencari set bersalin terbaik, kena cari jenama yang menawarkan paling tidak, 3 fungsi pemulihan yang saya sebutkan di atas tu. Kalau nak beli jamu utk kecutkan rahim, cari yang tidak memberi kesan sampingan kepada bayi seperti bayi cirit birit atau jaundis [sakit kuning]. Lain-lain produk seperti aroma terapi, minyak urut tu terpulang la. Berurut pun termasuk jugak dalam sebab ke-3 tu. Pati haruan pulak termasuk dalam sebab yang ke-2. So, goodluck ye mak buyongs sekelianssss...

12 December 2012

Tempat Biasa, Menjadi Indah

Sejahteralah ke atas kamu....


Bukan Beethoven
Pada waktu ini, usia kandungan saya 26 minggu. Setiap pagi semasa memandu ke pejabat dan setiap kali memandu pulang ke rumah saya akan memainkan classical music daripada Vivaldi dan Mozart. Saya dapat merasakan perasaan yg sangat indah apabila mendengarkan alunan irama biola dan piano tanpa dicemari suara manusia atau lirik yang membebankan kepala. Sehinggakan, suasana setiap jalanraya yang penuh sesak yang saya lalui dengan udara tercemar yang menyelubungi KL saya rasakan sangat cantik seperti menonton filem cinta. Terasa seperti memandu di Ireland [walaupun kat Ireland mmg langsung tak de iras KL pun. Heh!]

Menurut kajian, mendengar muzik klasik sewaktu mengandung adalah sangat elok untuk perkembangan otak bayi. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat saya pastikan. Apa yang pasti, saya percaya emosi ibu akan mempengaruhi emosi anak yang di dalam kandungannya. Jadi perkaitannya... apabila perasaan saya tenang dan tenteram semasa mendengar alunan muzik klasik, anak saya turut mendengar irama indah itu di sebalik lapisan kulit, lapisan perut, lapisan dinding rahim, lapisan selaput uri dan melalui getaran air ketuban mamanya. Apa yang penting, emosi kami bertaut. Saya dapat rasakannya.


Ini Turn Wanita
Bilik solat di tingkat saya bekerja ini ada hanya ada satu. Terpaksa dikongsi guna oleh pekerja lelaki dan wanita. Pekerja wanita di tingkat ini hanya ada 5 orang sahaja. 2 orang solat di ruang privacy sendiri dan 3 orang lagi menggunakan surau yang satu itu. Saya termasuk di dalam golongan 3 orang itu. Perkongsian yang bagaimana, rasanya semua maklum kan? Tak mungkin masuk bersama lelaki dan wanita. Sudah tentu bergilir-gilir. Jika lelaki masuk, wanita tunggu di luar. Begitu juga sebaliknya. 

Sepatutnya tiada masalah. Sedangkan dulu bilik solat itu memang dikuasai sepenuhnya oleh golongan wanita. Tidak pasti kenapa lelaki tidak bersolat di situ dulu. Sama ada pada waktu dulu, pekerja lelaki tidak ambil hati untuk bersolat di tepi workstation masing-masing, atau mungkin mereka bersolat di surau tingkat lain. Allah je la yang tau. Tiba-tiba sejak kebelakangan ini surau ini jadi rebutan pulak. 

Bagi saya, ini perkembangan yang sihat. Bagus la... Kita berebut-rebut melakukan kebaikan. CUMA ada satu hal yang membuatkan saya bengang seribu kali ganda. Sewaktu sesi wanita menggunakan surau, selalu ada orang [lelaki] yang membuka pintu surau dan melihat ke dalam surau. Kenapa saya tau lelaki? Sebab setiap kali dia [atau mereka] membuka pintu, then akan berkata, "oppss.. sorry". Saya banyak kali kena. Padahal.... di pintu surau sudah ada penunjuk berbentuk seperti jam bulat dengan penanda anak panah yang boleh dipusing-pusingkan untuk menunjukkan sama ada pada waktu itu 'sesi wanita', 'sesi lelaki', 'surau kosong' atau 'sedang dibersihkan'. Kalau tak cukup penunjuk itu, dah tentu boleh tengok ada selipar perempuan di luar surau tu. Okaylah saya mengaku selipar saya tak la nampak kewanitaan sangat. Sebab takde bunga-bunga atau reben2. Tapi kalau orang tu betul-betul jenis yang alert, sepatutnya sebelum buat keputusan untuk buka pintu tu.... tengok la tanda-tanda tu dulu. Selipar dan penunjuk sesi. Eii.

Saya pernah tegur direct seorang staff yang buka pintu tu... Saya kata, tolong la tengok penunjuk aras tu sebelum buka pintu. Pastu dia kata, sebab penunjuk aras tu kadang-kadang takde orang usik pun.Kuat menjawab pulak. Ingatkan lepas tu dia akan lebih berhati-hati kalau nak buka pintu surau pada sesi wanita. Owh.. silap sekali sangkaan haku. Tetap sama jugak. Mungkin orang yang berlainan pulak kot. Jadi, usaha ke-2 untuk membantu staff lelaki menilai sesi wanita atau surau kosong, saya cuba menjadikan selipor jepun saya lebih feminin. 

Tadaaaaa!!! Saya selit bunga kecik kat selipar tu. Bagi menunjukkan yang selipar ni milik seorang feminin yang bukan ahli kumpulan Feminin. Selesai la bunga member sebelah saya ambik. Hehehe.

Lelaki mungkin dia tak sedar betapa sensitifnya isu aurat ni terhadap kaum wanita. Kenapa wanita perlukan bilik untuk bersolat? Semua ni sebab wanita perlu membuka tudung untuk berwuduk. Wanita perlu membuat pertukaran tudung kepada telekung. Walaupun betul kata Cursing Malay, bertelekung itu bukannya wajib. Yang wajib adalah tutup aurat. Tapi semasa persediaan untuk memulakan solat tu, wanita perlukan ruang tertutup untuk bertukar. Itu je sebab yang membuatkan saya hangin bila lelaki suka buka pintu surau waktu sesi wanita. Kalau waktu tu wanita tengah solat takpe la. Tapi kalo tengah tak bertudung, tengah kemas-kemas kan ikatan rambut ke? Macamana? Kami sengaja tak kunci pintu untuk memberi peluang kepada wanita lain yang ingin masuk menunaikan solat. Kalo kunci nanti, buatnya ada kawan pompuan nak masuk solat, sedangkan yang sorang lagi tengah solat... kan dah kena tunggu plak.

Lepas ni kalo ada jugak mat gedik yang masih nak buka pintu walaupun dah nampak selipar jepun bunga-bunga saya, memang tak tau nak kata apa lagi la.

10 December 2012

Panduan Membeli Breast Pump ~ Konon

Sejahteralah ke atas kamu,.....

Apa keperluan breast pump?
Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke. Bagi ibu yang bekerja, selepas berpantang kalau nak berterusan memberi si anak  dengan susu ibu, memang perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri. 


Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump?
Jawapan saya mudah saja. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Terpulang kepada kerajinan masing-masing. Dan terpulang kepada berapa banyak masa lapang masing-masing. Yang paling jelas bila pakai breast pump elektronik, ialah masa mengepam  yang lebih singkat. Kita ni kan memanjang je nak cepat. kalo pengepam pada waktu pejabat, lagi la nak cepat-cepat. Kita tak perlukan usaha yang gigih untuk menggerakkan tangan pun semasa mengepam. Cuma biasanya breast pump electric ni lebih mahal. Biasa la kan.. Lagi kompleks, lagi mahal la.

Manakala breast pump manual pulak lebih murah. Tapi lebih versatile sebab boleh digunakan tanpa power supply, senang cakap kalau pergi hutan Amazon yang tak ada sumber elektrik pun kita masih boleh pump susu. Cuma masa mengepam lebih lama dan tangan lebih penat. Tapi apa ke jadah plak kita nak gi hutan Amazon kan? Itu je la beza yang ketara. Jadi sama ada nak beli yang manual atau elektrik... ikut suka korang.



Aksesori Tambahan Bagi Breast Pump
Sebelum membeli breast pump, kita tentu akan mempertimbangkan banyak aspek seperti; harga, fungsi, kelebihan, kekurangan, suction strength dan jenama yang dipercayai. Daripada apa yang saya dah siasat, harga setiap breast pump, biasanya takkan berbeza banyak di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau beza pun beberapa RM sahaja. Itu pun kalau kamu hanya bercadang nak membeli breast pump semata-mata. Tapi biasanya, kalau kita beli breast pump, kita juga perlukan peralatan-peralatan sokongan untuk membuat stock susu, atau untuk membantu penyusuan. Di antara peralatan-peralatan sampingan yang diperlukan untuk membuat stock susu [bagi ibu bekerja] ialah;


1.  Ice Pack - Yang ini penting untuk membawa susu jika tiada tempat menyejuk beku. Ice pack berfungsi untuk mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang lebih lama tanpa peti sejuk.

Lebih afdholll kalau beli yang reusable. Boleh le guna berulang kali sampai hancho ice pack itu.


2.  Storage Bags - Terdapat 2 jenis produk yang dipanggil storage bags. Pertama beg plastik kecil yang digunakan untuk mengisi susu yang telah di pump. Dan satu lagi ialah beg yang lebih besar untuk membawa stock susu [untuk travel].
Storage plastic bags.
Storage plastic bags. Sama fungsi dengan storage bottles. Cuma yang ini lebih menjimatkan ruang peti sejuk anda.
Ini pun storage bag jugak. Fungsinya untuk bawa stock susu dari satu tempat ke satu tempat lain. Contohnya dari ofis ke rumah. Dari rumah nak bawak balik kampung. So, nanti kat dalam bag ni la perlu letakkan ice pack tu. Supaya kekal sejuk.

 

3. Storage Bottles - Sama fungsinya dengan storage bags jenis beg plastik kecil. Untuk menyimpan susu yang telah di pump.

Storage bottles. Rupa dia lebih kurang macam botol susu biasa, cuma atasnya takde puting. Penutupnya penuh.


Yang di atas tu antara peralatan tambahan yang penting untuk buat stock susu. Peralatan lain bergantung la kepada keselesaan masing-masing. Diantara peralatan sokongan lain yang mungkin diperlukan seperti; 

4.  Nursing pillow - Untuk mensapot bayi semasa penyusuan. 




5.  Nursing bra - Untuk memudahkan penyusuan. Korang faham-faham sendiri la kan. Nursing bra dengan bra biasa berbeza daripada segi clip dia. Ada clip tambahan di bahagian hadapan.

6.  Breast Pad - Ini untuk menampung pengaliran susu yang berlebihan semasa menyusu. Nanti pad ni akan serap susu yang mengalir tu.






Jenama

Medela
Kalau baca daripada banyak website dan testimoni, sepakat menyatakan bahawa jenama terbaik breast pump adalah Medela keluaran Switzerland. Terbaik daripada segi produk dan juga maintenance dan after sale service. Yang pasti harga pun mesti la 'terbaekkk' punya. Memang mahal la ni. Perbandingan daripada segi kadar sedutan yang lebih lembut dan paling menyerupai hisapan bayi bukan abah bayi. kuheh. Kadar sedutan itu juga boleh laras [bagi mesin electric Swing dan FreeStyle]. Bunyi yang lebih perlahan berbanding jenama lain. Tapi still ada bunyi. Lebih ringan dan kecil berbanding jenama lain. Medela Freestyle disertakan dengan rechargeable battery dan boleh buat double pumping. 


Medela Free Style


Bermakna... dalam satu masa, boleh pump dua-dua belah. Manakala Medela swing plak takde double pump. Hanya sebelah je pada satu masa dan tidak boleh menggunakan battery.
Medela Swing


Ada juga manual. Namanya Medela Harmony.



Spectra
Kat di persekitaran saya, ramai ibu-ibu susu menggunakan jenama Spectra. Mungkin sebab Spectra ni agak murah berbanding dengan Medela dan fungsi dia pun not bad la. Yang paling famous ialah Spectra 3. Spectra 3 ada kebolehan untuk buat double pumping. Bunyi dia agak kuat. Rupa paras dia 4 segi sebongkah je macam tak sty-lo sangat. Berat pun lebih daripada Medela Swing dan Freestyle. Tak boleh menggunakan bateri. Dan kuasa sedutannya lebih kuat cuma takleh laras kekuatan tu. Ada satu mode je la. 


Ini Spectra 3. Kan sebongkah je rupa dia.


Spectra Dew 350. Lebih power daripada Spectra 3 dan Dew 300. Tapi lebih berat. Ada double pump.
Spectra Dew 300. Ringan sikit daripada Dew350.  Tapi lebih power daripada Spectra 3. Boleh double pump.

Bagi spectra Dew ni, rekabentuknya comel juga. Saya belum pernah tengok in real life, tapi saya pernah baca di blog seseorang, saiznya sebesar separuh bola bowling. Dan agak berat berbanding spectra 3. Saya pernah mempertimbangkan untuk beli model Dew ni, tapi tak ada package yang menarik hati saya masa nak beli dulu. Breast pump jenis Dew ini juga tidak boleh menggunakan bateri. Sayang sekali. Kalo pegi hutan Amazon, tak dapat la nak gunakan pump ni.


Spectra Handy Breast Pump pula adalah breast pump manual

Macam pam basikal pun ada. Ehehe.


Avent 
Avent adalah keluaran daripada Philips made from England. Biasanya jenama Avent ni orang beli yang manual punya. Bagaimanapun, Avent juga ada keluarkan breast pump electronic. Contohnya Breast Pump Single Electronic ni. 
Smart kan design dia? Terus je sambung kat botol susu. Kecik pun kecik. Tapi voltage dia rendah je, dalam 100-240V je. Maknanya kuasa sedutan dia mungkin slow skit kot. Boleh digunakan secara manual jika tiada bekalan elektrik. Gambar daripada Avent Philips

Ini pula Philips Avent ISIS IQ DUO. Twin Electric breast pump. 
Satu lagi breast pump electric yang ditawarkan oleh Philips Avent ialah ISIS IQ DUO. Waktu saya pergi MidValley Maternity and Kids Expo baru-baru ni, satu-satunya booth yang sempat saya singgah dan tanya pasal breast pump ialah booth Avent ni la. Itu pun mereka tengah berkemas nak balik. Harganya satu set lengkap ialah RM1499. *Tersungkur*. Yang ini pun boleh dijadikan pump manual kalo takde letrik. Lain-lain adalah breat pump manual Avent. Dah biasa tengok kan? Tak yah citer kat sini ye?


Tommee Tippie
Dalam banyak-banyak brand, saya paling berkenan dengan Tommee Tippie ni. Dengan motto "Closer To Nature", membuatkan saya menggelupur nak beli brand ni. Tapi memandangkan Breast Pump Electric Closer To Nature ni, single pump, so rasa cam tak jadi plak. Memang tak jadi la senang cite. Walaupun rupa parasnya comel. Saya baca review di blog, Breast Pump Tommee Tippie ni not so bad la. Walaupun orang kata tak berapa bagus ke apa ke. Kalau nak baca review tulus ikhlas daripada orang yang dah pernah pakai Tommee Tippie Breast Pump Electric ni boleh click sini ; - Aku Bukan Bidadari

Tommee Tippie Close To Nature. Boleh menggunakan electric dan bateri.

Satu lagi keluaran terbaru Tommee Tippie ialah Double Electric Breast Pump. Yang ni kalau tengok gambar nampak cam canggih skit. Sebab dia ada jam digital. Ceh tak pasal aku anugerahkan dia dengan status 'canggih' semata-mata sebab ada jam digital.

Still closer to nature. Yang ini tak tau la kat mana nak cari kat Malaysia ni.


Selain tu, ada lagi jenama lain yang saya tak masukkan dalam ni. Kalau rajin korang silalah Google sendiri satu persatu jenama-jenama ni; Ameda, Autumnz, UniMom, The First Year, Lansinoh dan lain-lain. 



Pembelian Yang Berbaloi
Ada banyak kedai online dan pusat menjual barangan keperluan bayi yang menjual breast pump.Semuanya menawarkan harga yang tidak jauh bezanya. Jadi, bagaimana ingin membuat pembelian yang benar-benar berbaloi? Macamana nak tau offer yang ditawarkan itu adalah yang terbaik? Breast pump mana yang terbaik untuk dibeli supaya tidak menyesal?

Lain orang lainlah kriteria yang membuatkan mereka puashati. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan paling utama adalah menilai dan membuat perbandingan beberapa jenama sebelum membuat keputusan untuk membeli breast pump. Tidak semestinya apa yang kawan-kawan kita pakai, sesuai dengan kita. Dan tidak semestinya apa yang orang lain tidak selesa pakai, tidak sesuai dengan kita. Faham maksud saya?Yang penting berani mencuba dan kena yakin la dengan pilihan yang kita buat tu. Jangan mula-mula kita nak beli kemre Sony, pastu sampai kedai tetiba je berubah fikiran beli Olympus. Memang menyesal tak sudah la. Eh.. eh.. ni citer pasal breast pump. Takde kaitan dengan kemre. 

Jika kamu dah pilih jenama breast pump tertentu untuk kamu beli, perkara kedua yang perlu kamu pertimbangkan ialah : apa yang didatangkan percuma bersama breast pump itu. Saya cadangkan supaya kamu mencari breast pump yang dijual secara package, tapi pastikan package tersebut berbaloi. Cemana nak tau berbaloi ke tak? Kamu kena calculate sendiri, harga setiap barang yang diberikan di dalam package tu dan compare jumlahnya jika kamu beli barang-barang itu secara berasingan. Kalau kamu perhatikan betul-betul, jenama yang menawarkan breast pump dengan harga mahal, telah disertakan sekali dengan package tertentu contohnya Medela FreeStyle dan Avent ISIS. Dalam tu disertakan sekali storage bottle, storage bags, bottle rack dan lain-lain. 


Saya Beli Yang Mana?
Okay, tibalah masanya untuk saya ceritakan apa yang saya beli. Hehehe. Package yang saya pilih ialah di One Baby World.  Saya telah membeli breast pump biasa-biasa saje, iaitu Spectra 3 yang sebongkah tu. Sebab hanya itu je mampu. Syukur Alhamdulillah. Kalau ikutkan, saya nak jugak beli Spectra Dew atau Tommee Tippie. Tapi tak jumpa package yang agak lengkap mengikut keperluan saya. Saya perlukan ialah beg untuk bawak stock susu, ice packs, storage bags dan storage bottles. Jadi saya kongsikan kat sini package yang saya pilih iaitu ; 

Spectra 3 **FLEXI BREASTPUMP PACKAGE** from One Baby World.

Harga sebenarnya RM597.00 tapi dengan package dapat RM406.00. Barangan yang termasuk di dalam package ini ialah;

  • 1 unit of Spectra 3 Breast Pump worth RM388.00
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • 10 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag worth RM38.90
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90 (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
  • 1 pc Autumnz Trendy Cooler Tote worth RM18.90 (you can change to a Cooler Bag / Cooler Tote - see Step B below)
  • FREE 1 pc BPA-Free Deluxe Drying Rack worth RM39.90
  • FREE 1 pc Receiving Blanket worth RM15.90
  • FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
  • FREE 2 pcs RM10 OBW Shopping Voucher worth RM20.00
  • FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover


  •                 
TOTAL NORMAL PRICE = RM597.40
TOTAL PACKAGE PRICE = RM406.00                               
TOTAL SAVINGS = RM191.40
  • One more thing, postage is also FREE^ if you live in peninsular Malaysia!

Ni gambar package tu. 


 

 

Saya pun tak pasti pembelian saya ni berbaloi ke tidok. Ah, tak kira la berbaloi ke tak. Saya dah beli pun. Tak dapat nak undur balik. Sekarang tengah tunggu bungkusan sampai je. Yang pasti, apa yang disertakan di dalam package ini saya rasa saya betul-betul perlukan. 

Untuk ibu-ibu yang sedang mempertimbangkan pembelian breast pump, harap-harap panduan ini berguna untuk kamu. Dan untuk pembaca setia blog saya... Sorry kalau entry ni takde kena-mengena. Mungkin satu hari nanti kalau perlukan panduan, boleh rujuk sini okay?



 

05 December 2012

Expo Maternity di MidValley Yang Lalu

Sejahteralah ke atas kamu...

Ok, nak update laju-laju ni. Jumaat lepas 30hb November sampai Ahad 2 Disember 2012, dah berlangsung 4th Maternity adn Baby Expo kat Mid Valley. Expo ni memang saya menggelupur nak pergi sebab nak beli breast pump. Orang kata kalo beli kat expo maternity memang bleh dapat harga murah. Sebab itu tanak lepaskan peluang tu. Kenapa dalam banyak-banyak barang keperluan baby, breast pump yang saya nak beli paling awal? Jawapannya sebab breast pump yang paling mahal kot, yang ada dalam senarai keperluan saya. So, sementara awal-awal ada duit ni, selesaikan dulu la yang mana mahal.

So, saya dah plan dengan suami saya untuk pergi expo tu pada hari Sabtu, pagi-pagi buta subuh sapie. Okay, tipu je. Tak la subuh. 

Plan nak pegi Sabtu kul 9 pagi. Tapi tak jadi. Sebab suami saya kena pegi ofis.

Tukar plan. Nak pergi petang Sabtu lepas suami balik ofis. Tak jadi jugak sebab ada kawan dia datang umah, berborak sampai kul 11 malam [aku tido la awal biar derang je berborak].

Tukar plan lagi. Nak pegi petang Ahad. Sebab pagi tu dah ada appointment untuk repair aircond kat workshop. Lambat plak selesai repair aircond, kul 6.30 petang baru suami balik.

Tukar plan nak gi malam lepas maghrib. So, yang ini baru la betul-betul dapat pegi. Sampai Mid Valley dah kul 8.30mlm. Cari parking bla bla bla... sampai kul 9mlm baru dapat masuk ke tempat expo. Then.... sayang semuanya sudah terlambat. Huwaaa... kebanyakan kedai booth dah tutup pun. Huuu.. sedihnya.

Nampaknya takde apa pun yang saya dapat survey atau beli di expo yang ditunggu-tunggu tu. Memang betul-betul Allah tak izinkan la ni. Saya agak kecewa, tapi takpe la.. buat relax je. 

Last-last saya balik cenggitu tu je. Tak singgah mana-mana pun. Tak de hati pun nak jalan-jalan dalam MidValley tu. Yang kami bawak balik hanyalah registration goodies bags je. Dapat 2 sebab register 2 nama. Tapi dalam tu ntah hapa2 je ada.

Paper bag. Senaman kegel tu. Heheh.

Mosquito Repellant? Hahahahah. Berlambak. Ada dalam 60 keping dapat benda ni. Dalam dia ada sticker berbentuk beruang yang baunya macam produk penghalau serangga Serai Wangi. Tapi okay la.. Boleh guna. Dan juga 2 mandian bayi. yang pek kaler ijau tu.

Last skali dapat note book.
Ni nak pesan kat korang kot-kot ada yang plan nak pegi expo-expo bayi lagi lepas ni. Jangan le pegi hari terakhir dan masa dah nak last-last tu. Nanti apa pun tak sempat. Chaissss...


Penyudah kepada ketidaksempatan saya membeli breast pump kat Expo tu, saya beli online kat website One Baby World. Set breast pump Spectra 3 Package. Next entry saya cerita berkenaan apa yang saya dah beli kat One Baby World ni ye.

Nanti saya balas jejak ye. In Sya Allah. Nak gi kursus jap.

03 December 2012

Double Standard

Sejahteralah ke atas awok.

Saya ada kursus. 5 hari bermula hari ini. So, minggu ni tak sempat nak belogwalking. 

Pasal double standard ni. Kenapa ye. Bila kita tengok lelaki-lelaki depan mata yang pakai baju pompuan, saya rasa sangat terganggu fikiran dan sangat meluat. Serius geli. Tapi... bila tengok Johan atau Zizan pakai baju pompuan dalam Maharaja Lawak kita rasa "it's okay, kelakar nak mampusss". Di atas nama lawak hiburan kita menerima perbuatan yang jika berlaku di depan mata kita benci. Harun Salim Bachik pun sama, Afdlin Shauki pun sama. Padahal semer tu kalo pakai baju pompuan, bapakkkk geli geleman jugak rasanya.


Kat ofis ni ada isteri orang. Ada suami orang. Kalau ternampak si suami orang dan isteri orang ni bergesel-gesel dalam ofis, dah sah orang sekeliling rasa sangat tak patut perbuatan derang tu kan? Tapi kenapa ye... bila tengok pelakon lelaki dan pelakon wanita yang masing-masing dah berkahwin, berpelukan, bercium-cium pipi dan dahi dalam filem, kita rasa "oh...sweet nya derang ni. Sesuai sangat watak tu dengan derang.". Di atas nama 'berlakon' kita menyukai perbuatan yang jika terjadi di alam nyata kita sangat benci. 


Cemana bleh jadi double standard cam tu ye? Padahal yang salah tetap la salah tak kira la berlakon ke alam nyata. Ke cemana? Ke saya yang kekampungan? Huhu.


*kisah suami dan isteri org di ofis itu hanya contoh saje ye. Tiada kaitan dengan alam nyata, terutamanya di ofsi saya. Org ofis saya baik-baik belaka dan setia-setia belaka. :D

28 November 2012

Sugar Sugar Sugar

Sejahteralah ke atas kamu....

Sowi eberibadi. Nak citer lagi pasal mama buyungzzz... Takpe, saya tau korang penyabar. Kan?

Semalam saya citer pasal TAKUT kena amik darah. Sampaikan next appointment saya tak datang sebab takut kena amik darah lagi. Tapi sebenarnya itu bukan satu-satunya sebab saya tak hadir appointment tu. Satu sebab lagi ialah, appointment yang seterusnya tu sepatutnya saya kena minum air gula. Air gula yang 'dinanti-nantikan' oleh semua ibu mengandung. Heheh.

Saya ni masa awal-awal bengandung dulu kan ada alahan yang agak teruk [saya rasa teruk. Orang lain kata tak teruk sangat]. Saya kan langsung takleh tak boleh nak makan. Makan je muntah. Syarat kalau nak minum air gula tu plak, kena puasa [separuh hari je], pagi-pagi datang klinik dan minum air gula masa perut kosong. Korang bayangkan le. Saya ni minum air kosong pun muntah. Ini plak nak minum air yang pelik tu. [Saya tak pernah tau cemana keadaannya air gula tu, tapi menurut kawan2 yang dah penah minum, mereka kata memang tak sedap giler air gula tu.]. Saya memang cemas la nak minum air gula tu. Penyudahnya... saya memang tak datang terus temujanji tu.

Kenapa saya kena minum air gula? Haaa. Ini la akibatnya bila kita jujur. Kat buku pink tu, ada ruangan untuk maklumat sejarah kesihatan ibu dan bapa. Sama ada ibu dan bapa ada darah tinggi, kencing manis. Saya ni kan jujur.... Saya pegi tanda 'ada'. Hehehehe... Yelah... tak baik menipu kan? Dah la mengandung. Ada anak dalam perut. Takkan nak ajar diri sendiri buat perangai tak elok. Nanti anak ikut perangai suka menipu tu karang, pastu mula la marah kat anak. Padahal perangai tu dia warisi daripada mama. 

Bila nurse tu dah tengok ada sejarah keluarga yang ada diabetes, itu yang saya kena buat test minum air gula tu. Jiwa kacau betul. Padahal saya dah berapa kali explain, mak abah saya ada diabetes masa dah tua ni. Masa muda2 dulu takde pun. Tapi ada derang kesah? Takdeee..... Apa-apapun takyah nak banyak cakap la Lydi, sebab ko bukan pergi appointment tu pun. Memang tak minum pun air gula tu.

Kusangkakan kurus sampai ke tua, rupanya gemuk di tengah umur..... Bila saya pergi klinik panel, doktor rujuk buku pink tu jugak. Maka dia pun nampak jugak la maklumat ibu dan bapa. Maka dia pun set appointment untuk saya minum air gula kat klinik panel plak. Deng! Kali ni rasanya macam dah takleh nak jadi runaway bride dah. Kalo tidak, lambat laun satu hari nanti memang kena minum jugak. Cuma kali ni saya lebih bersedia sebab saya dah takde alahan. Dah tak muntah2. Jadi, saya dah tak takut la nak minum air gula. 

Cam biasa... kena puasa daripada kul 12 malam sampai pagi. Saya pegi klinik tu. Then, inilah air gula yang dihidangkan kepada saya....


Bila saya nampak botol tu, saya dah rasa lega skit. Sebab nampak macam tak seteruk yang disangka. BIla minum... ermmm.... agak sedap. Hahaha.. Rasa macam 100plus. Air ni ada gas [karbonated]. Pastu ada rasa masam-masam skit. Yang ini air gula jenama CarboTest. Dibuat dikilang siap-siap untuk test gula pesakit kencing manis. Jadi, kepada sesiapa yang takut kena minum air gula kat klinik kerajaan, bleh la amik test tu kat klinik swasta. Dierang bagi air gula sedap punya. 

Ujian ni, mula-mula sebelum dia bagi minum air CarboTest ni, dia amik darah saya dulu kat jari. Test kat alat tu, keputusannya 4.5[sebelum makan]. Lepas minum air gula tu... Dia suruh saya datang semula selepas 2 jam untuk buat test darah lagi sekali. Dalam masa 2 jam tu takleh makan lagi. So, sementara nak tunggu 2 jam tu saya pegi Mydin Kuantan beli ubat nyamuk dan makanan kucing [Friskies] untuk Pu gemuk. Pedooh sungguh pegi Mydin pagi-pagi buta kul 9.30 pagi. Lepas gi Mydin, terus pegi Taman Gelora untuk lepak-lepak dalam keta melayan pening sebab masa perut kosong tadi kena minum air gula. 

Lepas 2 jam, saya pegi semula ke klinik tu, dan test darah lagi sekali. Resultnya 7.1. Doktor kata ada tinggi sikit. Tapi dia kata, "awak balik ni, awak buat-buat tak nampak je la result ni.". Maksudnya macam walaupun terlebih sikit bacaan gula saya, tapi takde masalah pun. Saya rasa kalo kat klinik kerajaan kena bacaan dia 6 ke bawah kot. [Tak sure sangat]. 

Itu je la kisah yang tak menarik pasal kena minum air gula ni. Jangan serik baca blog saya. :D



27 November 2012

Takut

Sejahteralah ke atas kamu...

Perkara yang paling saya cemas dan kecut perut sekarang ni ialah bila kena amik darah kat lengan  masa buat pregnancy check-up. Saya ni dah la memang penakut jarum suntikan. Tapi kalau dengan jarum jahit saya okay plak, setakat nak jahit lembu felt tu takde masalah punya.

Kisahnya macam ni. Pertama kali saya buat pemeriksaan kehamilan di Klinik Kesihatan kerajaan ialah di Taman Medan, Jalan Dato' Harun. Nak buat buku merah kata kauuuu... Actually tak merah la sgt warna buku tu. Buku pink sebenarnya. Saya ni bukan tau pun apa yang patut saya buat masa mula-mula dapat tau saya bengandung, tapi tanya kawan2, mereka yang suggest pegi buat buku merah kat klinik kerajaan. Nanti apa-apa hal, just in case kehamilan saya bermasalah dan saya decide nak bersalin kat klinik kerajaan, mereka akan terima kalau ada buku fing karer teww. 

Masa pergi klinik kesihatan tu usia kandungan saya 7 minggu, mula-mula kena register sebab 1st time datang situ. Lepas tu, dia amik ukuran berat dan tinggi semua. Pastu dia suh kencim dan amik darah. Kencim mesti la takde masalah sbb dah tiap2 hari buat. Cuma masalahnya toilet kotor dan berbau hanceng. Tapi bila part nak amik darah tu.... saya dah mula panic at the disco. Saya berdoa agar darah diambil kat jari je macam nak test gula tu. Kehkeh. Tapi jangan harap la kan? Darah yang mereka nak amik tu untuk buat berbagai-bagai ujian, antaranya Hepatitis, jenis darah, hemoglobin darah dan ntah hape ke benda la. So, perlulah amik banyak.

Apa yang membuatkan saya serik, masa amik darah tu mula2 nurse cucuk belah kanan, darah langsung tak keluar. Nurse tu pump in, pump out picagari tu utk kuarkan darah, tetap tak kuar. Dia tersalah cucuk agaknya. Pastu dia tukar plak ke belah kiri. Darah kuar tapi kuar pun macam tak laju. At least ada la jugak. Nurse tu cakap saya tak banyak buat keja berat ni, sebab tu salur darah pun tak nampak. Ntah2 sebab aku gemuk masa tu. Last sekali dpt le jugak satu picagari penuh darah saya walaupun dengan penuh kesukaran. Sakit tu tidak la sakit mana. Cuma saya rasa sangat2 seriau masa tengok darah tu.. Lepas tu ingatkan dah setel. Bila kuar result urine test, ada darah plak pada urine. So, kena amik darah lagi sekali kat lengan untuk test masalah buah pinggang plak. Huuwaaa.... Tim kay ahhhhh??!! Lagi sekali darah saya kena amik dengan gaya yang sama macam cara tadi jugak. Memang aku serik wei.

Bila dah selesai urusan kat klinik tu, saya terus dah tak datang-datang dah klinik tu untuk buat pemeriksaan rutin bulanan seterusnya sebab takut kena amik darah lagi. Sampai le usia kandungan saya 4 bulan, baru saya pegi klinik panel, klinik biasa je untuk buat pemeriksaan kandungan. Bawak buku pink tu suruh orang kat klinik panel tu update. Result darah saya pun saya tak tau. Menurut kata orang yang berpengalaman, kalau ujian darah ada masalah apa-apa mereka akan call. Tapi takde call pun, so saya consider takde problem la tu. Hahah. Sebab tu saya tak pegi amik result.

Bila pegi buat check up kat klinik panel.... doktor kat situ plak nak buat ujian darah lagi sekali. Sebab kan yang lama tu tak tau result. So, lagi sekali kena amik darah kat lengan. Tapi kali ni doktor tu expert, darah tu keluar dgn mudah je. Alhamdulillah. Itu bulan lepas. Masa kandungan 5 bulan. 

Semalam, saya pegi buat check up lagi sekali. Nak tau result blood test tu. Sekali doktor kata result darah saya hilang. Darah tu pun ntah hilang ke mana. [Jangan nanti DNA darah aku tu disalah gunakan oleh penjenayah sudah. Nauzubillah]. Huuwaa... Pastu darah saya kena amik lagi sekali... Sampai hati derang hilangkan darah saya. Dan yang semalam tu, doktor lain plak... Bukan doktor yang sama yang amik darah saya bulan lepas. Doktor ni tak pandai jugak amik darah. Huhu. Mula dia cari urat kat belah kanan tak jumpa. Pastu dia carik kat belah kiri. Then sama la macam nurse yang kat klinik kerajaan tu amik. Darah antara kuar dan tak keluar je walaupun dia pump in and out syringe tu. Huuuhuuu... Fobianya aku rasa. Nasib tak pengsan. Loya tau tak bila tengok darah tu masuk dalam syringe. Dah la warna pekat.

23 November 2012

ParaBella Umbrella IceCream

Assalamualaikum... kum apa kombat. Bat apa Batman..

Saya sepatutnya takleh makan pedas. Tapi semalam saya byk makan makanan pedas. Pastu mula la rasa cam ada kebakaran dalam perut. Tu la kesannya kalo dah ada gastrik. Huuu...

Balik ofis petang semalam, singgah kedai sebab nak beli tempe dgn halia.
Tempe yang telah siap dipotong sebelum disira pedas. Sukaaaa sangat tempe...

Ternampak peti eskem. Gi ushar dekat-dekat. Ternampak plak eskem jagung. Ahahhhh!! Ini la koko yang dicari-cari. Saya sebenarnya dah lama teringin nak makan eskem perisa jagung. Tapi eskem jagung susah plak nak ditemui. *yang sebenarnya tak cari pun.* Tetiba semalam bila nampak eskem jagung, terus menggelupur nak beli.



Aiskrim ni tajuk dia ParaBella - Umbrella. Nama yang tak biasa didengari. Nampak packaging nya agak comel. Saya amik saiz kecik. Beratnya 473ml. Bila bayar, tengok-tengok harganya RM6.50. Mahallll... [Mahal bagi kategori yang sama la. Cuma eskem biasa je. Bukannya ada kacang pun atau coklat sauce ke, caramel ke.] Huhu. Sebab eskem Nestle yang 1 liter yg seumpama itu pun lebih kurang harga cenggitu. Tapi takpe la. Dah beli. Jangan nak mengungkit. Yang penting sedap jugak eskemni walaupun nama dia macam nak dekat dengan parabola. Kalau pasang kat umah boleh dapat siaran Indonesia, Thailand dan Singapore.





ParaBella Ni Keluaran Mana?
Kalau nak tau, ini adalah produk keluaran bumiputera rockers 100%. Malaysia punya. Of cos la Malaysia kan. Dah nama pun bumiputera. Takkan bumiputera Ostolia plak. Buat masa ni, mereka baru mengeluarkan 3 produk;

Untuk maklumat lanjut, kalau nak tau siapa CEO dan Pengarah syarikat, silalah ke EsEsEm untuk membeli maklumat syarikat website rasmi mereka : ParaBella IceCream


*jangan mu kata aku kedekut sebab aku kata eskem ni mahal, sedangkan tutti frutti bleh plak beli. Tutti frutti tu lain. Dia ada topping yg macam-macam dan boleh taruk sendiri.*

22 November 2012

Amalan Semasa Hamil

Sejahteralah ke atas kamu...

Ibu mengandung perlu menjaga diri mereka sama ada dari segi kesihatan fizikal ataupun kesihatan rohani demi memberi pengaruh yang baik kepada anak yang dikandungnya. Apa yang saya nak sentuh di sini ialah tentang kesihatan rohani seorang ibu. Apa makanan jiwa seorang ibu yang hamil.

Sangat biasa kita dengar tentang amalan membaca surah tertentu daripada Al Quran yang dapat memberi manfaat kepada bayi. Biasanya kita disarankan untuk membaca Surah Maryam jika mahukan anak perempuan. Baca Surah Yusuf untuk mendapatkan anak lelaki dan anak yang cantik rupa parasnya. Membaca Surah Luqman jika ingin mendapatkan anak yang bijaksana dan cerdas akalnya. Dan beberapa lagi surah yang lain yang mempunyai manfaat tersendiri jika kerap diamalkan. Diantaranya;

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin. 

Maklumat ini didapati daripada Blog Keibubapaan.

Saya ada juga mengamalkan surah-surah tersebut, tetapi saya lebih fokuskan membaca terjemahan surah-surah tersebut selain mendengar bacaan di dalam bahasa asal. Saya cuba mencari kaitan kenapa surah-surah ini mempunyai manfaat terhadap ibu mengandung seperti yang dinyatakan oleh orang selama ini.

Surah Maryam :- 

Fakta 1 : Di dalam surah Maryam ada menceritakan tentang kisah Nabi Zakariya, Nabi Yahya, banyak tentang Nabi Isa, sedikit kisah Nabi Ibrahim serta anak-anaknya, Nabi Ismail dan Nabi Ishaq serta cucunya Nabi Yaakub. Ada juga menyebut nama Nabi Nuh, Nabi Idris, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Fakta 2 : Nama 'Allah' di dalam surah ini banyak  disebut menggunakan nama 'Ar Rahman'.

Fakta 3 : Surah Maryam ada menceritakan tentang saat-saat Maryam melahirkan anaknya dan merasa kesakitan seorang diri. Juga dugaan Maryam berdepan dengan masyarakat kerana melahirkan anak tanpa bapa. Mungkin kerana itu ada kaitannya membaca Surah Maryam bagi memudahkan bersalin.

Fakta 4 : Ciri nabi-nabi yang telah disebutkan di dalam Surah Maryam ini boleh dikatakan semuanya sama iaitu 'menyuruh mendirikan solat dan memberi zakat'. Jadi maknanya... semua kebaikan bagi seorang umat Islam itu harus bermula dengan solat dan zakat. 


Okay... Cukup la Surah Maryam je dulu. Next time jika diizinkan Allah, saya akan ceritakan pula beberapa fakta tentang surah-surah lain pula.

Surah yang paling kerap saya baca dan tadabbur sewaktu mengandung ini ialah Surah Muhammad, Surah Al Insaan dan Surah ArRahman. Saya pun tidak pasti kenapa. Tetapi hati tergerak untuk selalu membaca surah-surah tersebut.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...